chapter 18

Romance Series 11478

    Suasana di pantai sepi seketika. Hanya yang kedengaran, bunyi ombak yang tak putus putus dan deruan angin. Fatin memandang sekeliling. Memang banyak wanita berbikini di pantai ini. Dia menelan air liur. Terasa perit. Pandangan dialihkan pula ke arah Hessel yang duduk bersimpuh disebelahnya. Pandangan lelaki itu di mata Fatin nampak kosong. Selepas Hessel menceritakan hal Riana kepadanya, jejaka itu hanya diam seribu bahasa. Jam tangan dikerling, masih awal. Tangan menaip sesuatu di skrin telefonnya.

     To : Lisa a.k.a minah sendu

      Kau ada kat mana? Tadi cakap nak tunggu kat cafe tu. Tapi aku tengok dari jauh, macam kosong je.

  Senyap. Mesej tidak terjawab.

     " Fatin. "

      Fatin mengangkat kepalanya memandang ke tepi. Kening dinaikkan sebagai simbol ' apa ' .

    " Jom." Hessel bangun. Tapak tangan menepuk nepuk punggungnya yang dipenuhi pasir pantai.

   Kurang asam punya mamat poyo. Pasir tu terbang masuk ke dalam mata aku! Fatin menggosok gosok matanya. Aduh, pedih tak terhingga.

    " Hessel, mata aku. " Tangannya masih lagi melekat di mata. Terasa tercucuk cucuk. Tajam!

   Hessel menjadi tidak keruan. Dia duduk mencangkung di depan gadis itu. Reaksi bimbang terpampar di wajahnya. " Kenapa? Ada pasir  masuk dalam mata kau ke? ".

    Fatin hanya mengangguk . Pedih di mata sedikit pun tidak berkurang. Boleh pulak alien ni tanya aku soalan macam tu!

       Hessel mengalihkan tangan Fatin dari mata gadis itu. Mata gadis itu masih lagi tertutup sebelah.

    " Apa kau nak buat ni? "

    Hessel hanya mengeluh. Orang nak tolong, dia pulak yang banyak tanya. " Buka mata kau. "

   Fatin menggeleng laju. Bibir diketap kuat. Apa dia ingat tak sakit ke!

    " Degil kau ni kan. Aku cakap buka mata tu buka je lah. Sekarang! " Tengking Hessel.

     Fatin tersentak. Nak tengking aku pulak! Kalau tak kerana kau, tak adanya pasir ni masuk dalam mata aku! Dia membuka matanya perlahan. Pancaran cahaya mentari menusuk ke dalam kornea matanya. Terasa bagai dicucuk dengan keris. Ya Allah, sumpah, pedih!

     Hessel merapatkan bibinya di mata Fatin. Dipegangnya kepala gadis itu perlahan. Hessel menutup matanya. Dia meniup mata gadis itu perlahan.

    Entah mengapa, Fatin berasa tenang disisi jejaka itu. Terasa bagai, kasih sayang yang dicurahkan oleh seorang suami kepada isteri. Eh, apa yang aku merepek ni! Seraya itu, badan jejaka itu, ditolak ke belakang. Fatin bangun.

     " Kau ni dah kenapa? Ingat aku nak rogol kau ke? Aku tolong tiup mata kau pun kira okay lah. Ikutkan hati aku, nak biar je kau buta. " Hessel juga turut bangun. Dipandangnya gadis itu dengan renungan tajam.

    "Gila!" Seraya itu Fatin melangkah laju meninggalkan Hessel namun segera jejaka itu menarik lengannya hingga rapat ke dada. Dengupan jantung dapat dirasai. Mata dark chocolate bertemu dengan mata Grey.  Fatin terdiam.

    Hessel mengukir senyuman sumbing di bibir kemerahan bak ceri itu.

     " Kau nak pergi mana? Takkan tak ada ganjaran kot. " Hessel menggigit bibir bawahnya. Muka nakal ditunjukkan.

     " Ganjaran apa kau merepek ni? Lepaslah. Tak manis orang tengok!" Fatin mendengus kasar. Geram!

    " Ni Netherlands lah. Tak ada siapa yang kisah. " Genggaman pinggang diketatkan. Tudung yang dipakai oleh gadis itu, sedikit terleret di bahu,namun tidak dihiraukan olehnya.

    " Mr Hessel Samuel, please behave yourself!" Hati Fatin semakin panas. Ibarat minyak yang tumpah lalu bertemu api, maka terbakar lah ia. Mukanya merah padam. Terasa bagai semua darah menyerbu naik ke wajahnya. Mata Fatin menangkap susuk tubuh seorang gadis yang berjalan laju ke arahnya.  Macam pernah nampak, tapi siapa? Kat mana?

     Hessel masih lagi memandang gadis yang ' dipenjarakan' dengan lengannya itu.

     " Samuel! "

        Hessel berpaling ke belakang . Dahi berkerut seribu. Tangannya masih lagi memegang pinggang Fatin . Macam mana pulak perempuan ni tau aku dekat sini?!

     " Merissa. " Suara Hessel perlahan.

      Sesampainya di depan Hessel dan Fatin. Merissa mengukir senyuman sinis di bibirnya. Setelah itu, dia menolak Fatin sehingga jatuh mencium pasir pantai.

     " Apa you buat ni! " Hessel mengetap gigi menahan merah. Mukanya yang putih mula kemerah merahan.

     Fatin yang terjelepok di tanah, hanya menunduk . Tadi mamat ni tolak aku, sekarang , betina ni pulak!

    Kata kata Hessel, tidak dihiraukan oleh Merissa, malah matanya memandang tajam ke arah Fatin.  " Yang you peluk Samuel kenapa? " Tengking Merissa.

     What? Aku? peluk mamat poyo ni? Merepek lah! Fatin mengangkat wajahnya. Dia bangun. Mukanya masam mencuka. Dikerlingnya wajah Hessel sekilas. Hatinya terbakar. Buku lima digenggam.

    " Eh, aku tak kebulurlah nak peluk boyfriend kau tu! " Perkataan boyfriend di tekan.

    Wajah Merissa masih lagi dengan senyuman sinis. Baginya, setakat perempuan muslim macam Fatin ni, tak tergugat pon dengan dia yang seksi dan jauh lebih cantik. Keningnya dijungkitkan.

    " You dengar sini perempuan, Samuel ni takkan pandang dengan perempuan macam you ni. Dah lah tak cantik. I kenal Samuel ni dah lama. So i tahu sangat Samuel ni minat perempuan yang macam mana. Dan, of course lah, perempuan macam you tak tersenarai dalam otak dia.  You yang goda dia kan!" Tangan disilangkan ke dada. Baginya kalau berlawan mulut dengan perempuan mentah macam Fatin ni, of course perempuan ni kalah. Nampak bodoh!

     Kemarahan Fatin semakin meruap ruap. Terasa bagai, darahnya mendidih bagai suhu matahari. Penghinaan itu, melekat di hatinya.

     " Buat apa aku nak goda Samuel? Atau kau ingat boyfriend kau ni handsome sangat? Eh tunang aku lagi Handsome lah! " Tidak semena mena perkataan tunang disebut.Lagipun, Biarlah, aku tengah marah. Takguna betul mulut Merissa ni!

    Mata Hessel membulat memandang ke arah Fatin. Jantungnya ibarat luluh. Hatinya tetiba hancur. Tapi, kenapa? Tunang? Betul ke Fatin dah bertunang? Tapi  , bila? Persoalan itu bermain main di benakknya. Arh, sungguh serabut!

    Merissa mendengus kasar. " I kenal sangat dengan perempuan macam you ni. Pantang tengok lelaki kacak. Pasti nak try. Langsung tak ada maruah! "

     " Merissa, stop it! " Tengking Hessel.

    Sebut je perkataan maruah, terus darah menyerbu ke otak. Perasaan amarah semakin menjadi jadi. " Kau nak cakap bab maruah dengan aku? Sedarlah sikit, aku ni tak pakai pakaian tak cukup kain macam kau! Dan yang paling penting, aku tak menggedik gedik dengan lelaki yang tak sukakan aku! " Fatin mencerlung tajam ke dalam mata Merissa. Kalau nak cakap bab maruah banyak banyak pun, bukan perempuan ni faham sebab dalam agama diorang takde disebut 'haram' kalau berpakain menjolok mata.

      "Fatin, Fatin, you ni memang susah nak sedar diri kan. I ni cantik. So, bukan i yang kejar lelaki sebaliknya lelaki yang terkejarkan i. Entah entah, you ni dah tak ada dara, sebabtu terkepit dengan Samuel!". Matanya dinaikkan ke atas.

     'Pam' laju tapak tangan Fatin naik ke wajah Merissa. Mata Fatin mula kemerah merahan. Kata kata Merissa memang mengguris hatinya. Dadanya turun naik mengatur nafas . Kepalanya terasa berdenyut.

    " Merissa, untuk pengetahuan kau, Samuel yang peluk aku! Dan aku, tak ingin pun dengan boyfriend kau tu! "  Muka Fatin mula merah. Tudung yang yang mulai bergerak akibat tolakan Merissa tadi, tidak diambil tahu.

    Merissa memegang pipinya. Terasa perit. Berani perempuan ni tampar aku! Siap kau! Merrisa menggegam pasir pantai di dalam tapak tangannya.

     " Merissa, don't do it!" Hessel mencerlung ke arah gadis itu.

      Fatin mengalihkan pula pandangannya ke arah Hessel. Matanya ibarat berapi. Dilihatnya air muka lelaki itu berubah keruh.

    " Dan kau Hessel Samuel. Stop contact aku! Jangan ganggu aku lagi! " Seraya itu, Fatin mengatur laju langkahnya meninggalkan singa betina tu. Orang yang memandangnya di sekeliling, tidak dihiraukan. Matanya bergenang air mata.

     Hessel memandang Merissa. Digenggamnya lengan gadis kuat. " Tengoklah apa yang you dah buat! "

    " You, sakitlah. Lagipun, i buat apa? I cuma selamatkan you dari perempuan muslim tu. You should grateful. " Tangan Hessel ditepis.

    " Lagipun, perempuan tu cuma nak gunakan you je. You kan kacak, kaya pulak tu. Jadi of course lah, si minah muslim tu tergilakan you. " Sambung Merissa. Dia akan cuba sedaya upaya untuk meracuni fikiran Hessel. Ya, dia akan berjaya!

    " You ni psycho Merissa! " Hessel berjalan laju meninggalkan Merissa! Dia dah hancurkan segalanya!

    " Mama you takkan suka kalau dia tahu yang anak dia sorang lagi berkawan dengan perempuan Muslim! " Laung Merissa. Dia tahu perangai ibu Hessel. Seorang yang racist tehadap Islam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience