"Abang,ada orang bagi bunga ros ni kepada abang." kata budak perempuan itu kepada aku.Anak siapa yang terlepas ni?
"Siapa bagi ni?" tanyaku.
"Akak cantik bagi.Dia kata nama dia Zahra."
Hampir sahaja aku tersedak air milo yang dibeli.
"Dia kat mana dik?"
Budak perempuan itu meletakkan bunga ros itu di tanganku lalu berlari meninggalkan aku yang terpinga pinga.Kad yang berada bersama ros itu ku baca.
"Selamat pagi...semoga awak dirahmati Allah.Ikhlas..Zahra."
Aku memandang sekelilingku.Namun Zahra tidak kelihatan.Kenapa aku mencarinya?Bukankah aku kata aku sudah melupakan dia?
"Aniq!" sergah seseorang dari belakang aku.
Sofia menghadiahkan aku senyuman yang manis lalu duduk di hadapan aku.
"Milo?" tanya.
Dah kenapa?Tak pernah nampak orang minum ke?
"Yes,milo..kenapa?"tanyaku.
"Biasanya I nampak budak yang minum." jawabnya lalu mengambil sekeping roti bakar aku dan..selamat masuk ke mulutnya.Tak malu...
"Kau biasa nampak macam tu aku nampak ramai je orang dewasa minum milo.Kau tak pernah nampak ke iklan milo?Kan dia cakap boleh bekalkan tenaga.'
Sofia ketawa kecil." Macam macam la.By the way,I dah kerja dekat kedai tu."
Aku mengangguk.Baguslah kalau macam tu.Sofia memandang sekuntum bunga ros yang diletakkan oleh aku di atas meja.
"Rose?Siapa bagi?"
"Manusia." jawabku dengan malas.
Baru sahaja Sofia ingin bertanya aku berdiri.
"Sorry,aku ada hal.Bye!" kataku lalu berjalan meninggalkan Sofia yang tidak berpuas hati.
Aku berjalan kaki ke resort.Kenapa?Sebab aku nak nikmati ciptaan tuhan.Aku merenung masjid yang berdekatan dengan resort itu.Dah masuk waktu dhuha ni...kalau Zahra ada pasti dia..Aku mengeluh.Setiap saat,kenapa aku sering mengingati Zahra?
Aku melangkah masuk ke dalam masjid.Tenang.Tiada kekusutan yang membelenggu diriku.Aku mula menunaikan solat sunat dhuha.
Aku berjalan keluar setelah selesai.Mataku menangkap kelibat seorang perempuan yang ku kenali.Aku berjalan ke arahnya.
"Amni!" panggilku.
Amni memandangku dengan senyuman.
"Encik Aniq buat apa dekat Terengganu ni?" tanya Amni.
"Hantar kawan.Kau buat apa dekat sini?" tanyaku pula.
"Saya pergi majlis perkahwinan kawan saya." jawabnya.Aku mengangguk anggukkan kepala.
"Abang aku nak berjumpa dengan tuan imam di restoran.Katanya ada hal penting."
Amni menganggukkan kepalanya.
"Sorry ganggu.Aku pergi dulu.Kirim salam aku kepada tuan imam." kataku lalu berjalan meninggalkannya.
####
"Insyirah,awak ada crush tak?" tanya Sofia.
Insyirah yang sedang menggubah bunga memandang Sofia.
"Ada." jawabnya sepatah sebelum menyambung pekerjaannya yang tertangguh.
"Awak luahkan tak perasaan awak pada dia?"tanya Sofia lagi.
Insyirah ketawa kecil." Saya tak cukup berani untuk luahkan perasaan ini.Dia ramai peminat,kacak,kaya..saya pula..cukup cukup makan."
Sofia mendekati Insyirah."Awak terlalu merendah diri.Beritahu la siapa lelaki tu.."pujuk Sofia.
Insyirah meletakkan bunga yang telah siap digubah di kaunter.
"Aniq.Insyirah sukakan Aniq." kata Insyirah dengan nada bergurau.
"Dengan Aniq jangan main ye." kata Sofia dengan nada tegas.
Insyirah diam.Lama dia memandang Sofia.
"Sofia...petang nanti,Aniq datang ambil ke?" tanya Insyirah.
Sofia mengangguk.Dia tersenyum bahagia.
"Nanti Insyirah nak jumpa dia sekejap.Ada hal yang nak dibincangkan."
Sofia membalas dengan anggukan.Insyirah memandang bunga yang digubahnya itu.
'Aniq..'
###
Aku memandang rantai yang ingin ku berikan kepada Zahra dua tahun lepas.
Zahra,bunga yang hadir dalam hidup aku.Tiba tiba memori lamaku bertandang.
"Kau buat apa dekat sini?" tanyaku dengan wajah berang.
"Nak rawat luka Aniq la.Kan berdarah tu."Zahra duduk di hadapanku lalu mula merawat lukaku itu.
"Aku nak tanya sesuatu boleh?" tanyaku kepada Zahra.Dia mengangguk.
"Kau...betul ke anak Pak Azam.Muka kau.."kata kataku terhenti apabila Zahra memandangku.
" Saya bukan anak dia...saya anak angkat dia."kata Zahra lalu menyambung kerjanya merawat luka aku.
"Jadi kau anak siapa?"
Kerja Zahra terhenti akibat kata kataku.Dia memandangku sayu namun senyumannya masih ada.
"Anak papa.." Zahra berdiri.
"Saya dah rawat luka awak."
Belum sempat aku berterima kasih dia lari meninggalkan aku.Kenapa dengan soalan tu?
####
Aku melangkah masuk ke dalam kedai apabila Sofia berkata Insyirah mahu berjumpa dengan aku.
"Ada apa?" tanyaku.
Insyirah memandangku lama.Dia menghulurkan sepucuk surat kepada aku lalu berjalan meninggalkan aku.Surat je pun..dia boleh bagi pada aku la.
Aku berjalan bersama Sofia meninggalkan kedai bunga itu.Hampir 15 minit akhirnya aku sampai di rumah Sofia.
"Malam ni aku nak balik KL.Ada hal.Lepas hantar kau,aku bertolak.Jaga diri kau."
Sofia memandang aku."Apa?Jangan tinggalkan I."
Aku tersenyum."Kalau takde hal aku melawat kau.Ok?"
Sofia tersenyum.
"Janji?"
Aku mengangguk.Sofia keluar dari kereta.
"Jaga diri you!" pesan Sofia.
Aku mula memandu meninggalkan perkarangan rumah itu.
####
Seminggu kemudian...
Aku menyusun kasutku sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
"Kenapa suruh Aniq balik tiba ti..." kata kataku terhenti apabila melihat perempuan yang sedang duduk di atas sofa dengan wajah dingin.
"Zahra?" Aku menghampirinya.Ibu memandangku.
"Kamu bawalah dia ke restoran Aqif.Bincang di sana."
Aku mengangguk.Sepanjang perjalanan ke restoran kami diam membisu.Sunyi dan sepi.Apa maksud ibu dengan berbincang?
Share this novel