Bab 2

Romance Series 9491

"Zahra!"laungku.

Dia memandang dengan reaksi terkejut.Aku menyuruhnya mendekati kami.Zahra kini berdiri di hadapanku.

"Zahra dah makan?"soalku.

Dia mengangguk.

"Saya nak beritahu awak sesuatu.Sebab tu saya datang ke sini."

Beritahu apa?Dia memberi isyarat supaya aku mengikutinya.Aku akur.Kami berada di kaunter restoran.

"Apa yang Zahra nak beritahu?"tanyaku memulakan perbualan kami.

"Zahra..dan keluarga Zahra akan bertolak ke Turki esok."

Aku tersentak.Turki?

"Zahra..kenapa?Kalau Zahra nak tolak pinangan Aniq pun takpe..kita masih boleh berkawan kan?"kataku.

Zahra masih lagi tersenyum.Wajahnya sama.Sentiasa tenang.

"Zahra kena balik ke Turki sebab datuk Zahra sakit sekarang.Selepas semuanya selesai,Zahra kembali ke Malaysia semula.Ini kan tempat lahir Zahra."jelasnya.

Aku terdiam.Rasa malu mula menyerbu diriku.Kenapa lah aku kalut semacam tadi!Kan dah malu.Adoi,macam mana ni.

"Em..Zah..Zahra...nak..biar.."

Zahra memandang dengan wajah kebingungan.

"Biar Aniq belanja Zahra makan sebelum Zahra pergi!"kataku dengan lancar.

Sakit dada aku sebabkan kau Zahra.Aku tergamam melihat senyuman manis Zahra.Pasti aku akan rindukannya.

"Hmm,boleh la.Jom."

Aku tersenyum.Jarang Zahra bersetuju untuk menerima pelawaan aku.

Zahra duduk di sebelah Sofia.Riak wajah Sofia berubah.Dijelingnya Zahra 360 darjah.

"Siapa ni Aniq?"tanya Kamal sambil melihat Zahra dari atas ke bawah.

"Jaga mata kau tu Kamal.Jangan buat aku tak nampak ye.Kang aku cucuk biji mata tu."kata ku memberi amaran kepada Kamal.

"Relax la."kata Kamal lalu ketawa.

"Awak nak makanan apa?"tanyaku.

Zahra memandang menu di meja.

"Cakap je.Saya belanja."kataku lagi.

"Emm,awak nak makan apa yang saya nak kan?Jadi,saya nak makan apa yang awak makan.Ok?"kata Zahra.

Aku ketawa kecil.Zahra sentiasa petah berkata kata.Setiap bicaranya membuatkan aku terpegun.

"Emmm..baiklah."

Aku berdiri.Sebabkan ni restoran abang,aku dah biasa dengan staf di sini.Aku berjalan menuju ke dapur.

"Eh,Aniq!Buat apa kat sini?"tegur seseorang.

"Pak Dil,saya nak masak nasi goreng."kataku.

Pak Dil mengerutkan dahi.

"Untuk kamu ke?Biar Pak Dil masakkan."Pantas ku menolak tawarannya itu.Mana boleh!

"Takpelah Pak Dil.Saya masak untuk diri saya dan Zahra."Pak Dil tersenyum sebaik mendengar nama Zahra.

"Masak untuk bakal isteri la ni?"usik Pak Dil.Aku hanya tersenyum.Pak Dil berjalan meninggalkan ku supaya aku dapat memasak dengan aman.

Akhirnya aku siap memasak,telur yang berbentuk hati itu ku letakkan di atas nasi dengan berhati hati.

Air carrot susu ku ambil dan letakkan di atas dulang.Perlahan lahan aku mengangkat dulang itu ke meja tadi.Zahra tersentak melihatku keluar dengan dulang.

"Aniq...buat apa ni?"soal Zahra.

Kamal dan Sofia juga melihatku seakan akan tidak percaya dengan apa yang berlaku.Nasi itu ku letakkan di hadapan dia.

"Jom makan."ajakku.

Zahra tersenyum.

"Baca doa makan dulu."pesannya setiap kali makan bersamaku.

Aku mengangguk.Hatiku berdebar melihat dia menyuap nasi goreng tadi ke dalam mulutnya.

"Sedap!"pujinya sambil tersenyum.

Haih,macam mana la aku nak hadap hari hari seterusnya tanpa kau Zahra.

"Bro,nak rasa sikit."pinta Kamal melihat nasi di dalam pingganku.Aku mengangguk.

"Sofia kan?Nak rasa?"tanya Zahra pada Sofia.

Aku tersentak.Aku siap letak telur berbentuk hati hanya untuk dia tau!Susah payah aku buat.

"Boleh ke?"tanya Sofia sambil memandangku.Zahra turut sama memandang aku.Perlahan lahan aku mengangguk.Nasib baik ada Zahra je.

Hampir setengaj jam kami berempat duduk makan dan berbual di restoran itu.Zahra berdiri.

"Saya minta diri dulu ye.Ada hal yang saya kena selesaikan."

Aku melihat Zahra yang menuju ke pintu keluar.Laju aku berjalan ke arahnya.

"Zahra,emm..esok..saya nak jumpa awak boleh?"tanyaku.

Zahra diam buat seketika.

"Insyaallah kalau sempat.Ada apa apa lagi ke Aniq?"tanyanya.

Aku menggeleng dan sekali lagi dia meminta izin untuk pergi.Aku melepaskan keluhan berat.Bertabahlah Aniq...

####

Zahra tersenyum manis sebaik sahaja dia keluar dari restoran.Hatinya tersentuh dengan perbuatan Aniq.Benarkah lelaki itu mencintainya?Zahra mengeluh.

Jika benar,bermakna dia akan lukakan hati Aniq..

##

Aku terduduk di kerusi KLIA.Cincin berlian yang diletakkan bersama rantai ku genggam erat.Lambat.Aku dah terlambat.Zahra dah pergi...tinggalkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience