Chapter 24

Romance Series 11478

   This chapter contains around 3000 words.

Netherlands.....

    Dia duduk bersendirian di ruang makan. Dahi diketuk beberapa kali di sisi meja. Mata dipejamkan. Nafas turun naik diatur. Perasaan gelisah, cuba dicampak tepi. Dah banyak kali call tapi tetap tak berjaya. Kemana kau ni? Menghilang macam tu aja. Takkan kau balas dendam kot? Tapi, kau bukan macam tu. Kau... Selalu buat aku tersiksa.

    Kepala diangkat. Badan disandarkan rapat ke tulang kerusi. Keluhan berat dilepaskan. Jari menari nari di permukaan meja kaca. Skrin telefon pintar yang tiba tiba menyala, tidak diendahkan. Dia mengiggit bibir bawah. Fikiran berserabut.

        Kemana kau menghilang? Dah 2 minggu kau lenyapkan diri. Call tak angkat. Mesej, lagi lah kau tak layan. Dia menggaru  ubun kepalanya. Dahi berkerut seribu.

    "You"

   Hessel tersentak dari lamunan. Serentak, kepalanya menoleh ke arah suara yang menyapanya. Keluhan kecil terkeluar dari mulut.

    " You, buat apa sorang sorang kat dapur ni? You rindukan i ke sayang?" Dengan lenggang lengguk, berpakaian skirt pendek, blouse separa pusat, kaki diatur perlahan menuju ke arah Hessel.

    Time aku tengah serabut , minah ni muncul! Makin berserabai pemikiran aku adelah! Bibir diherot ke tepi. Mata kembali diarahkan memandang meja yang kosong. Pertanyaan Merissa, dibiarkan tidak berjawab.

   Tangan menjalar di bahagian tengkuk dan bahu Hessel. Bulu roma berdiri tegak akibat tindak balas dengan tangan Merissa. Hessel kaku. Tidak pandang kekiri mahupun kanan. Dia meneguk liur.

   " You...." Jari Merissa menari nari di atas bahu jejaka itu. Dari kiri, ke kanan. Kemudian, dia sedikit menunduk, dirapatkan bibir ke telinga jejaka itu." You, sunyi kan? " Seraya itu, senyuman nipis muncul pada bibir maroonnya.

    Nafas panas dari hidung Merissa, dapat dirasai oleh Hessel. Air liur tersekat di hujung kerongkong. Terasa berat sekali untuk ditelan. " Sunyi? Tak ada motif. " Kerusi ditolak ke belakang. Hessel bangun berdiri. Sebelum ada perkara yang dah lama dia tinggalkan terjadi, baik dia angkat kaki.

    Merissa ketawa berbaur sinis. Kening dijungkitkan. " I don't care about your problem, darl. But, i just want you to know that, everytime i see you, i fall in love all over and over again. You know, infinity." Kaki Merissa bergerak perlahan, tangan menjalar di sekeliling pinggang jejaka itu.

    " You know i can't. "

    " Because of that girl? Huh? " Tangan yang tadinya melekat di pinggang jejaka itu, dialihkan. Merissa berdiri menghadap wajah Hessel. Mukanya masih lagi tampak tenang.

   " Hal ini, tak ada kena mengena dengan sesiapa pun, termasuk Fatin!" Tangan digenggam. Nafas kasar turun naik terbentuk di dada. Ah! Malang sungguh nasib!

    Merissa ketawa lagi tapi kini lebih kuat dan kasar. Dia menggeleng kepala sambil terukir senyuman sinis di bibir. " I tak cakap pun yang perempuan tu Fatin tapi i rasa, naluri i betul, you sukakan dia. " Tapak tangan kanan dan kiri ditemukan, dia menepuk sekali. "Hessel, i bagi amaran kat you, jangan pernah ada walau sedikit pun perasaan suka dekat dia dan lupakan dia! " Jari telunjuk naik ke muka Hessel.

    Apa? Aku lupakan Fatin? Jangan mimpi!. Keluhan halus dihembus keluar. Kepala dipicit seketika. " You tak ada hak nak halang dengan siapa i nak suka, atau dengan siapa i nak kahwin."

   Merissa naikkan tapak tangan ke bibirnya tanda terkejut. Wajah sinis jelas terpampar di wajah putih mulus bak kain sutera itu. " You ingat, perempuan tu boleh terima ke kalau dia tahu rahsia sebenar you sayang? You kena ingat, agama dia tak sama dengan you dan i yakin, agama dia sangat membenci golongan macam you. Semua rahsia you ,  i tahu. Terutamanya ......."

    Ayat tanpa noktah sengaja tidak dihabiskan. Merissa geli hati melihat wajah cuak di muka Hessel. Wajah bimbang dan of course lah, TAKUT!  Yelahkan, siapa yang nak terima kalau lelaki tu sebenarnya.....  Setakat rahsia Hessel, kacang je. Semua dah dihafal dalam otak ni. Macam mana aku boleh tahu rahsia mamat ni? Well, boleh dikatakan aku ni dah tidur sekatil dengan dia. Luar dan dalam, semua aku dah tahu. So, setakat rahsia... Piece of cake je.

    Terasa bagai nak pengsan. Darah panas dari kaki menyerbu ke muka dengan kelajuan cahaya . Hessel terpanar seketika. Matanya tidak berkelip. Bibir dikunci. Hatinya merintih kuat. Mengapa begitu banyak dugaan dalam hidupnya?

    Beg sandang yang diletakkan di atas meja, diambil. Wajah Merissa masih lagi sinis. " Sayang, you tak perlu bimbang , kalau you ikut cakap i, i jamin, dia takkan tahu rahsia you. So, i nak you fikir seribu kali. " Mata kanan dikenyitkan. Senyuman syaitan semakin melebar. Wajah manusia di depannya semakin pucat. Bagai tak cukup darah. Kaki diatur perlahan meninggalkan jejaka bak mayat itu!

______________________________________

    Malaysia.......

     Telefon pintar berdering buat kesekian kalinya. Namun, masih tidak dijawab oleh empunya. Sengaja dibiarkan telefon itu ' menjerit' tanpa menekan butang ' declined'. Bingit memang lah bingit, sampai nak pecah gegendang telinga . Malas nak off atau silent phone , nantikan terlupa nak on balik, nahas kau! Lagipun, Daniel Ridza je call. Seronok dapat mainkan Ridz ni. Nak tengok juga sampai tahap mana dia nak call aku. Sampai esok ke? Sampai lusa ke? . Tangan ditekup ke mulut , menahan tawa.

     Buku The Theory Of Big Bang karya ahli Cosmology terkenal, Stephen Hawking, diambil dari rak, dan dibelek, satu persatu helaian tersebut. Jam dinding dikerling, 8. 30 malam.

      Jari tertarik untuk berhenti di satu helaian. Mata mula bergerak dari kiri ke kanan membaca mukadimah itu.

       ' And how difficult life may seem, there is always something you can do and succeed at- Prof Stephen Hawking '
    Fatin mengangguk perlahan mensetujui kata kata itu. Hidup ini memang penuh dengan dugaan. Kalau tak ada dugaan, bukanlah kehidupan. Dan walau sesukar mana pun hidup ini, pasti akan ada sesuatu, yang akan buat kita berjaya. Jadi jangan pernah putus asa. Yes!

    Fatin menoleh ke tepi. Argh! Mata mencerlung tajam ke arah telefon yang sedari tadi berdering. Nak suruh rumah aku ni runtuh ke? Kalau macam ni tak payah tunggu gempa bumi, suruh saja Ridz call, confirm berderai semua rumah! Tak reti move one lah dia ni!

     Dengan malas, tangan menggapai telefon itu. Ditekan punat hijau di skrin. Icon loud speaker ditekan. Malas nak letak kat telinga. Buku yang ada di riba, masih lagi tidak dialihkan.

    " Fuh, angkat jugak akhirnya"

    Fatin melebarkan bibirnya. Wajahnya polos. Mata meliar liar membaca buku diribanya. Ridz yang bersuara di telefon, tidak diendahkan. Lagipun ape kes call anak orang malam buta macam ni.

    " Sejak bila pulak March yang i kenal ni sound trouble? Atau i salah nombor? " Ridz ketawa perlahan. Nada mengusik.

    Bebola mata dinaikkan ke atas.  Sound trouble tengkorak kau.
 
    " Hurm. " Hanya itu yang dijawab oleh Fatin.Helaian demi helaian diselak. Semua bab menarik perhatiannya. Prof Stephen Hawking, memang layak disanjung. Sakit diusia muda tapi bukan penghalang untuk dia berjaya. Peringkat PhD lagi!

     " Kalau you tak jawab, i akan anggap kotak suara you dah hilang dicuri alien. Sebab tu you senyap je kan? Betul tak? " Volume TV, dikecilkan. Bantal yang ada ditepi, diletakkan ke belakang kepala. Lengan dinaikkan ke atas dahi. Bibir tersenyum nipis.

     Argh! Fatin menggigit bibir bawah. Kuat, sehingga rona merah terpancul keluar di bibirnya. Dah macam berasap telinga ni. Suka sangat cari pasal. Alien? Tengkorak kau. Dia ingat ni planet marikh ke? Membongak ape tah Ridz ni! Buku The Theory Of Big Bang, ditutup. Diletaknya buku itu ditepi pehanya. Telefonnya masih lagi dalam mood ' loud speaker'.

   " Ha ah, alien curi sebab alien tu taknak anak dara orang ni bercakap dengan mana mana lelaki di malam hari. Faham? " Fatin buat rolling eyes. Bibir dimuncungkan sedepa. Soal hati, ada rasa benci dan suka. Benci sebab Ridz suka sangat call malam malam buta macam ni . Kadang kadang tu confius dengan perangai dia! Suka? Of course lah sebab mamat ni baik dan apa yang penting, dia kacak! Opss, chois!

       Di talian, Ridz ketawa. Suara garaunya, memang menggoda. Jangan katakan rupa, dengar suara pun dah tahu dia ni ' good looking ' ! " Alien tu laki ke pompuan? "

    " Pondan." Fatin menahan tawa. Dia membaringkan badannya. Teddy bear biru, dipeluk erat. Bibir tidak lekang dari senyuman. Dah mesra lah pulak!

   Ridz ketawa nakal. Kalau diikutkan, dah lama dia tak ketawa seceria sekarang semenjak dari peristiwa hitam itu. Peristiwa yang membuatkan jiwa lelakinya hancur dan dipenuhi dengan sengenggam dendam. Dendam yang semakin membara. Dendam yang tidak terbalas ibarat roh yang tidak tenang terpisah dengan jasadnya. Begitu teruk perasaan dendam yang dirasai Ridz!

    " Tapi sekarang ni, ada lagi sorang alien ganggu i. Alien ni selalu call i di malam hari . Suka ganggu i. " Fatin menjungkit kening. Bibir tidak henti henti tersenyum. Dah macam kerang busuk! Rahang ni kalau boleh x-ray, memang semua longgar!

    Ridz senyum lebar hingga ke telinga. Dia tahu, alien yang dimaksudkan oleh Fatin, adalah dia. " Sekarang ni, alien nak ajak you pergi keluar  pergi satu tempat dan apa yang paling penting, you pasti suka. "

     Merepek! Malam malam buta nak ajak aku keluar. Hey, potong jari kaki dulu lah! Apa dia ingat, aku ni adik dia? Isteri dia? Girlfriend dia? Hampeh!  Macam lah mak bapak aku kasi aku keluar. Dengan lelaki pulak tu! Nightmare!

    " Ridz, you jangan nak berangan. Mak i takkan bagi. So, say goodbye. " Icon loud speaker ditekan semula. Kini, telefon dialihkan ke tepi telinga. Selamat sikit!

   Ridz menukar posisi perbaringannya ke posisi duduk bersila. Rambut yang sedikit berserabai dibahagian depan, dibaikinya dengan tangan. Wah! Tak ubah macam KAKA si pemain bola sepak tuh!
 
     " Siapa cakap Ridz nak ajak you keluar? Bagitahu mama you, alien yang ajak you keluar. No hal lah. "

      Amboi amboi kau, sempat lagi nak melawak hambar! Bibir diherot ke tepi. " Tak kira lah alien ke, manusia ke, confirm mama i tak bagi. You ni satu hal jugak, esok jelah kalau nak keluar jugak. I banyak lagi masa kat KL ni. "

      " Pasal tu biar i handle, you pergi bersiap. Nanti i datang ambil. Jangan lama sangat tau bersiap. You dah cantik. " Seraya itu, butang merah ditekan. Ridz bangun, kunci kereta di dalam laci, diambil.

      Fatin ketawa kuat. Dia menepuk tangan beberapa kali. Ridz ingat, mama aku, adik dia? Jangan bergurau lah. Mama aku ni salah satu harimau betina! So, jangan pandang rendah. Bekas pengetua sekolah katakan!

   PINTU bilik diketup. Earphone yang disumbat ke dalam telinga, dijatuhkan. Laptop ditutup ke bahagian sleep. Rambut disanggul kemas. Dengan berpakaian pajama, dia berjalan menghampiri pintu. Selak pintu ditolak kiri. Tangan naik dan memulas tombol pintu. Sebaik pintu dikuak luas, wajah tua ibunya terpampar. Wajah tua itu kelihatan pelik. Fatin memandang wajah ibunya dari bawah ke atas. Bertudung likup bagai dah kenapa? Ada orang lain ke dalam rumah ni? Atau aku mimpi? Fatin termenung.

     Puan Fazliana menepuk lengan anaknya. Tadi cakap nak keluar, yang berpakaian macam orang tak waras ni dah kenapa? Atau anak aku nak keluar dengan berpakaian baju tidur macam ni? Tudung pun tak pakai.

     " Pakai tudung bagai ni, nak keluar dating dengan papa ke? Auch romantik. Romeo and Juliet in real life tau!" Fatin mengusik ibunya. Sebelah tangannya dinaikkan menghadap ke bibir. Senyuman mengada terbentuk di bibir.

    Jari Puan Fazliana laju mencubit lengan anakknya itu. Tak ada makna nak dating tua bangka macam ni.

    Fatin menggosok lengannya. Muka berkerut. " Nak bergurau pun tak boleh. "

   " Kenapa tak siap lagi? "

     Fatin bercekak pinggang. Otaknya bergerak bagaikan keretapi laju cuba untuk mengingati seadainya dia ada cakap dekat mama yang dia nak keluar. Setelah puas membelek fail berkarat dalam otak, barulah Fatin bersuara.

    " Mana ada. Mama mimpi ni. " Sambil kepalanya mengangguk atas bawah.

    Puan Fazliana buat muka bosan. Dia mengeluh. " Yang Ridz dekat bawah tu, tunggu kamu . Mimpi jugak ke? Atau kamu nak cakap  Ridz yang tercegak kat luar rumah tu dunia khayalan? "

      " Ouh..." Fatin tersenyum. Mata dikecilkan. Otaknya masih lagi belum memproses dengan baik kata kata ibunya. 

     Wajah Puan Fazliana semakin pelik. Confirm kena bawa anak aku ni jumpa psikologi! Ketawa je kerjanya dari tadi. Hantu belanda mana tah rasuk dia ni.

    Fatin berhenti ketawa. Eh  jap jap, Ridz? Ke aku salah dengar? Tangan menepuk perlahan kedua dua belah telinga nya. Kepala sedikit digoncangkan. Biar betul? Kalau betul, berani mati Ridz ni minta izin dengan mama. Wow salute! Wajah ibunya dipandang seketika.

    " Mama cakap siapa tadi? "

    " Daniel Ridza. "

   Mata Fatin membulat. What?! Sumpah mamat ni tak betul. Berani sungguh dia. Mama aku ni pun satu, senang hati dia je lepas anak dara yang sorang ni keluar dengan lelaki. Mana perginya sifat garang harimau mama aku? 

   SEUSAI mengenakan seluar jeans dan blouse yang sesuai dengan dirinya, kaki diatur melangkah ke luar rumah. Dipandangnya seorang lelaki yang berdiri membelakanginya. Badan lelaki itu disandarkan di sisi kereta. Tangan lelaki itu dilihat jelas dimasukkan ke dalam poket seluar.

    Dari tepi, wajahnya tak ubah bagai artis Britain. Memang kacak. Kulitnya yang sawo matang, digandingkan dengan hidung mancung bak gunung itu, badannya yang tegak umpama askar serta jawline yang tajam bak boleh membelah mana mana hati wanita itu, memang sungguh menawan. Siapa yang tak terpegun bukan?

     Fatin berjalan perlahan. Bibir tersenyum nipis. Terasa berat nak menegur lelaki itu dari menungannya. Rasa rugi. Yelah kan bukan selalu boleh tengok lelaki kacak free macam ni! Eh! Apa yang aku cakap ni? Rasa nak hempuk hempuk je kepala hotak ni kat dinding. Biar waras sikit.

     Fatin berdehem perlahan. Senyuman manis bak mawar masih lagi melekat di bibir merah jambunya.

     Ridz menoleh ke belakang. Sepantas kilat, bibirnya bertindak balas dengan senyuman manis itu. Tangan dikeluarkan dari poket seluar. Dia yang berpakaian jeans hitam serta kemeja hazelnut, memang menarik. Dia terpegun. Buat kesekian kalinya, dia terpegun dengan kecantikan gadis itu. Tapi, masihkah ada lagi gadis yang mempunyai kecantikan dalaman dan luaran? Baginya, sekadar cantik luaran, tidak menjamin apa apa kebahagian. Bagai mana kalau sangkaannya merosot?

    " Sorry buat you tunggu lama. " Fatin memulakan mukadimah. Kalau lama lama tenung wajah Ridz ni, aku pun boleh jadi gila.

   Ridz tersengih. Dia berjalan menghampiri gadis itu." Kenapa ambil masa lama? "

    Fatin tayang gigi. Please lah jangan rapat sangat! Nantikan mak ayah aku ingat aku pergi Netherlands tu buat perkara yang tak elok!

    " I ingat you tak berani dengan mama i. Tapi tak sangka pulak you ambil risiko. " Fatin tersenyum menampakkan gigi.

    Ridz hanya membalas dengan senyuman. Keningnya dijungkit sekali. Kaki diatur menuju ke pintu kereta. Fatin hanya membontoti dari belakang. Nak tahu jugak tempat apa yang dia nak bawak aku pergi.

    FATIN memandang kiri dan kanan. Terpegun dengan kecantikan di Shah Alam. Buat pertama kalinya, dia jatuh cinta terhadap cahaya. Ada warna biru, merah, kunig, neon, wah memang cantik. Lampu LED ini dihiasi di setiap tempat. Selama ini, apa yang dia tahu hanyalah, gelap, gelap dan gelap. Setahu dia,tidak pernah pergi ke tempat ini sepanjang dia di Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran di Netherlands. Wah, rupanya Malaysia dah semakin maju.

    Kereta diberhentikan di suatu tempat parking. Fatin membuka pintu kereta dan keluar.

   Fatin memandang sekeliling. Memang cantik. Tak tipu. Salah satu sebab mengapa Fatin suka dengan lampu lampu disini adalah disebabkan warna yang ada disekelilingnya ibarat galaksi. Memang mempersona. Tapi, tempat apakah ini? Selain daripada dihiasi cahaya, tempat ini juga dah macam fun fair. Macam macam jenis permainan ada. Fuh!

    " You suka tempat ni? " Ridz berdiri di sebelah Fatin. Kunci kereta, di masukkan ke dalam poket seluar.

    Fatin menoleh tepi. Dia mengangguk laju. Cahaya yang terbias mengenai wajah lelaki itu, menjadikan rupanya tampak lebih kacak. Beberapa orang gadis lalu lalang, mata mereka tidak berhenti daripada memandang wajah Ridz. Naik meluat pulak! Macam tak pernah tengok lelaki kacak! Eh, wait! Am i jealous? Hell no!

    " Welcome to I-City Shah Alam. Where the world never sleep and full of happiness. " Ridz mendepakan lengannya, menunjukkan bahawa dia juga menikmati keindahan di sini. Kalaulah, ibu bapanya masih hidup, pasti dia akan bawa family dia ke sini. Tapi malangnya, disebabkan peristiwa itu, hidupnya musnah. Tahun 1999 , adalah tahun terburuk dalam hidupnya!

    Mulut Fatin berbentuk 'o' mengiyakan kata kata lelaki itu. Betul lah apa orang cakap, shah alam, negara bercahaya.

    Mereka berdua berjalan ke serata tempat. Dari satu tempat, ke tempat yang lain. Memang sungguh gembira. Dah macam macam mereka try main. Dari roda Ferris hinggalah ke buaian biasa.

   Selepas penat  mengelilingi ' dunia bercahaya' itu. Mereka hanya berjalan di persisian jalan. Menyedut udara yang kurang segar di ' dunia bercahaya ' ini. Oksigen yang telah bergabung dengan pelbagai jenis gas dan asid, memang lain udara di sini. Macam manalah orang orang kat sini boleh tahan.

    " I rindu family i. "

     " Tahu pun rindu. Next time, bawa family you datang sini. Pasti diorang suka. Boleh kenalkan dengan i. " Aiskrim, dimasukkan ke dalam mulut semula setelah terbantut dengan kenyataan Ridz.

    Ridz mengeluh tapi masih kelihatan senyumannya yang nipis di ekor bibir. " Kalau i boleh undur masa, i akan buat. Tapi, kita hanya manusia biasa. Tidakkah begitu March? "

    Fatin tenung wajah lelaki itu dengan pelbagai persoalan yang menghantuinya. Apa yang Ridz cuba untuk sampaikan? Fatin menarik nafas perlahan. Kemudian, dihembus, sedang dalam otaknya bertungkus lumus menyusun ayat.

    " Kenapa you cakap macam tu? Ada sesuatu terjadi? " Senyuman masih cuba dikekalkan. Bagi Fatin, tak logik kalau dia buat muka hambar kat sini. Kan tak pasal pasal ada yang kena penyepak nanti.

    Ridz pejam mata seketika. Sakit sungguh hatinya. Tersiksa sungguh mindanya teringatkan kisah yang dah lama berlaku. Walaupun kejadian itu sudah lebih 20 tahun berlalu, tetapi setiap detik kesengsaraan itu, masih lagi berdarah!

    " Family i dah lama pergi. Ibu, ayah dan abang i. " Hati Ridz merintih kuat apabila teringatkan wajah abangya yang istimewa itu. Abangnya lumpuh. Seumur hidupnya, hanya bertemankan kerusi roda. Bahkan, abangnya juga seorang yang tiada keupayaan untuk bercakap. Dia bukan bisu, tapi kotak suaranya rosak dari kecil lagi. Ridz masih lagi ingat, jika ada budak budak yang menghina abangnya, penumbuk akan berbekas di muka penghina itu. Hidupnya bahagia dengan keluarga yang kecil. Sehingalah, satu tragedi berlaku mengubah takdir hidup mereka. Takdir itulah yang mengambil nyawa ibu, ayah dan abangnya. Adakah tuhan tidak menyayanginya?

    Hati Fatin luluh. Kalau dia tahu family Ridz dah tak ada, takkan dia sebut pasal hal itu.  Kalau ikutkan hati, memang Fatin nak tanya sebab musabab kematian family Ridz, tapi rasa tak sanggup.

 
 
   

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience