Chapter 21

Romance Series 11478

     Bumi Malaysia, cuacanya memang panas. Sesuailah dengan kedudukannya di garisan khatulistiwa yang berikilim panas dan lembab sepanjang tahun.

   Sesekali Fatin memandang ke kiri dan kanan. Peluh yang membasahi dahi, dilap. Walaupun sekarang mereka berada di tempat yang berpenghawa dingin, tetapi bahang panas mentari masih lagi terasa. Dia memandang ke belakang, lisa masih lagi setia duduk di kerusi makan. Langkah kaki diatur lemah menuju ke arah rakannya itu. Muka masam mencuka.

     " Beb, kau dah call family kau?" Serentak , Fatin melabuhkan punggungnya di kerusi. Dah penat berdiri sedari tadi! Sekejap duduk, sekejap berdiri. Itulah kerja yang diulang alik selagi orang yang ditunggu tidak memunculkan diri.

    " Dah, kau? " Lisa duduk bersilang kaki. Kasut tumit tinggi yang dipakai, dilonggarkan di belakang kaki. Perit. Badan masih lagi terasa sakit. Pinggang bagai nak patah! Itulah, bawak balik banyak sangat barang! Macamlah lepasni dah tak balik kat Netherlands dah!

    Fatin mencebik. Tangan diletakkan di atas meja. Telefon pintar di tangan, dipusing pusingkan. " Itulah masalahnya beb. Aku call mak bapak aku, sorang pun tak angkat. Call abang aku lagi teruk, tiada dalam perkhidmatan terus! "

     " What the fish. Kesian. " Lisa menghaburkan ketawa. Muka Fatin semakin masam. Dahlah cuaca tengah panas. Boleh pulak dia gelakkan aku!

    " Balik nanti, memang aku tidur sepuasnya. Aku cium cium sepuasnya katil busuk aku. Mengantuk beb. Tidur dalam kapal terbang tak syok! Lenguh satu badan.

    Fatin hanya menjeling kasar rakannya itu. Lenguh tu memang lah lenguh, 12 jam penerbangan! Huh! Sampai nak tercabut pinggang aku! Sekarang ni lagi satu masalah, dengan cuacanya yang panas, mak bapak aku tak jawab call! Dah rasa macam minah salleh celup pulak. Yelah kan, sebab dah lama tak rasa cuaca panas macam ni.

    " Beb, family aku dah sampai. Aku pergi dulu. " Seraya itu, lisa bagun dan menarik luggage nya.

   Fatin tersenyum nipis. Giginya diketap kuat. Tengok lah nanti, bila mak ayah dia sampai, nak merajuk!
  
     " Beb, kau tumpang aku nak? " Kesian jugak kat minah ni. Takkan aku nak tinggalkam dia sorang sorang kat sini.

    Fatin berfikir sejenak. Kemudian, dia menggeleng. " Takpe lah beb. Nanti diorang sampai lah tu."

     Lisa mengeluh perlahan. " Kalau family kau tak datang jugak? " Kening diangkat beberapa kali. Bibinya mengukir senyuman nakal.

    " Apa susah, beli tiket, go to Netherlands back." Jawab Fatin acuh tak acuh.

     " Suka hati kau lah. Bye bye! " Lisa mengatur langkah meninggalkan rakannya itu.

     Pandangan Fatin kosong. Tiada riak apa apa. Hatinya memberontak. Dia kembali menghadap skrin telefon. Kosong! Tiada pesanan dari sesiapa! Fatin menepuk dahinya berkali kali! Malang sungguh nasib! First day di Malaysia dah menyusahkan. Mentang mentang lah dah lama tak balik Malaysia, takkan karma kot! Orang sibuk study la!

      " Assalamualaikum, Fatin March? " Sapa seorang lelaki.

    Fatin mengangkat kepala. Berbadan tegak, berkulit sawo matang, tinggi,  hidung yang mancung dan berpakaian segak. Itulah ciri ciri yang dapat digambarkan di otaknya sebaik sahaja mata memandang manusia yang berdiri di depannya.

    Aku ke? Atau Fatin March lain? Maklumlah, aku ni bukan anak raja. Mana lah tau kot kot, ada nama serupa ke kan? " Yes? You siapa? " What? You? Erk gelilah. Tapi, takpe, mungkin dia ni salah orang. Jadi tak salah kan kalau nak ber ' you ' dengan mamat ni.

   " Ridz. " Senyuman melebar di bibirnya.

     Ridz mana pulak ni? Sesat agaknya. " Sorry, i tak kenal you. "

    " Tapi i kenal you." Senyumannya masih lagi melebar di bibir. Apa yang gembira sangat tak tahu!

     Mata Fatin membuntang memandang wajah jejaka itu. Otaknya ligat cuba mengingati wajah jejaka itu. Mungkin kawan lama? Tapi, aku tak ramai kawan lelaki. Mungkin juga kekasih lama? Eh, hell no!

     " You ni salah orang. " Fatin mengecilkan matanya.

    " No, im very sure its you. " Ridz menjungkitkan keningnya.

    Yakin bukan kepalang dia ni! Fatin bangun dari kerusi. Dia menarik luggage nya dari situ dan langkah diatur. Malas nak duduk sini lama lama. Kot kot, dia ni penipu ke kan! " Im sorry."

     "  Puan Fazliana dan Encik Irwan"

    Serta merta langkah kaki berhenti. Fatin menoleh ke belakang. Dipandangnya wajah Ridz dengan penuh rasa curiga. " Mana you tahu? "

    " Kan i dah cakap, i kenal you, which means, i juga kenal family you. " Ridz senyum segaris. Tak sangka yang minah ni banyak tanya. Susah betul!

   Fatin melepaskan luggage nya dari genggaman tangan. Dia menghampiri Ridz. " You ni hacker kan? You nak godam i punya akaun bank kan? Baik you cakap sekarang! " Jari telunjuk dinaikkan ke wajah jejaka itu. Muka ketat ditunjukkan.

   Ridz menepis lembut jari telunjuk gadis itu. " Im not bank hacktivist lah. I'm not interested and that's not my job."

    Fatin menjungkit keningnya. Suara ditegaskan. " So what's your job?"

     Ridz tersenyum sinis. Dia ingat ni sesi temu ramah agaknya! " To take you home ,safely " Perkataan safely sengaja ditekan.
   
      Ouh, driver aku agaknya ni. Patut lah pakai blazzer bagai. Dah rasa macam anak dato lah pulak. Tapikan, bila masa papa aku ambik driver? Ah, tak kisah lah, asalkan ada orang datang ambik aku. Bolehlah, aku belagak ' mem besar ' depan dia ni.

     " Okay, so jom lah balik. And one more thing, panggil i, Cik Fatin. I ni anak boss you. "  Fatin ketawa nakal.

    " Dan jangan lupa, bawak sekali barang barang i masuk dalam kereta. I penat. " Sambil jarinya membuat bulatan ke arah barang yang dimaksudkan. Tetiba rasa seronok jadi ' mem besar ' . Dapat arah orang! Seronok pulak jadi annoying. Fikiran Fatin mulai nakal.

     FATIN memandang ke luar tingkap kereta. Kuala Lumpur,memang sibuk. Siapa sangka Kuala Lumpur lebih sibuk dari Hilversum. Dia kembali memandang ke arah driver. Diam. Sunyi. Sepi. Radio pun tak bukak! Duduk dalam gua lah, kalau nak senyap!

     Fatin ' clear throat'. " You dah berapa lama kerja dengan bapak I? I mean, i kan belajar oversea. So i tak tau apa yang jadi kat family i. "

    5 saat, 10 saat, 15 saat, 1 minit! Pertanyaan dijawab dengan kesenyapan! Sesekali Ridz mengerling ke belakang melalui cermin kereta. Dilihatnya, gadis itu mengetap bibir. Mungkin bengang sebab dia tak jawab dengan persoalan yang diajukan tadi. Ridz ketawa perlahan. Kepalanya digelengkan.

    " You ni tiba tiba ketawa kenapa? Apa yang lawak? " Fatin menjeling. Menyampah lah pulak dengan driver ni. Bajet macho! Elok sangat lah tu, kat Netherlands, ada mamat poyo, kat Malaysia ni, wujud pulak nama baru. Mamat bajet macho!

      Seperti biasa, langsung tiada reaksi dari Ridz. Pertanyaan dijawab dengan kebisuan! Setiap kali tanya dia senyap! Okey fine! Kau nak main pertandingan ' bisu ' sedunia dengan aku kan? Let's play!

    Sepanjang perjalanan, dua ekor merpati itu hanya diam menyepi. Seorang dengan egonya, seorang lagi  dengan sifat malas nak layan. Kereta meluncur laju di perkarangan rumah Fatin. Rindu bukan kepalang. Rumahnya yang bewarna biru sudah sedikit luntur dek peredaran waktu. Sekejapnya waktu berjalan.

    Ridz menekan pedal ' brek '. Kereta serta merta pegun. Langsung tiada daya ( force)  yang bertindak ke atasnya. Ambik kau, fizik!

     Fatin mengerling ke depan. Bibir diherot ke tepi. " Bukakan pintu ni untuk i, you tu driver i, so please. " Dah macam anak raja mengarahnya. Jangan katakan anak raja, anak dato pun bukan!

   Dengan langkah yang lemah, Ridz turun dari kereta dan membuka pintu belakang. Senyuman terukir di bibirnya.

    " Thanks. " Fatin memerhati sekeliling rumahnya. Tak banyak yang berubah sejak tahun lepas. Rindunya! Dah setahun tak balik rumah, akhirnya dapat jugak aku jejak kaki kat rumah ni!

    Fatin menjeling halus apabila dia memandang wajah Ridz. Ala ala diva! Loceng ditekan beberapa kali. Seketika itu, pindu dibuka dari dalam. Terpampar wajah tua ibu dan bapanya.

      " Mama, papa! " Seraya itu, Fatin memeluk ibu bapanya. Melalui pelukan itu, dia melepaskan segala rasa rindu yang terpendam selama ini! Fatin memejam kan matanya. Indahnya saat ini.

    Pelukan dileraikan. Wajah ibu dan bapanya mengukir sekuntum senyuman. " Maaf tau, mama dengan papa tak dapat jemput anak mama sorang ni dekat airport. Busy sikit. "

    Fatin mencebik. Bibir dimuncungkan sedepa. Dia menyilangkan tangannya ke dada dan mengundur selangkah ke belakang. Muka dipalingkan ke tepi. Dia sedikit mendongak. Nak merajuk!

     " Kalau untuk anak mama yang cantik molek ni, selalu busy. Dengan cuaca yang panas. Lama tau Fatin tunggu mama ngan papa ." Rajuknya. Mengalahkan budak yang tak dapat beli mainan! Lantaklah!

    Ridz yang berada di belakang, menekup mulut menahan tawa. Manja! Sempat lagi puji diri sendiri!

  " Dalam airport pon panas ke anak papa ni? " Giliran Encik Irwan bersuara. Anak dia sorang ni memang manja. Dari dulu lagi! Tapi dengan family dia je manja macam tak cukup umur macam ni, kalau dengan orang lain mengalahkan singa betina!

   Fatin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Biarlah. Dia tetap nak merajuk. Lagipun betulah, cuaca memang panas. Matahati terik kat atas kepala ni!

   " Panas la pa, haba mentari terasa sampai dalam airport tau! " Fatin masih lagi mencebik. Sedikit pun tidak berkurang.

   " Anak mama tak payah la merajuk. Dah tua pun, buat apa nak merajuk kan. "  Puan Fazliana ketawa nakal.

    " No no no! I baru 25 okay! " Fatin mengalihkan pandangan ke arah drivernya. Niat di hati semakin nakal!
" You ,  tolong masukkan segala mak nenek i tadi tu, ke dalam rumah . "

    Terbeliak mata Puan Fazliana dan Encik Irwan. Mereka berpandangan sesama sendiri. Driver? !

   Puan Fazliana menarik lengan Fatin menuju ke dapur.

   Fatin tersentak. " Apa ni ma? "

    Pertanyaa anaknya itu tidak dihiraukan. Sebaliknya, dia mengerling ke arah suaminya. " Abang layan lah dulu Ridz tu. Saya ada kerja nak diselesaikan dengan anak bertuah ni!"

    " APA yang kamu panggil Ridz tadi? " Puan Fazliana menjungkit kening.

    " Driver lah. Dia kan driver kita. " Jawab Fatin acuh tak acuh. Dia bermain dengan kuku jarinya.

    Ibunya mengeluh. Dia duduk di kerusi dapur. " Mana kamu tahu dia tu driver kita?"

    " Dia yang cakap. "

    Wajah ibunya bertukar pelik. " Apa yang dia cakap? "

    Fatin mendegus kasar. Leceh lah cakap pasal driver tu. Dahlah tak reti nak jawab pertanyaan orang. Ya, Fatin masih lagi bengang dengan mamat bajet macho tu!

     " Dia cakap yang dia kena bawak Fatin balik kerumah dengan selamat. Ha, apalagi, driver lah tu . Bila mama upah driver ni? " Fatin mengatur langkah menuju ke peti ais. Terasa haus. Kalau siram dengan air buah sedap ni! Baru hilang dahaga!

     Jus oren menjadi pilihan hatinya. Dituangnya jus itu ke dalam gelas. Diteguknya sekali harung. Ahh puas! Kemudian jus itu dituang kali ke dua. Dia kembali duduk di kerusi bersama ibunya.

    Ibunya menepuk dahi. Bertuah betul anak aku sorang ni. Belajar dah tinggi tapi perangai tu, sabar je lah! " Sayang, dia tu bukan driver kita. Mama tak pernah pun upah driver. Mama ngan papa masih lagi larat nak pandu sendiri. "

    Fatin ketawa terbahak bahak sehingga menempah kejang urat di perutnya. Puan Fazliana memandang pelik anaknya. Entah hantu belanda mana entah yang sampuk anak dia ni!

    " Apa lah mama ni, melawak pulak . Lawak mama kali ni, memang tak boleh lawan." Sambung Fatin setelah ketawanya mulai reda.

   Puan Fazliana berkerut dahi. Semakin menjadi jadi anak dia ni. " Mama tak melawak, sayang."

    Wajah Fatin yang tadinya ketawa tak ingat dunia, kini muram. Biar betul mak aku ni. Tangan ditongkatkan ke dagu. " Habistu, siapa dia ma? "

    " Daniell Ridza."

    " Cantik nama driver kita ma. " Fatin mengangguk perlahan. Jus oren, diminum kembali.

   " Berapa kali mama nak cakap ni? He's not our driver! Dia tu anak dato! Anak dato faham? Dah kaya raya pon, buat apa nak jadi driver? " Ibunya sudah mula memicit kepalanya. Sakit kepala layan anak aku nih!

     Air yang diminum, terhambur keluar. Habis merecik ke meja. Fatin menelan liur. Takkan lah kot. Aku dahlah layan dia macam hamba abdi tadi. Habis lah kau Fatin! Dia tersenyum kelat.

    " Habistu, kenapa dia yang pergi ambik Fatin? " Suaranya sedikit diperlahankan. Tahu pun takut!

   " Mama yang suruh sebab mama ngan papa sibuk. Dia tu baik tau. " Puan Fazliana menaikkan keningnya beberapa kali. Dia tersenyum sinis.

   Fatin mendegus bersama jelingan. Baik apa macam tu. Dasar tak reti nak jawab soalan orang! " Habistu yang dia pakai blazer bagai kenapa? "

    " Inilah baiknya dia. Tadi , sepatutnya dia ada meeting dengan client , tapi disebabkan tak nak hampakan mama, dia sanggup batal meeting tu tau. " Puan Fazliana menjentik halus bahu anaknya itu.

    " Er? Baik ke macam tu? " Fatin bermain main dengan gelas yang dipegangnya.

    " Banyak tanya betul kamu kan. Sekarang , pergi angkut segala mak nenek kamu yang ada dalam kereta tu, "

    " Alah, ma, lecehlah. Nanti boleh tak? Fatin penat. Lenguh ni ha, tak hilang lagi. " Rayu Fatin. Dia membuat muka manja. Sebenarnya, dia nak elakkan daripada terserempak dengan Ridz. Malu lah! Dah lah dia layan anak dato tu betul betul macam seorang driver. Confirm dia label aku minah tak guna ni!

    "Sekarang! " Tegas suara ibunya. Matanya mencerlung tajam memandang Fatin. Degil betul dia nih!

  Fatin menghentak kuat kakinya. Sesampainya di ruang tamu, dia berjalan berjinjit . Perlahan lahan kakinya diatur. Sampai di suatu sudut, dia merapatkan dirinya ke dinding. Mengintai perlahan lahan. Dah rasa macam nak merompak pun ada. Dia mengintai sekeliling, line clear. Cun! Nafas lega dihembus keluar. Dia mengukir senyuman.

     " Takkan dalam rumah sendiri pun nak mencuri? "

    " Arghhh " Fatin menjerit halus. Terperanjat . Diurut dadanya perlahan lahan. Mujur tak mati katak aku! Fatin mengerling tepi. Terasa bagai amarahnya sudah sampai ke kemuncak.

    " Kenapa kau masuk rumah aku? " Awning tudung yang tidak menjadi, dibiarkan.

    " Rumah you, bakal rumah i jugak. So, tak salah kan kalau i teliti setiap sudut dalam rumah ni? " Nada percakapannya memang menggoda. Halkumnya bergerak geri setiap kali patah perkataan terlontar keluar dari mulutnya. Tapi tak bagi Fatin! Never!

   " Whatever! " Serentak, Fatin mengatur langkah menuju ke luar rumah. Lagi cepat dia ambik barang tu, lagi cepat Ridz tu berambus. Argh.

    " And one more thing, tak comel la kalau cakap aku-kau. Kalau i - you, baru syok! " Laung Ridz.

        Fatin berhenti melangkah di depan pintu. Dia mendecit perlahan. " Alah, kereta ni berkunci. Macam mana ni? " Dia berpeluk tubuh.

     " Try jelah. Mana lah tau, kot kot ada miracle ke kan? Kot kot, pintu tak berkunci ke? " Selipar disarungkan di kaki.

    Pintu kereta dibuka kali pertama. Tak berhasil. Cubaan kali ke dua, juga tak berhasil. Cubaan kali ditiga , sebaik sahaja Fatin cuba untuk membuka pintu kereta, car alarm berbunyi nyaring. Fatin mengundur ke belakang.

    " Alamak. Apa yang aku buat ni! " Fatin menggelabah. Dia berjalam mundar mandir. Aduh, bingit nya car alarm ni. Malang betul nasib aku!

  " March, you nak curi kereta i er? " Seraya itu, Ridz menekan sesuatu punat pada kunci keretanya. Bunyi nyaring dari car alarm, berhenti. Dia berdiri tegak di hadapan Fatin.

   Please lah! Aku tahu lah aku tak ada kereta lagi, tapi tak ada maknanya aku nak curi kereta kau. Setakat jenama Porsche, bapak aku pun ada! Fatin mengeluh kuat.

    " Aku nak ambil barang la. Cepat buka! " Fatin langsung tidak memandang wajah jejaka itu sebaliknya dia memandang ke arah lain. Dia masih lagi malu dengan perangainya yang melayan teruk Ridz di awal perkenalan mereka.

     " Na ah, no no no. I takkan buka. Melainkan you ikut syarat syarat i. "

   Fatin mendegus perlahan. Alahai, serabut betul lah!

   " First, setiap kali bercakap i nak u pandang i. Lagi bagus kalau you pandang mata i. Second, i tak nak you guna kau - aku. Just guna i - you. " Ridz tersenyum manis.

    Sumpah menyampah! Tak cukup lagi ke Hessel dengan Adam tu kacau aku? Ni tambah lagi sorang! Fatin mendegus. Kemudian dia mengangguk. Kalau tak kerana barang aku ni ada dalam kereta kau, tak hingin aku nak setuju dengan syarat merepek kau!

    Pintu kereta dibuka. Biar betul banyak macam ni barang yang aku bawak balik! Macam mana nak angkat ni? Fatin bercekak pinggang.

    " Cik March nak i tolong tak? " Ridz mengherot bibirnya ke tepi.

    Fatin mengecilkan matanya." You jangan nak perli i boleh tak? Tak payah lah nak panggil i cik! "

    " Tadi masa kat airport, you jugak suruh i panggil you cik kan? " Keningnya dijungkitkan ke atas. Batang hidungnya ditepis sekali dengan ibu jari.

    " Itu tadi. Sebelum i tahu you ni..." Fatin menunduk kepala. Terasa malu.

    " Sebelum you tahu i ni bukan driver you? Macam tu? " Jari jemari Ridz memegang dagu Fatin . Fatin mendongak kembali.

     " Tak kisah lah tu, i tak suka you panggil i March. " Fatin menjeling. Tangannya ditepis.

    " Why, nama you Fatin March, so i ada hak nak panggil yang mana satu. " Senyuman sinis muncul di bibirnya.

    "Huh! " Seraya itu, tangan laju mengambil luggage dari kereta itu.

    PERLAHAN lahan kelopak mata dibuka. Fatin mengeliat. Lepas je angkat barang tadi, dia terus tidur. Penat bukan kemain. Dia menggaru kepalanya sehingga habis berserabai setiap helaian rambut. Dikerlingnya jam di tepi. 6 p.m. Dia tersenyum lebar hingga ke telinga.

   " Tentu anak dato tu dah balik , lagipun takkanlah dia nak duduk kat sini lama lama. Apekes?! " Desis hatinya. Dengan mulut yang bernyayi riang, tanpa sehelai tudung, dia menuruni tangga . Terasa lapar pulak. Petang petang macam ni confirm ada makanan punya!

     Dipandang kiri dan kanan , kosong. "Ni mesti ada kat dapur." Sangkaannya. Langkah diatur pula menuju ke dapur. Dia menjengah kepala. Kosong. Kemana hilangnya ahli keluarga dia ni?

     " Kalau you nak free hair depan i macam ni, tunggu di hari kita diijab kabulkan. "

   Fatin tersentak. Dia menoleh ke belakang. What?! Dilihatnya Ridz memegang bungkusan plastik di tangannya, begitu juga dengan ibu bapanya. Pergi beli barang dapur ke apa?

    Muka Fatin merona merah. Tambah lagi satu malu! Dahlah dia tak pakai tudung. Family dia pun satu hal! Kenapa tak bagi salam sebelum masuk! Akhirnya, Fatin berlari anak menaiki tangga dan menuju ke biliknya. Dah taknak turun! Mamat tu pun satu hal, apesal tak reti nak balik lagi?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience