Chapter 5

Romance Series 11478

          Menetap di negara orang, bukan semudah yang disangka. Pelbagai dugaan harus dihadapi. Jiwa dan hati kena sentiasa kuat. Lagi lagi kalau orang islam yang bertudung macam aku, tak berpakaian seksi mendedahkan aurat sana sini, confirm dan memang boleh dikatakan everyday kalau setiap kali keluar ade ja mulut mulut celupar yang jerit kat aku 'terrorists '. "Ish memang lemah, hilang segala semangat. Nak belajar pon susah. Rasa macam nak terperap je dalam bilik! Lagi bagus kalau aku pindah je terus , pergi masuk U kat negara negara Islam macam dekat Turkey tu, lagi senang! Ni tak, kena hadap hari hari orang kat Netherlands ni, dahlah suka hina orang islam! Ingat agama diorang tu suci sangat! Pergi mampos ar!" Fatin menjuihkan bibirnya. Berjalan seorang diri, memang membosankan, lagi lagi bila ada je orang orang Dutch ni pandang aku semacam! "Nak gaduh cakap ar! Aku tomoi kau! Baru kau kenal sapa aku an?" Jari jemari digenggam erat. Argh, benci.

       Zip baju sejuk diturunkan ke bawah, memasukkan bahagian bawah tudung ke dalam. Tapak tangan digosok beberapa kali, bagi panas sikit, cuaca dahlah 6 darjah celcius kat Netherlands, aku rasa kalau orang tak tahan sejuk, dah lama mati katak! Kelihatan beberapa orang lelaki di hadapan, memandang Fatin dengan senyuman sinis. " Pehal! Tak puas hati cakap ar! Takpelah Fatin, ni tak lain tak bukan, ni mesti diorang nak panggil kau terrorists! Sabar ajelah!" Fatin berjalan tanpa memandang ke depan. Mata dialihkan ke bahagian lain. Malas nak pandang depan! Buat semak je!

      Sekumpulan lelaki tadi berhenti betul betul di depan Fatin. Fatin berhenti secara mendadak. Jantungnya berdegup kencang. Takut pun ade ni! " Excuse me! Give me some space!" Ujar Fatin. Mata membulat memandang ke arah sekumpulan lelaki yang ada di hadapannya. Satu persatu dipandangnya dengan penuh amarah. Aku tak kira, kalau kena buang University pon, buang ar, yang penting aku takkan biarkan mamat berekor ekor ni hina agama aku! Never!

      Lelaki yang bertubuh sasa di hadapannya ketawa. Mempunyai raut wajah yang kacak, putih, tinggi , blonde hair dan bibir yang merah. " Hey young woman, get out from my country!" Keras suaranya memperingati Fatin.

     Hati Fatin membara, arh panas. Memang cari pasal betul mamat ni. " Whoa whoa, your country ? There's not even your name  in this country! So, blah!". Fatin menolak kasar lengan lelaki itu tetapi lenganya dipegang kuat oleh lelaki yang ada disebelahnya. " Alah sudah! Ya Allah, selamat kan aku!"

       " YOU ARE TERRORISTS " . Keras kata kata lelaki itu. Dia menonjolkan jarinya di kepala Fatin. Lelaki itu ketawa berdekah dekah. Kurang ajar!

       " Eh lepas lah! Sakit la bodoh!" Fatin cuba untuk melepaskan lengannya dari genggaman lelaki itu tetapi gagal!

        " Hey, apa yang kau buat ni ! Lepaskan dia! Sekarang!" Jerit suatu suara dalam bahasa Dutch. Cepat cepat Fatin menoleh ke belakang. Lelaki itu berlari menghampirinya. Dengan berpakaian seluar jeans hitam dikenakan pula dengan baju sejuk bewarna blonde, sesuai dengan rambutnya. Memang tergoda!

       " Hero dah sampai!" Bentak lelaki yang menggengam lengan Fatin. Dia meludahkan air liur di bahu jalan. Kotor!

     " Aku tak kenal kau dan aku taknak cari pasal ngan kau! Jadi, lepaskan perempuan tu, kalau tak , aku report polis! " Ugut jejaka itu. Dia mula menggengam buku limanya. Mata nya merah padam.Dia taknak nyawa Fatin terancam.

       " Go die!" Sekumpulan lelaki itu berlalu pergi sambil ketawa. Baginya, hari ini mungkin hari perempuan tu, tapi tunggu!

     Fatin memandang jejaka itu. Dia mengusap lembut lengannya. Boleh tahan kuat jugak mamat Dutch tu genggam aku. Rasa macam nak bengkak pon ade ni. Kalau malam ni aku tak boleh menulis, siap kau! Aku korek korek biji mata kau!

     Jejaka itu memegang kedua belah bahu Fatin. Dia bimbang. " Are you okay?" Jelas kedengaran penuh kebimbangan pada suaranya.

     Awww so sweet! Dengan keadaan cuacanya yang sejuk. Wah, rasa macam dalam drama korea pon ade ni! Satu senyuman terbit di bibir.

       Apesal pulak minah ni, aku tanya okey ke tidak, boleh pulak dia senyum. Memang kena bawak jumpa
psychiatric jugak ni. " Aku tanya ni! Kau okey ke tidak? Ke nak suruh aku bawak kau jumpa doktor sakit jiwa? Senyum sorang sorang! Ingat lawa?!" Hessel memetik ibu jarinya di hadapan muka Fatin.

      Sakit jiwa? Ingat lawa? Erh mamat ni, aku baru nak berangan ala ala drama korea, dia pulak kacau! Tak romantik langsung! ." Dah memang aku lawa, buat apa nak perasan kan?" Sebelah kening dinaikkan.
      
    Hessel tidak menjawab. Matanya membulat memandang Fatin. Jam di tangan dikerling. Dia menarik lengan Fatin.  " Wey ape ni pegang pegang lengan aku! Lepas lah! Sakit kau tau tak?!" Fatin mencebikkan bibirnya. Mana taknya, baru je tadi lengan dia kene genggam dengan mamat Dutch tak guna betul, ni dia pulak sambung genggam. Sakit la hanat! Ke memang perangai mamat mamat Dutch ni suka sakitkan lengan perempuan! Rimas. Lama lama boleh patah jugak lengan aku ni!

       " Fatin, boleh tak kau diam dan kau ikut je aku!" Kata Hessel separuh menjerit sambil menarik lengan Fatin. Bising betul minah kepoh ni!

       Fatin terdiam." Pehal merah semacam je muka mamat ni, marah kat aku pun takkan la sampai naik merah camni muka." Tangan Hessel dipandang. Mak oi! Putih melepak. Kalah tangan aku! Kelihatan satu beg kertas di tangannya. Apa agaknya isi beg tu?

        " Kau nak bawak aku pergi mana ni?" , sengaja  dia melembutkan suaranya kerana bimbang mamat ni naik angin satu badan, kan tak pasal pasal ade yang masuk hospital nanti. Eh taknak aku, aku masih lagi nak belajar, kan tak pasal pasal kena berhenti belajar kat sini. Memang la aku benci bila ade mamat mamat tak guna panggil aku ' terrorists' tapi belajar kat Netherlands ni, salah satu tempat impian aku. Aku sayang!

       Namun Hessel hanya diam tanpa sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya. Bibirnya diketap. Ape yang dia tahu dia kena sampai di tasik sebelum petang nanti. Ya! Sebelum petang nanti. Ada perkara yang penting dia perlu bagitau kepada Fatin. Penting! Wajah sawo matang Fatin dipandang sekilas.

    "Ish dia nih , senyap aje..takut la pulak aku. Takpe takpe, kalau kau berani buat sesuatu yang tak elok kat aku, siap kau aku kerjakan...aku koyak2 kulit muka kau.." Bentak Fatin . Panas! Wajah Hessel dipandang dengan perasaan yang terbakar!

       Sesampainya di tasik, Hessel terus melepaskan lengan Fatin dan menghadap ke tasik. Cantik. Tenang. Nyaman.

          Apesal lak mamat ni! Nak bawak aku ke tasik aje pon. Tapi perangai sebiji  macam nak culik aku! " La kau ni, cara kau tarik lengan aku tadi, macam kau ni nak culik aku. Takut gak aku ni, last last nak bawak aku ke tasik je. "  Fatin  mengurut urut lengannya yang sakit. Memang ar sakit. 2 orang kot mamat genggam lengan aku. Dahlah dua dua hensem. Yang bezanya, yang ni baik walaupun perangai tah pape, yang sorang lagi, nauzubillah!

         "Nyaman kan tasik ni, tenang je aku tengok..Hilang semua masalah aku" Hessel memandang ke tasik. Ditariknya nafas dalam dalam, dan dihembus keluar. Nyaman.

        " Ha ah, memang pun. Masalah aku pun boleh hilang" Jawab Fatin lalu berjalan kehadapan untuk mendekati Hessel. Sekali sekala tak pe kan? Hehe.
Beg kertas yang dipegang oleh Hessel dihulurkan kepada Fatin.

" Untuk aku ke?"

" Tak lah, untuk makcik kat sana. Memang la untuk kau, kau je yang ada depan aku, "

Fatin merampas kasar beg kertas dari tangan jejaka itu. Kita tanya je pun. Nak sentap pehal!

" Jangan buka lagi beg tu, aku tak benarkan." Hessel memandang sekilas ke arah beg kertas yang dipegang erat oleh Fatin.

" Ish, pelik. Dahtu bila nak buka?"

" Nanti kau bukak la. Tu pun nak kena cakap!"

Fatin memandang pelik wajah Hessel. Angin semacam je mamat poyo nih. Apa yang tak kena?

       " Fatin, ade satu masalah yang aku tak dapat selesaikan dan aku terpaksa pilih untuk ikut masalah ni." Lengan bajunya disisik. Tak sejuk ke apa?!

        Fatin memandang tepat ke wajah Hessel," Masalah ape yang kau tak dapat selesaikan sampai kau terpaksa pilih masalah tu"Tanya Fatin ingin tahu.

        " Fatin, kau suka tak kawan ngan aku?"

   Alahai mamat ni, boleh pulak di tanya soalan tak berakal macam ni, ade jugak yang kene terajang di aku nanti! " Tak. Takdelah, aku gurau je. Dah 2 tahun aku kenal kau, okey je kawan ngan kau.Yang kau tetiba tanya ni pehal?"

      " Kalau kau nak tau, dalam banyak banyak  kawan aku, kaulah yang paling ikhlas, baik, seronok yang kawan ngan aku, dan kau jugalah wanita islam yang aku pernah rapat walaupun perangai kau ni kepoh tak tentu pasal" Terbit sebuah senyuman di bibir Hessel. Menampakkan gigi putih nya.

      Puji melambung nampak mamat ni. Jangan ajak aku kahwin sudah! Eh apa yang aku membongak ni? Ajak kahwin? Huh! Tolong sedar siapa diri kau tu Fatin! " Aku memang baik, dan yang paling penting, aku cantik en!" Fatin menyiku Hessel sambil tersenyum.
    
        " Tak habis habis perasan!"

       Angin bertiup mendayu dayu, membuatkan Fatin kesejukan, tetapi sungguh nyaman. Angin itu membuatkan tudung Fatin bergerak gerak.

        " Fatin" Panggil Hessel sambil memandang wajah Fatin. " Ini mungkin kali terakhir aku jumpa kau "  nadanya  yang sedikit bergetar di hujung ayat. Jari jemari Fatin digapai oleh Hessel.

      Fatin memandang Hessel, terkejut, tetapi dia cuba untuk menyembunyikan perasaan itu." Ish kau ni, nak melawak pon agak agak ar" Kata Fatin sambil ketawa. Sebenarnya, hatinya sudah tidak enak, dia rasa akan ada sesuatu yang akan meninggalkannya.  Ya, dia kenal perasaan ini. Dia menepis tangan Hessel. " Lagipun kau nak kemana kan."

      " Bila masa pulak aku cakap aku melawak? "
 
  Aduh, biar betul mamat ni. Tudung yang sedikit terleret, dibaikinya. Nafad diatur perlahan lahan  " Tapi kenapa? "

          Satu keluhan berat dilepaslan. Nafas ditarik beberapa kali." Aku kena pergi dari sini. "

        " Whoa, whoa, kenapa tiba tiba ni? Kau ni ada masalah apa sampai kena keluar dari negara ibunda kau ni. Ke kau kena halau?"

Tangan Hessel laju mencubit lengan Fatin. " Apa yang kau merepek ni minah kepoh? Sejak bila pulak aku cakap aku kena halau? "

" Sakitlah! " Lengan digosok perlahan lahan. " Dahtu?"

" Aderlah urusan aku. Satu lagi, Aku akan sambung pelajaran aku kat sana dan mungkin akan bekerja kat sana. Jadi kau tak payah nak tunggu aku."

      Fatin hanya terdiam. Tak sanggup nak hadap semua ini. Semua ni terlalu berat baginya. Sejujurnya, Hessel tidak mengetahui bahawa dia telah jatuh cinta dengan dia dan cinta ini amat menyakitkan. Saat perpisahan sangat membebankan. Fatin hanya terdiam seribu bahasa. Tak boleh berbicara. Takut air mata menitis.

Hessel memandang sekilas ke arah Fatin. " Aku paham perasaan kau ta.."
     
Belum sempat Hessel menghabiskan ayatnye, Fatin memotong ," Tak Hessel, tak, kau tak paham aku..kalau kau paham, kau takkan buat aku camni..kau tak sayangkan persahabatan kita kan?" Tanya Fatin sambil menahan daripada menitiskan air mata..Matanya merah, hati hancur, jiwanya  merana dan tiada siapa yang tau . Sakit sungguh sakit.

      " Fatin, aku sayangkan persahabatan kita, lebih dari segala galanya, tapi aku terpaksa tinggal kan semua ni kerana keluarga perlukan aku"  Jawab Hessel sambil mengenggam erat kedua dua belah lengan Fatin.

      " Huh, takpe aku faham. Hidup kita takkan gembira tanpa kehadiran keluarga dan siapalah kita tanpa keluarga" Kata Fatin sambil tersenyum pahit  lalu menepis tangan Hessel daripada terus memegang lengannya. " Takpelah, kau boleh pergi, sentiasa ingat persahabatan kita"

     " Fatin, aku akan ingat kau dan persahabatan kita sampai bila bila...aku takkan lupa..." Kata Hessel

        Fatin hanya tersenyum walaupun sekarang ini dia rasa langsung tiada semangat, langsung tiada keyakinan diri..tidak ada.....

       Jam dikerling. Sudah tiba waktunya. Waktu perpisahan. " Aku terpaksa pergi sekarang, teksi aku dah sampai"

        Fatin tarik nafas dalam dalam, dia mengukir satu senyuman " Pergilah, jangan kau lupakan aku. Sentiasa ingat persahabatan kita yang kekal abadi...yang tiada penghujung.

" Kau tu jangan la emo sangat, aku tinggalkan kau je, bukannya tinggalkan dunia pon!"

Fatin hanya tersenyum kelat. Boleh pulak mamat poyo buat lawak! Tak guna!

        Hessel menyusun seribu langkah pergi meninggalkan gadis di dihadapannya. Tidak sampai beberapa langkah berjalan, Hessel menoleh ke belakang " Ik hou van je, Fatin ". Dia mengukirkan satu senyuman yang sangat sukar untuk difahami. Senyuman misteri!

       Fatin terkaku. Dia tidak paham apa yang Hessel katakan tapi dia dapat rasakan yang setiap bait bait tersebut adalah bait bait yang dapat menusuk kalbunya. Fatin hanya tersenyum dan melambaikam tangan kepadanya. Dan itu, itu adalah hari terakhir dia bertemu Hessel.

        Deruan angin bersama sama dedaunan yang jatuh bertaburan Sangat menggambarkan kesedihan..

Dia teringatkan beg kertas yang ada di tangannya pemberian Hessel. Dipandangnya sekilas. Fatin berjalan menuju ke bangku. Beg kertas yang ada di tangan dibuka. Kelihatan ada sebiji kotak segi empat di dalam nya.

" Apa yang dia letak ni?" Fatin membuka balutan kotak tersebut. Dilihatnya isi di dalam. Ada beberapa keping gambarnya. Dibeleknya satu persatu.

" Bila masa pulak mamat ni snap gambar aku? Dia snap diam diam? " Setiap kali melihat gambar yang ada di tangannya itu, dia menitis kan air mata dek terkenangkan kisah lalu. Dirasai sekejap saja waktu berlalu. Fatin membelek gambar hingga ke kepingan terakhir. Dia menatap wajahnya dan wajah mamat poyo. Ye, gambar ni diambil ketika mereka melihat fenomena supermoon. Tapi, siapa yang snap gambar ni kalau Hessel ada dengan dia?. Persoalan itu dibiarkan tanpa jawapan. Dilihatnya belakang gambar itu. Ada sepatah ayat.

' ik hou van je '.

Fatin memandang ke langit. Cuba memikirkan apa yang mamat ni cuba sampaikan. Kalau diikutkan boleh je dia buka google translate ataupun tanya orang Dutch, tapi bagi Fatin, biarlah ia menjadi misteri. Suatu hari nanti, dia akan tahu maksud di sebalik perkataan itu. Air mata yang jatuh di pipi, dikesat perlahan. Pemergian Hessel tanpa mengetahui bahawa ada insan yang mencintainya.
______________________________________
      
   Bukannya Fatin tidak pernah menghubungi Hessel, tapi jejaka itu telah menukar nombor lain mengikut nombor yang sesuai dengan negaranya. Email? Malangnya, sepanjang persahabatan mereka, dia tidak pernah meminta atau menanyakan tentang email Hessel. Dahlah mamat ni poyo. Nanti apa la pulak yang difikirnya. Menyesal yang tersangat sangat.

   Selepas daripada peristiwa itu, Fatin jarang sekali berseronok. Entah mengapa, dia rindukan gelak tawa, usikan jahat, semua tentang Hessel, tapi itu tidak akan dapat bersamanya lagi...tidak mungkin. Fatin cuba untuk melupakan Hessel tapi....sungguh tak mampu..kerana itulah cinta pertama dan terakhirnya.

           " Hessel,kehadiran kau dalam hidup aku, telah menceriakan hidupku,usikan kau, ketawa kau, kata kata kau, semua masih segar dalam ingatan aku.Kenangan kita bersama, sentiasa tersemat dalam hati aku. Hessel, ketahuilah, aku amat cintakan kau! Dasar mamat poyo tak guna. Kau curi hati aku, kau tinggalkan aku." Setitis air mata menitis di atas sekeping nota. Kata kata ini ditulis di atas nota itu. Fatin mencium nota ini dan menyimpannya di dalam sebuah kotak bersama dengan kepingan gambarnya. Biar lah cinta ini menjadi sebuah kenangan antara kita. Tak, antara aku dan diri aku!
______________________________________

   

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience