Chapter 1

Romance Series 11478

Angin malam ini sungguh sejuk. Di saat angin malam sedang perlahan lahan menampar lembut mengenai pipi Fatin, disaat itulah rasa kecewa dan sedih kembali bertaut.

Fatin March Ismail ataupun dikenali sebagai Fatin merupakan seorang pelajar yang mengambil bidang fizik astronomi di University Of Hilversum. Masuk tahun ini, sudah tahun ke4 Fatin melanjutkan pelajarannya disitu.

Angin yang sejuk memang mendinginkan, membuatkan Fatin berpeluk tubuh sendirian di luar tingkap asramanya. Air matanya jatuh berguguran setiap kali teringatkan satu peristiwa 2 tahun lalu. Peristiwa yang mampu membuatkan jiwa wanitanya menangis dan hancur berkecai. Dia menutup mata dan perlahan lahan kisah lama menjelma... Kisah sewaktu dia di University Of Hilversum.

(Tahun 2015)

Fatin tergopoh gapah memakai tudung shawl nya yang berwarna biru laut dipadankan dengan seluar jeans hitam serta long cardigan berwarna pink. Bagi Fatin, campuran warna tersebut sungguh mengena dengan citarasanya. " Argh lantaklah ape orang nak cakap pasal aku, macam pelangi ke macam kanak kanak riang ke, ape aku kisah! Walaupun umur aku ni dah 21 tahun, tapi bagi mama aku ni masih lagi kanak kanak tau! ..."

Tanpa disedari jam sudah pun menunjukkan pukul 9 pagi. Membulat mata Fatin. Satu keluhan kecil dilepaskan. Masak la kau nanti Fatin kena hentam peluru padu dari Prof Alisya nanti. Haih, nasib badan. "Alamak aku dah lambat ni, guys i had to go now..im already late..love ya" Jerit Fatin kepada rakann rakannya. Maklumlah rakan rakannya tiada kelas pagi harini. Tu pasal la buat tahi mata ajer kejernye. Sebenarnya, dia pon macam tu jugak. So 2 kali 5 jelah.

Sambil berjalan dengan laju tiba tiba Fatin teringatkan assignment yang diberikan oleh Prof. Alisya.." Haish kalau tertinggal mati aku.." Serta merta mata ditumpukan ke arah fail fail yang dipegangnya, tangan laju mencari assignment yang mungkin terselit di antara fail fail tersebut . Kakinya tidak berhenti melangkah,cuma diperlahankan sedikit. Bukan apa, kalau dia berhenti, lagi lambat lah jawab nya nak sampai kat kelas. Mampos!

" Dumm" Aduh!! Fatin mengaduh kesakitan. "Huh Ya Allah aku langgar orang." Tanpa melihat siapa yang dilanggarnya, dia terus menunduk untuk mengambil kertas kertasnya yang jatuh bertaburan..nampaknya lagi lambat la kau sampai kat kelas.Bibir merah jambunya diketap. Padan muka! Cuai sangat!.

Selesai saja mengutip barang barang yang terjatuh, Fatin kembali berdiri, dengan segala tenaga yang dia ada, dia beranikan diri berhadapan dengan mamat yang berdiri di depannya. Nampak macam sombong! Mana tak nya, masa terlanggar tadi, langsung dia tak tolong aku nak angkat barang! Fatin memandang ke depan. Bibir mengukir senyuman sehingga menampakkan gigi putihnya.

" Eh awak sorry sorry..saya tak perasan."

"Nah its okay, next time make sure tengok depan bila jalan." Cermin mata hitam dialihkan. Satu senyuman sinis terukir dari bibir lelaki itu.

Muka Fatin merah padam, hatinya berasa terbakar kerana dia dapat rasa yang lelaki ini sedang cuba memerli nye.Hatinya yang tadi berbunga serta merta berapi! Harap muka je hensem, tapi perangai, nauzubillah!" Eeyyy mamat ni, kalau tak ade org kat sini, dah lama aku terajang kau masuk longkang tu hish." Ngomel Fatin... Baru dia tahu siapa aku! Aku bukan calang calang orang tapi kalau dah ade sekumpulan lipas innocent datang terbang kat aku, mau nya tak menjerit! Eee geli!

Baru sahaja Fatin ingin membalas 'perlian ' tadi...Tiba tiba mulut dia terkunci , tertutup rapat..matanya tepat tidak berkelip memandang lelaki tadi... Tinggi, kacak, putih, yes! Lelaki pujaan wanita malaya! Tadi takdelah sehensem sekarang. Tapi bila dah dicabutnya cermin mata tu, mak oi! Kalah Leornado DiCaprio!

"Hey excuse me! " Lelaki itu memetikan jarinya di hadapan Fatin. Dia berjalan merapati telinga perempuan itu. " Aku ni hensem sangat ke sampai kau tengok aku tak berkelip?"  Saja dia ingin mengusik Fatin. Lagipon dia memang dikenali dengan sifat ' mengusik' pon.

"Huh!" Tanpa disedari Fatin tertampar pipi lelaki itu kerana terkejut. 'Pam ' "huh Ya Allah sorry sorry.." Ucap Fatin dengan laju. Dia melangkah laju meninggalkan lelaki itu. Taknak keadaan menjadi semakin buruk!Dia pergi bukan sebab dia sombong tapi dia malu dan rasa bersalah! Kau ni satu jugak! Kalau ye pon terkejut, jangan lah sampai tertampar anak orang. Jadi bala nanti satu hal pulak nak kena mintak maaf bagai. Kau buat, kau tanggung!

   Lelaki itu memandang Fatin yang kian melangkah jauh sambil tersenyum. Dia mengusap ngusap pipinya, takdelah kuat mana tamparan budak tu, tapi apehal sakit semacam je. "Minah kepoh! Memang jenis tak boleh tengok lelaki kacak!" Dia melepaskan satu ledakan ketawa. Seronok.

   Aduh penatnya. Dah lama aku tak jalan laju camni. Haih!" Alah mamat ni, sebab kau lah aku lambat dahlah pukul 9.30 pagi dah ni..ish..nazak la aku kene kecam nanti di prof.. Mau tak mau hentam ajelar" Ngomel Fatin... Dia beranikan dirinya. Baginya buat apa nak takut, ni pun kira untungla, sebab nak jugak dia datang kelas walaupun dah lambat. Jadi tolong bersyukur!

       Sampai sahaja depan pintu dewan serta merta hati Fatin berdegup kencang..bukan kerana terserempak dengan mamat poyo tu tapi disebabkan Prof Alisya sudah pun memulakan pembelajaran.

" Ish takkanlah aku nak berdiri kat sini sampai habis" Fatin menggaru garu kepalanya yang tidak gatal...."Okeyh Fatin kau kena berani..kalau nak capai cita cita kena berani...okeyh" Dia nekad lalu menarik nafas 3 kali. Mama dia kata kalau takut nak buat sesuatu pejam mata dan tarik nafas 3 kali..in syaa Allah nnti jadi berani nak buat sesuatu..

      Dia berjalan masuk ke dalam dewan dengan perasaan takut tapi Fatin 'cover' perasaan takutnye dengan memberikan senyuman yang paling manis seumur hidupnya. Tiba tiba!

" Fatin March Ismail! Kenapa lambat masuk? " Lantang suara Prof Alisya bertanya. Huh,terkejut beruk aku..mana taknya..main jerit camtu je nama aku ..dahlah nama penuh!

"Fatin..awak tak dengar ke? Saya tanya ni " Sekali lagi Prof Alisya bersuare tapi kali ni suaranya agak rendah sedikit..Takderlah terkejut kalau camni dari tadi .

" Uh uh saya tertinggal assignment tadi..tu yang lambat nih." Tipu Fatin..padahal kalu tak disebabkan mamat muka mat salleh tu takdelah aku lambat camni.Eh tapi hensem jugak mamat tu..hehe . Satu senyuman yang entah datang dari mana terbit di bibir.

     Prof Alisya memandang pelik. " Yang kamu ni tersenyum senyum macam kerang busuk kenapa? Soalan saya kelakar atau macam mana ya Fatin March Ismail? " Tanya Prof Alisya. Bulat benar matanya. Memang gerun. Mana taknye, dengan bercermin mata bagai, dahlah mata dia tu merah. Silap hari bulan hantu ngan prof pon aku tak dapat beza!

      "Hehe, tak ada apa, saya pergi duduk dulu yer Prof." Ish aku pun satu hal, pergi senyum sorang sorang pehal, dahlah time kena marah. Bahaya betul la. Ish tapi ni bukan salah aku, salah mamat tu ar. Annoying!

      Seperti biasa kelas pagitu habis tepat pada masanya iaitu 12 tengahari."Argh finally habis jugak kelas ni"  Fatin menggeliat. Arg mengantuk la pulak.

     "Hamboi! Sesuka hati kau je kan nak menggeliat situ sini!" satu cubitan ' khas' dikenakan di bahu kawannya itu.

" Aduh! Apeni cubit cubit aku! Biarlah aku nak geliat pon. Memang dah lumrah manusia. " Lidah dijelirkan. Mata dinaikkan ke atas. Memang buruk rupanya. Tangan masih lagi laju menyimpan barang ke dalam beg sandang.

"Fatin jom join kiteorang pergi pustaka..nak cari bahan sikit tentang planet baru tuh..apetah nama" Ajak Lisa yang juga merupakan rakan Fatin yang mengambil course fizik astronomi.

    Fatin memandang wajah lisa malas. Nak menolak kesian. Bukan tu je, aku pun rugi nih kalau tak ikut. Dia pon satu jugak. Padahal baru je Prof Alisya sebut pasal hal tu. Makan otak ikan ke apa member aku nih!

"Ish kau nih dengar baik baik aku nak kasitau ni. Simpan dalam ram kepala hotak kau tu. Nama planet baru tuh, Planet Nine. Ada faham? " Satu persatu ayat itu keluar dari mulunya. Kening dinaikkan ke atas.

" Amboi, satu satu kau sebut en, yela, bakal Prof Fatin. Planet nine en namanya. Jap, biar aku kunci nama planet tu dalam ram aku." Jawab seorang rakan Fatin yang lain. Tidak lama selepas itu, satu ledakan ketawa terhambur keluar dari mulut 5 orang sekawan itu.

" Beb, ketawa, ketawa jugak, aku ni tertunggu tunggu jugakla jawapan Fatin. Jangan menyesal kalau nanti tak jumpa bahan ilmiah ni." Lisa mula menjuihkan bibirnya. Muka dimasamkan.

Mata segera diarahkan ke Lisa " Kalau macamtu jomlah..aku pon nak kesana jugak ni" Setuju Fatin. Untung nasibnya mempunyai kawan kawan yang rajin macam ni walaupun kadang kadang perangai boleh bawak jadi gila sekor sekor nih!

       Sesampainya di perpustakaan Fatin terus meminta diri untuk ke ruangan astronomi manakala rakan rakannya ke tandas.Saja dia malas nak pegi tandas.Huh buat apa pegi tandas bukan nk buang hajat pun.

       Fatin membelek buku buku yang ada di atas rak. Mencari buku yang bersesuaian.Entah mengapa,peristiwa dia dengan mamat muka ala ala mat salleh tu terlayar kembali dalam ingatannya. Segera Fatin memadamkan ingatan itu. Taknak teringatkan mamat poyo lagi sombong tu. Semak! Dia menggeleng gelengkan kepalanya.

" Ish apehal aku teringat kat dia pulak ni..dah lah terserempak dalam bad situation punya. Harap muka aje kacak, tapi perangai, gerun aku!" Satu keluhan dilepaskan. Walaupun mamat tu sombong, Fatin tetap rasa bersalah sebab tertampar mamat poyo tu tadi. Hatinya tak tenang. Memang dari kecik lagi dia diajar untuk segera meminta maaf seandainya ada buat salah."Aku tak boleh la nak salahkan dia sorang, lagipun aku yang jalan tak pandang depan. Ni pon kira okey la aku terlanggar student jugak, buatnya aku terlanggar lecture garang.. Haih lagi masak kau! Gerun pulak jadinya!"

       Fatin mengatur langkah menuju ke rak buku yang lain.Dia terserempak dengan mamat muka mat salleh tu..OH NO! Badan segera dipusingkan ke belakang. Taknak mamat poyo tu nampak!

" Macam mana ni ha..nak ke tak nak nak ke tak nak ni" Dia berasa was was. Kalau tak pergi sekarang ,belum tentu lepas ni dapat jumpa lagi kan...hurmmm pergi jela...mintak maaf je pon..selesai la..bukannya nak pergi berperang ."

Dia berjalan menuju ke arah lelaki itu dengan perlahan lahan. Sedang dalam mindanya bertungkus lumus menyusun ayat untuk dikeluarkan nanti." Uhm uhm" Fatin buat buat batuk untuk menarik perhatian lelaki itu walhal dia tak rase nak batuk pun. Dah tak tahu cara apa nak tegur, guna jela skill lapuk ni !

Mamat poyo itu langsung tidak berpaling. Malah buat buat tak dengar.

Fatin membuat muka ketat. Takpe, try lagi sekali. Kalau tak jalan jugak, aku blah! " Uhm uhm" Sekali lagi batuk palsu dibuat buat. Kali ini lebih kuat dan kasar dari tadi. Sehingga terasa perit di dalam tengkuk. Tangan menggosok gosok bahagian batang tengkuk. Aduh perit.

1 saat, 2 saat, 3 saat, 4 saat, 1 minit! Mamat poyo tu langsung tak berpaling je belakang. Argh sombong!

" Okey fine! Kau yang tak dengar! Hilang segala mood aku nak mintak maaf!". Kaki diatur untuk melangkah laju.

Belum sempat Fatin melangkah, kedengaran satu suara lelaki. Siapa lagi kalau bukan mamat poyo tu!

" Oh yes? Kau panggil aku ke?" Earphone yang disumbat ke dalam telinga dibuang.

Fatin menoleh ke belakang. Dilihatnya mamat poyo itu memasukkan earphonenya kedalam beg galas. Patutlah pekak badak! Pakai earphone rupanya! Mata dijelingkan. Menyampah! Satu hal lagi , boleh pulak selamba katak dia je tanya ' panggil aku ke?' Bangang betol soalan!

" Kau lagi." Sambung mamat poyo itu. Lantas bibirnya memberi satu senyuman sinis.

      Dengar je ayat tu, terus Fatin jadi panas! Aku datang ni nak mintak maaf, eh dia pulak buat kita sakit hati! " Kau lagi ?" Ish mamat ni memang betol2 nak kena ngan aku ni..takpe Fatin sabar...kau datang sini nak mintak maaf bukannya nak cari gaduh.

Fatin memandang mamat poyo dengan pandangan yang tajam." Eh taklah, aku panggil buku. Buku buku, aku panggil kau tadi, kenapa tak jawab?". Tangan menggapai sebuah buku. Konon konon bercakap dengannya. Rimas dengan mamat poyo ni. Poyo lebih!

" Ouh, okay then." Mamat poyo melangkah meninggalkan Fatin. Langsung tak menghiraukan wanita yang ada di hadapannya.

What! Dia blah macam tu je! Tak guna. Ish, aku tak kira, aku kena mintak maaf harini jugak! Selesaikan hal ni hari ni jugak! Taknak hal ni melarat. Niaya nanti!. Kaki diatur laju, mengejar lelaki itu. Derapan langkah kaki cuba diperlahankan bunyinya. Maklumlah, ni dalam pustaka, bukan kat pasar! Nantikan tak pasal pasal kena halau! Buat malu muka ja.

Nak panggil apa ni ha? Nama pun aku tak tahu nih! Alah panggil je la apa apa pun! " Kau! Kau! Tunggu ar kejap!" Laung Fatin dari berlakang. Cepat cepat mulut ditekup dengan tapak tangan. Terlupa! Nikan dalam pustaka! Kelihatan beberapa orang memandang Fatin dengan pandangan maut! " Apalah dorang ni! Aku tak sengaja!"

" Kau nak apa?" Mamat poyo bertanya seraya dia berhenti melangkah. Taknak dilabel lelaki dayus! Membiarkan wanita mengejar dari belakang. Tak gentle langsung!

Pandai pun nak berhenti. Thanks god! Dah tak perlu nak terhegeh hegeh kejar mamat poyo tak guna ni!

" A.. A.. A..aku .." Tergagap gagap kata kata yang keluar dari mulut Fatin. Apehal tetiba gagap nih!

" Aku.. Aku...aku apa?! Cakaplah!" Tengking mamat poyo tu.

" Aku nak mintak maaf sebab tertampar kau!" Laju ayat ayat itu keluar dari mulut Fatin. Mana takyer, dia terkejut dengan tengkingan ' halus ' mamat poyo tuh. Satu senyuman diberikan.

      "Hal mane pulak ni" Tanya mamat poyo itu. Dia memandang tepat ke wajah Fatin. Senyuman tadi langsung tidak dibalas. Malas!

        Ish, aku tak boleh ar kalau lelaki pandang aku camni. Aku tak kuat. Takpe Fatin, rilek. Dia menarik nafas dalam dalam sebelum menjawab kata kata mamat poyo itu. Fatin memandang lelaki depannya pelik...ish dia nih takkan dah lupa kot..nampak macam muda lagi..sebaya aku ar kot. Ni mesti suka makan otak udang! Tu yang jadi pelupa camni.

" Tadikan saya TERlanggar awak..sorry" Saja Fatin tekankan perkataan TER...dia menyilangkan tangannya dan memandang mamat poyo.

       Aku dah agak dia datang nak mintak maaf, good girl! " You know what gurl, tak semudah itu aku nak maaf kan seseorang. Especially, gurl like you," Senyuman sinis diberikan. Mata memandang atas bawah.

Tangan yang disilangkan tadi dijatuhkan ke bawah. Buku lima erat digenggam. Muka kembali masam. Amboi amboi, sesuka hati dia je cakap macamtu!

" Kau ingat kau siapa nak cakap macamtu kat aku. Lagipun aku cuma nak mintak maaf, that's all." Kening dinaikkan. Seraya itu, mata dijelingkan. Menyampah.

" Tapi aku tak maafkan kau lagi." Bibir mengukir senyuman. Mata masih lagi diarahkan ke Fatin.

Berasap dibuatnya telinga Fatin. Argh naik jugak darah aku kalau macam ni! Annoying nak mampos! Ya Allah kenapalah kau temukan aku dengan mamat tak guna ni! " Dah tu, kau nak apa?" Satu keluhan dilepaskan. Bibir diketap.

" First, kau kena bagitau aku nama kau."

Whoa whoa, kau ingat kau sapa nak tahu nama aku! No way! Never! " Hello, excuse me! Kau nak tahu nama aku? Nope!" Menyampahnya aku!

" That Just a small matter la, just tell me your name, then done."

Keluhan berat dilepaskan. " Nama aku, Fatin March . Panggil je aku Fatin."

Mamat poyo mengukir satu senyuman" Nice."

Fatin menepuk tangan nya sekali. " Maknanya, kau dah maafkan aku kan, so its mean done. Bye bye." Kaki diatur untuk melangkah pergi. Lega rasanya dah selesai hal dengan mamat poyo ni! Sumpah aku buat sujud syukur nanti!

" Whoa, who say its over? " Kening mamat poyo dinaikkan.

" Kau ni dah lupa agaknya kan? " Kening dinaikkan sebelah. " Kau jugak yang cakap, kasitau nama aku, and its done."

" Fatin, Fatin, Fatin. I said ' done ' not ' over' yet. "

" What?!" Apa lagi yang mamat ni nak! Menyampah lah. Aku tertampar je pun! Buat macam aku ni hutang kau berjuta!

"Ada satu lagi yang kau kena buat." Mata nya dikenyitkan sebelah. Dia merapatkan badannya ke arah Fatin.

Fatin menjauhkan badannya. Berdebar. Takut takut mamat poyo ni buat sesuatu yang tak elok ke kan?! Tapi takpe. Kalau kau berani! Aku potong kau punya tuh!

" Apedia, cakaplah, taknak lama lama ngan kau, rimas!"

" Well babe! Tu nanti aku kasitau. Bye!" Langkah kaki diatur pergi. Belum sempat beberapa langkah, dia menoleh kembali. " And for ur information, aku tak bernafsu pon terhadap kau" Senyuman sinis diberikan.

Panas. Panas! Panas! Hati siapa tak terbakar woi kalau dah kena sampai macam ni sekali! Argh. Fatin menghentakkan kakinya. Benci! Tak sangka la pulak sampai boleh jadi macam ni! Melarat!

       

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience