Bab 10

Romance Series 9491

Aku duduk di dalam kereta.Kata kata Zahra masih lagi bermain di minda aku.Apa keputusan dia?Aku memandu kereta ke tempat aku bersendirian.Pintu keretaku tutup.

Aku memandang bunga ros merah yang mekar di taman ini.Aku tersenyum.Zahra sukakan bunga ros merah.Oh tuhan,apa yang telah kau takdirkan buat aku?

###

"Zahra,awak ok?"tanya Elin.Dia bersimpati dengan nasib rakan baiknya itu.

"Ok je..Cuma.."Zahra memandang Elin.

"Berat untuk saya lepaskan dia.Tapi..dah ditakdirkan yang dia tak cintakan saya dah..nak buat macam mana?"kata Zahra sambil menyembunyikan kedukaannya.

"Lagi satu,awak betul betul nak balik tinggal dengan papa awak ke?"tanya Elin.

"Tak..papa suruh saya betul betul lupakan dia baru balik.Katanya dia takut saya rindu dengan Aniq.Tak pasal pasal dia balik Malaysia."jawab Zahra.

"Kenapa awak tak kahwin je dengan dia sebelum ni kalau awak cintakan dia sejak kecil lagi?"tanya Elin.

"Sebab saya nak dia belajar sesuatu.Yang saya sendiri tak mampu beri.Andai dia jodoh saya,saya sanggup tunggu."kata Zahra lalu bangun.Dia mengunci pintu biliknya.Air mata mengalir perlahan.

"Kuatlah Zahra.Jangan terlalu sedih kerana cinta ini."bisiknya kepada diri sendiri.

###

Aku melangkah masuk ke dalam rumah.Ibu menerpa ke arahku.

"Apa yang Zahra bincang dengan kamu?Kamu terima?"

Aku duduk di atas sofa.Ayah memandangku tajam.

"Betul ke,yang kamu sukakan Sofia?"tanya ayah.

Ibu mengambil tempat di sebelah ayah.

" Zahra ke yang beritahu?"tanyaku tanpa menjawab soalan ayah.

"Jawab soalan ayah Aniq Zafran Albaihaqi!"

Aku tersenyum.Nampaknya ayah memang sedang marah.

"Tak,Aniq tak sukakan Sofia.Dia hanya kawan.."jawabku

"Jadi..kamu sukakan Zahra?Kamu terima dia?"tanya ibu pula.

"Aniq belum kata apa apa dia keluar."

"Jadi kau sukakan dia la kan?"kata Isyraf abang merangkap kembarnya.

"Aku tak tahu.Dulu memang aku cintakan dia tapi sekarang aku tak pasti."jawab aku jujur.

Ayah menepuk bahuku perlahan."Cuba buat solat istikharah.Minta petunjuk dari Allah."kata ayah lalu beredar dari tempat ini.

Aku diam.Kakiku melangkah mendaki satu persatu anak tangga.Pintu bilik aku kunci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience