Chapter 23

Romance Series 11478

       Sliding door ditolak kiri. Rambut yang berserabai, dibiarkan. Angin pagi menyapa lembut kehadiran tubuh badannya. Seolah olah, memang menyambut kedatangannya. Dia pejam mata. Nafas ditarik dalam dalam dan dihembus keluar. Udara pagi adalah sebaik baik oksigen untuk pernafasan kita. Meskipun baru 2 minggu Fatin di malaysia, kerinduan betapa indahnya bumi Netherlands, kini bertapa di mindanya. Ah! Baru 2 minggu, dah rindu. Padahal hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik di negeri sendiri. Tapi aku ni pelik, dah jatuh cinta dengan negara orang! Padahal baru 4 tahun belajar kat Netherlands! Fuh! Mujur aku ni bukan jenis kacang lupakan kulit. Kalau tak, memang tak mengaku dah malaysia ni tanah air sendiri! Huh, mintak dijauhkan.

    Dalam dunia ini, hanya ada beberapa perkara yang boleh buat dia gembira. Pertama, melihat senyuman pada wajah keluarganya. Kedua, dapat merasai keindahan malam dan siang. Ketiga, dapat capai cita cita dan keempat.........Ah! Tak payah cakap. Biar lah menjadi rahsia sehingga ajal menjemputku.

    Fatin mendepakan kedua dua belah lengannya. Mata masih lagi dipejamkan . Dalam gelap kelopak matanya, terbayang kebun bunga yang indah di bumi Netherlands. Terusan air tasik yang jernih. Tak lama lagi, salji akan turun membasahi negera itu. Senyuman semakin melebar. Apa yang tak kena dengan aku ni? Rindu Netherlands tahap teruk sangat ni!

    " Hoi cik adik! Menungkan apa tu? Emas takkan jatuh dari langit! "

    Terasa bagai terkena serangan batu konkrit di telinga Fatin. Menghancurkan segala bayangan. Siapa kacau aku! Fatin membuka matanya dan dijatuhkan ke bawah. Terbeliak besar matanya. Dah macam mata kucing! Bibir ditekup.
  
    " Ridz! " Fatin menjerit halus. Bagai nak pengsan! Macam mana dia boleh ada kat sini? Soalan yang lebih logik, macam mana dia boleh masuk dalam kawasan rumah aku!

   Ridz di bawah hanya tersenyum sumbing. Dia melambaikan tangannya ke udara. Kunci kereta dimasukkan ke dalam poket. Dia masih lagi mendongak ke tingkat 2 dimana Fatin berada. " Cantik rambut you. "

    Sekali lagi Fatin terpanar. Serta merta tangan naik meraba raba kepalanya. Shit! Aku tak pakai tudung! Ni dah kali kedua mamat ni tertengok rambut aku! Dia ni pun buat apa datang! Last aku jumpa dia, 2 minggu lepas, tu pun sebab dia tolong ambil aku dekat airport tu! Fatin mengundur ke belakang. Sliding door ditutup laju. Jam dinding dikerling! 9. 30 pagi! What! Awal nak mampus dia datang! Apekes?! Jap, buat apa aku nak kisah? Dia bukan nak jumpa aku pun kan?!

    Tuala yang tersidai di tepi pintu, diambil kasar. Kaki diatur menuju ke bilik air. Alang alang dah bangun awal, baik mandi je terus. Fatin membuka pili air. Fuh! Sejuk mak kau! Dia terbayangkan saat saat indah sewaktu kecil kecil dahulu. Memang seronok dapat bersuka ria dengan abangnya. Eh abang! Kat mana dia er? Sepanjang 2 minggu aku ada kat rumah, jangan katakan batang hidung, bayang bayang dia pun tak nampak. Kemana dia pergi? Dahi ditepuk perlahan, kenapalah selama ni tak terlintas dalam kepala otak aku ni nak tanya kat mama! Adoiii!

    Usai mandi, seluar jeans hitam dan blouse lengan panjang dikenakan. Tudung sengaja dipakai sebagai persediaan seandainya tetamu tak diundang masih lagi terpacak kat rumah! Niaya nanti!

    Fatin berjalan ke ruang tamu. Kelihatan lelaki yang sungguh segak sedang berbual lebat dengan ibunya. Kenapa lebat? Yalah, nampak mulut tu terkumat kamit sangat. Bukan main ramah lagi!

    Jari diletakkan ke dagu. Lagaknya seperti memikirkan sesuatu. Takkan papa aku kot. Papa kerja! Atau abang? Boleh jadi. Tapi, pakaian tu.....Ridz! Tengok betul tak apa yang bertandang di minda aku? Memang tetamu tak diundang masih lagi kat rumah aku!

     " Ha, dah siap pun anak mama. "  Sapa ibunya apabila menyedari Fatin berdiri kaku di hujung tangga. Pandangan dialihkan pula memandang Ridz. " Ridz cakap kat aunty, kamu belum bagitau lagi kat Fatin? "

    Fatin semakin membisu. Apa yang makhluk Allah dua orang ni cakapkan? Apa yang Ridz tak bagitahu aku? Ada nak pergi mana mana ke? Haih! Menyesal pulak pakai macam ni! Tup tup, aku juga  anak pokok pisang sesat yang tak tahu apa apa!

   Ridz bangun berdiri. Wow tegapnya badan! Dia memandang silih ganti 2 gadis itu. " Baguslah aunty kalau March dah siap. Bolehkan kalau Ridz pinjam anak aunty sorang ni sekejap? " Senyuman lebar ke telinga.
  
     What! Pinjam? Dia ingat aku pemadam nak main pinjam pinjam? Eh , aku manusia lah. Nafas di hidung terasa panas. Pagi pagi dah kene hadap mamat ni! Bukan benci tapi... Ah! Entahlah!

   " Sorry, i tak nak pergi." Fatin tayang gigi. Seketika itu, dia menaikkan bola mata ke atas. Next time, sebelum nak ajak anak dara orang keluar, tanyalah tuan punya badan! Tak adil kalau tanya mak aku je! Kenapa tak bawak je mak aku keluar? Senang!

     " Thank you, March. I tunggu you dalam kereta. " Seraya itu, Ridz berjalan keluar.

    Fatin menumbuk tapak tangannya. Huh! Dia ni degil tau! Dah cakap tak nak pergi! Masih nak ajak aku! Dia yang salah dengar? Atau aku yang salah cakap? Fatin ketap bibir.

    " Apa tunggu lagi tu? Pergi lah. Kesian Ridz tunggu lama lama. " Senyuman nakal terkeluar dari mulut Puan Fazliana.

   Padan muka dia! Siapa suruh datang tak bagitau! Kata kata itu hanya tersemat di hatinya. Tak dapat dikeluarkan. Fatin naik ke atas semula dan mengambil beg sandang. Not rm 100 diletakkan sebanyak 5 keping di dalam dompet.

   Fatin masuk kedalam kereta Porsche milik lelaki itu. Mukanya masam. Dia langsung tidak memandang ke tepi. Huh! Dia mendengus kasar. Ni kali terakhir aku ikut kau! Lepasni, jangan harap aku nak bagi muka. Inilah yang dikatakan, hidup tak selalu indah. Ada saja pengacau. Walaupun pengacau ni good looking, tapi aku tak suka lah!

     " You janganlah masam sangat muka tu, hilang seri nanti. " Kereta masih lagi meluncur laju. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Dah macam mabuk bawak kereta!

    Fatin menoleh tepi. Dia mengetap gigi. " Biarlah. Muka i, bukan muka you. You tu, tumpu jelah dekat pemanduan. Kan accident, susah! " Muka dipalingkan ke depan pula.

    " Kenapa kalau accident? " Tangan mengetuk ngetuk stereng kereta. Had laju dikurangkan.

   Psiko gila soalan mamat ni!  Fatin mendegus kuat. " You, i ni ada cita cita. I ada impian. Tak macam you, you dah ada kerja. Dah ada syarikat sendiri dah pun kan?."

     Ridz menoleh tepi. Bibir diherot tepi. " Semoga apa yang ditakdirkan  sama dengan apa yang diinginkan. " Kemudian kepala kembali menghadap jalan raya.

   Bulu roma naik mendadak. Seram sejuk! Terngiang ngiang kata kata Ridz di mindanya. Sumpah macam psiko! Fatin menelan liur.

   Kereta meluncur laju ke sebuah mall. Dasar skyscraper! Buat mall tinggi tinggi tak takut ke? Buat nya datang gempa bumi or something, habis hancur!

   Ridz menekan brek kereta apabila keretanya sudah berada di dalam kotak parking. Dia keluar dari kereta dan bergerak ke pintu yang lain. Pintu kereta dibuka. Senyuman Fatin meleret. Dah rasa macam tuan puteri! Siapa saja tak suka kan kalau ada lelaki tolong bukakan pintu? Dahlah Ridz ni bawak sekali dia punya aura prince Charming!

    Ridz dan Fatin beriringan masuk ke dalam mall. Apa yang nak dibeli pun tak tahu! Perut ni dah berkeroncong minta diisi tau tak!

    " I tak pernah tau bawak perempuan lain masuk mall dengan I." Ridz memulakan mukadimah. " You , the first one. " Sambil jari telunjuknya menghala ke arah Fatin.

    Fatin letakkan tangan di dada dan menjeling. Dia buat muka menyampah. Dasar lelaki! Ayat dia tu lebih manis dari madu! " Iyalah tu. " Tangan masih lagi menaip sesuatu di skrin telefon. Apa yang ditulis pun tak tahu. Tak ada hala tuju. Rasa kekok la pulak dengan Ridz!

     " Betul. I rasa you lah perempuan yang paling sesuai untuk i bawak jalan jalan." Ridz masih lagi dengan ayat madu bersarang. Dia tahu, semua  perempuan akan cair kalau dah dapat ayat macam tu. Nice!

    Fatin memandang tepi. Nak muntah lah termakan dengan ayat kau ni. " Perut i rasa loya tau tak? You simpan ajelah ayat madu you tu. I tak suka. " Fatin menjeling. Telefon bimbit, dimasukkan ke dalam beg sandang. Bukan apa, kan tak pasal pasal tersungkur aku kat depan ni, malu tak sudah!

    " Kenapa you tak suka? " Ridz kenyit mata. Semakin terselah aura prince Charming ! Ni kalau dia pakai baju kerabat diraja, memang sah orang cop dia anak raja! Anak raja sesat!

   "It's killing me. " Kalau kena ayat manis hari hari, memang bergetar 24-7 jam lah jawabnya! Memang tak senang duduk!

   Ridz tersengih manja. " Then, i'll kill you 'softly' with my own's word."

   Fatin buat rolling eyes. Serabut betul lah aku. Tak chill langsung! Kaki aku ni dah nak patah dua! Bila nak berhenti jalan entah!

    Fatin toleh tepi. Dikerlingnya wajah jejaka itu dari tepi. Wah, kacak! Eh no no. Segera Fatin membuang kata kata pujiannya tadi. Aku angau tadi tu! Fatin kembali memandang ke depan. " Sampai pelusuk dunia mana kita nak jalan ni? I ni belum breakfast."

     Ridz hanya diam. Tidak berkata apa apa. Toleh ke tepi pun tidak! Inikan nak jawab pertanyaan Fatin memang jauh sekali! Sampai di suatu sudut, dia pusing ke kanan.

    Hati Fatin ketawa riang. Rasa nak melompat lompat. Akhirnya, mamat ni berhenti jugak dekat restoran.

   "Sabar ye , perut. Nanti aku bagi kau makan." Desis Fatin. Dia mengusap lembut perutnya. Kesunyian Ridz, tidak dihiraukan.
 
   Makanan di atas meja, disuap perlahan ke dalam mulut. Dikunyahnya sehingga halus, baru ditelan. Taknak tercekik! Sekejap anak mata menikam lembut wajah Ridz. Dia ni, memang kacak. Sungguh bergaya dan berpakaian kemas. Cara pemakaiannya agak berbeza dengan Hessel yang agak sempoi. Walau pun sempoi, dia tetap ' oh my mamat Dutch pujaan '. Fatin tersenyum sedirian apabila teringatkan wajah Hessel. Fuh! Tak ada siapa boleh lawan genetik Dutch!

    Ridz meletakkan sudu dan garfu di tepi pinggan. Dikesat mulutnya dengan tisu. Kerusi dirapatkan ke meja. " You dah jatuh hati dengan i ke? "

    Fatin masih lagi terdiam. Matanya menikam tajam wajah Ridz. Huh! Termenung!

   Ridz mengusap lembut pipi Fatin. Wow! Macam pipi bayi. Selembut sutera.

   Fatin tersentak. Ridz segera mengalihkan jarinya dari pipi gadis itu. Ridz mengukir senyuman penuh makna!

   "March, janganlah tenung i macam tu. You tenung i puas puas dalam kereta nanti. I izinkan. " Ridz tayang gigi beserta tawa nakal di hujung ayat.

    Mak oi! Rasa nak hempuk kepala ni kat bucu meja! Nak termenung tak kena tempat! Ni padahnya. Fatin mengatur nafas. Cuba untuk dilihat tenang. Tak nak lah nampak sangat yang dia tu gelisah!

     " No need. I tak ingin pun nak tenung you. " Makanan kembali disuap ke dalam mulut. " And one more thing, do not call me ' March ' never!."

    " Jawapan i tetap sama. I ada hak nak panggil you Fatin ataupun March. And i choose, March. " Ridz menghirup jus lemon. Rasa masam lemon tidak dihiraukan. Sebut je pasal rasa masam, dah macam hidup dia . Sekejap pahit, manis dan masam. Dan yang paling banyak dia rasarasa dalam hidup, PAHIT!  Rasa yang sampai sekarang tak dapat hilang!

   Fatin menjuihkan bibir. Tak guna bertikam lidah. Lagipun, hal nama je. Hal kecil! Fatin memikirkan sesuatu. Agak agak, Ridz ni kenal tak dengan abang aku? Tapi, mesti dia kenal sebab dia cakap dia dah lama kenal family aku.

    Fatin clear throat. " Ridz."

    Ridz mendongak tanda apa.

    " You kenal abang i, Ridhuan?."

    Muka Ridz berubah. Jus lemon, diletak atas meja. " Kenapa? "

    " I dah 2 minggu stay kat Malaysia ni, tapi i langsung tak nampak abang i. Setahu i, dia tak duduk berasingan dengan mak ayah i. " Entah mengapa, terasa ringan mulut menceritakan hal ini kepada Ridz.

   Ridz angguk perlahan. Dia mengeluh . Soalan Fatin, tidak langsung dijawab. " You dah siap makan? Jom. "

    Kening Fatin bertaut. Dah kenapa tiba tiba je? Period ke apa berubah emosi secara tiba tiba macam ni. Eh, dia lelaki lah Fatin! Merepek betul kau ni! Kan ada yang kene hempuk free nanti!

    FATIN berjalan mengiringi Ridz. Sepanjang perjalan keluar dari mall, macam macam perbualan disoalkan dan apa yang best, semua Ridz dapat jawab. Inilah yang dikatakan usahawan yang bijak! Dahlah kacak, bijak pulak tu! Im impressed!

    Tapi, kadang kadang, Fatin rasa pelik. Pelik dengan perangai Ridz. Dia boleh berubah. Macam ada banyak identiti. Bukan nak kata dia gila atau psiko tapi......

   " You ambik course apa study kat Netherlands? "

    " Physic Astronomy. " Kata tau semua pasal hal aku. Ambik kau, course apa yang aku pilih pun tak tahu. Sembang!

    Retina Fatin menangkap imej seseorang di hujung tandas. Di sebalik orang ramai yang lalu lalang, dia rasa dia kenal orang itu. Look familiar.  Tapi susah nak teka. Dia berpakaian seolah olah pelancong. Berkaca mata putih ala ala hipster. Berbaju kemeja dan berseluar slack. Berambut blonde. Eh, blonde? Fatin menggosok biji matanya. Dicubit perlahan lengannya. Bukan mimpi. Aku masih lagi di dalam mall, ditemani Ridz. Masih lagi di alam nyata. Imej manusia yang dia nampak di hujung tandas tadi lenyap. Kemana? Aku perasan je kut. Lagi pun, mustahil lah kalau....... Confirm! Sangat mustahil. Tak logik dek akal!

    Ridz yang mula perasan riak wajah gadis itu, menepuk bahu Fatin perlahan. " Kenapa? "

   Fatin tidak menjawab sebaliknya menggeleng. Langkah kaki yang tadi terbantut, disambung semula.

   Ridz memandang kiri dan kanan. Dia tersenyum jahat yang dipenuhi pelbagai makna hitam!

______________________________________

    Sekejap pusing ke kiri, sekejap ke kanan. Tidak dapat tidur! walhal jam tepat menunjukkan pukul 12 malam! Lengan diletakkan atas kepala. Fatin mengeluh.

    Malam ini, ada perkara yang menganggu otaknya sehingga tidak dapat menikmati tidur. Pertama, kemana abangnya menghilang? Kedua, betul atau tak apa yang aku nampak tadi? Atau pelanduk dua serupa?

      " Tak mungkin. Tak mungkin. Tak mungkin."

   Argh! Fatin menggaru kepalanya. Rambut yang terjuntai, tidak diambil tahu. Ni mesti sebab terlampau rindu!

    Tapi aku pelik, kenapa Ridz macam tu er? Dia memang baik tapi.... Entahlah. Hard to say. Mungkin fikiran aku je kot. Aku kan tak suka mamat melayu. So, mana tahu hati aku ni busuk ke kan? Argh! Kena buat solat taubat ni!

   Fatin bangun menuju ke meja empat segi yang terletak berhampiran dengan sliding door. Komputer riba dibuka. Dia membuka email dan menaip sesuatu.

    Selesai menaip, Fatin bersandar di kerusi. Mata sedikit pedih dek cahaya dari skrin komputer .

   " Hantar ke tak? Hantar ke tak? Hantar ke tak? "

   Akhirnya, skrin komputer kembali ditutup. Email yang tadinya, tidak jadi dihantar. Dia merebahkan badannya di atas katil. Terasa penat! Lama kelamaan, kelopak mata terpejam. Dan semuanya, gelap!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience