Bab 25

Romance Series 9491

Zahra mendekati Ariyan yang segak berbaju melayu.Langsung tiada senyuman menghiasi wajah lelaki itu.

"Bunga,please..Saya tak nak.."

Suara Ariyan kedengaran agak sayu.Di sudut hati lelaki itu,dia mengharapkan Zahra membantah perkahwinan ini.Benarkah wanita ini langsung tidak mempunyai perasaan terhadapnya?

"Bunga..awak tak cintakan saya walau sebesar zarah?"

Zahra diam tidak menjawab sebaliknya dia kelihatan sibuk menguruskan Ariyan.

"Bunga.."

"Jom turun.Pengantin perempuan pun dah sampai."ujar Zahra.

Satu senyuman manis dihadiahkan kepada Ariyan namun wajah Ariyan kelihatan sayu.Senyuman itu bagaikan pisau yang tajam bagi Ariyan.Bagaimana Zahra boleh tersenyum bahagia apabila suaminya akan berkahwin dengan perempuan lain.

"Ariyan..majlis dah nak mula.."

Zahra berjalan meninggalkan Ariyan di belakang.Entah mengapa,hatinya riang...seakan akan berterima kasih dengan bakal madunya.

Langkah Zahra terhenti.Dia pernah berfikir untuk mulakan hidup baru bersama Ariyan namun jauh di sudut hatinya,masih terukir nama Aniq.

"Zahra,kamu tercegat buat apa kat situ?"

Zahra tersenyum apabila mendengar namanya dipanggil.Matanya memandang Ariyan yang akan menyarung cincin.Tiada siapa tahu apa yang bermain di fikirannya.Wajah ayu itu tidak berperasaan seakan akan berada di dunianya sendiri.

"Pengantin lelaki,senyum panjang sikit!"usik saudara mara yang lain.

Zahra mula mengatur langkah meninggalkan kawasan yang mula riuh dengan usikan tetamu yang hadir.

Ariyan cuba mencari kelibat isterinya namun hampa apabila Zahra tidak kelihatan.Namun kaki Ariyan berhenti apabila melihat Zahra..bersama seorang lelaki.

Wanita itu kelihatan bahagia.Senyuman yang diukir ketika itu jelas menunjukkan kegembiraannya.Kerana senyuman itu lah,Ariyan terpaut hati kepada Zahra.

Namun,tidak pernah sekali pun Zahra mengukir senyuman itu ketika bersamanya.Ariyan merasakan jiwanya kosong.Senyuman pahit terukir di wajah Ariyan.

'Aku hanya dapat memiliki jasad kau..bukan hati kau..'

"Ariyan?"suara lembut menyapa Ariyan yang termenung.

Wajah Zahra yang ayu memandangnya dengan risau.Ariyan tersenyum sinis.Adakah kerisauan yang dipamerkan itu benar atau hanyalah topeng yang dipakai?

Ariyan hampir sahaja ketawa.Lucu dengan dirinya sendiri.Membiarkan dirinya tenggelam dalam mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan.

"Ariyan..awak ok tak ni?"

"Siapa lelaki tu?"tanya Ariyan.

Zahra diam.Matanya menatap wajah Ariyan.Kosong..Tidak marah dan tidak juga sedih.

"Hmm?Lelaki tadi tu?Suami kepada kawan saya."kata Zahra.

Ariyan mengangguk.Matanya memandang tangan Zahra yang memegang tangannya.

"Cemburu?"soalan yang diajukan oleh Zahra menyebabkan Ariyan kaku.

Wanita itu tersenyum memandangnya.

"Selagi saya milik awak,takde lelaki lain yang dapat miliki saya."Zahra mengusap wajah lelaki itu.

Kini dia pasti...dengan apa yang dirasakannya selama ini.

"Ariyan...saya minta.."belum sempat Zahra menghabiskan ayatnya,Ariyan laju memotong.

"Jangan...anything tapi bukan cerai..Kalau bunga nak tinggal berasingan..saya sanggup tapi tolonglah jangan cerai..."

Zahra tersenyum mendengar kata kata suaminya itu.

"Boleh tak sabar.Jangan mencelah...Saya minta awak...kekalkan perasaan cinta awak pada saya...sebab..."

Zahra memeluk Ariyan.

"Saya cintakan suami saya.Saya izinkan awak berkahwin lain...tapi saya tak izinkan awak benci saya...saya tak kisah awak nak cintakan orang lain...tapi saya juga inginkan sedikit cinta itu."

Ariyan tergamam.Otaknya seakan akan tidak berfungsi buat seketika.

"Apa bunga cakap?"

"?"

"Yang first..."

"Saya..cintakan awak?"

Ariyan tersenyum.Zahra dipeluknya erat seakan akan sekali dilepaskan..wanita itu akan hilang selama lamanya dalam hidupnya.

"Bunga tak bergurau kan?"

Zahra menggeleng.Senyuman manis terukir di wajahnya.

"Dah,pergi masuk.Nanti isteri awak cari pulak."

Ariyan menggeleng seakan kanak kanak yang dipisahkan dari ibunya.

"Bunga isteri saya."

"Ariyan...."

Mereka tertawa bahagia pada malam yang tenang itu.Bulan purnama yang bersinar terang menjadi saksi detik kebahagiaan mereka.

####

Aku memandang kembali gambar yang ditangkapnya.Memori yang telah lama dibuang,datang kembali.

Jari menekan delete.

"Warda bukan Zahra."

Aku meraup wajahku.Tawa kecil keluar dari mulutku.Aku sering memikirkan tentang wanita yang telah sah bergelar isteri orang.

Adakah dia memikirkan tentangku?Terlintaskah aku di fikirannya atau adakah aku hanya lah memori silamnya?

Betapa bodohnya diri aku.Masih mengharap yang dia masih cintakan aku.

Wanita yang aku sangka akan menjadi milikku hilang dalam sekelip mata.Bunga yang indah,yang telah ku jaga sejak kecil telah dipetik oleh orang lain.

"Zahra...awak apa khabar?"

Air mata ku mengalir tanpa aku sedari.Cinta yang telah tumbuh subur terpaksa aku tanam sehingga mati.

Tuhan,berikanlah satu peluang..untuk aku bersama dia..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience