Chapter 12

Romance Series 11478

       "Dan engkau melihat gunung ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan, ( demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap tiap sesuatu  dengan serapi rapi dan sebaik baiknya. Sesungguhnya ia amat mendalam pengetahuaNYA akan apa yang kamu lakukan."( Al -Quran surah  Naml ayat 88)

     Fatin melemparkan pandangannya ke arah bukit bukau yang dipenuhi dengan pelbagai jenis timbunan pokok dan tumbuhan. Dia termenung jauh. Dirinya teringatkan keluarga yang jauh nun di sana. Kerinduan ini boleh membunuh dirinya. Setiap detik dia bersama keluarga, terlayar elok di mindanya. Bibirnya mengukir senyuman. Sepanjang 4 tahun dia menetap di Netherlands, negara yang penuh fi'il perangai, pelbagai onak dan duri dia tempuhi.

     Semua ini amat menyukarkan baginya. Perasaan marah, benci, rindu dan kecewa, semua bercampur menjadi satu rasa. Kadang kadang, dia tertanya, mengapa semua ini terjadi? Kehadiran Hessel dan pemergiannya tidak diduga. Kembalinya jejaka itu semula, juga tidak diduga. Kedatangan Adam, juga membebankan dirinya. Penghinaan Zafril masih lagi utuh di dalam otak. Fatin memicit micit kepalanya yang pening. Malahan, dia serabut dengan musim peperiksaan yang semakin hampir. Subjek Fizik, bukan semudah yang disangka. Ianya memerlukan pemikiran yang luas. Lagi lagi apabila dikaitkan dengan misteri angkasa.

     " Fatin, kau okey? " Tangan seseorang menyentuh erat bahu Fatin.  Dia menoleh ke belakang. Sebuah senyuman terbit di bibir manusia yang menyentuhnya.

    " Lisa." Fatin membalas senyuman itu. Mata kembali diarahkan ke bukit bukau nan menghijau. Sungguh indah ciptaan mu Ya Allah.

    Lisa melabuhkan punggungnya di sebelah Fatin. Dia tahu, fikiran rakannya itu sedang berserabut. Melihat air muka yang kian keruh, sudah cukup membuktikan rakannya itu sedang memikirkan banyak perkara. Buku yang ada di tangan, diletakkan di atas riba.

    " Beb, are you okay? Kalau kau ada sesuatu yang nak diceritakan dekat aku, aku sudi menjadi pendengar kau. " Lisa memandang Fatin dengan pandangan yang sayu. Dia tahu, rakannya sedih.

    " Aku tak dapat cari dia." Fatin menunduk ke bawah. Bermain main dengan kuku jarinya.

    " Who? Adam Yusuf?"

    " Yup. Aku dah cari merata tempat. Tapi tak jumpa jugak. Beb, dia tak datang kelas sebab dia marahkan aku ke? ". Fatin mula dikerumuni rasa bersalah. Fikirannya semakin bercelaru.

    " Kau dah tanya kawan kawan dia? "

    Fatin mengangkat semula kepalanya. Langsung tidak terfikir olehnya untuk bertanya hal ini kepada kawan kawan Adam. Fatin bangun dari posisi duduk. Beg sandangnya, digantungkan ke bahu Dia mula melangkah pergi.

    Lisa yang mula hairan, turut sama berdiri. Diikutnya rakannya itu dari belakang. " Nak pergi mana?"

    " Cari kawan Adam. I'm sure there's must be something bad happen to him! " Langkahnya semakin diatur laju.

    Dilihatnya kawan kawan Adam sedang berbual sakan di suatu sudut meja di kafe. Fatin memberanikan diri berhadapan dengan mereka semua.

     " Hye there, im sure you all know me enough . Where's Adam Yusuf? " Mata Fatin mengerling ke arah seorang kawan Adam yang berbangsa Dutch.

    " Sure you don't know? " Lelaki itu menaikkan keningnya. Wajahnya bertukar kehairanan.

    " Don't know what? " Hati Fatin mula gelisah. Hatinya menjadi tidak tenang. Dipandangnya ke arah Lisa.

   " Accident. Yesterday."

  Serta merta Fatin menekup mulutnya dengan tapak tangan. Terkejut bukan kepalang. Matanya mula kemerah merahan. Dia memandang Lisa.

    " Beb, dia kemalangan sebab marahkan aku ke?!" Fatin menggengam pergelangan tangan rakannya itu. Dia yakin, Adam kemalangan kerana dia. Dan semua ni terjadi, kerana dia. Fatin menyalahkan diri sendiri.

    " No, no. " Suara Lisa sedikit terketar di hujung ayat. Dia taknak Fatin menyalahkan diri sendiri. Nanti, keadaan menjadi semakin buruk. Dia kenal Fatin. Fatin seorang yang lemah.

     Fatin mengatur laju langkahnya. Dia mahu ke hospital bertemu Adam dan melihat keadaan jejaka itu. Di dalam hati, berdoa agar kecederaan Adam tidak teruk. Kalau tak, pasti Fatin takkan memaafkan diri sendiri. Dia taknak, orang lain menjadi mangsa akibat dirinya.

     Sesaimpainya di hospital besar di Hilversum, Fatin dan Lisa terus menuju kepada Nurse yang bertugas.

    " Yes? Can i help you? " Tanya seorang nurse berbangsa Dutch dalam bahasa inggeris.

    " Is there any patient named Adam Yusuf Dato Faizal?"

   " Let me check first. "

   Fatin hanya mengangguk lemah. Sumpah, hatinya cukup gelisah.

    Nurse mengangkat kepalanya dan memandang 2 orang gadis yang ada di depannya. " Ward FE 17".

     " Okay, thank you. " Seraya itu Fatin melangkah laju menuju ke bahagian lif. Lisa hanya membontoti rakannya itu dari belakang.

     Sekeluarnya dari isi perut lif.  Mata Fatin meliar mencari ward FE 17 seperti yang dikatakan oleh Nurse itu tadi. Lisa juga turut membantu.

    " Fatin." Kedengaran suara Lisa memanggilnya. Dilihatnya Lisa sedang menjengahkan kepalanya di suatu bilik. Lagaknya, mengintai sesuatu.

    Fatin berjalan menuju ke arah Lisa. Fatin menekup mulut. Dia menistiskan air mata. Keadaan Adam, tidak seteruk yang disangka. Hanya berbalut di bahagian kaki dan kepala. Terdapat beberapa orang di dalam bilik Adam. Fatin menganggap itu mungkin ahli keluarganya. Hati Fatin semakin tenang apabila melihat jejaka itu tersenyum. Sumpah, perasaan yang tadinya gelisah , kini kembali tenang.

    " Alhamdulillah." Hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut Fatin. Bersyukur tidak terhingga. Dia mengetuk pintu bilik beberapa kali sebelum melangkah masuk ke dalam bilik pesakit.

    Kedatangan Fatin mengejutkan 2 orang manusia yang ada di dalam. Termasuklah Adam. Fatin mengukir satu senyuman di wajahnya. Dia berjalan menghampiri seorang perempuan berusia linkungan 50-an dan bersalaman dengannya.

     " Siapa kamu berdua ni?" Tanya wanita itu. Satu senyuman terbit di wajah mulus nya.

    " Saya Fatin, dan ini Lisa, kawan Adam. " Jawab Fatin sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah rakannya itu.

   " Aunty ni, mama Adam. Datin Maisarah, dan ini pulak, papa Adam, Dato Faizal. "

   Fatin dan Lisa hanya menghadiahkan senyuman kepada 2 orang dato dan datin itu. Dalam hati, beribu kali menghembus nafas lega. Kenapa? Ya lah, mujur mak bapak Adam ni ramah. Buatnya sombong?

     " Datang nak melawat la ni kan. Takpelah, aunty ngan uncle keluar dulu. Korang berborak lah dengan anak makcik yang sorang ni. " Langkah kaki diatur laju meninggalkan 3 kepala di dalam bilik itu.

    Fatin mengerling ke arah Adam. Dilihatnya jejaka itu hanya memandang kosong ke arah tingkap. Bibirnya terkunci. Marah kan aku ke?. Kemudian, mata Fatin dialih pula ke arah lisa, sebagai tanda menyuruh rakannya itu duduk diam diam atas sofa. Lisa yang menyedari tingkah kawannya itu, hanya tersenyum dan diatur  kakinya ke sofa.

   Fatin menarik nafas panjang. Dia berjalan menghampiri jejaka yang terlentang di atas katil.

    " So, how are you? " Fatin melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang diletakkan di sisi katil. Senyuman diukir di bibir walaupun hati masih lagi rasa bersalah.

    " Well, macam ni lah aku. Berbalut atas bawah. " Bibirnya juga mengukir senyuman.

    " Look, Adam, I don't know how you end up like this, but I'm so sorry. I know, it's my fault. Kalau semalam saya tak to...."

   Belum sempat Fatin menghabiskan ayatnya itu, jari telunjuk Adam diletakkan di bibirnya. Fatin serta merta membisu.

    " Shuh. Stop it. Semua yang berlaku ni, bukan salah kau. Perkara ni, memang dah ditakdirkan berlaku. Lagipun aku redha." Jarinya yang tadi terlekat di bibir merah jambu gadis itu, kini dialihkan.

   Fatin hanya tersenyum malu. Mujur jejaka yang ada di depannya, seorang yang baik.

    " Tapi, bab maafkan you, susah sikit." Sambung Adam. Badannya disandarkan ke bahagian depan katil.

    What?! Segala pandangan Fatin terhadap Adam serta merta merosot. Dah kenapa mamat ni? Tetiba jadi kejam? Ke dah kena sampuk? Fatin mengecilkan matanya. Dipandangnya wajah Adam yang kuning langsat.

    " Kenapa pulak susah? " Fatin menaikkan sebelah keningnya. Tangan disilangkan ke dada. Lisa hanya menjadi pemerhati setia diantara 2 orang sejoli ini.

    " I nak, lepas I keluar dari hospital ni, you kena bawak I pergi ke suatu tempat yang you memang suka. " Mata dikerling ke arah Fatin. Bibir diherotkan ke tepi.

    Wajah Fatin bertukar pelik. Dah tak waras ke mamat ni? " Awak ni biar betul Adam?"

    " I tak cakap yang i tak betul. Itu semua pemikiran you je. " Kening dijongketkan.

    " Okay, fine. Nanti saya bawak. " Jari telunjuk dan ibu jari ditemukan tanda  okay.

    " Belum habis lagi."

    Ish, mamat ni. Semakin menjadi jadi nampak. Makin dilayan, makin mengada. Atau memang semua perangai lelaki macam ni?

    " Dahtu, apa lagi? " Fatin sudah mula berdiri. Sudah tiba masanya untuk dia pulang. Jam di dinding, dikerling sepintas lalu.

    " Dekat sikit dengan I. Takut you tak dengat pulak nanti. "

    " Saya belum pekak lah. Telinga saya ni masih berfungsi dengan baik okay! " Jelingan diberikan kepada Adam.

    " Saya nak awak cium dahi saya boleh?" Pinta Adam. Seraya itu dia mengeyitkan matanya.

    Fatin memandang Adam dengan senyuman sinis. Oh nak suruh aku cium dahi? Dia menoleh semula ke arah Lisa.

    " Lisa, mamat ni nak suruh aku cium dahi dia. Ala ala anak mak macam tu." Senyuman sinis masih lagi melekat di bibirnya.

    " Awww so sweet la, Fatin. " Lisa membuat muka mengada. Dia tahu apa yang akan Fatin lakukan kepada mamat tu. Tunggu dan lihat sahaja.

    Fatin memandang Adam. Keningnya dinjongketkan. " Nak cium dahi ye?" Seraya itu satu cubitan halus dikenakan di bahagian perut lelaki itu. Padan muka.

      Adam mengaduh kesakitan. Mukanya kembali berkerut seolah olah sungguh sakit. Fatin mula gelisah. "Kuat sangat ke aku cubit?  tadi? " Fatin menepuk dahinya.   Itulah kau Fatin, yang kau cubit dia ni kenapa? Dah tahu dia sakit kan!". Air mata mula menuruni dari kantung mata. Dia dikerumuni rasa takut. Lisa bergegas datang menuju ke rakannya itu. Dia tidak menyangka bahawa akan jadi sampai macam ni sekali.

    " Adam, Adam, kau okey tak? Kau jangan macam ni? Aku mintak maaf! " Kata kata itu meluncur laju dari mulutnya. Ya, dia takut terjadi apa apa pada Adam. Bukan kerana dia sayang, tapi taknak menanggung dosa!

    Fatin menggoncang goncangkan tubuh Adam. Muka Adam semakin bekerut. Apa dah jadi ni? Air mata semakin banyak membasahi pipi.

    Melihat kelakuan Fatin, jejaka itu kembali tersenyum. Mukanya kembali berseri seperti tadi.

    " Sayang jugak awak dekat saya kan? "

    Fatin terkejut. Berani mamat ni mainkan dia? Dia tahu tak yang aku ni separuh mati gelisah!
 
    " Bukan sayang, tapi bimbang!" Seraya itu Fatin melangkah keluar dari biliknya. Sebuah senyuman tiba tiba terbit. Dia menggelengkan kepalanya. No!

    " Ingat apa yang kau dah janji pada diri kau Fatin!"

______________________________________

   Cahaya mentari menusuk ke dalam mata Fatin. Dek kerana bersilau, dia mengagahkan dirinya untuk membuka kelopak mata. Arh. Mengantuk. Jam dikerling . Angka menunjukkan pukul 10 pagi.  Fatin menggeliat kuat. Di Netherlands, walapun matahari terik di atas kepala, suhunya tidak pernah mencecah 20 darjah celcius. Memang sejuk. Kalau musim panas kat sini, waktu malamnya lebih panjang berbanding waktu siang. Jadi tidak hairanlan, kalau pukul 1 pagi, langit masih cerah.

     Fatin tersentak dari lamunan apabila telefonnya berdering. Digapainya telefon bimbit itu. Nama ' mamat poyo ' tertera di skrin. Dengan lemah, Fatin menekan punat hijau. Telefon diletakkan di tepi telinga.

    " Good morning." Ucap Fatin. Badannya disandarkan di dinding katil.

    " Good morning, good morning!kau tu kalau aku tak call, haram kau nak call aku kan? Ego! "

   Telefon yang ada ditepinya, dialihkan ke depan muka. Matanya mencerlung ke arah phone itu. Bibirnya dimuncungkan. Dia ni, apehal? Call aku pagi pagi, then marah! Ish. Tak faham lah aku.

    "Buat apa nak call kau, bukan penting pun. Dahlah marah aku. Tak guna." Fatin bangun dari katil melangkah ke luar. Ingin menyedut udara sejuk. Baginya, sebaik baik udara  adalah udara semula jadi. Lagi nyaman!

    " I miss you a lot, and it's killing me. "

      " A..a.. Apa? " Tergagap gagap ayat itu keluar dari kerongkong Fatin. Betul atau tak mamat ni?

    " I said, i miss you a lot. Tak paham ke? Atau kau nak aku cakap dalam bahasa lain? "

    Fatin kaku. Bibirnya terkunci. Apa dah jadi dengan mamat poyo yang dia kenal selama ni? Dah buang tebiat ke?

    " Eh kau ni, aku baru cakap i miss you, belum lagi i love you. Dah senyap. Tak tahulah kalau aku bagi kau cincin nanti. Boleh jadi gila agaknya kau ni." Hessel mengukir satu senyuman di bibirnya. Lengannya diletakkan di bawah kepala. Badannya direbahkan ke atas katil empuk.

    Fatin tersentak. Hatinya menjadi panas. Tak boleh nak berangan sikit kalau dengan mamat ni! " Kau nak aku jadi gila? "

    " Aku tak cakap, kau yang cakap. " Ketawa sinis kedengaran di hujung talian.

   Apa lagi, semakin berasap lah telinga Fatin. " Kau ni, kalau nak call aku semata mata nak buat aku marah, baik tak payah. Hish, menyusahkan! " Fatin mencebik bibirnya.

     " Ololo, jangan lah marah baby girl. I gurau je. Meh sini abang cium. Mesti baby suka kan?"

    " Whoa, abang? Baby girl? Kau ni kenapa merepek tak tentu pasal? Kebulur nak anak ke apa? " Mata dinaikkan ke atas.

     " Ha' ah. Nak anak dengan kau. " Perkataan itu meluncur mendatar dari mulut Hessel.

    What! Sah! Memang sah mamat ni ambik dadah. Merepek sangat ni! " Macam nilah Mr. Hessel Samuel, aku sarankan kau, pergi kat tempat yang tinggi, then kau terjun. Mudah kan?"

    " Amboi amboi, takda insuran jugak mulut kau ni. Kenapa kau cakap macam tu?"

    " Sebab kau merepek. Baby girl lah, nak anak lah! Macam macam kau ni!  Kalau nak anak , kahwin. Faham, kahwin? Kau kan dah kerja. Mampu apa." Senyuman yang entah datang dari mana, tiba tiba terbit. Ni semua pasal mamat ni!

    "Ouh pasal kahwin tu tak payah cakap. Masanya akan tiba. "

   " Kalau macam tu, bolehlah aku letak phone ni. Cakap ngan kau bukan bawak faedah pon. Semak je. "

   " Wait. Fatin, malam ni kau free tak? "

  Lain semacam je mamat ni tanya malam ni? Dia ni nak buat sesuatu ke kat aku? Sesuatu tak elok? Eh tak! Dia bukan macam tu. Segera Fatin menepis pemikiran negative itu dari mindanya.

   " Kenapa? " Angin yang sejuk membuatkan Fatin tak mampu bertahan berada diluar. Dia masuk semula ke dalam biliknya. Tanganya menggeletar.

    " Aku nak bawak kau pergi sesuatu tempat. Rahsia. "  Perkataan rahsia disebut secara perlahan menggunakan nafasnya.

    " Kat mana?"

    " Bengap lah kau ni. Kan aku dah cakap , rahsia. Rahsia! Faham? "

   " Tengok ar camna nanti."  Fatin menggapai tuala mandi yang tergantung di tepi pintu. Nak mandi!

   " Maknanya kau setuju. Pukul 8, aku datang ambil kau. Tempat biasa. Jangan lupa pakai cantik cantik tau sayang. " Seraya itu Hessel mematikan panggilan telefon.

    Argh! Fatin menghentak kuat kakinya di lantai. Mamat ni tak habis habis nak buat aku sakit hati!" Tanyalah dulu, aku ni setuju ke , tak ke. Ni main hentam macam tu je! " Fatin membebel kuat. Benci!

    " Dahlah otak diatu tak berapa betul. Panggil sayang sayang pulak!" Telefon yang ada di tangan, dicampak ke atas katil. Dia perlu mandi, barulah sejuk sikit hati! Takguna! Pagi pagi dah buat aku sakit hati! Tapi, takpe. Aku suka kau panggil aku sayang.

  

   

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience