Chapter 19

Romance Series 11478

   Bahagian kiri dan kanan dipenuhi dengan tanaman Bunga Tulip. Ada warna kuning, merah,putih dan apa yang paling penting, memang dapat menarik perhatian semua pengunjung. Alang alang, tinggal lagi 3 hari sebelum Fatin bertolak ke Malaysia, ada baiknya kalau dia datang ke Keukenhof, South Holland. Disini, macam macam jenis bunga ada. Maklumlah, Keukenhof ni taman bunga terbesar di Netherlands!

     Fatin menyentuh bunga bunga yang ada di sekelilingnya. Bibirnya mengukir senyuman. Cantik! Desis hati kecilnya. Dia mengambil beberapa keping foto untuk dijadikan kenangan. Boleh la jugak tunjuk foto foto ni kat mak ayah dia. Memang lah dia belajar di Netherlands, tapi takut dah tak boleh nak datang kat sini, sebab sibuk dengan final exam!

      Bahu terasa dicuit. Fatin menoleh ke tepi. Kening dijungkitkan. Kacau privacy orang betul minah ni.

     " Kau balik Malaysia tak cuti nanti? " Tanya Lisa yang sedang ralit mengambil gambar. Sampai beribu ribu! Macamlah taman bunga ni ada kaki nak lari jauh!

     " Balik lah beb. I miss my family so much tau! " Fatin buat muka mengada.

     Langkah diatur pula menuju ke kawasan sebelah kiri. Dibahagian kawasan ini ada satu terusan air yang dipanggil Canal. Di sekelilingnya pula, ditanam dengan bunga tulip merah. Wah, memang cantik!

    Lengan dicuit sekali lagi. Aduh Lisa ni, nak main cuit lengan orang pulak! Tak boleh nak panggil nama ke?

     " Kau nak...." Seraya itu Fatin menoleh ke belakang. Ayatnya tergantung tanpa noktah. Wajah manusia yang berdiri di depannya bukan Lisa. Mempunyai raut wajah yang putih bersih,hidung mancung dan bibir kemerahan. Hessel!

    Hessel tersenyum lebar. Dia memandang  wajah gadis yang kaku didepannya itu.  " Hye! "

     Hye? Dia buat antara aku dengan dia ni macam tak berlaku apa apa! Fatin hanya menjeling. Tangan disilangkan ke dada. Bibir diketap. Macam mana mamat ni boleh tahu aku ada kat sini entah! Sejak dari peristiwa 2 hari lepas, dia langsung tak contact Hessel. Memang tak! Takkan aku nak lupa macam tu je apa yang minah Dutch tu hina aku!

       Sedang dia ralit melayan amarahnya, dia terfikir sesuatu. Dipandangnya wajah Lisa. Jangan jangan Lisa yang bagitahu mamat ni katmana kitorang berada!

     " Lisa, kau jangan cakap yang kau..." Jari telunjuk diarahkan di wajah rakannya itu.

    Lisa hanya menjungkit bahu. Bibirnya tersenyum sumbing. " Have a nice day with your mamat poyo. Tada " Lisa melambai tangannya di udara. Dia melangkah pergi. Memang dia pun yang bagitahu kat Hessel, dah mamat tu yang paksa!

     Fatin mengetap giginya kuat. Mukanya kemerahan. Mana tak nya, dia punyalah cuba untuk hindari dirinya dari bertembung dengan mamat ni, at last, minah sendu tu senang senang je bagitahu mamat ni! Argh! Mukanya di masamkan.

    " Kenapa masam sangat muka ni? Ada cuka melekat ke kat muka tu? " Tanya Hessel. Sinis.

    Fatin mendengus kasar. Pertanyaan Hessel tidak dilayan. Apa yang dia tahu, dia perlu pergi dari sini. Tapi macam mana? Dia berada di tengah tengah sekarang. Kiri dan kanannya, ada bangku. Takkan lah nak lompat. Kan nanti orang ingat beruk manalah yang terlepas dari zoo. Di belakangnya, ditempatkan mini kolam. Dan depan pulak? Ada mamat poyo tak guna ni! Kenapalah masalah selalu datang dalam hidup aku! Aku lebih rela menghadap mamat melayu lah kalau macam ni! Fatin mendecit.

    " Kenapa tak jawab? Tak dengar? Nak aku tolong tengokkan telinga kau? Boleh aku repair. " Perkataan itu meluncur perlahan dari mulut Hessel tapi kedengaran sinis. Berasap telinga Fatin dibuatnya. Tapak tangan digenggam.

   Fatin tersenyum sinis. " Sorry, siapa kau? Aku kenal kau ke? . " Nafas kasar dihembus keluar. Malas nak layan mamat ni. Takde mood! " Dah tepi!"

    " Amboi amboi kau, baru 2 hari tak contact, dah tak kenal. " Kening dijungkitkan.

   Fatin menjeling. Digerakkan badannya ke kiri, Hessel ikut ke kiri. Digerakkan badannya ke kanan, jejaka itu turut ke kanan. Argh!

    " Mr Hessel Samuel!" Fatin menghentak kakinya.

   " Eh, kenal pulak." Hessel menyilangkan tangannya ke dada. Ditegakkan badannya.

      Fatin hanya mendiamkan diri. Sengaja dia kunci bibirnya. Sakit hati kalau layan mamat ni. Kenapa tak pergi je dekat minah Dutch gedik tu?! Lengan Hessel ditepis kuat. Dah macam tunggul kayu, kene tepis pun masih tegak berdiri depan aku!

     "Okay! be angry with me, but at least talk to me."  Suara ditinggikan sedikit.

    Fatin merenung tajam ke dalam mata jejaka itu. Keluhan kasar dilepaskan. " Kau nak aku cakap dengan kau? " Fatin mulai bengang.

      " Yes! that's is what i want all the time." Seraya itu dia memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket baju sejuk. Cuaca sejuk di Netherlands ni memang parah. Kadang kadang tu, suhu di Netherlands lebih rendah berbanding di London. 18 darjah celcius kak oi!

     "Okay, First, jangan ganggu aku!" Sambil menaikkan jari telunjuknya.

    "Second, baik kau pergi layan pompuan gedik tu. Third, dia kan girlfriend kau!" Perkataan girlfriend ditekan. Rasa macam nak koyak  je kulit minah Dutch tu, lepastu bagi makan kat anjing! Apa dia ingat dia lawa sangat? Memang lah lawa tapi mulut tu kalah psiko! Jangan sampai aku tembak kau dengan senapang gajah!

     Muka Hessel kehairanan. Tidak lama selepas itu, ketawa dilepaskan. Panas pulak telinga Fatin dibuatnya. Dia ketawa? What!

    " Tak sangka pulak selama ni aku berkawan dengan bapak segala gila segala psiko dalam dunia ni." Senyuman nipis terbentuk di bibir tetapi cukup sinis. Bila boleh blah dari tempat ni pun entah. Perangai mamat ni, nauzubillah!

    Hessel memegang perutnya, terasa segala urat dalam perutnya tegang dek ketawa tanpa henti. Mukanya kemerahan. Diseka sedikit air mata yang terkeluar dari ekor matanya. Dikerlingnya wajah gadis didepannya itu, masih memasamkan mukanya. Ish, buat abang geram!

    " Wait, wait." Ketawanya masih lagi berbisa. " Kau jealous? " Hessel mengecilkan matanya. Ditolak bahu gadis itu perlahan dengan jari telunjuknya.

      " Huh, kau yang gila plus double psiko, buat apa aku nak jealous." Fatin membuat rolling eyes. Menyampah sangat! Kalau nak gila, gila sorang sorang! Tak payah nak ajak orang! Dahlah, block jalan keluar aku!

    " No, i mean, about Merissa. You said that she was my girlfriend. Are you jealous Fatin March? " Mata yang dikecilkan tadi semakin mengecil. Dah macam korea sesat pun ada dia nih!

     Fatin mengangkat tangannya kedepan sebagai simbol ' what!?'. Muka semakin ketat. Huh! Apa dia ingat aku kisah kalau dia dengan minah Dutch tu?

   " Me? Jealous? On you? Because of Merissa? Merepek kau ni. Kau nak nikah dengan dia terus pun takpe. Ke kau......" Fatin membuat muka takut. Seketika itu, dia menggeleng kepala. Jari telunjuknya dialihkan ke dagu. Saling tidak tumpah bak seorang detektif yang sedang meneliti barang mangsa yang ditinggalkan ketika dibunuh.

      " Apa? " Suaranya perlahan . Macam bercakap guna nafas pun ada! Hessel membongkokkan sedikit dirinya. Baru sama paras dengan Fatin. Dahlah dia ni pendek. Eh, aku yang tinggi atau Fatin ni yang pendek?

     Fatin tersenyum sumbing. Bahu dijungkitkan sedikit. Dia melangkah ke depan selangkah.

   " I don't know. I'm not sure yet. Tapi.." Jari telunjuk dinaikan di wajah Hessel. " Aku rasa, kau gila. Atau dalam erti kata lain, psiko. Dan, kalau kau nak, aku boleh bawak kau ke specialist, supaya doktor boleh sambung balik wayar dalam otak kau yang terputus tu. " Fatin mengundur ke belakang semula. Baru deal dapat sakitkan hati mamat ni. Bukan dia sorang je yang boleh buat aku sakit hati!

   Wajah jejaka itu kelihatan normal. Langsung tiada perubahan raut wajah. Aik, takkan tak sakit hati. Takkan dia gila sungguh kot. Terpacak naik semua bulu roma Fatin. Seram sejuk la pulak mamat nih!

    " Elok jugak tu, boleh doktor tu sambung wayar kau sekali en. "  Jawab Hessel , masih lagi dengan wajah selamba iguana . Kenapa iguana? Sebab iguana kan boleh berubah warna. Samalah dengan mamat ni, sekejap okay, sekejap tak!

     Fatin mengurut perlahan dadanya. Nafas turun naik diatur. Lava yang ada di hatinya semakin mendidih, hanya tunggu masa untuk meletus je! Kita nak sakitkan hati dia, eh sekarang ni, dia pulak yang sakitkan hati kita!

    " Now, tell me the truth, Are. you. Jealous?. " Sambung Hessel. Kini, wajahnya bertukar nakal. Betul tak apa yang Fatin cakap, memang iguana mamat ni. Dalam sekelip mata, emosi dia boleh berubah!

    Fatin mencerlung Hessel. Lama. " Kalau kau sebut sekali lagi perkataan jealous, aku tumbuk kau! Lagipun, apakes aku nak jealous? Tak cool!" Genggaman buku lima dinaikkan ke wajah Hessel. Biar dia takut!

   Hessel melangkah ke depan mendekati gadis itu. Dia berdiri tegak.  Fatin terpaksa mendongak. Dah tahu tinggi, tak payah tegak sangat!

     " J. E. A. l. O. U. S. Jealous." Satu persatu perkataan itu dieja. Dah macam budak darjah satu yang baru nak start membaca!

     Fatin ketawa sinis. Dia menggosok genggaman buku limanya itu. Aku dah warning, tapi mamat ni, memang nak kena. In three, two , one ,action!

      "Argh ". Seraya itu, Fatin menepis kuat lengan Hessel dan melangkah pergi. Kalau setakat kena tumbuk dengan perempuan, takdelah teruk pun. Kalau tak tahan sakit, tak payah jadi jantan! Jadi je pondan! Habis cerita.

    " Aku dengan Merissa tak ada apa apa hubungan. Trust me. "

    Fatin berhenti melangkah. Ditolehnya ke belakang. Disebabkan jaraknya yang tidak terlalu jauh, dia dapat mendengar setiap bait perkataan itu dengan jelas. Hatinya senang. Terasa berbunga. Wait! Berbunga? No! No! No! Bukan berbunga tetapi, berapi! Kalau berbunga pun, mestilah bunga yang gugur di musim luruh! Amboi!
  
     " Aku tak kisah dan aku tak nak tahu sebab aku tak nak ambik tahu. Simple. " Bibir diherot ke tepi. Dia menoleh semula kedepan dan meneruskan langkahnya. Hessel di belakang, masih kaku.

    Mata meliar kiri dan kanan, mencari kelibat lisa di sekeliling Keukenhof, tapi batang hidung pun tak nampak nih. Dah macam hilang ditelan bumi dia nih! Fatin mendecit. Jalan situ, jalan sini, tipu kalau tak haus. Alang alang, ada orang menjual Hot Coffee di bahu jalan, apa salahnya kalau dibasahkan tekaknya yang haus ibarat di padang pasir itu dengan segelas Coffee. Cun!

     " One Hot Coffee, please. " Fatin mengukir senyuman. Tak semua tau orang Dutch ni sombong. Yang penting, jangan kita yang sombong. Ingat, kita ni menumpang negara orang. So, kena rajinkan bibirni buat drama senyum. Kalau tak, dilabel terrorist!

    " No, but, 2 hot coffee, please."

    Fatin menoleh ke tepi. Terbeliak biji matanya. Mujur tak tersembur keluar.  Mamat ni ikut aku er? Tadi elok je dia kaku kat belakang. Aduh, macam macam lah kau ni! Menyemak sentiasa!

    " No, only one. " Fatin masih lagi tersenyum sumbing di depan penjual itu.

    " No, two. " Pintas Hessel.

    " Kalau macam tu, bagi saya satu hot coffee, dan 2 hot coffee untuk pakcik ni. " Tutur Fatin dalam English sambil menunding jarinya ke arah Hessel.

    " Pakcik? Im still young okay. Lagipun,tamak kau ni kan. Tubuh kecil je. Tapi minum banyak. " Suara dimanjakan. Eh ada ke orang minum banyak? Bukan ke makan banyak er? Argh lantaklah!

   " Encik, saya order air 1 je, lagipun, encik yang order 2. So, kenapa nak cakap saya minum banyak sedangkan 1 lebih kecil daripada 2. " Dah macam matematik pulak! Bola mata dinaikkan ke atas.

     " Dan gelaran pakcik tu sesuai dengan kau, kau kan tua dari aku. " Sambungnya lagi.

   " Maaf, air nak order berapa? 1 atau 2 . Sila cepat. Sebab ramai lagi pelanggan . " Sampuk penjual tapi senyuman nipis masih lagi terukir di bibir.

    " One cup"

    " Two"

    Jawab mereka serentak. Aduh mamat ni! Ego sungguh! Fatin berpaling ke arah Hessel.  Siap kau!

   Hessel hanya berjungkit bahu. " 2 cups please. "

    Fatin hanya menjeling. Tangan disilangkan ke dada. Huh! Aku nak kopi, dia nak kopi jugak! Agaknya kalau aku makan bunga tahi ayam, dia ni nak jugak!

    " For you."  Air kopi dihulurkan kepada Fatin.

   " Thanks!" Fatin merampas kasar air itu dari Hessel. Muka semakin masam. Mujur tak jatuh air ni semasa sesi merampas tadi, kalau tak, niaya nak kena beli lagi, dahlah orang ramai!

    "Most welcome dear." Hessel mengeyit sebelah matanya. Senyuman terherot kekiri.

   Fatin hanya membuat wajah polos. Hot coffee, dihirup perlahan. Rugi kalau tak minum, orang yang belanja katakan. Panas. Boleh melecur lidah kalau macam ni. Nak kata lupa bismillah, dah baca. Hish!

    " Lain kali jangan gelojoh. Kalau melecur lidahtu, kesian kau, dah tak boleh nak menjawab. Kau kan jenis menjawab. " Hot coffee ditiup perlahan lahan sebelum diletakkan di bibir dan dihirup. Umph! Memang kaw kaw!

   Fatin memandang wajah Hessel dengan pandangan berapi. Kalau dalam komik ni, memang boleh nampak lah ada api yang sedang membara dalam mata aku! Bibir diketap. Ah! Geram!

    " Jalan tu tengok depan, kan jatuh tersungkur. Baru padan muka. Dan aku tahu, yang aku ni mamat Dutch yang paling kacak yang pernah kau jumpa kan." Air kopi masih lagi dihirup perlahan oleh Hessel. Selamba iguana dia je puji diri sendiri!

    Fatin tersedak. Air kopi yang diminum, sedikit meleleh di ekor bibir. Dilapnya perlahan. " Kau ni memang suka syok sendiri kan iguana. Mamat Dutch ni semua kacak. Bukan kau sorang. So, jangan perasan sangat. "

    Hessel berhenti melangkah. Disusuli oleh Fatin. " Iguana? " Biar betul minah ni label aku iguana? Cari gaduh ni! Tapi takpe, i like!

     Fatin mengangguk perlahan. Air kembali dihirup.

     Hessel menyiku lengan Fatin. Air yang diminum oleh gadis itu hampir tertumpah.

     " Ish, kau ni nak apa? Nasib tak tumpah air aku ni. Kalau tak, aku balas balik kat kau! " Fatin menjeling.

     " Garangnya sayang. Abang suka tau. Tapi, jangan garang sangat, nanti abang cari perempuan lain, baru tahu. "

     "Uhuk. Uhuk. " Terbatuk Fatin dibuatnya. Dada diurut perlahan diikuti dengan urutan di batang tengkuk. Mamat ni memang nak aku mati awal agaknya!

    " Ade aku kisah? Aku bukan apa,nantikan tak pasal pasal girlfriend kau tu meroyan. Kesian. Nanti kau kahwin dengan orang kurang waras. " Fatin tersenyum lebar. Seronok dapat mengayat mamat ni.

   " Tak waras tu, kau. " Kata Hessel sambil menunding jari ke arah Fatin.

   Fatin hanya mengejek kata kata lelaki itu dengan reaksi muka. Pok pek pok pek. Mengalahkan mak nenek!

    " Tadi kau cakap semua mamat Dutch ni kacak kan, sebenarnya kau nak puji aku kan, tapi kau malu. " Sekali lagi bahu Fatin ditolak perlahan.

    Fatin hanya mengerling pahit. Tak habis habis perasan. Menyesal pun ada cakap yang semua mamat Dutch ni kacak. Tapi, itulah fakta! Semua kacak! Bergegar hati aku!

   "Siapa dia?"

   " Huh? Siapa?" Muka pelik Fatin mula terzahir di wajahnya.

   "Tunang kau." Hessel menoleh ke tepi direnungnya wajah gadis berdarah melayu itu. Lama.

   Suasana sepi seketika. Jeda.

     Aduh! Mamat ni ingat lagi er? Ingatkan dah lupa. Yelakan, dia ni dahlah jenis selamba iguana. Takkan la dia ambil serius kot pasal hal tunang tu. Fatin rasa nak hentuk hentuk je kepala dia dekat mana mana dinding sekarang. Kenapalah mulut aku ni gatal sangat cakap yang aku ni dah bertunang. Fatin mencubit cubit bibirnya.

     " Jangan cubit bibir tu, nanti tunang kau tinggalkan kau. Baru tahu." Seraya itu Hessel mengatur langkah meninggalkan gadis itu keseorang di belakang.

    Fatin hanya memandang kosong langkah kaki jejaka itu. Salahke kalau dia bertunang?

    Peti pesanan berbunyi.

     From: lisa a.k.a minah sendu

     Kau kat mana?

    Mesej itu tidak dihiraukan oleh Fatin. Telefon kembali disimpan ke dalam poket. Dipandangnya cawan air kopi yang melekat di tapak tangan. Bibir mengukir senyuman. Rasa sayang nak buang .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience