Chapter 8

Romance Series 11478

      Kedengaran derapan kasut tumit tinggi seorang perempuan menuju ke bilik rehatnya. Hessel membuka kedua belah kelopak mata. Dipukulnya beberapa kali telinganya. Cuba untuk mengamati bunyi tersebut. Badan disandarkan ke sofa. Fikirannya penat!. Dia pejamkan semula matanya. Dup dap dup dap. Serta merta mata dibuka kembali. Dia teringatkan sesuatu.

" Aku rasa pompuan gila tu datang. No! Harap harap bukan. Dahlah aku tengah banyak masalah. Takkan lah nak hadap satu lagi masalah!" Dia bangun menuju ke pintu, langkahnya diatur perlahan, takut didengari oleh perempuan gedik tu. Tombol pintu dipulas perlahan. Dibukanya sedikit daun pintu. Mata mengintai di celahan pintu.
" Alamak! Dah tak sempat nak blah ni!" Hessel mengundur ke belakang. Memikirkan cara yang terbaik macam mana nak ' lenyap' dari pandagan mata pompuan gedik tu.

     Hessel menuju ke sofanya. Merebahkan badannya, diambil bantal segi empat dan ditutup mukanya. Nak buat buat tidur! Harap harap tak kantoi! Kedengaran daun pintu dibuka! Alah sudah!

     " You!"

Panggil seorang perempuan. Langkah kaki diatur mendekati jejaka yang ada di diatas sofa.

" You jangan nak buat buat tidur er! I tahu you tipu! Cepat lah bangun! " Tangan perempuan itu mengoyang goyangkan badan Hessel. Argh. Rimas.

" You tak payah nak berlakon boleh tak? Mommy you dah cakap kat I yang you ada kat sini, lagipun apa kejadahnya you tidur kat sini kan? I kenal you tau, you ni bukan jenis suka tidur atas sofa!" Perempuan itu bercekak pinggang. Seorang gadis berketurunan Dutch yang tinggi, putih, dan seksi. Pakaiannya sentiasa tidak cukup kain! Seolah olah dunia ni sedang menghadapi pencemaran kain!

     Hessel mengalihkan bantal dari mukanya. Wajah masam ditunjukkan. Baginya, takda guna menipu sebab dia takkan menang kalau dengan perempuan gedik ni! Ego meninggi! Dia bangun berdiri. Nak blah dari situ. Taknak duduk lama lama dalam bilik dengan perempuan gedik ni! Entah apa akan dibuatnya nanti!

    " You nak apa datang rumah I malam malam ni? Tak reti nak tidur?" Pandangan mata dialihkan ke arah lain.

    " I nak you la, lagipun i tak boleh tidur."  Dia memeluk badan Hessel dari belakang.

    " Ish, apa you ni! Lepas lah. Rimas!" Hessel meleraikan pelukan perempuan itu. Tak selesa!

      Perempuan itu mencebikkan bibirnya. " You teman I pergi makan? I lapar la." Jarinya bermain main di bahu Hessel.

    " Merissa! Stop it!"
 
    " You ni kenapa garang sangat! Selama ni takde pulak macam ni!" Merissa melenting.

    " Tak sekarang ni, rumah you tu, takde makanan ke? Ke makanan dah habis? Malam malam buta datang rumah I,  tak malu ke?!" Kalau dengan perempuan ni, memang boleh naik darah. Gedik mengalahkan cacing! Menggeliat situ, menggeliat sini!

    " Alah, I nak makan dengan you, please" Tangannya memegang lengan Hessel. Dia akan pastikan, malam ni , jejaka itu akan ikut dia!

    Belum sempat Hessel menjawab, ibunya masuk ke dalam biliknya, 2 pasang mata tersebut serta merta memandang ke arah wanita yang baru masuk.

" Kenapa tak pergi lagi? "

     " Mommy, dia ni yang tak nak ikut, penat tau Rissa pujuk" Bukan main gedik lagi pompuan ni. Mommy? Sejak bila pulak kau jadi anak angkat mak aku? Haish, mengada!

     " Samuel, pergilah, kesian Rissa datang semata mata nak ajak kamu keluar"

     Siapa suruh dia datang?! Dia yang gatal sangat. Kunci kereta yang ada di atas meja diambil. Muka dimasamkan.

" Tercegak lagi kat situ pehal? Jom lah! Tadi dia jugak gatal nak makan!" Kalau tak kerana mak aku, tak hingin aku nak keluar ngan kau!
______________________________________

Tring Tring.

      " Alah bisingnya! Nak layan mimpi aku yang indah tak senang!"

Tangan menggapai jam yang ada disebelah. Mata dibuka perlahan dek kerana masih mengantuk. Penglihatan masih lagi kabur kabur.

" Apa! Dah pukul 7.30 pagi!" Cepat cepat Fatin bangun, digapainya tuala dan masuk ke dalam bilik air. Dah lewat ni! Kalau tak, mampos la dia kena hentam dengan Prof nanti! Menanah telinga tak sudah la jawabnya!

      " Lisa! Cepatlah Dah dah la conteng muka kau tuh.. Kiter dah lambat ni! Nanti Prof. Vesa marah!" Jerit Fatin dari luar sambil menyarungkan high heels di kakinya.
   
    Alah minah ni, satu hari tak menjerit tak sah! Memang tak boleh jadi wanita melayu terakhir dia nih, tahulah lambat, tapi sabar lah " Ha ah jom! "

_____________________________________

    Tangan ligat bermain telefon. Otaknya masih memikirkan tentang Lisa " Ish Lisa, kau ni buat salah ape tah sampai Prof Van Hoorn nak jumpe dia. Nampaknye sorang sorang la aku ke kafe ish..dahlah geng aku yang lain dah siap makan. Apelah nasib badan kalau macam ni je." Bibir dicebikkan. Tak syok ar makan sorang sorang!

    " Fatin, Fatin! Wait!"

 Aduh, siapa pulak yang panggil aku! Harap harap bukan geng pelesit Dutch lah  . Takut takut Fatin menoleh ke belakang. Dipandangnya seorang lelaki. Boleh tahan kacak. Bibir mengukir senyuman.Tapi betul ke dia panggil aku? Kot kot ada Fatin lain ke kat Netherlands ni!

      " Yes?"
   
      " Hye, so, Im Adam Yusuf Dato Faizal. " Tangan dihulurkan tanda bersalaman.

     Wait! Adam Yusuf Dato Faizal? Orang islam ke apa dia nih?! Dahlah hulur tangan! Takguna! Tak tahu halal haram ke?!

    " Muslim?"

    " Ouh ya, muslim, from Malaysia" Tangan dijatuhkan apabila dia rasa terganggu dengan soalan yang diajukan oleh Fatin. Tapi salah dia jugak , dah tau islam, nak salam buat apa! Bengap.

    Ouh, orang melayu! " Ouh, same with me, Im from Malaysia too." Satu senyuman terbit. Dibaikinya beg sandang yang sedikit terleret ke bawah di bahunya.

     " So, maybe you can tell me your name? Tak, sebabnya senang sikit nak panggilkan. "

     " Fatin March Ismail. Panggil Fatin je."

     " Cantik."

     Aik, dah tak betul ke apa mamat depan aku ni! " Excuse me?" Kening dinaikkan.

     " Tak, nama you, cantik. So, you nak pergi mana?"

    I? You? Geli duh. Rasa nak termuntah! " Nak pergi kafe. Lapar"

   " Sorang je" Tanya Adam yang berpakaian sungguh segak.

" Patutlah kawan kawan aku tergoda dengan dia, rupa rupanya boleh tahan jugak rupa dia nih. Badan tegak, mata hazelnut, tinggi, rambut kemas, semua kemas." Almaklumlah, Adam ni, satu course dengan dia. Tu pasal pernah tahu , cuma tak pernah bertegur sapa ja.

      "Huh, kenapa kau ade nampak aku dengan siapa siapa lagi ke? "

   " Alah takdelah. Kalau camtu I join you la, amacam?" Main selamba dia je nak join join aku!

   Huh? Ish biar betol mamat ni. Pehal lak tiba tiba ni. Fatin termenung. Buku yang ada ditangan, digerak gerakkan.

   " Makcik , I tanye ni, boleh ke tidak?"

    Kau ni pon satu, takkan la aku nak jawab tak boleh!"  Ha ah jomla"

     " Mana kawan you sorang lagi tuh, Lisa er nama?" Tanya Adam memulakan perbicaraan setelah lama senyap sedari tadi. Kalau nak diharapkan Fatin bercakap? Memang sampai lusa lah senyap!

   " Ouh Lisa, erm dia kene jumpa ngan Prof Van Hoorn, salah ape tah, tak tau" Saja Fatin taknak cakap banyak. Aku benci lelaki melayu. Phobia!

      "Ouh I see" Adam  membetulkan butang baju bahagian atas kemejanya.

     " Nak makan apa?" Mata dikerling ke tepi. Ish mamat ni, tak habis habis baiki rambut dia tuh, menyampah pulak aku"

    " Its up to you"

    " Pehal pulak up to me nyer, kau yang nak makan kan" Boleh tahan mengada jugak anak dato ni!

   " Ape yang kau makan, itulah yang aku akan makan" Adam  mengeyitkan sebelah matanya kepada Fatin.

     "Suka hati kaulah"  Mata dinaikan ke atas. Langkah diatur laju menuju ke tempat makanan. Tak nak tunggu lama lama, kan tak pasal pasal ada letusan gunung berapi kat sana.

     " Aik Adam, tu je ke kau makan? " Dia sebenarnya pelik dengan mamat ni. Dah tukar selera ke apa? Roti je dibelinya?! Memang la susah nak cari nasi kat Netherlands ni, tapi spaghetti kan ade! Tengahari kot, takkan tak lapar!. Kerusi ditarik. Dia melabuhkam punggunya. Makanan diletakkan di atas meja.

     " I dah kenyang, tadi I dah makan dengan kawan kawan I " Jawab Adam bersahaja. Mata dipandang ke arah Fatin.

    " Kalau dah makan, mengada ikut aku ni kenapa!" Bebel Fatin. Rimas. Dia lebih selesa makan sorang sorang daripada makan dengan mamat ni. Kan tak pasal pasal  gaduh dengan perempuan lain pasal mamat ni. Yela sebab tetiba je dia layan aku. Ade la jugak dengar cerita yang mamat ni susah nak layan perempuan. Padahal perempuan Dutch ni lawa lawa kot. Semua pakaian tak cukup kain!

    Fatin menikmati makanannya. Makanan pilihannya harini iaitu chicken pasta Alfredo. Erm lazat. Memang kena ngan perut aku. Tapi satu je tak selesa. Mamat depan aku ni! Dari pandang aku, kalau nak makanan aku, cakap!

    " Ish pehal pulak dia tengok aku semacam ni, nak makan tak senang!. " Herm herm, kenapa pandang aku camtu, ke kau nak makanan aku?"

    " Sajer, kenapa tak boleh?" Tangan ditongkat ke dagu.

     " Eeee menyampahnye aku! Takpe Fatin sabar. " Kalau macamtu, kau tengok la aku puas puas ye"  Fatin  memberikan jelingan maut kepada Adam. Ha baru dia kenal siapa aku!

   Adam menggaru garu kepalanya. Keliru sama ada mahu bertanya atau tak. Alah, tanya jelah! Tak payah takut! Tak gentleman langsung!" Fatin, kau dah ade boyfriend?"

      " Huk huk"   Fatin terbatuk. Kali ni bukan saja saja buat tapi betul betul!. Air yang ade didepannya diteguk perlahan" Kenapa pulak ngan dia ni, tanya bukan2". Mata dijelingkan ke arah Adam. " Takda, kau tanya tiba tiba ni pehal? Kau nak try aku en?"

     " Ouh, ade can la aku kan?"

  Alamak, menyesal pulak aku cakap macam tu tadi. Bengap la kau ni Fatin. Saja cari masalah. Tapak tangam dihempuk ke dahi.

" Erm Adam,aku kene gerak lu ar, aku ade kelas.. Nanti kalau lambat tak pasal pasal kene hentam ngan budak budak tu. Bye, see you later,"  Fatin bangun dari kerusi. Langkah diatur laju meninggalkan Adam. Sebenarnya, takda kelas pon, saja dia menipu. Menipu sunat takpa.

     Adam bangun dari kerusi. Dikejarnya Fatin dari belakang.  " Fatin, tunggu"

      Fatin menoleh. " Yes?"

    "  Nanti jumpa lagi er?"

     " In syaa allah". Senyuman terbit di wajahnya. Tak tahu kenapa, dia rasa selesa berkawan dengan Adam. Tapi, bila teringatkan kisah lampau. Dia jadi takut nak berkawan dengan mamat melayu! Phobia!
______________________________________

    Sesampainya di rumah, Fatin terus melabuhkan punggungnya di atas sofa. Penat! telefon yang berada di dalam begnya berdering. Cepat cepat dia memasukkan tangannya, dan mengambil telefonnya, takut takut, urgent ke. Nombor tidak dikenali kelihatan.

        " Ish nombor ni lagi! Siapa tah duk call aku dari kelmarin.Rimas la! Bila diangkat takde pulak yang bersuara. Krik krik aje!" Bentak Fatin.

    " Apenih marah marah Fatin? " Sergah Lisa dari belakang.

       " Oh mak kau! Ishhh Lisa, terkejut aku. Bila sampai?" Fatin memberikan cubitan manja ke lengan Lisa. Geram! Lisa ni satu hal, suka sangat sergah orang! Dah macam hantu pun ada!

    " Tadi dah..kau tu yang lambat. Tak, sekarang ni, pehal kau marah marah?"

    " Ni ha, unknown number. Naik rimas aku..bila aku angkat, senyap pulak dia"

    "Try ar angkat skali lagi" Lisa menuju ke biliknya. Nak mandi!

       " Ye tak ye gak kan, try ar angkat sekali lagi, kot kot kali ni hantu mi suah ni nak jawab ke! " 

  Fatin menekan punat hijau di telefonnya. Diletaknya telefon di tepi telinga. Nafas ditarik.

    " Yes? Who's there?" Tanya Fatin. Lembut suaranya tapi dalam hati terbakar satu kampung.

    " Its me" Jawab pemanggil.

    Suara macam pernah dengar, tapi sapa er?.

" Erm, sorry maybe wrong number"

     " No, i know its you, Fatin "

    Fatin terkejut. " Aik mana pulak dia tahu nama aku nih, nak kata femes, follower instagram aku seribu tak sampai"

    "  So how did you know my name? And  who are you? Do i know you or maybe  we ever met before? But where and when? " Saja dia tanya panjang lebar. Mana la tau penipu ke apa ke! Duduk kat negara orang, kene pandai jaga diri! Tak boleh nak mudah percaya sangat!

      "I'm your mamat poyo. And yes, we've met before " Jawab si pemanggil tenang. Satu keluhan dilepaskan.

       Mamat poyo?!Genggaman tangan Fatin menjadi lemah sehingga menyebabkan telefon bimbitnye jatuh. Mujur  jatuh atas sofa,buatnye jatuh atas lantai, takke retak seribu.Ar sayang! Jantung nya mula berdegup kencang! Apa semua ni!

       Fatin cepat cepat mematikan panggilan tersebut. Dia tahu siapa pemanggil itu. Dia...dia adalah Hessel.
Ya Allah, kenapa harus lagi!. Aku tak sanggup. Tak...tak aku tak sanggup..semua perkara ni amat menyakitkan hati.

       " Argh lantak kau ah Hessel. Aku akan cuba lupakan kau.Aku pasti cuba tapi , aku takut..aku takut aku tak mampu sebab kaulah orang yang aku cintai Hessel. Hanya kau!. " Telefon bimbit masih dalam genggaman tangannya. Fikirannya bercelaru! Serabut!

        Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada orang menghantar pesanan kepadanya. Fatin membuka peti pesanan tersebut.

    " Fatin, can we meet? Please i really hope so" - unknown number.

   Fatin tak tahu nak membalas apa. Dia buntu. Dia tak dapat berfikir dengan baik waktu sekarang. Mesej dibiarkan tanpa jawapan." Aku rase lebih baik aku mandi dan tenangkan diri. Takpe Fatin,nanti kau balas." Fatin bangun menuju ke biliknya.

       Seusai je mandi, Fatin terus mengambil telefon bimbitnya dan membuka peti pesanan tadi.

      Dia memejamkan mata. Cuba untuk berfikir sama ada betul atau tidak keputusan yang bakal dia buat." Of course. Where and when?" Setelah berfikir hampir sejam, itulah jawapan yang dibagi oleh Fatin. Hatinye berbelah bahagi sama ada mahu menemui Hessel atau tidak. Dia rindukan Hessel, namun dalam masa yang sama dia sakit hati ngan Hessel dan sentiasa salahkan diri kerana telah jatuh cinta tidak tepat pada masanya!
 
     Tidak lama selepas itu, peti pesanan berbunyi ' bip, bip'. Mendengar peti pesanan berbunyi, laju ajer tangan Fatin membuka mesej itu. " Ish pehal semangat sangat aku ni , beria tak tentu pasal." Tangannya laju mencubit diri sendiri. Padan muka!

    " Tomorrow, 4 p.m, Alkmaar Lake"- unknown number.

    Whoa, perangai kau ni langsung tak ubah kan! Sepatah je jawab!

  " Okey"- Fatin.

"Takpe takpe. Disebabkan perangai poyo kau tak berubah kan, aku save number kau ' mamat poyo'. " Jari jemari laju menekan punat di skrin. Baru puas hati!

Teddy bear yang ada di tepi, diambil. Tangan mengusap lembut muka teddy bear itu. " Hessel, Hessel, beranikan kau curi hati aku, then kau pergi macam tu je."
  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience