Chapter 7

Romance Series 11478

Hessel Samuel
 
     Hessel berjalan perlahan menuju ke bangku berhadapan dengan tasik. Dia duduk dalam keadaan lemah. Matanya merah. Dia terkejut akan peristiwa tadi. Wanita yang terpaksa dia tinggalkan 2 tahun lepas kembali menjelma. Bibir mengukir satu senyumanm.

" Macam manalah aku boleh terserempak dengan kau lagi?" . Ya dia akui, memang semenjak dari peristiwa itu dia sangat rindukan Fatin namun tiada apa yang dia boleh buat. Dia rindu untuk mengusik Fatin, buat gadis itu marah, dengar dia membebel. Ya, semua dengan rindu. Namun, Hessel hanya mampu menunggu dan berharap sahaja. dia menyeluk tangannya ke dalam poket baju sejuk dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia membuka galeri dan menekan pada gambar seseorang. Dia mengusap wajah wanita itu. " Kita akan bertemu lagi." Mata dialihkan ke arah tasik. Mencari ketenangan yang telah lama hilang.

        Dia bangun menuju ke tasik. Kepala didongakkan ke atas. " Fatin, tolong jangan salah faham dengan aku. Aku bukan saja saja nak tinggalkan kau. Aku terpaksa. "

______________________________________

    " Fatin, Fatin! Kejap la jangan la jalan laju sangat! " Jerit Lisa dari belakang. Penat kakinya mengejar Fatin. Nafasnya tercungap cungap. Aduhla! Makan ubat apa yang boleh tahan laju jugak minah ni jalan! Kalau aku ni Usain Bolt, dah lama aku kejar kau, aku hempuk hempuk kepala kau!
  
     Jeritan  Lisa langsung tidak dihiraukan oleh Fatin malah dia berjalan semakin laju sambil mengelap air mata yang membasahi pipinya. Hatinya sedih dan dia tidak dapat menahannya lagi! Dia mengetap bibir. Kaki semakin laju berjalan.

     " Haish dia ni, makin laju pulak dia berjalan, dia ingat aku ape, robot ke! Fatin!kejap la"

     Fatin berhenti berjalan dan menoleh ke belakang.

" Hish! Kau nak ape Lisa?!" . Ada rasa bersalah sedikit kerana telah membuatkan Lisa penat mengejarnya sehingga berpeluh kawannya itu.

    " Haa berhenti pun kau.. Tunggu aku kat situ " Jerit Lisa. Dia membongkokkan badannya, tangan di letakkan di lutut. Aduh penat!

" Fatin, kenapa ni? Kenapa kau marah sangat ni? Sedih sangat ni? Bagitau aku."

    "Lisa, aku...aku..aku terserempak ngan mamat poyo tu! " Tangan Fatin laju memeluk Lisa. Menangis! Kadang kadang, dia terfikir buat apa dia menangis hanya kerana mamat poyo tu tinggalkan dia?! Bukannya pasangan kekasih pon!

      " Ye, ye aku tau,takpe takpe, kau takpayah cerita kat aku sekarang. Kau cerita nanti je..mase kiter balik rumah nanti" Lisa meleraikan pelukan kawanya itu ". Mata dipandang tepat ke arah Fatin. Bahu kawannya itu dipegang erat.

"Dah dah...jangan lah nangis lagi. Aku taknak tengok kau sedih sedih camni." Pujuk Lisa. Dia taknak disebabkan mamat tu, kawannya sedih!

    " Yela, jomlah balik ." Seraya tangannya mengelap sisa air mata. Taknak orang lain nampak, malu! Tapi kalau dah ada orang lain nampak, lantak arg! Diorang bukan kisah pon! Semak!

    Sepanjang perjalanan pulang, Fatin hanya terdiam. Tidak berkata apa apa. Hati dia masih lagi sakit. Hancur. Sedih.

      " Lisa, aku masuk bilik dulu" Langkah kaki lemah diatur. Mata masih lagi merah. Bengkak!

      " Ha ah.. Kalau ade apa apa, panggil je aku."  Ade riak bimbang pada wajah Lisa. Mana tak nyer, dahlah Hessel tu tinggalkan Fatin secara tiba tiba je, pahtu terserempak pon tiba tiba gak...sekarang ni pon, Fatin tak henti henti menangis. Sedih. Mujur lah aku ni pompuan, kalau aku ni lelaki, tau lah aku ajar mamat tu!

      Masuk aje dalam bilik,pintu dihempas kuat. Geram!  Fatin  merebahkan badannya ke atas katil. Dia menangis. Dia ingin melepaskan segala rasa benci, marah, rindu, kecewa melalui tangisan. Baginya, kalau menangis dapat meringankan beban.

      " Ya Allah.. Kenapa, kenapa?! Kenapa di saat aku ingin melupakan dia, kau menemukan aku dengan dia kembali? Kenapa?!!!" Batin Fatin menjerit. " Aku tidak menyalahkan takdir tapi...aku juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan". Air hingus keluar dari hidung. Dikesatnya dengan lengan baju.  "Mungkin salah aku, sebab aku mencintainya." Tangan digenggam! Memukul mukul batal goleknya.

       " Dah Fatin stop. Stop! Stop fikir pasal dia. Lantak dia lah. Dah! Now kau kene teruskan hidup macam biasa. Dan kau dah janji dengan diri kau yang nak lupakan dia. Eh sedar diri la sikit Fatin. Kau ngan dia tu jauh sangat beza macam langit dengan bumi! ".

Dia tidak mau menagis lagi. Tidak mahu! Takkan lah disebabkan dia, aku nak jadi macam ni! Sedih tak tentu pasal! Mengalahkan orang yang kena cerai! Dia bangun dari katil menuju ke  jendela biliknya, menghirup udara segar sambil memejamkan mata. Dia berharap agar kesakitan ini berlalu pergi bersama angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa ini. " Ye Fatin, kau kene kuat".

     Selepas mandi, Fatin mengatur langkah keluar dari bilik. Ingin menjamah makanan, lapar jugak perutnye tu dari tadi tak makan. Di segenap penjuru, telefon bimbitnye yang ade di atas meja mengalunkan lagu unintended dari kumpulan Muse yang menandakan ade orang menelefonnya tetapi tidak lama kedengaran, bunyi itu senyap seperti orang itu telah mematikan panggilan tersebut.

   Tangan mengesat ngesat rambutnya yang kebasahan.

" Huh, alah biarla, malas aku nak layan..takde mood!"Fatin  keluar dari bilik tanpa menghiraukan siapa yang menelefonnya tadi. Tuala yang ada di lehernya dilempar ke atas katil! Mata dikerling ke arah jam dinding .

" Alah baru kol 5 petang. Awal lagi ni" Langkah kaki diatur menuju ke dapur.

       " Eh Fatin, kau nak ke mana? " Tanya Lisa yang duduk beristirehat di ruang tamu. Kaki dinaikkan ke atas meja.

       " Terkejut aku kau ni.. Kalau ye pun..bagi la salam dulu. Aku nk ke dapur..lapar" . Minah ni memang nak aku mati awal ke apa?! Mujur dia ni kawan baik aku, kalau tak, nahas kau!

      " Ish kau ni...kau pun takkan tak perasan aku duduk kat sini, dari tadi kot, dah jomla makan sama sama, aku temankan kau."  Television ditutup. Telefon bimbit diambil.

    "  Sebab aku tak nampak lah , aku terkejut beruk minah wey! Kalau tak, takdelah aku terkejut." Mata dinaikkan ke atas. Saja nak menyakat kawannya itu.

      " Yang kau tercegak kat situ pehal? Ke nak suruh mana mana lelaki melayu datang paksa kau? Baru reti nak datang sini!" Bibir dijuihkan. Tidak lama selepas itu, satu senyuman terbit. Inilah Lisa, suka sangat mengusik Fatin.

      " Gurau kasar nampak, kau tau kan aku phobia dengan lelaki malay ni, menyampah!" Laju tangan Fatin mencubit pipi Lisa.

      " Mak oi! Kuku tu, tajam nak mampos! Kau ni nak bunuh orang ke?" Tangan mengusap ngusap pipi yang sakit. 

           "Hah jomla..kau nak makan ape Lisa?"  Lisa ni tak boleh terlampau dilayan, nanti tah kemana mana pulak di pusingkan soalan. Ha! Masa tu masak la kau Fatin!

   Tangan lisa diletakkan di dagu. Lagakknya macam orang yang sedang berfikir. Agak agak la, nak makan apa je pon! Yang buat susah macam nak jawab soalan Fizik, pehal?

" Wey makan maggi jom?!"

      Tak habis habis maggi! Tapi alang alang nak jimat duit, maggi pon maggi la. Lagipun bukan senang nak cari makanan halal kat Netherlands ni . Susah!

"  Maggi?,hurm maggi pon maggi la" Almari tempat simpan makanan dibuka, diambilnya 2 bungkus maggi Kari. Selepas dia memasukkan maggi ke dalam periuk, dia terus duduk berhadapan dengan Lisa di meja makan.

  Air kosong dituang ke dalam cawan. Ditegukknya sehingga habis. Lisa melihat dengan penuh hairan. Dia ni nak bunuh diri ke apa? Minum air sekali harung macam tu je!

" Erm Lisa, tadi kau tanya kan pehal aku menangis ?" Satu keluhan dilepaskan. Nafas ditarik dan dihembus.

       " Ha ah, pehal" Mug yang berada ditangan, diletakkan di atas meja.

       Fatin menarik nafas dalam dalam..mencari masa yang sesuai untuk memulakan percakapan.

" Tadi aku terserempak dengan Hessel" Fatin bermain dengan kuku jarinya.

    Mata diarahkan ke wajah Fatin. Tangan ditongkatkan ke dagu. " Aku taulah kau terserempak dengan Hessel, tapi aku pelik la dengan kau ni Fatin, kau jugak yang cakap , yang kau rindukan diala, nak jumpa ngan dia la, tapi tadi bila kau terserempak ngan dia, tup tup, kau blah camtu je"
   
      " Entahlah Lisa,aku sendiri pun pelik dengan diri aku. Mungkin sebab aku dah hampir nak lupakan dia dan dia pulak yang muncul semula. " Rambut diselitkan di celah telinga. Serabuk pulak rasa!

   " So, the reasons u cried?"  Lisa  menaikkan sebelah keningnnya. Dah macam ditektif pon ade!

     Dia ni kawan aku ke ditektif! Nampak macam nak menyiasat pon ada!

" Lisa, aku sakit hati sangat tadi. Aku benci sangat. Aku kecewa sangat. Semua peristiwa 2 tahun lepas, tiba tiba je terlayar kat otak aku tadi. Aku tak dapat nak tahan. Dahlah mamat tu ade depan aku. " Terang Fatin.Dia memegang tangan Lisa. Erat.

      " Kau masih cintakan dia?"

       Cinta? What! Dah lama hati aku tertutup." Stop la merepek Lisa. Cinta? Cinta takde maknalah dalam hidup aku. Lagipun hatiku ni , mudah sangat termakan hati dengan dia." Satu senyuman terpaksa terbit di bibir.

       "Ish kau ni, tak payah la cakap camtu." Lisa menarik nafas. Ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada kawannya itu.

" Fatin, tadikan Hessel minta no phone kau" Tiba tiba jantungnya berdegup kencang. Berdebar! Ish, pehal ngan aku ni! Takut semacam aja, dia bukan makan orang pon!

      " Dahtu, kau bagi?" . Kerusi ditolak keluar, Fatin bangun menuju ke periuk magginya.

      " Aku terpaksa. Sorry"

       Fatin hanya diam. Dia tidak mau memikirkan hal ini lagi. Buat semak aje! " Dah,jom makan. Maggi dah siap"

   " Kau tak marah ek" Tanya Lisa bersalah. Betul ke ni kawan aku, biasanya kalau aku buat perkara yang dia tak suka, membebel la jawab nya sampai ke subuh! Tup tup, harini, senyap aje? Dah hilang perasaan ke apa!

   Maggi diletakkan di atas meja. " Marah? Buat apa? Kalau kau nak kat dia terus pun, takpe."

        " What?" Sah, memang dah sah, kawan aku ni gila. Tak boleh jadi ni!

        " Tak payah la buat muka terkejut bagai, aku bukan suruh kau buat apa apa pun kan? Dah makan la. Penat tau aku masak maggi tuh!" Kening dikerutkan.

    Sesudahnya makan, 2 orang sahabat itu masuk ke dalam bilik masing masing. Entah mengapa, rasa mengantuk awal pulak malam ni. Mungkin sebab cuaca yang semakin sejuk. Sejuk sejuk ni, tidur la jawabnya!

      Fatin duduk di atas katil . Sebuah buku dibuka, Universe : how big our universe are? . Sedang dia ralit membaca buku tiba tiba nombor yang tidak dikenali menelefonnya.

   Kepala dipalingkan ke tepi. " Haish siapa pulak ni..pantang tok nenek aku kalau aku tengah membaca ade orang kacau" Marah Fatin. Dia tidak menghiraukan panggilan tersebut malah mematikannya. Senang! Takdelah bising!

     Telefonnya berdering lagi dan lagi. Fatin rimas! Argh, kalau tak angkat , lagi serabut ni! Orang yang call tu pun satu hal! Dah kalau aku tak angkat, stop aje lah. Kacau betul!. Haish. Angkat jela. Kalau nanti aku angkat, kau tak jawab, siap kau! Fatin mengambil telefonnya dan menekan punat hijau. Telefon diletakkan di telinga.

    " Yes?"
  
      Namun tiada sebarang jawapan.

   " Aik tadi gatal sangat call aku. Ni bila aku dah angkat.. Tak jawab pulak." Marah Fatin lalu mematikan panggilan. Mood dia dahlah tengah takde. Ni ada pulak orang naik main main ngan dia. Memang membara la hati aku! Telefon dilempar ke tepi!

      Sekali lagi, telefonnya berdering. " Eh memang nak kena si pemanggil ni! Takpa takpa, siap kau!" Tanpa melihat nombor siapa yang tertera di skrin telefon, dia terus menekan punat hijau.

" Kau nak apa? Ke kau nak aku report kau kat polis? Call aku dari tadi pehal? Bila aku angkat, takda pulak yang jawab?." Bertubi tubi perkataan itu keluar dari mulut Fatin. Padan muka, gatal sangat nak main main ngan aku! Ni makan dia!

     " Astagfiruallahalzim, Fatin, kenapa ni?" Kedengaran suara seorang wanita melayu di talian. Mak oi! Ni mak aku! Tapak tangan naik ke dahi. Dihempuknya beberapa kali. Ni la kau Fatin, main cakap aja. Rupa rupanya mak kau! Mampos!

     " Eh , la mama rupanya, ingatkan sapa tadi, he he, sorry ye" Fatin menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.

      " Kamu tu marahkan siapa sampai macam tu sekali? Terkejut mama tau. Mujur mama ni takda penyakit jantung ke apa ke , kalau tak, innalillah"

     " Ish mama ni, kesitu pulak, takdelah ma, biasala menetap kat negara orang ni, kadang kadang ada yang tersalah nombor, ade jugak yang jenis nak cari gaduh, tu pasal la Fatin marah tadi tu, sorry er" Padan muka kau Fatin! Ikutkan sangat perasaan marah tadi tu! Tup tup, mak kau yang call!

     Satu keluhan dilepaskan. Jelas kedengaran di telinga Fatin. " Yang kamu tu, bila nak balik Malaysia? Tak rindu ke dekat keluarga? "

      " Alah ma, bukan taknak balik, nak tu memang la nak, tapi belum sampai masa lagi. Kalau ikutkan hati Fatin ni, sekarang jugak Fatin nak balik, tapi tula, takpe ma, nanti cuti semester, Fatin balik tau, miss u so much " Suara manja dibuat. Memang dia ni manja pun ngan keluarga dia, lagi lagi dengan mama dia. Lagi mengada!

      "Lagipon, bukan mama sorang je yang rindukan kamu, ade lagi orang lain"

     " Opkos la ma, satu family rindu kan Fatin. Yelah, Fatin kan anak manja dalam keluarga. Baik pulak tu" Tangan ditekup ke mulut. Menahan ketawa.

      " Ish kamu ni, maksud mama,orang lain, bukannya keluarga kita"

     Fatin mengerutkan keningnya, aish mak aku ni merepek apa ni? " Siapa pulak yang rabun rindukan Fatin tu ma?"

       " Kawan kamu la"

      " Ma, kawan Fatin ramai, kucing, burung, kerbau, meja, sudu, garfu, haa tu semua kawan Fatin, tapi yang mana satu? "

     "Fatin, mama nak pergi dah ni, lain kali kita sembang lagi. Jaga diri leklok tau. Assalamualaikum."

     " Waalaikumussalam." Panggilan dimatikan. Otak Fatin ligat berfikir, siapalah orang yang rindukan dia tu?!

     Pintu bilik Fatin, dibuka. " Ya Allah, Lisa, terkejut aku!" Bantal yang ada di tepi, dilontarkan tepat mengenai perut Lisa. Padan muka.

      " Kau tu pehal, tadi aku dengar bukan main lagi kau marah marah, tup tup senyap. " Lisa melabuhkan punggungnya di atas sofa. Bantal yang jatuh, tidak dihiraukan.

      " Mama aku call" Bersahaja Fatin menjawab.

     Lisa membulatkan matanya. " Beb, kau marah mak kau? Tak baik lah!"

     " Ish kau ni, bukan lah. Merepek aje keje kau ni!" Kaki diturunkan dari katil. Berdiri. " Dah dah, nyah kau dari sini, shuh shuh, aku nak tido" Laju aje tangan Fatin menolak badan lisa keluar bilik.

    " Amboi, amboi, kau ingat aku kucing? Takpe, hari ni hari kau!" Lisa bercekak pinggang.

    " Gudnight sweetheart." Jerit Fatin dari dalam Bilik. Pintu dikunci. Rapat.

(Hessel  Samuel)

     "  Ish nk call ke taknak..nak ke tak? Nak ke tak?. Aishhhh call ajelah"
Dia berjalan mundar mandir. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Telefon dipusing pusingkan. Dia duduk di atas kerusi. Menarik nafas dalam dalam. " Try jelah"

         'Tup tup. Tup tup ' bunyi panggilan berjalan. Tiba tiba.

        " Yes?" Kedengaran suara seorang wanita.

     " Ish ape aku nak buat. Kalau aku bersuara ni memang sah lah dia matikan panggilan". Hessel dalam dilema. Tak tahu apa yang perlu dilakukan. Peluh menitik di dahi.

     Di hujung talian dia terdengar wanita itu membebel kepadanya dalam bahasa melayu dan dia paham. Dan, talian dimatikan.

      " Alah, kau ni kenapa ar Hessel, pehal takut sangat nak cakap ngan dia...dia bukan makan orang pun! Lagipun dulu kau jugak la yang paling berani nak bercakap ngan dia sampai dia gelarkan kau mamat poyo! Haish menyesal!" Bentak Hessel. Telefon yang dipegangnya dilepaskan ke  atas sofa. Dia duduk. Satu keluhan besar dilepaskan.

" Kau marahkan aku ke Fatin? Dia memejamkan matanya. Tangan digenggam. Satu peristiwa lampau menjelma. Peristiwa sewaktu dia menyambut hari lahir Fatin. Ya! Sebelum dia terpaksa tinggalkan kawannya itu!

______________________________________

     Pindu dewan dibuka. Gelap tanpa sebarang cahaya. Dahi dikerutkan. Jam tangan dikerling. Dah lewat, tapi mana semua orang? Fatin memberanikan diri untuk masuk juga ke dalam dewan. Niatnya untuk membuka lampu.

    ' Pam!' .  Fatin segera menoleh ke belakang. Pintu dewan tertutup. Debaran semakin dirasai. Takut. " Alah sudah, pintu tertutup, dahlah gelap". Langkah kakinya kaku. Tak boleh bergerak. Dia ni memang penakut. Tapi siapa aje tak takut kalau dah pintu tetiba tertutup, dalam gelap, sorang sorang lak tu! Mata dipejamkan rapat rapat. Macam macam bayangan jembalang bermain di fikiran. Tapi Fatin cuba menepis jauh pemikiran itu. In one, two, three

    " Happy birthday to you,
      Happy birthday to you,
      Happy birthday to Fatin,
      Happy birthday to you!'

    Opocot! Fatin terkejut. Mana taknyer, orang dahlah tengah takut, diorang pulak buat surprise macam ni! Lemah jantung aku!

     " Beb, apa ni?!"

       " Hari ni kan birthday kau!" Jawab Lisa. Ditangannya ada sebiji kek.

       " Beb thank you tau, aku terharu" Laju aje Fatin memeluk  kawan kawannya.

     " Nope!" Lisa menggelengkan kepalanya. " Jangan ucap thanks kat kitorang, tapi ucap thanks kat mamat poyo kau kat belakang tu"

     Fatin menoleh ke belakang. Kelihatan Hessel memegang sebuah kotak. Takdelah besar. Kecil je. Tanpa disedari, sebuah senyuman terukir di bibir. Berseri seri wajahnya. Dia berjalan mendekati Hessel. Buku ditangan, diletakkan di atas meja.
Fatin berdiri di depan Hessel.

" Thank you, Hessel,tak sangka pulak kau ingat birthday aku ni." Senyuman masih lagi tidak lekang dari bibir. Seoalah olah inilah hari yang paling bahagia!

     "Thank you je?" Hessel menunjukkan muka comel.

     " Habistu?"

      Hessel mendekatkan dirinya dengan Fatin. Nafas ditarik. " Cium aku" Dia mengeyitkan matanya.

     Cium? What?! Ouh mamat ni nak bergurau nampak. Tak pa takpa.

" Ouh, nak cium? Nak cium ye?" Fatin menoleh ke belakang , memandang wajah rakan rakan nya.

" Guys, mamat ni nak aku cium dia la," Seraya itu, dia menoleh semula ke arah Hessel, nak cium sangat kan  , ambik kau! Satu cubitan kuat dikenakan di lengan jejaka itu.

     " Aduh, sakit" Hessel mengaduh kesakitan. Lengan digosok gosok .

Fatin dan kawan kawanya melepaskan satu ledakan ketawa. " Padan muka, miang sangat kan!"

     "Fatin" Bungkusan kotak kecil dihalakan ke arah Fatin. " Nah, untuk kau"

     Fatin memandang Hessel, " Seriously?"

     Hessel mengangguk. "Yelah, aku serius la ni, kau tak nak aku bagi kat makcik cleaner tuh"

" He he, mestilah nak." Tangan nya menggapai bungkusan kotak tersebut. Dirinya masih lagi tidak percaya akan perubahan mamat poyo ni. " Dia ni betul ke tak?.

     Fatin membuka kotak tersebut. Mulut dia melopong. Mana tak yer, dalam kotak tu ade jam yang boleh tahan mahal gakla harganya. Beribu!"

     " Kau suka tak?"

     " Suka, cantik sangat!"

     " Sesuai dengan kau" Hessel mengukir satu senyuman. Memang kacak!

Wajah Fatin dikilas. Satu senyuman nakal terbit di wajah.

" So, babe, aku dah bagi kau hadiah. Yang aku punya mana? "

" Hadiah? Apa kau ni? Kau nak jugak? " Kening dijongketkan.

" You owe me. Ke kau dah lupa? Kan aku suruh kau bagi hadiah kat aku."

Hish, tak habis lagi dengan hutang ghaib mamat ni. Kenapa panggil ghaib? Sebab, Fatin takde hutang apa apa pun ngan mamat ni. Dia je lebih lebih bagi nama ' hutang'.

" Ouh, nak jugak. Kejap ye." Bibir mengukir satu senyuman. Diambil nye sekeping nota dari dalam beg galasnya. Dia menulis sesuatu.

" Nah! Hadiah kau." Tangan laju menghulur sekeping nota itu kepada Hessel.

Nota itu dibaca satu persatu oleh Hessel.

' Thank you for being my friend. Kau dah mengisi ruang hati aku. Dasar mamat poyo. ' Di hujung nota, dilukis muka emoji senyum.

Hessel memandang ke arah Fatin. Gadis itu menghadiahkan satu senyuman yang sangat manis. Tidak lama selepas itu, Fatin mengatur langkah menuju kepada rakan rakan nya. Malu apabila diperhatikan begitu oleh mamat poyo!

  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience