Bab 3

Romance Series 9491

Aku berdiri.Saya akan tunggu awak pulang Zahra..dan pada saat itu,saya akan jadikan awak isteri saya.

Aku melangkah keluar dari lapangan terbang itu.Perlahan lahan bibir aku mengukir satu senyuman.

"Jadi..sekarang ni aku kena selesaikan apa yang Zahra minta."

Ini kisah aku.Kisah Aniq Zafran dalam misi mencari cinta..

####

"Mama,Aniq pergi dulu!"Aku mencium pipi mama sebelum tergesa gesa ke kereta.

Macam manalah aku boleh bangun lambat.Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap.Bosannya bila awak takde Zahra.

Nasib baik hari ni cuti.Tapi itulah,terpaksalah aku hadap kesesakan yang amat menyesakkan.Aku menutup pintu kereta.Kaki ku melangkah masuk ke dalam kedai buku itu.

Aku berlegar legar di dalam kedai.Hampir satu jam aku pusing kedai buku ni tapi tak jumpa jumpa juga buku yang aku cari.

Akhirnya aku berada di hadapan buku yang aku cari.

Cinta Seorang Wanita

Buku yang diminati oleh Zahra.Baru sahaja aku ingin mengambil buku itu,ada tangan lain yang telah mengambilnya.

"Encik nak ke?"tanya perempuan itu.

"Emm,takpelah.Cik ambil lah."jawabku.

Bukan rezeki aku kot kali ni.Aku berjalan keluar dari kedai buku itu.Kat mana lagi kedai buku yang aku tak pergi?Aku menunduk memandang kasutku.

Haih,lain kali je lah aku fikirkan.Kepala ku angkat.Bagai mahu luruh jantung aku melihat perempuan tadi.Laju aku berlari ke arahnya.

"Hati hati!"laungku.

Lengannya ku tarik supaya dia ke belakang.Dia yang hampir terjatuh sempat ku sambut.Fuh,nyaris nyaris tadi.Aku lepaskan pautan tanganku.

"Cik,lain kali hati hati lintas jalan.Kereta tu pun,kau ingat ni tempat racing ke apa!"bebelku.Mana tak terkejut,elok je aku pandang hadapan..aku nampak kemalangan yang bakal terjadi.

"Terima kasih ye encik.Ka..ka..Kalau tak saya tak tahu la apa jadi."

Aku mengangguk lalu berjalan ke arah kereta ku.

"Encik,sekejap!"

Langkahku terhenti.Apa pulak kali ni.Banyak lagi yang aku kena fikir ni.Aku memandang perempuan tadi dengan wajah dingin.

"Apa?"tanyaku.

"Terima kasih ye.Ni nombor saya.Nama saya Amni.Maaf menganggu.Saya pergi dulu."Aku melihat dia berjalan meninggalkan aku.

Aku memandang kertas yang diberikannya.Perlu ke aku simpan?Simpan je lah.

Apa yang awak tengah buat sekarang ni ye Zahra?

####

"Eh,tuan imam.Semua dah sampai ke?"tanyaku.

Tuan imam mengangguk.

"Terima kasih banyak banyak lah Aniq sebab tolong saya."kata Tuan imam itu kepadaku.

"Eh,saya cuma tolong abang saya je.Dia yang sepatutnya datang,tapi itulah,ada hal penting yang tak dapat dielakkan."balasku.

Tuan Imam mengangguk anggukkan kepalanya.Mataku memandang perempuan yang berdiri di belakangnya.

"Bukan Mak Cik Esah tak dapat hadir ke tuan imam?"soalku.

Imam ketawa.

"Kamu maksudkan Amni ke?"tanya tuan imam kepada aku pula.

Amni?Lama aku perhatikan wajah perempuan itu.Macam pernah nampak.

"Eh,awak kan yang tolong saya tadi?"tanya perempuan yang bernama Amni.

Oh,perempuan tadi rupanya.Aku mengangguk.

"Lama tak nampak Zahra.Mana dia Aniq?Dah dekat 2 tahun tak nampak dia."kata Tuan Imam.

Aku hanya mampu mendiamkan diri.Bagaimana aku ingin menjawab soalan yang aku sendiri sedang fikirkan jawapannya.Adakah Zahra dah lupakan janji dia?Adakah penantian aku selama ini sia sia?

"Emm,jemputlah duduk."Aku membawa Tuan Imam ke mejanya.Selepas itu aku duduk di kaunter.

Zahra dan Zahra...hampir dua tahun dia menghilangkan diri daripada aku.Kalau benar dia ingin menolak pinangan aku...tolak lah.Aku masih mahu berkawan dengannya.

"Aniq,u okay?"sapa seseorang.

Aku tersenyum sambil mengangguk.

"No,you're not.Tell me what's wrong."

Aku memandangnya tajam.

"Listen Sofia.Aku cakap aku ok maknanya aku ok la kan?"kataku dengan agak kasar.

Sofia diam tidak menjawab kata kataku.Entah kenapa aku selalu melayannya begitu.Kalau aku imbas balik semua perkara,dia baik je.Apa masalah aku ni?

"I'm sorry Sofia."kata ku.

"Takpe.I minta maaf jugak ye."kata Sofia.

Aku hanya membalas dengan anggukan.Tanpa aku sedar,aku tersenyum sendiri.Aku memandang Sofia.

"Nak join aku jalan jalan tak esok?"soalku pada Sofia.

Dia memandangku seakan akan tidak percaya akan soalan yang ku ajukan padanya.

"Tak tipu kan?"soalnya.

Aku mengangguk.Sofia menutup mulutnya dengan tangannya.Laju dia mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience