Chapter 10

Romance Series 11478

        Fatin mencampakkan beg galasnya ke atas sofa. Dia merebahkan badannya di katil kesayanganya. Teddy bear biru laut pemberian ibunya dipeluk erat. Bibir mengukir senyuman . Mindanya masih lagi teringatkan peristiwa petang tadi.

      " Betul ke mamat tu rindukan aku? Atau dia saja nak mainkan aku?" Dia mengubah posisinya dari berbaring ke duduk. Teddy bear masih lagi setia di atas ribanya.

     Mata dijatuhkan ke arah muka tembam teddy bear. " Kau nak mainkan aku sebenarnya kan?" Kening dijongketkan. Pipi teddy bear dicubit cubit. Geram.

     " Takda maknanya kau nak rindukan aku. Dahlah poyo! Dah lama aku kenal perangai kau!." Muka teddy bear yang tadi dicubit kini ditumbuk pula. Kalau nak tumbuk mamat poyo tak boleh, pukul teddy bear pon jadi la!

     Otak teringatkan pula akan jejaka sorang lagi. Jejaka melayu. " Adam ni pun satu, dibaginya aku bunga ros . Kenapa? " Fatin memandang bunga ros yang diberi oleh Adam, diletaknya di atas meja.
 
      " Adam, Adam, semoga kau tak jatuh hati ngan aku. Aku taknak kau sakit hati sebab aku nanti "  Mata menjadi layu. Hati menjadi sakit apabila teringatkan kisah lampau sewaktu dia di era sekolah menengah. Memang teruk!

     Fatin tersentak apabila telephone bimbitnya berbunyi. " Ish, apa aku merepek tak tentu pasal tadi?." Kepala digoyang goyangkan. " Uh pening."

      Tangan menggapai telephone bimbit. Tertera nama ' mamat poyo ' di skrin telephone. " Apa mamat ni nak call aku? " Ditekannya punat hijau. Telephone diletakkan di tepi telinga. Nafas diatur perlahan sebelum bercakap.

    " Fatin speak here." Saja dia cakap macam tu. Kononya nak 'beramah mesra' dengan mamat poyo.

    " Eh angkat pulak kau. Ingatkan dah taknak angkat, bukan main lambat nak angkat telephone. Satu lagi, aku tau lah ni kau, takkan makcik sebelah rumah pulak. Dah ni nombor kau, kau lah jawab. Tu pun kena cakap. "

    Amboi mamat ni, aku cakap sepatah, beribu patah kau jawab! Dahlah membebel!

    " Dah habis?"

    " Apa?"

    "Membebel."

    " Whoa, semakin berani kau sekarang en."

   " Listen carefully. Mr. Hessel Samuel, tak pernah walau sekalipon aku takut dengan kau. Never." Kening dinaikkan ke atas. Bibir diherotkan ketepi.

    " Sayang, aku tak pernah cakap pun yang kau takut dengan aku. Tak pernah. Itu semua rekaan bengap kau je. Simple. "

    " Whoa, kau panggil aku bengap? Okey. Aku letak phone ni baru kau tahu!. " Mamat ni, kalau tak cari gaduh dengan aku,memang tak sah. Kalau ye pun, jadi lah seromantik Adam ke. Eh no!

   " Kalau macam tu, sayang nak abang panggil apa? Baby?"

    " Baby ke babi?" Perlahan kata kata itu meluncur keluar dari mulut Fatin. Ditekup mulutnya segera. Tapi, tak perlu bimbang, mamat ni takkan faham pun apa maksud ' babi ' . Dia ni bukan original malay pun.

    " What? " Muka Hessel kepelikan.

    " Erm, nothing. Just thinking that you're annoying. " Fatin cuba menahan ketawa. Matanya sudah mula berair dek menahan daripada terhamburnya ketawa.

    " Kau nak mainkan aku? Okay let's see who won this game. "

    " Game? Apa kau ni. Aku taknak main."
  
    " You must. Fatin, je hebt mijn hart gestolen."

    " What?! Kau ni main kasar. Mentang mentang lah bahasa Dutch aku kelaut. Berani kau en, cakap Dutch ngan aku?.." Fatin mula menggaru garu kepalanya yang tidak gatal. Boleh jadi sakit kepala kalau dilayannya mamat ni! Tak reti nak tidur ke apa?!.

     " So, its means je bent verloren."

     " Apesal pulak aku kalah. Aku tak cakap pun yang aku nak main. Kau yang mengada. " Setakat perkataan asas macam ni, aku faham lah. Tak guna kalau belajar kat Netherlands lama lama tapi bahasa Dutch sepatah haram pun tak faham. Tapi kalau marinya yang susah. Melukut di tepi gantang la kau!

     " Kalah tetap kalah. And you, you must do something for me. " Satu ketawa sinis diberikan. Panas telinga yang mendengar dibuatnya.

    " Do what?" Teddy bear yang dipegangnya tadi, dicampak jauh. Langkah kaki diatur menuju ke jendela. Cuba untuk menghirup udara segar. Bintang bintang di langit, cukup mempersonakan. Fatin tersenyum sendirian.

    " Disebakan aku menang dan kau kalah,aku nak kau ikut cakap aku. That's the rules."

   " Banyak cakap pulak kau ni, cepat lah. Aku nak tidur. Kau tu takpe, dah habis belajar, aku ni belajar lagi." Fatin bercekak pinggang.

    " Esok, keluar dengan aku, bawakan aku hadiah. Lepas habis kelas kau, akj datang ambil kat university." Satu persatu ayat itu meluncur laju dari mulut Hessel.

    "Amboi, banyak cantik muka mak bapak kau. Taknak. Aku sibuk. " Bibir dicebikkan bersama dengan jelingan.

   "Na ah, no more excuses. Satu lagi, yang cantikya mak aku, bapak aku tak cantik, tapi kacak.  Bye, gud night sayang. Muah. " Seraya itu, Hessel terus mematikan panggilan. Dia tersenyum sendirian.

     Fatin menghadapkan telefonya ke wajah.  " Mengada! Dari dulu lagi hidup kau ni tak lekang dari hadiah. Kebulur sangat hadiah ke kau ni?! Dia berpeluk tubuh. Sejuk.

     Fatin masuk semula ke dalam bilik. Dibukanya laci meja. Dikeluarkan olehnya sebiji kotak. Dia membuka kotak tersebut. Kelihatan beberapa keping gambar yang diberikan oleh Hessel sebelum mamat itu meninggalkannya 2 tahun lepas.

    Fatin mengusap lembut gambar tersebut. Dilihatnya seorang lelaki berambut blonde, tersenyum menampakkan gigi putihnya.

   " Hessel, Hessel, tak habis habis menyusahkan hati aku kan?" Bibir mengukir seyuman. Dipejamkan matanya.

______________________________________

     " Tidakkah kamu terfikir bagaimana langit boleh berdiri tegak tanpa sebarang tiang dan planet planet yang terapung di ruang angkasa..."

   Telinga Fatin ralit mendengar perkara yang dibincangkan oleh Dr. Arney. Telefon yang ada di atas meja bergetar. Dikerlingnya sekilas. Nama ' mamat poyo ' terpapar di skrin. Menghantar peti pesanan. Tangan laju  membuka peti pesanan tersebut.

     " Habis bila?" - mamat poyo

     Fatin menaikkan keningnya. Blur.

    " Apa yang habis?" -Fatin

    "Kelas kau lah bengap." - mamat poyo

     " Kol 11.30" Sekali sekala Fatin memandang ke depan. Takut seandainya Dr. Arney nampak yang dia sedang bermesejhan dengan seseorang. Masak nanti!

     " Tunggu kat sana. Aku pergi ambil. University Of Hilversum?"- mamat poyo

  Mesej yang dihantar oleh Hessel tidak dibalas oleh Fatin malah dibiarkan begitu sahaja.

   Jam digital di dinding dewan dipandang. Angka menunjukan 11.25 pagi. " Pshh, Lisa" Panggil Fatin. Perlahan.. Saja dia perlahankan suaranya . Buatnya Dr mulut puaka tu dengar, meletup satu dewan ni.

   "Haa pehal?" Jawab lisa juga dalam keadaan suara yang perlahan.

    " Nanti, kau balik dulu. Aku ade hal"

    " Hal ape?"

   " Aderlah. Dah pandang depan!"

______________________________________

    Fatin berjalan menuju ke luar pintu university. Dia menepuk dahinya sebab dia terlupa nak tanya mamat tu nak datang dengan apa. Kereta ke,motor ke, lori ke. Aduh!

   Sebuah kereta meluncur laju di hadapannya dan berhenti di bahu jalan.

     " Kurang asam punya kerata. Tahulah kereta mahal. Nak bunuh aku ke agaknya!" Kaki dihentakkan kuat ke bawah.

     Telefon yang ada di tangan Fatin mengalunkan lagu unintended.

     " Nak apa?"

     " Nak apa, nak apa. Kau tuh, tak reti nak masuk kereta ke. Tercegak kat situ kenapa? Ke kau nak tunggu aku datang gendong kau?" Dia melihat gadis yang ditunggunya melalui cermin tingkap sisi.

    " Nak masuk macam mana? Batang hidung kereta kau pun aku tak nampak!" Fatin bercekak pinggang.

    " HES 432."  Telefon dimatikan.

    " What! Matikan macam tu aja! HES 432,  nombot plat kereta agaknya." Kepala memandang ke arah kereta di bahu jalan tadi. " H. E .S , lah rupanya kau lah yang bawak kereta macam biawak mabuk tadi! Siap kau!" Kaki diatur laju menuju ke kereta itu. Muka nya merah padam.

     Fatin membuka pintu kereta. Dia masuk ke dalam dan memandang ke arah pemandu. Dilihatnya mamat itu memakai cermin mata hitam, dikenakan pula dengan baju berkot hazelnut. Wow, elegant nak mampos mamat ni!

     " Yang kau ni pandu kereta laju kenapa? Nak bunuh aku ke tadi? " Tangan disilangkan ke dada. Tanda marah.

    " Tak kena kan? So senyap. Kalau tak..." Hessel menjatuhkan sedikit cermin matanya. Dipandangnya ke arah gadis yang ada ditepinya itu.

    " Kalau tak apa? Cakap lah! Ingat aku takut? " Satu jelingan diberikan.

    " Kalau tak aku ngap kau." Seraya itu Hessel menggertak lengan Fatin. Diacahnya untuk menakut nakutkan gadis itu.

   " Hish. Lepaslah. Cepat lah gerak! " Fatin mengalihkan pandangannya ke arah lain. Senyuman akhirnya terbit di wajahnya.

     " Nanti stop kat kedai depan tu" Kata Fatin sambil menundingkan jarinya ke depan.

    " Nak buat apa?"

    " Nak beli hadiah kau lah. Kau tu dahlah kebulur nak hadiah. "

   " Ingat kau dah lupa. Good girl!" Ucap Hessel sambil menayangkan giginya.

   " Lama jugak kau memilih  kan? Setengah jam! Kau ingat aku kuli kau?" Cermin mata sedikit dilorotkan.

     " Memang lah pilih lama. Nak cari yang macho sikit untuk kau . Dah lah cerewet."

   Kereta dipandu sehingga berhenti di sebuah restoran. Fatin melopong. Restoran ini, tidak pernah dia jejak kaki. Dia berasa was was. Bimbang seandainya restoran ini menyediakan makanan yang tidak halal. Air liurnya ditelan. Terasa pahit.

    " Jangan risau. Restoral ni halal. "

    Fatin tersentak. Tau pulak, dia tentang halal haram. Dia belajar ke?
" Apa yang kau tahu tentang halal?" Tanya Fatin. Kakinya melangkah keluar dari kereta. Disusuli oleh Hessel.

    " Aku tak tahu banyak, tapi, yang aku tahu orang muslim wajib makan makanan halal supaya tidak digelapkan hati. "

    Hati Fatin tersentuh. Terharu. Mana tidaknya, mamat ni bukan beragama Islam, tapi dia tahu mengenai hal ini. Orang Islam sendiri pun belum tentu tahu.
______________________________________

    " Hessel, thank you sebab belanja aku makan. "Ucap Fatin seraya dia sampai di depan pintu university.

    " No prob. " Thumbs up diangkat.

   " Nah hadiah kau." Beg kertas yang dipegang oleh Fatin dihulurkan ke arah Hessel.

    " Thanks. Goodnight. " Hessel mengeyitkan matanya. Kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan bekas University nya.

   Fatin membuka pintu asramanya perlahan. Senyuman masih lagi tidak lekang dari bibirnya. Dilihatnya lisa yang setia duduk di atas sofa.

    " Keluar dengan cik abang ke,March?"

   "March? Dah tukar selera ke apa panggil aku dengan nama tu? " Fatin memandang Lisa pelik. Biar betul ni kawan aku.

   " Jawablah dulu soalan aku?"  Mata dikerling ke arah Fatin.

    " Ha ah, tapi bukan cik abang. Cik poyo."

    " Fatin, aku ada something nak story kat kau."

    " Apa dia? "

  

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience