Bab 24

Romance Series 9491

Wajah aku tidak dihiasi satu pun senyuman sejak aku mulakan kerja ini.Wajah bakal pengantin perempuan merangkap kakak Warda tidak memuaskan hatinya.Wajah masam mencuka.Kadang kadang perempuan itu tersenyum gedik namun bukan untuk pasangannya..

"Aniq,drink this."Warda menghulurkan segelas air epal untuk aku.

Aku mengambil gelas itu daripada tangannya.

"Aniq,selepas awak selesaikan kerja ini..terus balik ke rumah awak ye.Jangan sampai dia tegur awak."kata Warda dengan wajah bimbang.

Dia?Siapa dia?Baru sahaja aku ingin bertanya,Warda dipanggil oleh ibunya.

"Tak pernah pernah gambar yang aku ambil seteruk ini.Kalau banding dengan gambar katak,seribu kali cantik lagi katak tu.."bebelku seorang diri.

Aku kembali menjalankan tugas aku.Kali ini aku tidak dapat bertahan lagi.Senyuman dan renungan mata kakak Warda membuatkan aku tidak selesa.

Suasana sekarang pula semakin merimaskan aku.Ramai manusia yang berkunjung ke majlis ini.Aku berjalan menuju ke tempat yang agak sunyi.Lebih tepat,keluar dari majlis itu.

Butang baju yang berada di leher aku buka.Merimaskan aku sejak tadi.Aku memandang suasana sekeliling.Sunyi sepi.Namun ada satu tempat yang menarik minat aku.Aku mula mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar namun niat itu tidak diteruskan.

Aku melihat seorang wanita yang berdiri di tepi pokok yang rendang itu.Tangisannya dapat aku dengari.

"Kenapa?!Aku tak layak ke untuk dicintai?Asyik asyik kakak!Semua benda yang akak buat betul!Semua benda akak dapat.Warda tahu akak cantik.Sampaikan Irham pun jadi tunang akak..Apa yang Warda dapat?Semuanya salah Warda..Apa salah aku!"

Aku tersenyum kecil apabila melihat wajah Warda.Dia masih lagi tidak menyedari kehadiran aku.

"Salah kau sebab kau berikan hati kau pada lelaki yang tak layak untuk terimanya."kata aku lalu bersandar pada pokok yang sama.

Warda tersentak.Pantas dia ingin menyapu air matanya namun aku menghalang.

"Jangan sapu..biarkan."Aku mengambil gambarnya dengan pantas.Warda tergamam dengan tindakan aku itu.

Aku menatap gambarnya dengan senyuman."Aku rasa kau lagi cantik daripada perempuan tu.Akhirnya aku berjaya tangkap gambar yang memuaskan hati aku."kata aku cuba memujuknya.

Warda ketawa kecil."Sorry Aniq.Awak mesti pelik kan?Kita tak kenal pun satu sama lain.Tapi saya tiba tiba datang minta pertolongan awak.Awak dengar semuanya ke?"tanya Warda.

Aku mengangguk.

Warda hanya tersenyum."Jadi..Mr.Photographer..awak tak nak jalankan tugas ke?"tanya Warda.

Aku tersenyum.Aku mengambil beberapa gambar.Gambar Warda.

"Aku dah jalankan tugas aku.Kau hanya cakap,aku perlu ambil gambar untuk majlis ini.Tapi kau tak cakap siapa yang aku perlu ambil.Kan?"

Warda ketawa melihat kerenah aku.Entah kenapa hati aku lega melihatnya sebegitu daripada menangis seperti sebelum ini.Mungkin kerana aku pernah mengalaminya.

####

Zahra ketawa melihat Ariyan yang merenungnya tajam.

"Berani tolak saya ye.."ujar Ariyan lalu berlari mengejar Zahra.

Zahra melajukan lariannya namun sia sia.Ariyan kini berlari seiring dengannya.Kini dia berada di dalam pelukan Ariyan.

"Lepaskan saya Ariyan.Malu lah orang tengok."kata Zahra cuba melepaskan diri.

"Malu ye.Hmm.."Ariyan berfikir seketika.Namun dia tidak melepaskan isterinya itu.

Zahra pula mencuba untuk melepaskan diri.Namun hampa,lelaki itu tidak memberikannya peluang untuk melepaskan diri.

"Ariyan,jom balik ke bilik."ujar Zahra.Ariyan tersenyum nakal.

"Nak buat apa sayang oi!Tengah hari lagi ni.Tunggu malam la."bisik Ariyan di telinga Zahra.

Satu cubitan hinggap di lengan lelaki itu."Cakap lagi bukan bukan,saya pindah bilik lain!Nak salin baju la!"ujar Zahra lalu menolak Ariyan dengan sepenuh tenaganya.

Dia melangkah ke bilik.Zahra memandang Ariyan yang memberikannya tuala.

"I don't like it when another man watch my beautiful flower."kata Ariyan dengan senyuman manis.

Zahra menyembunyikan senyumannya."Senyap la Encik Ariyan.Kita kena kemas baju and bertolak balik hari ini jugak.Esok awak dah nak kahwin dengan Syaza."kata Zahra dengan senyuman.

Ariyan kaku di tempatnya manakala Zahra semakin meninggalkannya.Ariyan buntu..dia tidak mahu yang lain.Hanya Zahra.Hanya wanita itu yang dia cintai.

"Ariyan?"Ariyan tersentak apabila Zahra memanggil namanya.

"Kenapa awak kaku ni?Dah sampai bilik,saya cari awak tak ada..alamatnya tak boleh la saya masuk bilik."bebel Zahra.

Ariyan menatap wajah wanita itu.Dahulu,hatinya pedih apabila mengetahui hubungan Zahra dan Aniq.

'Kenapa aku tak dapat lafazkan cerai pada kau Zahra?Sedangkan senang sahaja perkataan itu untuk aku lafazkan kepada wanita wanita lain sebelum ini..'ujar Ariyan di dalam hatinya.

Zahra menggenggam erat tangan Ariyan.

"Saya...tak akan lepaskan bunga..Selagi saya hidup."balas Ariyan lalu memeluk tubuh isterinya itu.

Zahra hanya diam mendengar kata kata Ariyan itu.Adakah ruang untuk Ariyan dalam hatinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience