Chapter 13

Romance Series 11478

"Dan dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah, perkataan-Nya di waktu Dia berkata "Jadilah, lalu terjadilah" Dan di tangan-Nya-lah segala kekuasaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan dialah yang maha bijaksana lagi maha mengetahui." (Al-Quran surah Al an'am ayat 73)

Shawl berwarna biru laut disarungkan di kepala. Dibelek belek wajahnya sekilas. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Bibir menguntum senyuman. Sesudahnya memastikan dirinya elok, kaki diatur laju keluar dari rumah. Jam telefon dipandang.

" Mana dia ni?" Mata meliar memandang kiri dan kanan. Sunyi. Hanya kelihatan beberapa orang yang lalu lalang, tapi tidak dihiraukan olehnya. Kemudian, kepala didongakkan ke atas. Memandang langit yang sempurna. Bintang bintang berteraburan. Sangat cantik.

Sedang ralit dia memandang ke langit mengagumi ciptaan Allah, ekor matanya berasa pedih dek kerana terkena silauan cahaya. Dia memandang ke tepi. Dilihatnya sebuah kereta berwarna hitam. Ya, dia kenal kereta itu.

" Kurang asam punya mamat poyo!" Bibir dicebikkan. Dia masih lagi berdiri tegak disitu.

" Pin. Pin. Pin. " Bunyi horn kereta ditekan. Jejaka yang berada di dalam kereta terseyum.

Muka Fatin merona merah menahan marah. Boleh pulak mamat ni tekan horn kereta! Tak guna! Fatin melangkah laju menuju ke kereta itu. Bibirnya diketap.

Cermin kereta diturunkan oleh si pemandu. Dikerlingnya gadis yang berada di sisi cermin keretanya. " Tercegak lagi kenapa? Masuklah. Ke kau nak aku gendong kau? "

Tangan disilang ke dada. Mata Fatin mencerlung ke arah jejaka itu. " Yang kau tekan horn kereta kenapa? Tak reti nak panggil elok elok?"

" Pertama.." Hessel menaikkan jari telunjukknya. " Sebab ni kereta aku. Kedua, sebab ni kereta aku dan ketiga sebab ni kereta aku. Simple. " Kening dijongketkan. Bibir tersenyum sehingga menampakkan gigi kapaknya.

Panas! Sakit hati! Argh! Siapa aja yang tak sakit hati kan?! Fatin mengecilkan matanya. " Amboi amboi, banyak cantik muka kau. Siap kau nanti bila aku dah ada kereta. Tahu lah nasib kau !"

" Correction Fatin March.Cantik tu untuk perempuan macam kau. Kalau lelaki macho macam aku, kacak is the best one."

Fatin hanya tersenyum sinis. Dia masih lagi berdiri kaku di luar kereta kerana berasa was was sama ada mahu masuk atau tidak . Mana lah tahu kot kot mamat ni nak buat sesuatu yang tak elok ke!

" Tak nak masuk ke? " Kening dijongketkan. Nafas dihembus perlahan. " Fine!" Hessel membuka pintu kereta. Kaki melangkah keluar menuju ke arah gadis itu. Fatin hanya memandang kosong wajah lelaki yang semakin menghampirinya.

Sesampainya di hadapan Fatin, Hessel berdiri tegak memandang tepat ke arah mata gadis itu. Mukanya masam mencuka. Fatin semakin kehairanan. Diundurnya selangkah ke belakang manakalah Hessel maju ke depan selangkah. Fatin menjadi semakin tidak tentu arah.

" Mamat ni dah kenapa? Ketat je muka! Apa yang tak kena? ." Desis hati Fatin.

" Kau ni dah kenapa? Tenung aku macam tu? Lapar?" Kening dijongketkan.

Hessel mengherot bibirnya ke tepi. " Aku suruh kau masuk, kau buat keras kepala kan. So, i have an idea. " Seraya itu dia mengangkat gadis yang ada di hadapannya dan memasukkan gadis itu ke dalam kereta. Fatin yang terkejut dengan kelakuan mamat itu hanya mampu diam. Bibirnya terkunci.

" Yang kau ni angkat aku kenapa? Aku ada kaki! Boleh masuk sendiri dalam kereta kau!" Hati Fatin memberontak. Mana boleh lelaki sesuka hati mengangkat perempuan muslim macam dia!

Hessel mengerling ke tepi. " Kau memanglah ada kaki, tapi kalau nak tunggu kau masuk, sampai ke tua la jawabnya." Kaki menekan pedal minyak.

" Banyak ar kau sampai tua, entah sempat hidup ke tak lagi masa tu? " Kening dijongketkan.

" Kau.... senyap...boleh... tak. Membebel je kau ni kan. Bingit ! "

" Ouh, kau nak aku diam? Okey. Fine!" Fatin menghentak kakinya. Tangan disilangkan ke dada. " Satu lagi, kau jangan nak buat sesuatu yang tak elok. Kalau tak, siap kau! "

" Kalau aku nak buat, dah lama aku buat." Hessel memberikan senyuman sinis kepada gadis disebelahnya. Seronok dapat tengok minah ni marah.

Kereta yang dipandu Hessel meluncur laju ke sebuah tempat. Tempat yang sunyi dan lapang. Bebas dari pencemaran cahaya.

" Now, here we are! " Enjin kereta dimatikan. Kaki melangkah keluar dari kereta. Diikuti oleh Fatin.

Fatin memandang sekeliling. Cantik! Tempat ini sangat cantik! Dia tersenyum sendirian. Dia mendongak ke atas. Yas! Tempat itu hanya diterangi oleh cahaya bintang dan aurora. Segala rasa takut dan was was tadi serta merta hilang. Keajaiban apakah ini Yang Esa?

" Kau suka tempat ni?" Hessel bersuara perlahan. Dijarakkan sedikit badannya dari Fatin, bimbang seandainya gadis itu tidak selesa. Yalah, dengan keadaanya yang gelap.

" Suka. Cantik. "

" Suka atau saaaaangat suka?" Hessel tahu bahawa gadis di tepinya itu amat meminati pemandangan Sebegini. Pemandangan yang jauh daripada light pollution.

Fatin memandang Hessel. Bibirnya masih tersenyum. " Aku saaaaangat suka. "

Inilah yang apa Fatin inginkan selama ini. Duduk di tempat yang lapang dan gelap. Hanya diterangi dengan cahaya bintang dan aurora. Memudahkan untuk menjejak buruj buruj. Terima kasih Allah.

" Macam mana kau tahu tempat ni wujud? " Fatin melabuhkan punggungnya di sebelah Hessel. Walaupun hanya diterangi cahaya samar samar dari bulan, wajah putih jejaka itu, masih lagi nampak jelas di mata Fatin. Masih kacak!

" Tak guna la aku menetap di negara aku berpuluh tahun kalau tempat macam ni aku tak kenal. Bukan macam kau, duduk lama macam mana pun, tuptup, terlupa jugak. "

"Aku tanya je pun. Nak sentap! Dahlah suka kenakan aku! " Mata menjeling ke arah lelaki itu. Argh benci!

" Kau takut dengan aku? " Ayat itu meluncur keluar dari mulut Hessel. Dipandangnya wajah Fatin sekilas.

" Tak. Aku tak pernah takut dengan kau. " Fatin menaikkan keningnya.

Hessel merapatkan badanya ke arah Fatin. " Walaupun dalam gelap? Walaupun aku dekat dengan kau macam ni? "

Muka 2 orang insan itu bertentangan. Nafas panas yang terkeluar dari hidung dapat dirasai. Fatin menolak badan jejaka itu kebelakang. " Kau ni dah lain macam. Kau jangan Hessel. Aku tumbuk kau nanti!" Seraya itu genggaman buku lima ditunjukkan ke arah jejaka itu. Biar takut!.

Hessel menahan ketawa sehingga merah padam mukanya. Tapi, tidak lama selepas itu, satu ledakan ketawa terhambur keluar dari mulutnya.

" Yang kau ketawa macam orang gila ni kenapa? Dah ke sampuk? " Fatin mengerling ke tepi. Sakit hati!

Air mata yang terkeluar, dilap menggunakan lengan baju. " Apa kau ingat aku nak sangat kat kau? Perasan!" Sisa ketawanya masih lagi kedengaran di hujung ayat.

" Habistu, kau ingat aku suka kau la?" Bibir diherot ke tepi. Fatin mengubah posisi duduk nya kepada berdiri. Duduk ditepi mamat poyo ni, semakin panas hatinya!

" Sayang, abang gurau je. Jangan la ambik hati. Sejujurnya sayang seorang lah yang ada di hati abang ni tau." Seraya itu, Hessel bangun dan membontoti langkah Fatin.

Bibir Fatin mengukir senyuman dalam diam. Tapi, dia cuba untuk tetap memasamkan wajahnya. Dia hanya berdiam diri dan memandang ke langit.

" Aku bukan main lagi buat keluar ayat sweet, kau senyap je? " Hessel menyiku lengan Fatin.

Fatin memandang jejaka ditepinya itu. Senyuman sinis terbit di wajahnya. " Silence is the best response to a fool."

" Kau nak panggil aku fool? "

" Yes. Erm not really." Kening dijongketkan. Saja nak sakitkan hati mamat poyo ni. Apa dia ingat dia sorang je boleh buat aku sakit hati? Jangan mimpi!

" I'll show you how fool I am. " Seraya itu Hessel memegang pinggang Fatin dan menariknya hingga dapat merasai degupan jantung masing masing. Hessel memandang mata Fatin tanpa berkelip. Tangannya masih lagi erat memegang pinggang gadis itu.

Fatin yang terkejut dengan tindakan itu cuba untuk meloloskan diri, namun tidak berjaya. " Ape ni, lepaslah! " Halkum Hessel yang bergerak gerak dapat dilihat oleh Fatin dengan jelas. Dia marah sebab aku panggil dia fool ke? Alamak! Seribu kali menyesal!

" Well, this is how 'Dutch-fool ' looks like. " Hessel semakin merapatkan badannya dengan gadis itu. Dilihatnya wajah bujur nan mulus gadis itu. Cantik.

" A..a..a , okay look, Hessel, i'm sorry. I didn't mean to sa...." Belum sempat Fatin mengambiskan ayatnya, mulut dia ditekup oleh telapak tangan jejaka itu. Jantungnya semakin berdegup kencang.

" Just listen to me, listen it carefully. " Nafas ditarik dalam seketika. Kemudian dihembus semula. " Ik hou van je, Fatin. " Seraya itu, genggaman tadi dileraikan. Bibirnye mengukir senyuman.

" A..aa..apa? " Fatin memandang wajah jejaka itu pelik. Hairan mengapa perangai mamat ni pelik semacam. Overdose wine ke? Eh no! Tapi boleh jadi je, sebabnya mamat ni bukan Islam. Poyo aja lebih!

" Nothing, aku cakap sekali je. " Kedua dua belah tapak tangan dimasukkan ke dalam poket seluar kiri dan kanan. Wajahnya masih tersenyum.
" Ouh, maknanya kau nak cakap aku pekak? Deaf maksud kau? " Mata Fatin mencerlung tajam ke arah Hessel.

" No but yes. "

Fatin menjongketkan keningnya. Oub kau nak cakap aku pekak. Kejap ya. Tunggu lah kau dengan serangan aku jap lagi!. Niatnya untuk melempang halus lengan Hessel. Biar padan muka. Nak sangat panggil aku pekak kan! Fatin mengangkat tangannya. Belum sempat tangannya itu hinggap di lengan Hessel seperti yang diniatkan oleh hatinya tadi, tangannya sempat ditahan oleh Hessel.

" Alamak, sensitive giler deria penglihatan mamat ni." Fatin mendecik.

" Apa kau nak buat dengan aku? "

" Eh, takdelah, lepaslah tangan aku. Aku tak selesa lah. " Segera Fatin menarik pergelangan tangannya daripada genggaman jejaka itu.

" Ops, sorry. " Air muka Hessel tiba tiba berubah. Aik, takkan sentap dengan Fatin kot? Fatin memandang pelik.

" Fatin, kau masih ingat 2 tahun lepas? Sewaktu aku terpaksa tinggalkan kau? " Wajah Fatin dikerling sekilas.

" Sampai mati pun aku tak lupa. "

" Kau nak tahu kenapa aku pergi? "

" Kalau kau nak cerita, go on. Aku sudi dengar." Eh wait! Apa dah jadi dengan diri mamat poyo yang terlebih poyo selama ni? Fatin menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.

" Sebenarnya..." Tring,tring, telefon yang dipegang oleh Hessel berdering. " Give me a second." Kata Hessel sambil mengoyang goyangkan telefon itu didepan Fatin, sebagai tanda untuk mengangkat panggilan tersebut. Fatin hanya mengangguk.

Kedengaran nada suara jejaka itu seperti dalam pergaduhan. Tetapi dengan siapa? Kenapa? Setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Hessel, langsung tidak dapat ditangkap oleh Fatin kerana terlalu laju. Cuma, satu je yang dia sempat tangkap iaitu, perkataan Islam. Ya, dia pasti dengan apa yang dia dengar. Tapi, persoalannya, kenapa? Argh! Fatin menepuk dahinya. Buat apa dia nak fikir? Lantaklah!

" Fatin, im sorry, we had to go now. " Seraya itu kaki Hessel diatur laju menuju ke kereta. Fatin hanya mengikut dari belakang. Sepanjang perjalanan pulang, jejaka itu hanya diam menyepi. Fatin berasa pelik. Yalah, biasa nya mamat ni akan cari gaduh dengan dia, poyo kan. "Tapi, kenapa Sekarang dia senyap je? " Argh. Fatin menjadi tidak senang duduk.

_____________________________________

Kereta yang dipandu oleh Hessel meluncur laju memasuki perkarangan rumah agamnya. Dilihatnya ada sebuah kereta mewah di hadapan rumahnya. Dia kenal tuan empunya kereta itu? Tapi mengapa dia datang sekarang setelah 2 tahun berlalu? Itupun dengan persetujuan rela hati darinya. Hessel menjadi semakin tidak keruan. Adakah keluarganya akan berpecah lagi? Tidakkah cukup dengan perpecahan 2 tahun lalu?

Pintu rumah agam dikuak perlahan. Dilangkahnya kaki masuk ke dalam rumah itu. Kepala dipalingkan ke arah ruang tamu. Matanya menangkap jelas imej ibunya dan 2 orang lagi manusia yang dengan rela hatinya, mengatur langkah untuk pergi dari hidup ibu bapanya 2 tahun lepas. Tapi mengapa sekarang mereka kembali? Hessel tahu, dan dia sangat pasti, ibunya pasti tidak akan menerima kakaknya kembali. Dia kenal ibunya. Keras kepala!

Melihatkan wajah ibunya semakin ketat, Hessel semakin dikerumuni rasa takut. Rasa takut ini yang amat dia benci! Pandangannya dialih pula ke arah wajah kakak dan abang iparnya. Wajah suami isteri itu sungguh sedih. Sayu. Sisa air mata masih lagi berbekas di pipi sehingga basah purdah yang dipakai oleh kakaknya. Ya, kakaknya membuat keputusan untuk menukar agama 2 tahun lalu, dan disebabkan itulah, keluarga mereka berpecah belah. Dan disebabkan itu juga, dia terpaksa meninggalkan gadis yang dia cintai 2 tahun lalu!.

" Kakak!" Panggilnya dalam bahasa Dutch. Air mata tetiba turun dari kantung mata. Hessel berlari memeluk kakaknya yang telah lama pergi dari hidupnya semenjak peristiwa itu. Dia sangat rindukan kakaknya. Air mata yang jatuh dari mata 2 beradik itu, menggambarkan segalanya. Rindu dan sedih. Kerana keegoan ibunya yang tidak mahu menerima agama anaknya itu, mereka terpisah!

" Samuel, kakak sangat rindukan kau. " Pelukan dileraikan. Kakaknya masih lagi menangis. Tidak dapat menahan kerinduan yang telah lama terbuku di hati.

Hessel memandang pula ke arah abang iparnya yang berketurunan arab. " Muhammad Al -Najmi " Nama itu meluncur keluar dari mulut Hessel. Walaupun mereka hanya bertemu sekali-dua iaitu pada 2 tahun lalu, nama itu akan tetap berada dalam mindanya. Seraya itu,dia memeluk abang iparnya. Dirasai seperti abang kandung sendiri. Walaupun berbeza agama, abang iparnya itu tidak pernah memandang serong terhadap agamanya.

Ibu Hessel memandang sombong terhadap suami isteri itu. " Samuel, jauhi mereka! Ingat, mereka bukan lagi ahli keluarga kita! Apa kamu sudah lupa?" Kata kata kesat yang keluar dari mulut ibunya itu memang mengguris hati dan perasaan suami isteri itu. Begitu juga dengan Hessel. Mengapa ibunya sanggup menjadi kejam sebegini?

NurAisyah Herriana yang berpakaian menutup segala anggota badan , berlari menuju ke ibunya. Air matanya semakin laju membasahi pipi. Tangan ibunya dipegang erat. " Mama, tolong, tolong jangan buat macam ni kat Aisyah dengan abang Najmi. "

Tangan NurAisyah Herriana ditepis kuat oleh ibunya sehingga terjatuh ke lantai anaknya itu. " Aisyah? Siapa aisyah? Aku takda anak bernama Aisyah ! Dan anak aku, tak menukar agamanya ke agama islam! " Ibunya menoleh pula ke arah Al- Najmi. Dicerlungnya ke arah lelaki itu. " Dan kau, kau bukan menantu aku! " Seraya itu, wanita tua itu mengatur langkah menaiki tangga.

Hessel hanya memandang ibunya dengan perasaan yang bercampur baur. Fikirannya kusut. NurAisyah dan suaminya berpeluk tubuh. Sedu sedan tangisan masih lagi kedengaran.

" Kak, kenapa datang kembali selepas 2 tahun berlalu? Kita kan dah janji, yang kakak dengan suami takkan datang lagi kat sini sebab kita tahu, ibu takkan suka. " Air mata dikesat dengan lengan baju. Pandangannya berselang seli antara NurAisya dan Al- Najmi.

" Samuel, kakak tahu kamu mungkin takkan faham, tapi, dalam agama islam, restu ibu bapa itu penting untuk menjamin kebahagiaan. "

" Samuel mintak maaf, tapi ada baiknya kalau kakak dengan suami pulang ke rumah terlebih dahulu. Hati ibu tu masih lagi panas. Tahulah, macam mana Samuel nak pujuk nanti. " Tangan NurAisya dipegang erat. Cuba untuk menenangkan hati kakaknya itu.

Suami isteri itu mengatur langkah lemah menuju ke luar pintu. Dalam hati,berdoa agar Allah sentiasa memberi kekuatan kepada dia dan suaminya.

" Ya Allah, sesungguhnya, hambamu ini tidak pernah menyesal memilih jalan ini. " NurAisyah Herriana memejamkan matanya. Dia yakin, ini salah satu dugaan yang Allah berikan kepadanya. Semenjak dia mengenal Muhammad Al- Najmi, banyak yang telah berubah dalam hidupnya. Kalau bukan kerana Najmi, pasti dia akan selamanya lalai dalam agamanya.

" Sesungguhnya, islam lah agama yang paling suci dimuka bumi ini Ya Allah. Terima kasih, kerana membenarkan aku mengenali Islam sebelum aku menutup mataku buat selamanya. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience