Sofia melangkah dengan lemah.Begnya dilempar ke atas katil.Tindakan Aniq yang membuang bunga itu dihadapannya masih berlegar legar di kepalanya.
"Kenapa you tak boleh cintakan I Aniq?"
Sofia hanya membiarkan air matanya mengalir membasahi pipi.Hatinya sakit melihat tindakan Aniq sebentar tadi.
"I will make you mine."
###
Aku memandang matanya.
"Aniq.."panggilnya dengan lembut.
Aku mengalihkan pandangan aku ke arah lain.Aku tak akan mampu benci dia.Mungkin fizikal aku menunjukkan yang aku benci dia tetapi hati aku tidak dapat membenci dia seperti yang aku pinta.
"Zahra buat apa di sini?"tanya aku.
"Cari Aniq.."
"Untuk apa?"
Aku memandang pejabat aku.Wana dah buang segala yang berkaitan dengan bunga semalam.
"Untuk berikan Aniq bunga ini."Zahra meletakkan bunga itu ke atas meja aku.
"White chrysanthemum?Aniq tak sukakan bu.."
Zahra yang memandang aku menyebabkan aku berhenti berkata kata.
"Zahra minta maaf Aniq.Zahra tahu sebab Zahra,Aniq bencikan bunga.Tapi tolonglah..jangan buang bunga ni.Hanya ini yang Zahra mampu bagi untuk Aniq.Bunga ini yang sampaikan segala perasaan Zahra terhadap Aniq."
Zahra memandang aku dengan penuh harapan.Aku akhirnya mengangguk.
"Terima kasih Aniq.Cuba buka hati kepada Sofia."pesan Zahra kepada aku.Diam..itu sahaja reaksi aku.Aku mengeluh sebaik sahaja Zahra keluar dari bilik aku.
"Aku dah cukup menderita kehilangan kau.Aku tak nak merasai benda yang sama lagi.Kerana itu..aku tutup hati aku.Apa pula yang kau nak beritahu aku dengan memberikan white chrysanthemum pada aku?"
Jam yang berada di pergelangan tangan aku pandang.Aku kena buang jam ni.Tidak..buang terlalu kejam..aku akan simpan jam ini.
Pergilah Zahra,jangan pernah kembali..dan aku berjanji akan lupakan kau..lupakan perasaan cinta ini.
###
Sofia memandang bangunan yang dikunjungi semalam.Dia rindu..rindu ingin melihat wajah Aniq.Baru sahaja dia ingin melangkah masuk,dia terlihat Zahra yang membawa bunga.
Lebih menyakitkan hatinya..dia mendapat tahu yang Aniq tidak membuang bunga itu.Apa beza dia dengan Zahra?Kenapa Aniq masih tak boleh lepaskan Zahra?Bukankah perempuan itu sudah berkahwin?
Terlalu banyak soalan yang bermain di fikirannya.Semuanya kerana Aniq.
"You jahat,Aniq..I cuma nak dapatkan kasih sayang.Salah ke?"kata Sofia dengan penuh amarah.Dia memandang Zahra dengan perasaan benci.Kalaulah..kalaulah perempuan itu tak wujud di dunia ni...Nombor seseorang di tekannya.
"Tolong berikan aku nombor Ariyan.Kawan Aniq."kata Sofia dengan senyuman bahagia.Bahagia apabila dia pasti yang Zahra akan menghadapi masalah.
Share this novel