Chapter 14

Romance Series 11478

      "Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan dia berkehendak (menciptakan )langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan dia maha mengetahui segala sesuatu."( Al-Quran, surah al baqarah ayat 29)

     Seusai membersihkan diri, Fatin mengatur langkah menuju ke jendela biliknya. Sliding door ditolak ke kiri. Rambut yang masih lagi basah, diusap lembut dengan tangan. Kepala didongakkan ke langit. Bagi dia, ketenangan yang paling mudah dicari ialah sewaktu kita mendongak ke langit mengagumi ciptaan Allah S.W.T.  Dia akan membiarkan langit malam, udara sejuk, bintang, bulan dan cahaya rembulan ' berkomunikasi' sesama sendiri. Dan dia? Ya, dia akan memejamkan matanya serapat yang mungkin. Dia akan cuba melupakan segala masalah yang menyelubungi hatinya. Percayalah, ianya berhasil.

    Bagi seorang pelajar yang mengambil jurusan astronomi, memang tidak sah kalau tidak ada masalah dalam kehidupan hari harinya. Masalah ini boleh dikatakan sudah sebati dengan diri. Dan malam? Ya, malamlah sesuatu kejadian yang dicipta oleh Allah S.W.T yang paling Fatin nantikan karna baginya, disaat malam menjelma, deruan bayu lembut malam itulah yang akan membawa pergi segala masalahnya.

    " Lama termenung cik kak? " Sergah suatu suara dari belakang.
  
      "  Oh mau kau!  Kau ni kan! Kalau tak sergah aku memang tak sah kan hidup kau tuh!" Seraya itu, satu cubitan berbisa hinggap di lengan gadis itu. Padan muka. Dia ni nak suruh aku mati katak ke apa dekat negeri orang ni!
 
     " Nak marah aku pulak, sekurang kurangnya aku takdelah mengelamun seribu tahun macam kau!" Lisa menggosok lengannya yang perit dek cubitan rakannya itu.

    " Beb, lantaklah, life aku, aku baru nak feeling sikit...dah tak jadi. Kau lah kacau daun." Fatin bercekak pinggang. Jelingan diberikan.

     " Dahtu tadi kau keluar dengan siapa? " Lisa melabuhkan punggungnya diatas kerusi.Matanya masih lagi setia memandang wajah rakannya itu.

    " Siapa lagi kalau bukan mamat poyo tu. Kau bukannya tak tahu, dekat Netherlands ni, siapa sangat yang nak berkawan dengan orang Muslim macam kita ni kan?." Satu keluhan berat dilepaskan. Mata menjadi layu. Berat sungguh dugaan kalau menetap di negara yang populasi Islam yang sangat sedikit!

     " Hessel? Aku ingatkan dengan Adam tadi. " Lisa menggaru dagunya. Kaki disilangkan.

      Kata kata Lisa tidak dihiraukan oleh Fatin. Dia betul betul berharap takkan ada walau sekalipun jejaka melayu yang akan jatuh cinta dengannya. Please!

    Sedari Fatin hanya diam, segera lisa mengubah topik perbualan. Tak nak rasa janggal! " Kau ni suka sangat kan duduk kat luar sorang sorang. Dah lah tengah malam."

  Fatin menoleh ke arah rakannya itu. Bibir menguntum senyuman.  " Keindahan malam bukan semua orang boleh merasainya tau. Hanya sesetengah orang je. Dan aku, aku salah seorang darinya. Tapi kan Lisa, aku sedih. Aku sedih sebab keindahan malam zaman sekarang semakin menghilang. Dan apa yang paling menyakitkan hati, semuanya disebabkan tangan manusia."

   "Disebabkan tangan manusia? Maksud kau?" Lisa menongkat dagu.

    " Yelah..kau tengok er, dulu, sewaktu zaman belum mencapai kemajuan dalam bidang teknologi, takdernya penciptaan lampu tu, lampu ni. Tapi bila dah ade teknologi yang canggih, macam macam  jenis lampu yang mempunyai kuasa cahaya yang tinggi dicipta. Siapa lagi yang cipta tu kalau bukan manusia kan. Semuanya disebabkan tangan manusia. Sebenarnya, teknologi tak salah tapi akal manusia yang cetek. Terlampau mencari kecanggihan dunia sehingga perkara semula jadi pun boleh terjejas. Sebagai contoh, langit malam lah. Cuba kau tengok sekarang, dah susah dah kita kalau nak tengok taburan bintang yang banyak. Dan penyebabnya? Semuanya disebabkan pencemaran cahaya. Dan mestilah kau tahu kan pencemaran cahaya ni datang dari mana. Bumi kita sakit. Sakit dengan cahaya. Sakit dengan tangan manusia. Bumi kita terlampau cerah dengan cahaya. Aku sedih Lisa. Aku bimbang, seandainya generasi akan datang langsung tak dapat merasai keindahan melihat taburan bintang." Terang Fatin. Air mukanya berubah. Hanya mereka yang mencintai alam semesta sahaja yang faham akan perasaan ini.

     " Aku tahu tu Fatin. Aku pun sedih. Kita tak boleh buat apa apa sebab kita bukan siapa siapa sekarang, sebab tulah, kita kena belajar rajin rajin, biar dapat capai cita cita. Selepas tu, barulah kita dapat sedarkan manusia dalam muka bumi ni" Lisa mengenggam erat tangan rakannya itu. Tiba tiba pulak ber 'emo' malam malam buta macam ni.

    Jam tangan dikerling. Mata membulat seketika. Segera Fatin memandang ke arah Lisa. " Beb, dah lewat. Jom lah tidur. Besok ada kelas. Kalau lewat, habislah telinga kita besok."

     Fatin memejamkan matanya. Dia berharap, manusia tidak akan buta dengan kecanggihan teknologi terkini. Dia sayangkan bumi. Dia sayangkan langit malam. Dia sayangkan angkasa. Dia sayangkan alam semesta. " Aku tak sanggup kehilangan kau"

______________________________________

     "Fatin March, wait. " Tegur suatu suara dari belakang.

    Fatin menoleh ke belakang. Buku yang ada di tangannya, dirapatkan ke dada. Beg sandang yang terleret dari bahu, dibaikinya. Bibirnya mengukir satu senyuman sehingga menampakkan gigi putihnya.

    " Adam Yusuf. "

    " Nak pergi mana? "

    Fatin memandang Adam dari atas sampai bawah. Dah sihat ke mamat ni? Bibir diherotkan ke tepi. " Bila keluar dari hospital? "

    " Kita tanya dia, dia tanya kita balik. " Adam menjongketkan keningnya.

     " Kalau macam tu, saya jawab soalan awak dulu, then awak jawab soalan saya, deal? "Senyuman masih lagi tidak lekang dari bibirnya.

   " Deal " Seraya itu Adam mengangkat ' thumbs up '. Matanya dikenyitkan.

    " Okay, so. Untuk soalan awak tadi tu, saya dah nak balik. Dah habis kelas kan.  Your turn. " Kening dijongketkan.

    " 2 hari lepas . Ingatkan lepas keluar tu, terus nak pergi kelas, tapi kaki rasa sakit lagi masa tu " Seraya itu Adam memandang ke bawah. Dilihatnya kaki yang sudah tidak berbalut.

     Fatin hanya tersenyum. Sudah tidak ada topik yang ingin dibicarakan.

     " Fatin, do you remember about your promise? "

    " Promise? " Fatin menggaru garu kepalanya. Otak dia memang blur. Janji? Janji apa? Merengek betul la mamat ni.

      " Kan awak dah janji yang awak akan bawak saya ke satu tempat yang awak suka. Dah lupa? "

     " Ouh. Bukan lupa cuma tak ingat. "

    Adam buat muka blur. Bukan selalu dia blur macam ni. Kepala disengetkan. " Lupa dengan tak ingat tu lain er? "

     Fatin tersentak. " Saya cakap macam tu er tadi? Dahlah, jom. "

    " Jom? "

   Aduh lembabnya mamat ni. Tadi dia jugak yang nak tuntut janji. Satu keluhan dilepaskan. Nafas ditarik dan dihembus keluar. " Ya, jom. Saya nak bawak awak ke tempat special ni. Im sure you'll like it. "

______________________________________

   " So, let me show you The Alkmaar Lake. The most popular lake in Netherlands. " Seraya itu bibir Fatin menguntum senyemun. Tudungnya yang bergerak gerak dek angin, dibiarkan. Dipandangnya wajah Adam. " Hensem jugak mamat ni "

     " So, inilah tempat special tu? " Adam mengatur langkah menuju kedepan tasik. Airnya yang biru jernih memang menyenangkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

    Fatin membontoti langkah jejaka itu. " Yes. Kenapa? Awak tak suka tempat ni ?"

     " Fatin, can i ask you something? " Wajah Fatin dipandang. Tangan dimasukkan ke dalam poket depan baju sejuk.

    " Go on. " Pandangan Adam dibalas.

     " Kenapa awak tak terima bunga saya masetu? "

    Fatin menghempuk dahinya. Dia ingatkan mamat ni dah lupa pasal bunga tu, rupanya ingat lagi. Aduh! Boleh pening kepala aku kalau macam ni!

     " Ouh bunga tu, saya tak ambik sebab..." Fatin menggaru garu kepalanya. Cuba untuk mencari idea yang bernas. Ya Allah, bantulah aku. Apa aku nak jawab ni?

    " You know its hurt me, but you do it anyway. " Kata Adam seraya itu dia melangkah di sisi tasik.

   Fatin terkaku. Dia mula kehairanan. Fikirannya kusut. Kenapa semua orang nak beremosi sangat ni? Mase tu mamat poyo, sekarang mamat melayu ni pulak! Atau sekarang memang musim lelaki annoying?! Tak larat lah nak layan perangai lelaki dalam dunia ni. Eh tak! Bukan dalam dunia, tapi perangai 2 orang ni. Menyusahkan! Fatin mengatur langkah mengikut Adam.

     " Adam, tu bunga ajepun rilek ar. " Seraya itu Fatin menarik lengan Adam.

    " Yes, betul. Bunga aje pun. Kalau macam tu, kenapa you tak terima? "

     Fatin memandang ke kiri. Serabut. Kenapa nak diungkit kisah lama? Annoying!   " Adam, kita datang sini sebab saya nak tunai janji saya bukannya peluang untuk awak ungkit kisah dah lepas. " Fatin melepaskan keluhan berat.  Dia melangkah laju meninggalkan jejaka itu. Malas nak layan! Nanti bergaduh!

    Fatin berjalan laju dengan hati yang  panas membara. Mukanya masam mencuka. Sehinggalah, dia terpandang kelibat jejaka yang dia cintai 2 tahun lalu. Dan, bersama dengan seorang wanita. Tinggi, putih,mempunyai blue eyes, seksi dan elegant. Itulah sifat fizikal yang boleh digambarkan. Sempurna. Fatin menggosok biji matanya. " Betul ke ape yang aku nampak? Kekasih dia ke? "

    " Fatin, awak marah? " Sapa Adam dari belakang.

    Fatin menoleh ke belakang. Ish dia lagi! Jumpa pulak dia cari aku! " Tak. Saya tak marah pun. " Seraya itu Fatin mengalih semula pandanganya terhadap 2 orang manusia yang dilihatnya tadi.

     " Apa yang awak tengok dari tadi? " Tanya Adam yang mula kehairanan dengan sifat gadis itu.

    " Tuh."  Fatin menggunakan jari tunjuknya untuk menunjuk ke arah 2 manusia itu. Bibirnya dimuncungkan.

    " Hessel."

    Fatin tersentak. Dipandangnya wajah Adam dengan pandangan terkejut. Biar betul mamat ni. Ke aku yang salah dengar? " Awak cakap apa tadi? "

    " Hessel. My old friend. You know what, saya rasa, kita patut tegur dia. " Seraya itu Adam mengatur langkah menuju ke arah 2 orang manusia itu.

     " Adam, Adam, wait! " Panggil Fatin separuh berbisik. Alamak! Bahaya ni kalau Adam nak pergi jugak kat Hessel!

    Disebabkan panggilan Fatin tidak diharaukan oleh Adam, dia memutuskan untuk terus membontoti  jejaka itu dari belakang. Lagipun, dia nak jugak tahu siapa minah yang tergedik gedik dengan mamat poyo dia tuh!

    " Hessel! "

    Hessel menoleh ke tepi. Tangan perempuan yang setia menggengam erat tanganya dari tadi, ditepis. " Adam, apa yang kau buat kat sini? "

     " Datang jalan jalan dan aku bukan sorang sorang tau. "

   Mata Hessel meliar ke kiri dan kanan. Biar betul kawan aku ni? Mana ada orang lain. Dia berpeluk tubuh. " Siapa?"

     Fatin yang dari tadi hanya berdiri di belakang Adam, memberanikan diri untuk berhadapan dengan jejaka itu. Tangannya dilambaikan ke arah Hessel dan gadis di sebelahnya.

    " Fatin. " Wajah Hessel berubah. Air mukanya keruh.

    Adam memandang ke arah Fatin dan Hessel silih berganti. Gurauan apakah ini? " Aik, dah kenal ke? "

     " Dah. Dah lama kenal" Perkataan ' lama ' ditekan. Saja dia buat macam tu. Satu senyuman sinis diberikan.

   " So, Fatin, kau datang sini dengan Adam?. " Jantung Hessel berdegup kencang. Hatinya terasa tidak tenang. Rasa cemburu.

   " Kau nampak Adam je kan kat sini? So, yes. Dengan dia aku datang. Kau? " Perasaan gemuruh dalam hati cuba untuk disembunyikan.

   Hessel memandang ke arah gadis yang ada ditepinya. Memang cantik tapi kecantikan dia tidak dapat melawan kesucian gadis yang ada disisi Adam. " This is Merissa. "

     Fatin mengukir satu senyuman. Tangan dihulurkan kepada perempuan itu tanda bersalaman. 2 saat,3 saat, 4 saat, damn! Salaman Fatin tidak disahut oleh perempuan itu. Perempuan itu hanya memandang sinis terhadap Fatin. Maklumlah, perempuan ni minah Dutch, jadi tak hairanlah kalau dia pandang serong dekat perempuan Muslim macam Fatin!

     Sedari itu, Fatin menjatuhkan kembali tangannya. Malu yang teramat! Mukanya merona merah. Senyuman masih lagi cuba untuk dikekalkan walaupun rasa malu dah melebihi had merah!

    " I don't shake hand with people like you. " Perempuan itu memberikan pandangan sinis kepada Fatin.

     Mata Fatin menjadi merah. Hatinya menjadi panas. Apa semua ni? Kenapa Merissa macam nak cari gaduh? Fatin hanya diam. Kepala ditundukkan. Kedengaran seperti Hessel berkata sesuatu kepada perempuan itu tetapi tidak difahami oleh Fatin kerana melalui bahasa Dutch.

    " Fatin, are you okay? " Hessel memegang lengan Fatin. Wajahnya jelas menunjukkan rasa bersalah.

    Fatin yang tadinya menunduk, mengangkat semula wajahnya. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. " Mr. Hessel Samuel, I' m okay. " Tangan jejaka itu ditepis kuat. Pandangan dialih pula ke arah Merissa. " And you Merissa, nice to meet you."

    " Korang berdua ni menganggu privacy aku dengan Samuel. Aku rasa korang boleh kot nak angkat kaki dan pergi. " Kata Merrisa yang bertutur dalam English. Bibirnya masih lagi dengan senyuman sinis. Tangannya laju memegang Hessel.

     Eh minah ni! Sombong! Apa dia ingat aku nak sangat duduk dengan kau lama lama kat sini! " Okay have fun! " Mata Fatin melirik ke arah Hessel. Hatinya betul betul sakit hati! Seraya itu, dia berjalan laju meninggalkan mereka bertiga! Semak!

   Sesampainya di rumah,kaki diatur laju menuju ke biliknya. Daun pintu dibuka. Kemudian, pintu bilik dihempas kuat. Beg sandangnya dicampak ke atas sofa. Fatin merebahkan badannya ke atas katil. Dia menutup matanya. Air mata mengalir secara tiba tiba. Dikesatnya air mata itu dengan lengan baju. Dia mengeluh.

    " Kenapa aku nak nangis bila aku nampak mamat poyo ngan perempuan lain. Lantak dialah! Dia bukan boyfriend aku pun! Atau aku jealous? Eh no! Merepek je! Ish. Perempuan tu pun satu hal, sombong tahap gaban! " Teddy bear birunya dipukul kuat. Geram!

    Telefon yang ada dalam beg sandang berdering. Fatin bangun dari katil dan menuju ke sofa. Diambilnya telefon itu. Nama ibunya tertera di skrin telefon. Punat hijau ditekan. Dia menarik nafas dalam dalam sebelum memulakan percakapan.

   " Assalamualaikum anak mama." Sapa satu suara yang jauh nun disana. Wajahnya tertera di skrin telefon.

   "Waalaikumussalam. Ya Allah, mama!! Fatin rindu sangat kat mama." Memang lah rindu. Dah lama dia tak balik Malaysia. Jarinya mengusap ngusap wajah ibunya yang terpampar di skrin.

      " Memang lah kamu rindu , lama sangat tak ber 'FaceTime' sama sama. Sibuk sangat ke ngan belajar kat sana tu?"

     Fatin menggaru garu tengkuknya yang tetiba gatal." Sibuk la jugak ma, nak buat cam mana kan, lagipun ni kan dah nak habis tahun ke 4 belajar, adelagi 1 tahun lebih. "

      " Sibuk belajar takpe, jangan sibuk bercinta sudah. Buktikan kat mama yang mama tak rugi habiskan duit demi memastikan kamu masuk university. "

     " Ish mama ni. Mestilah. Fatin akan buktikan kat mama ngan papa yang Fatin akan dapat jadi astronomers. Just wait and see"

        " Well, i'll wait for that . Tapi, kamu tu rindukan mama je ke? "Kening dinaikkan ke atas.

    " Alah, mestilah Fatin rindukan papa dengan abang Rizdhuan jugak. " Bibir mengukir senyuman apabila teringatkan wajah abang dan papanya itu. Sangat rindu.

    " Tak, maksud mama, orang lain. Dia bukan keluarga kita tapi bakal keluarga kita. " Perkataan ' bakal ' ditekan oleh ibunya.

    Dah kenapa dengan mak aku ni? Nak bergurau ke apa? " Siapa ma? "

    " Daniell Ridza." Nama itu meluncur laju dari mulut wanita yang terpapar di skrin telefon Fatin.

   Mulut Fatin ternganga. Pelik. Mak aku ni mengigau ke? "Daniell Ridza celah mana ni ma?"

" Pasal tu, nanti kamu tahulah. Yang kamu tu, tak rasa nak balik malaysia ke? Tak rindu? Ke kamu dah ade buah hati kat sana?"

       " Ish mama ni, mana ade. Rindu je nak balik kampung halaman Fatin. Tapi itulah, sibuk memanjang kat sini. Lagi lagi dah nak dekat final exam ni, memang ade kelas je memanjang."

       " Study, study jugak. Kesihatan kene jaga, kalau sakit, macam mana nak belajar? Macam mana nak capai cita cita kan? Mama nak anak anak mama semua berjaya." Itulah ibu. Tak pernah lekang dengan nasihat walau di mana jua anaknya berada.

      " Yelah mama, thank you for ur advice..love you as always muah "

       " Ni mama nak cakap sikit tentang boyfriend ."

      " Boyfriend?kenapa? Alah ma, tak payah la, Fatin bukannya ade boyfriend pon..takde orang nak kat anak mama sorang ni "

       " Mama nak cakap, kalau nak cari bakal menantu mama, carikan yang seagama dengan kita. Senang sikit hidup kamu nanti..kalau boleh hindarkan daripada bercinta ngan  mat salleh"

         Kenapa tiba tiba boleh datang topik boyfriend ni? Semak la! Lagipun takde orang nak dekat aku ni! " Ma, listen to me. Fatin tak nak fikir hal tu lagi. Yang penting capai impian dulu. " Fatin menggegam erat kedua dua belah tangannya.

     " Fatin anak yang baik kan? Kalau mama suruh Fatin buat sesuatu untuk mama, Fatin boleh buat kan? "

   " Buat apa ma? " Otak Fatin ligat berfikir. Kenapa dengan mamanya harini? Pelik semacam je. Jangan jangan dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia? Eh no! Ni bukan drama melayu!

    " Erm, takde apa lah. Nanti bila kamu balik Malaysia, mama cakap. Assalamualaikum."

     Punat merah ditekan. Perbualan diakhiri dengan pelbagai persoalan yang membelengu minda Fatin.

      " Kenapalah jadi semakin rumit hari hari dalam hidup aku ni? Lagi satu, macam mana Adam ngan Hessel boleh kenal ni? Sekarang ni mama dah bagitau awal awal taknak menantu mat salleh punya.  Melepas jugak aku ni. Aku pulak, benci lelaki melayu! Tapi takpe, yang penting next week, Malaysia, here i come! "

   

     
   

   

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience