Buk!Ariyan mengusap belakang badannya.
"Sorry,saya tak sengaja."ujar Zahra.Ingatkan pencuri tadi..
Ariyan hanya tersenyum."Awak pergi ke mana tadi Ariyan?Saya cari di taman pun takde."soal Zahra.
"Huh?Oh,ada hal kerja.Saya ke pejabat sekejap tadi."
Zahra menganggukkan kepalanya."One more thing,Faiz cakap dia minta maaf.Dia tak akan kacau Bunga lagi."
Zahra memandang Ariyan dengan riak tidak percaya."Huh?"
"Yes.Dia cakap macam tu.Dia tak tahu yang Bunga dah kahwin.Kalau dia kacau Bunga lagi,dia akan 'tidur' lama."
"Tidur lama?Macam mana dia minta maaf?Dia jumpa awak atau awak jumpa dia?"tanya Zahra yang tidak mengerti.
"Emm,Bunga dah makan?"tanya Ariyan yang tidak mempedulikan soalan Zahra.
"Belum,tunggu awak la.Jom."Zahra berdiri.
"Jom ke mana?"
"Makan la Encik Ariyan oi."kata Zahra lalu keluar dari biliknya.
"Bunga,tunggu saya!"
###
Aku memandang Wana yang berdiri di hadapanku.Tunduk lagi..
"Apa yang kau nak beritahu?Kalau tak,sila keluar.Banyak lagi kerja aku kena buat ni."kata aku lalu memandangnya dengan tajam.
"Emm,saya nak mohon cuti dua hari.Anak saya kena jalani pembedahan."
Aku mendiamkan diri agak lama."Pembedahan apa?"tanyaku.
"Mata.Ada orang yang sudi dermakan matanya untuk anak saya."kata Wana dengan senyuman manis.Bahagia mungkin.
"Aku bagi kau cuti empat hari."kata aku lalu kembali menyemak fail.
"Terima kasih!"ujar Wana.Aku memandangnya.Aik,aku bagi cuti empat hari pun menangis ke?
"Sekarang,keluar."ujarku.Wana mengangguk.
Aku mengambil telefon aku.Ariyan call?
"Kenapa kau call aku Ariyan?"tanyaku manakala mata masih membaca isi kandungan fail kerja itu.
"Kau kenal Faiz?"tanya Ariyan pula.Aku berhenti membaca.Faiz?
"Kenal.Kenapa?"
"Dia ganggu Zahra."jawab Ariyan.Aku mengepal penumbuk aku.
"Budak tu masih tak insaf rupanya.Kau buat apa?"kata aku ingin mengetahui tindakan Ariyan.Mustahil jika Ariyan hanya berdiam diri.
"Buat apa?Aku arahkan Izwan belasah dia.Kalau dia masih lagi kacau Zahra,aku akan ugut dia dengan.."
"Family dia?"sambungku.Bukan aku tak tahu perangai Ariyan.Izwan,pengawal peribadinya sejak kecil.
"Yup!Aniq,kau busy ke sekarang?"tanya Ariyan.
"Kenapa?"
"Aku ingat nak tanya kau bunga apa yang Zahra minat."
"Ros merah yang membawa maksud cinta.Kalau love at the first sight..bunga ros lavender."
"Macam mana kau boleh tahu semua ni?"tanya Ariyan.
Aku tahu sebab Zahra yang beritahu.Dan aku belajar kerana Zahra sukakan bunga.
"Emm,entah la.Aku terbaca buku tentang bunga dulu.Aku busy ni.Bye!"Talian aku putuskan.Keluhan aku lepaskan.Nampaknya selagi aku ada di Malaysia..aku tak akan dapat lupakan kau Zahra.Terlalu banyak kenangan antara kita di negara ini.
Setiap kali aku hampir lupakan kau,pasti ada yang mengingatkan aku tentang kau.
"Wana,masuk bilik aku sekarang."kata aku.
Wana melangkah masuk ke dalam bilik aku."Kenapa tuan?"
"Buang segala jenis bunga yang ada di dalam bilik ni.Aku tak nak tengok ada bunga pun di sini.Termasuk gambar yang mengandungi bunga.Buang semuanya."kata aku.
"Aniq."Tegur seseorang.Suara yang aku kenali.
"Kau nak apa lagi Sofia?"Aku bersandar ke arah dinding.
"Wana,lepas aku keluar dari bilik ni..lakukan kerja itu.Kau boleh keluar sekarang."
Wana mengangguk.Akur dengan arahan aku.Aku melihat Wana menutup pintu.
"Apa pula yang kau nak lakukan sekarang?"tanya aku.
Sofia mendekati aku."I minta maaf.I betul betul tak sengaja and I betul betul cintakan you.I buat gubahan bunga ros merah untuk you."
Dia menghulurkan sejambak bunga ros kepada aku.Lama aku menatap bunga itu.
"Ambil balik bunga tu."kata aku.
"Tapi I buat untuk you."kata Sofia tidak berputus asa.
"Aku tak sukakan bunga."
"Please Aniq,terima lah bunga ni.I buat untuk you."
Aku mengambil bunga itu."Aku..tak suka orang lain bagi arahan pada aku!"
Aku menggengam bunga itu."Aku keluar dulu dan kalau kau tak keluar dari bilik ni dalam masa 5 minit.Aku akan panggil pengawal."Aku bergerak ke arah pintu.Tong sampah yang berada di sebelah aku pandang.Aku mengaku aku kejam.Tapi aku dah cakap yang aku tak nak bunga.Bunga itu aku lempar ke dalam tong sampah.Sofia hanya kaku melihat perbuatan aku
"Wana,mula kan kerja sekarang.."kata aku kepada Wana sebelum melangkah ke lif.
Share this novel