Chapter 11

Romance Series 11478

        "  Dan dia menjadikan malamnya gelap gelita,menjadikan siangnya terang benderang." (Al Quran,surah an-nazi'at, ayat 29)

     Fatin menghempas pintu biliknya. Dijatuhkan badanya ke atas tilam yang empuk.Matanya masih lagi bengkak. Nafas panjang dihembus keluar.Otaknya penat. Dilihatnya ke luar jendela, langit semakin gelap, menandakan malam sudah mula membuka tirai. Fikirannya masih lagi teringatkan kisah yang diceritakan oleh Lisa sewaktu dia pulang 'berdating' dengan mamat poyo dan kejadian tadi. Urgh. Stres. Fatin memejamkan matanya.

*******

     Fatin melangkah menuju ke sofa. Dilabuhkan punggungnya di sebelah Lisa. Wajahnya di pandang sekilas.

    " Kau nak story apa?" Fatin menaikkan keningnya, jari jemari laju membuka tudung. Rimas.

    " Macam ni, tadi, Adam datang sini."  Lisa menarik nafas sebelum menyambung ayatnya.

   " Jap, jap. Adam? Siapa tu? Cik abang kau er" Tangan ditongkatkan ke dagu. Kening dinaikkan. Senyuman mengusik melebar di bibir.

    " Hish, bukanlah. Adam Yusuf tu lah. " Mata dijelingkan ke arah Fatin.

   Ibarat terkena renjatan elektrik, serta merta wajah Adam Yusuf menerobos di minda Fatin. " Ouh, okay. Then? "

     " Dia ada bagi aku something, dalam kotak. Dia suruh aku bagi kat kau. " Kotak yang ada ditepi Lisa, dihulurkan kepada rakannya itu.

    Fatin menyambut kotak yang dihulur oleh Lisa dengar wajah yang pelik . " Aku pelik sebenarnya. Pertama, apa motif dia? Kedua, kenapa dia tak bagi sendiri kat aku kan? Malu ke? "

    " Amboi kau, siap bernombor lagi kau punya pelik tu. Buka lah, aku nak tengok jugak." Lisa mengerling ke arah kotak yang ada di atas riba rakannya itu. Semangat ingin tahu semakin membuak buak!

    " Sibuk je kau ni." Jelingan manja 'dihadiahkan" untuk rakan nya itu. Riben dari kotak itu ditarik perlahan lahan. Kemudian, dibuka pula tudung kotak itu. Mata Fatin membulat. Bibirnya terkunci. Di dalam kotak itu, terdapat sekuntum mawar putih. " Cantik" Desis Fatin.

     Lisa yang sedari tadi diam, mendongakkan kepalanya. " Amboi bak hang, dapat bungo. Cantik pulak tu. Nampaknya, ade orang sedang dilamun cinta . " Tangan gatal Lisa laju mencubit peha Fatin. Saja nak mengayat rakan nya itu.

    Fatin masih lagi senyap. Diam. Fikirannya  bercelaru. Apa motif dia? Kenapa dia bagi aku bunga? Masetu mawar merah, sekarang putih pulak. Fatin memicit micit kepala yang pening. Sesekali dia menggaru kepalanya yang gatal. " Tak boleh jadi ni. Kalau sekali dia bagi bunga takpa. Ni dah kali ke 2. Kalau tanda pemberian bunga ini sesuatu yang istimewa, tak, aku masih tak dapat menerima dia sebagai seseorang yang special dalam hidup aku. Aku tak boleh terima jejaka melayu. No! " Ayat ayat itu meluncur perlahan dari mulut Fatin.

    Lisa yang hanya memandang Fatin mula kepelikan. " Beb, kenapa kau ni? Taulah baru dapat bunga, tapi takkan sampai termenung kot. "

    Fatin mengalih pandangannya ke arah Lisa. Diletaknya mawar putih itu ke dalam kotak semula. Pergelangan tangan Lisa dipegang erat. Mata Fatin mula bertakung. Dia dalam dilema. Dia takut.

     Lisa yang mula menyedari mata rakannya berair, mula tidak tentu arah duduknya. " Dah kenapa kau ni? Aku ada salah cakap er? "

    " Lisa, kau kena teman aku jumpa Adam. Sekarang jugak! " Nada suara nya bergetar. Fatin mengambil telefon bimbitnya dan menghantar pesanan teks kepada Adam.

     " Jumpa saya, sekarang. Di taman Hilversum." - Fatin.

    " Nak jumpa Adam? Kenapa beb? " Tanya Lisa yang mula kehairanan melihat perubahan emosi Fatin.
 
    Pertanyaan Lisa tidak dijawab. Tangan Fatin masih lagi bermain main dengan telephone nya. Menunggu Adam membalas mesej. ' bip.bip' segera Fatin membuka peti pesanan itu. Lisa yang melihat rakannya itu, semakin kehairanan.

    " Okay. 5 minutes. " -Adam

    Seraya itu, cepat cepat Fatin memakai semula tudung shawlnya dan bangun dari posisi duduk. Kotak yang ada diatas meja diambil. Dikerlingnya ke arah Lisa. " Lisa, jom!"

    Lisa yang semakin kebingungan dengan perangai rakannya itu hanya mengikut telunjuk. Baginya, kalau dia cuba sekeras mana pun mencari jawapan mase ni, memang takkan dapat.

    Sesampainya di Taman Hilversum, kelihatan sudah ada kelibat seorang lelaki yang berdiri di sisi kereta. Berpakaian serba kemas. Kadang kadang , rambut lelaki itu bergerak geri dek angin yang mendayu dayu.

     " Adam. " Panggil Fatin. Lisa hanya berdiri di belakang rakan nya itu. Tidak mahu kacau daun.

    Jejaka itu menoleh ke belakang dengan senyuman. Dilihatnya di tangan Fatin, terdapat kotak pemberiannya. Tapi, dia cuba berfikiran positive . Yup, positive!

    Fatin menghulurkan kotak itu kepada Adam. Senyuman yang tadinya terbit di bibir, mulai lenyap.

     " Kenapa?" Tanya Adam yang mula kehairanan. Jantungnya berdegup kencang.

     " Saya tak dapat terima. Sorry. " Fatin menundukkan wajahnya. Tidak mahu bertentang mata dengan jejaka itu.

    " But , why? " Adam masih lagi berusaha untuk ingin tahu mengapa Fatin menolak pemberiannya. Adakah tak cukup?

    " There's no reasons why, Adam. It is just, i can't take it." Fatin memberanikan diri untuk memandang Adam. Dilihatnya wajah Adam yang semakin mengendur akibat kekecewaan. Adakah sebab aku? Argh. Perkara inilah yang cuba aku hindarkan sepanjang aku hidup!

    " Okay, look, it is just a flower. Not more than that. So please, take it. You deserved this." Adam menghulurkan semula kotak itu kepada Fatin. Berharap agar gadis itu mengambilnya semula.

     " No, I'm not. I'm so sorry, Adam ." Seraya itu Fatin mengatur langkah meninggalkan Adam. Lisa hanya menbontoti rakannya itu dari belakang. Adam hanya diam seribu bahasa. Dia masuk ke dalam kereta. Dipukul pukulnya stereng kereta. Hingga kemerah merahan tapak tangannya.

     " ARGHHHHH!" Satu jeritan bergema di dalam kereta. Kereta dipandu laju oleh Adam. Melebihi had laju yang sepatutnya dibawa oleh si pemandu. Dia menekan minyak dengan kuat. Fikirannya menjadi tidak betul. Sesampainya di traffic light, dia langsung tidak memberhentikan keretanya. Sehinggalah, suatu kilauan cahaya menusuk ke matanya. Adam melepaskan sebelah tangannya dari menggengam stereng kereta, lalu ditutup kan matanya akibat silauan. Kereta yang dipandu menghala ke arah lain. Bunyi hentaman yang kuat menerobos masuk dalam gegendang telinga. Dan semuanya, menjadi gelap.

______________________________________

     Fatin masuk ke dalam rumahnya. Hatinya berasa lega kerana dapat memulangkan semula bunga itu kepada Adam. Ya, dia tak sepatutnya menerima bunga itu. Dia tersenyum sendirian di atas sofa. Kadang kadang, rasa bersalah menghuni dirinya, tapi dia tahu, ini adalah keputusan yang terbaik bagi menuruti janji yang telah dia berikrar pada dirinya sendiri.

    " Fatin, kau tak sepatutnya buat macam tu kat Adam. Lagipun dia bagi bunga je kat kau. Sekuntum je beb. Mungkin dia suka kawan ngan kau. " Lisa kurang menyenangi kelakuan Fatin terhadap Adam. Baginya, jejaka itu hanya mahu mengeratkan hubungannya dengan rakannya itu.

    Fatin mengerling ke arah Lisa. Rasa bersalah semakin menghantui dirinya. " Kau tau kan aku terpaksa? Kau juga tahu yang aku bencikan lelaki melayu? Don't you?" Kaki dinaikkan ke atas sofa. Dilipatnya kaki itu mendekati dada. Dia menyembamkan wajahnya di atas kaki itu. Serabut.

     " Tak, aku taknak terkenang kisah lampau. No! " Fatin mengeleng gelengkan kepalanya. Kisah lampau, memang membunuh dirinya. Air matanya mengalir.

    Lisa duduk di tepi Fatin. Dipegang bahu rakannya itu. " Beb, kenapa kau benci sangat ngan lelaki melayu? Kenapa kau phobia dengan diorang? Apa dah jadi dengan kau sampaikan kau berdendam macam ni dekat lelaki melayu?" Bertubi tubi soalan yang diajukan oleh Lisa. Kalau diikutkan hati, dia tak sanggup nak banyak tanya macam ni, tapi, dia terpaksa. Kalau tak, misteri 'phobia' ni takkan terungkai!

    Fatin mengangkat kepalanya. Matanya bengkak kemerah merahan. Peristiwa yang paling dia benci dalam hidupnya, terpaksa diingat kembali.

Tahun 2010, 16 March.

       Kantin sekolah menengah riuh rendah dengan suara para pelajar. Ada yang ketawa tak ingat dunia, ada yang ketawa malu malu, ada yang berebut rebut semasa nak membeli makanan, dan macam macam lagi fi'il perangai. Di hujung sebuah meja, ada sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 4.

     "  March, tu kan mamat yang berjaya mengusik hati kau? " Bisik salah seorang rakan Fatin, Nedya Alisa.

    " Ha ah la, tu kat belakang." Usik Noura Syafikah.

   " Alah, March buat buat malu kucing pulak, " Laju tangan Risteena Ameena mencubit lengan rakannya itu.

    Fatin menunduk malu. Kawan kawan aku ni pun satu. Boleh pulak dia jadikan mamat sekelas aku tu sebagai topik membawang! Dia kembali mengangkat wajahya. Dicerlungnya wajah kawan kawanya itu. Satu keluhan dilepaskan.

    " Beb, aku bukan sukakan dia. Aku cuma minat. Crush on tahu? " Fatin menjeling rakan rakannya, bibir dicebikkan.

    " Mula mula crush on, then, suka . Betul tak korang?" Kawan kawannya melepaskan satu ledakan ketawa. Fatin hanya memasamkan wajahnya. Betul la, dia minat aje takdelah sampai sukakan mamat tu!

    " Kitorang kenal la kau March. Dah 4 tahun kawan. Dah kalis sangat dengan hati kau yang mudah terusik tu kan."

    Jam tangan dikerling sekilas. Kelihatan hanya beberapa orang je para pelajar yang masih setia di kantin. " Beb, dah lewat. Jom masuk kelas. " Ujar Fatin seraya dia melangkah keluar dari kantin. Malas melayan karenah rakanya itu. Tak habis habis mengusiknya.

     Setibanya di dalam kelas. Kelihatan masih lagi tiada guru. Diorang  datang awal atau gurunya yang datang lewat?.

      Fatin mengeluarkan buku latihan matematik tambahan dan meletakkanya ke atas meja. Dia memang macam ni. Kalau guru tak masuk, memang ulangkaji pelajaran lah jawabnya! Bukan apa, sebagai persediaan untuk spm tahun depan!

    'Dum'. Fatin dan rakan rakannya tersentak. Tangan serta merta berhenti menulis. Kepala didongakkan ke atas. Seorang lelaki yang cukup kacak berdiri di hadapannya. Ya, dialah Zafril, lelaki yang diminati oleh Fatin. Jantung Fatin berdegup kencang tiba tiba. Dia menjadi gemuruh.

     " March. Aku taknak cakap banyak. Aku cuma nak bagitahu dekat kau yang kau tu tak sesuai untuk aku." Bibirnya diherotkan ketepi. Senyuman sinis terukir. Begitu juga dengan 2 orang lain rakannya, Hakim dan Airel.

    Fatin kebingungan." Apa yang mamat ni cuba sampaikan? Dia tahu ke aku minat dia? Tapi, siapa bagitahu dia? Mata Fatin dikerling ke arah rakan rakannya. Semua hal ni, hanya rakannya sahaja yang mengetahui. Takda orang lain! Tapi takkan lah, diorang sanggup khianati aku?."

    " Dan satu lagi, aku nak kau sedar diri. Cermin diri kau tu. Aku yakin, rumah kau ada cermin kan? So, mudahlah kerja kau. Ataupun, biar aku je yang menilai diri kau." Satu persatu ayat itu keluar dari mulut Zafril. Tanpa belas kasihan.

    " Kulit kau tu dahlah gelap, ada eyebag, berjerawat. " Mata Zafril memandang atas bawah diri gadis yang ada di hadapannya itu.

    " Jangan katakan aku, orang gila pon takkan pandang kau." Ketawa sinis terhambur keluar dari mulut 3 sekawan itu.

   Muka Fatin merah padam menahan malu. Matanya berair. Hatinya hancur. Jiwanya merana. Dek kerana tidak dapat menahan rasa malu, Fatin mengatur langkah berlari menuju ke tandas.

     Fatin memandang wajahnya di cermin tandas. Tangisan masih lagi bersisa. Bersedu sedan dibuatnya. Buat kali pertama, dia berasa benci akan wajahnya. Dia memaki hamun diri sendiri.

    " Astagfiruallahalazim." Fatin beristighfar. Dia tahu, dia tidak patut memaki wajah yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. Dia patut mensyukurinya. Ya. Bersyukur.

     Fatin mengesat sisa air matanya. " Ya, aku tak patut membazirkan air mata aku hanya kerana dia menghina aku. Mulai hari ini, Aku berjanji pada diri aku sendiri, aku akan menutup hati aku daripada menyukai seseorang. Aku akan bencikan lelaki melayu. Ya, Phobia!"

______________________________________

    Air mata Fatin semakin banyak membasahi pipinya. Dia menangis teresak esak. Lisa cuba untuk menenangkannya. " Dan semenjak dari haritu, aku tak suka kalau ada orang panggil aku March. Aku benci nama tu! Setiap kali orang panggil aku March, aku akan teringatkan Zafril."

    " Fatin, cukup lah nangis. Let bygones be bygones. Kau kena teruskan hidup. Dan satu lagi, tak semua lelaki melayu sama macam Zafril tu. Kau tak sepatutnya buat Adam macam tu semata mata dia hanyalah sebangsa dengan kau. Melayu. Adam tu, dia ikhlas nak kawan dengan kau Fatin. " Ayat itu diatur dengan lemah lembut. Bimbang seandainya Fatin semakin benci akan lelaki melayu.

    Fatin hanya mengangguk lemah. Dia semakin dihuni rasa bersalah. Ada betulnya kata Lisa. Tak semua lelaki melayu sama. Tapi, kalau tak kerana Zafril, dia mungkin takkan bencikan lelaki melayu. Hatinya memberontak!

    " Dahlah, pergi masuk bilik. Tenangkan diri kau. Kalau boleh, esok jumpa Adam, minta maaf ngan dia" Lisa menepuk nepuk belakang badan Fatin.

   
  

    

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience