Zahra menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk ke dalam rumah yang tesergam indah itu.
"Zahra!"ibu Aniq memeluk Zahra erat.
"Ada apa yang perlu dibincangkan?"tanya Zahra apabila mereka berdua duduk di kerusi.
"Zahra,kamu cintakan Aniq atau tidak?"
Zahra tersenyum."Cuba aunty tanya Aniq.Apa jawapan saya jika soalan ni keluar.Dia kenal saya."
"Zahra.."Ibu Aniq memandang Zahra dengan linangan air mata.
Zahra mendekatinya lalu menghadiahkan pelukan kepada wanita yang sudah dianggap seperti ibunya itu.
"Jangan tangisi perkara yang tidak penting.Fikirkanlah kebahagiaan Aniq.Selain Zahra,ada seseorang yang setia menunggu Aniq."
Zahra berdiri.Dia yakin,jika Aniq itu jodoh untuk dirinya.Larilah ke planet lain pun,tentu akan bersama juga.
"Zahra pergi dulu.Zahra ada kerja nak buat."Kata Zahra lalu berjalan keluar tanpa menoleh ke belakang.
###
Sofia memandang bunga di kaunter itu.Insyirah berkata ingin menjadikan dia sebagai rakan kongsi.Bermakna dia mempunyai hak sebagai bos untuk menutup kedai awal.
"Sofia,kenapa ni?"tanya Nurul.Pekerja kedai bunga itu.
"I nak balik ke KL untuk dua minggu.Boleh tak you jaga kedai ni?"
"Apa apa untuk Sofia dan Cik Insyirah."kata Nurul selaku pekerja yang sudah lama bekerja di situ.
Sofia tersenyum.Dia berjalan ke arah keretanya.Pintu dikunci.Telefon yang berada di dalam beg diambil.
"Dah 3 hari dia tak jawab mesej aku..Apa you buat sekarang Aniq?"
###
Zahra duduk di hadapan lelaki yang berbaju kemeja biru itu.
"Awak tak makan lagi ke Ariyan?"soal Zahra apabila melihat makanan lelaki itu langsung tidak terusik.
"Tak.Tunggu awak."kata Ariyan dengan senyuman.
Zahra diam.Jus epal yang dipesan sudahpun sampai.Zahra hanya memandang sepi air itu.
"Ariyan tolong..tolonglah berhenti buat perkara ni.Awak tahu jawapannya..."kata Zahra dengan berterus terang.
Ariyan masih lagi tersenyum."Saya nak beritahu awak sesuatu..itupun kalau awak sudi dengar."kata Ariyan.
Zahra mengangguk."Silakan..."
"Awak tahu tak..dulu ada seorang budak lelaki yang selalu terlibat dalam pergaduhan di sekolah.Setiap kali berakhirnya pergaduhan tu,pasti ada seorang budak perempuan yang datang merawat dia.Situasi itu berulang.Ketika budak lelaki itu sedih,budak perempuan itu akan cuba ceriakan dia.Pujuk dia.Sehingga satu hari,budak lelaki itu kata yang dia.."Ariyan memandang Zahra.
"Kahwin dengan budak perempuan itu."sambung Zahra.Suasana sepi dan sunyi.Ariyan memandang Zahra.
"Budak lelaki itu ialah saya."kata Ariyan lalu bersandar pada kerusi.
"Itu cuma janji budak budak."jawab Zahra.Ariyan mengangguk.
"Saya setuju.Tapi sekarang ia dah jadi permintaan terakhir saya."
Zahra tersentak.Dia memandang Ariyan.Cuba memahami maksud di sebalik percakapan lelaki itu.
"Apa..maksud awak?"
Ariyan menunduk.
"Zahra..will you marry me?Saya nak merasai kebahagiaan biarpun hanya seketika."
Zahra berdiri.Dirinya berada dalam kejutan."Saya.."Zahra memandang Ariyan sekilas sebelum melangkah pergi.
Ariyan hanya memandang kelibat Zahra yang semakin menjauh.
"Aku hanya ingin merasai keindahan biarpun hanya sementara.Kau seperti pelangi yang jndah dalam hidup aku Zahra..namun kau hanya keindahan yang sementara..yang akan menghilang.Tapi akan kekal dalam hidup aku.."
####
3 bulan berlalu..
Aku kaku apabila membaca kad jemputan yang dipegang oleh ibu.
"Aniq.."Ibu memandang aku dengan reaksi terkejut.Pantas dia menyorokkan kad itu di belakangnya.
"Dia.."aku terduduk di atas sofa.
"Zahra akan kahwin hari Isnin ni?"aku bertanya kepada ibu.Meminta kepastian atas apa yang telah ku lihat sebentar tadi.
Ibu memeluk aku erat.Aku memandang kad yang berada di atas meja itu.
Ariyan & Zahra
Ariyan..nama itu..Aku berdiri.Aku melangkah ke dalam bilik.Pintu aku kunci.
"Ariyan...macam pernah dengar nama tu.."
Aku duduk di atas katil.Hampir 15 minit aku memikirkan tentang Ariyan.
Ariyan...Akmal.Aku tersentak.Kenangan lama kembali berlegar di kepala aku.
"Kau sukakan Zahra ke?"tanya aku kepada lelaki yang bersandar di dinding itu.
"Aku tak tahu..tapi aku rasa macam happy gila dapat dekat dengan dia."
"Jadi kau mengalah depan Geng Zack tu sebab Zahra?"tanya aku.
"Kalau aku jadi kau,aku akan pikat Zahra tu biar jadi milik aku."kata lelaki itu.
Belum sempat aku pikat dia,dia dah pikat hati aku..
Aku berdiri.Ariyan Akmal..lelaki itu masih hidup?Aku tersenyum riang.
"Ariyan!!"
Namun perasaan gembira itu tiba tiba bertukar menjadi kecewa.
"Kau..akan kahwin dengan..Zahra."
Share this novel