Chapter 20

Romance Series 11478

     Hessel menguak daun pintu bilik ' pengkajiannya'. Bilik ini memang dikhaskan hanya untuk dia dan minda dia bekerja. Orang lain tak dibenarkan masuk. Kalau ada orang lain masuk, angin satu badan lah jawabnya. Tak ada siapa pun tahu dengan 'kerja' yang dia buat kecuali Riana, Al- Najmi, Adam dan Encik Niels, iaitu bapa Hessel. ' Pekerjaan' ini memang mengambil masa yang lama. Ia perlu dikaji dan difahami dengan baik.

     Kaki diatur perlahan menuju ke laci sebuah meja. Laci itu ditarik perlahan. Sebuah imej buku yang terbalut dengan kain, terhasil di dalam matanya. Buku itu diambil . Hessel melangkah ke meja kerjanya. Buku itu diletakkan ke atas meja. Kain yang menutup buku itu, dilorotkan. Dia membuka buku itu dan membaca satu ayat.

    "Kami akan memperlihatkan kepada mereka, tanda tanda ( kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al Quran itu adalah benar. Tidakkah cukup bahawa sesungguhnya tuhannmu menjadi saksi atas segala sesuatu." ( Al Quran surah fussilat ayat 53)

    Buku yang dimaksudkan oleh nya ialah Tafsir Kitab Al Quran dalam bahasa inggeris. Kitab Al Quran memang diharamkan jika orang kafir memegangnya. Pendapat sesetengah mazhab pula, orang kafir boleh memegang kitab suci Al Quran dengan syarat ianya adalah tafsir.

     Mata memandang ke arah skrin komputer. Tangan laju menekan punat keyboard  . Ditaipnya, two oceans meet but do not mix.

   Kaca mata dipakaikan ke mata. Semenjak dua menjak ni, mata dia menjadi rabun. Mungkin sebab selalu menghadap komputer. Tapi, mujur rabun tak teruk, jadi tak perlulah nak pakai kaca mata setiap masa. Artikel yang terpampar di muka skrin, dibaca satu persatu.

     "Modern Science has discovered that in the places where two different seas meet, there is a barrier between them.  This barrier divides the two seas so that each sea has its own temperature, salinity, and density. For example, Mediterranean sea water is warm, saline, and less dense, compared to Atlantic ocean water.  When Mediterranean sea water enters the Atlantic over the Gibraltar sill, it moves several hundred kilometers into the Atlantic at a depth of about 1000 meters with its own warm, saline, and less dense characteristics.  The Mediterranean water stabilizes at this depth "

    Bibir mengukir senyuman. Menakjubkan. Desis hatinya. Tangan kembali membuka tafsir Al Quran. Dibeleknya satu persatu helaian kitab tafsir itu. Dia berhenti membelek di satu helaian. Dibaca perlahan.

     "Dia membiarkan dua lautan mengalir yang kemudiannya bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing2." ( Al-Quran surah ar rahmaan ayat 19- 20)

    Hessel mengangguk perlahan. Kaca mata kembali dialihkan dari mata. Kepala sedikit dipicit. Terasa bagai saintis yang sedang sibuk mengkaji kejadian alam. Tafsir kitab suci Al Quran , ditutup. Kitab itu kembali ditutup dengan kain dan disimpannya ke dalam laci meja. Dia akan menjaga kitab itu sebaik mungkin. Yang penting , tiada sesiapa akan tahu.

    Pada awalnya, dia agak was was apabila 'pekerjaan' ini diberikan oleh bapanya untuk dirinya. Satu tugasan, dah complete, dimana dia perlu bertanya Riana mengapa dia menukar agama. Tapi, ada satu lagi. Dan tugasan itu, on process. Minda kembali teringatkan kisah lampau.

2015, Samuel's Estate

  Hessel meraup wajahnya. Pertengkaran antara Riana dan ibunya tidak dapat diterima. Riana menukar agama dan berkahwin tanpa pengetahuan ibunya.  Bahu terasa ditepuk oleh seseorang. Kepala menoleh ke kiri, memandang wajah bapanya.

    "  Hanya Samuel je yang mampu. Papa yakin, Samuel pasti boleh buat." Pujuk bapanya, Encik Niels.

     " Tapi papa, mustahil untuk Samuel buat semua tu sebab Samuel tak tahu apa apa langsung tentang agama itu " Muka Hessel mula gusar. Hatinya berbelah bahagi.

    Bapa Hessel, mengukir senyuman nipis. Dia bangun dari sofa. " You can work it. "

    Hessel mendongak ke atas. Pelik. " Work it? I don't understand. "

    "Kaji." Sepatah perkataan itu terpancul keluar dari mulut bapanya. Mata bapanya terarah ke wajah anaknya.

    " Kaji? Apa yang papa cuba sampaikan ni? Samuel tak faham lah. "

    " Kamu kan berkawan dengan Adam. Jadi, gunakan dia untuk kamu mengkaji agama itu. Bukankah agama kakakmu sama dengan Adam? So work it and study it. Action and movement." Bapanya kembali duduk di sebelah Hessel.

    Fikiran Hessel semakin bercelaru. Dia tahu, kalau dia setuju, bagaimana dengan cita citanya yang ingin menjadi seorang doktor? Untuk mengkaji agama yang dipilih kakaknya , semestinya mengambil masa yang lama. Kalau dia tersalah pilih, masa depannya akan gelap. Fikiran berbelah bahagi. Dia sayangkan kakaknya tapi dia juga ingin mencapai cita citanya.

    " Papa , habistu macam mana dengan cita cita Samuel? "

   Tapak tangan Hessel, dipegang oleh bapanya. " Samuel, papa tahu tu. Papa taknak paksa kamu untuk kaji semua ni. Tapi, fikirkan keadaan kakakmu dengan ibumu. Hubungan mereka semakin renggang. Sebabtu papa nak sangat kamu kaji agama Islam. Cari keistimewaan nya sehingga kakakmu memilih agama ini.  Dan, hanya kamu saja yang mampu bantu papa."

    Hessel terdiam sejenak. Mukanya kembali diraup. Rambutnya berserabai. " Baiklah. Samuel setuju. Demi papa, mama dan kakak. " Badan bapanya dipeluk.

     Memang mustahil bagi seorang Kristian yang tidak tahu apa apa mengenai islam, tetapi terpaksa mengkaji tentang agama ini tanpa kerelaan hatinya. Dia juga terpaksa tinggalkan cita citanya semata mata untuk mengkaji agama ini. Dia akan berkorban, asalkan keluarganya kembali bersatu. Dia akan cari tahu mengapa kakaknya memilih islam. Mungkin, dia tak akan menyuruh kakaknya memilih Kristian semula, kerana itu mustahil tapi sekurang kurang nya dia tahu sebab musabab kakaknya memilih agama islam.

    Sejak dari hari itu, dia mula mengkaji agama islam sikit demi sedikit dengan bantuan Adam Yusuf. Adam tidak pernah bertanya mengapa Hessel ingin mengetahui tentang agama islam dengan lebih mendalam kerana baginya, hal agama ini, biarlah hanya diri sendiri yang tahu. Agama semestinya agak sensitive untuk diajak berbual. Oleh kerana sikap Adam yang tidak mahu bertanya, Hessel menjadi selesa dengannya. Tafsir Kitab Al Quran yang berada dengan Hessel juga merupakan pemberian dari Adam.

    2018, Di dalam bilik 'kerja'

    Tuk. Tuk. Tuk. Kedengaran pintu bilik diketuk oleh seseorang dari luar. Hessel terkejut dari lamunannya. Segera ditutup komputernya. Segala buku , journal dan majalah mengenai islam, segera disimpan ke dalam almari. Dikuncinya almari tersebut. Dia yakin itu pasti ibunya atau sesiapa sahaja tapi bukan bapa atau kakaknya.

    Tombol pintu dipulas perlahan. Pintu dibuka. Wajah ibunya kelihatan sebaik sahaja pintu dibuka. Mata ibunya meliar liar memandang ke dalam bilik ' kerja' anaknya itu seperti mencari sesuatu. Dengan wajah yang masam, kaki tua ibunya melangkah ke dalam bilik anaknya, dia berjalan dari satu sudut ke sudut yang lain. Meneliti setiap perkara yang ada di dalam bilik 'kerja' anaknya itu. Sekejap bibirnya mengukir seyuman, kemudian kembali masam mencuka.  

    Ibu Hessel menoleh ke kiri. Kelihatan sebuah meja yang dipenuhi dengan buku. Hati dia terdetik untuk mendekati meja itu.

    Hessel yang melihat tindakan ibunya mendekati meja itu, menjadi tidak keruan. Habislah aku kalau mama buka laci tu. Bibir bawahnya digigit.

    " Kenapa berkunci?" Tanya ibu Hessel menyedari laci meja itu terkunci.

   Hessel menelan air liur. Terasa berat dan pahit. Bagaikan ada batu yang besar di kerongkongnya. Jantungnya berdegup kencang. Apa yang patut aku jawab?

     " Bagi kunci meja. " Sambil menghulurkan tapak tangan di hadapan anaknya itu.

    Hessel menjadi semakin tidak tentu arah. Debaran yang dirasai, memang tidak dapat digambarkan.

   Telefon bimbit berdering mengalungkan lagu The Ghost by Lesse . Hati Hessel kembali tenang. Dia akan gunakan peluang ini untuk lenyap dari situasi ini. Telefon bimbit diambil.

    " Mama, Samuel pergi dulu. " Seraya itu Hessel laju mengatur langkahnya. Pintu kereta dibuka. Ditekannya punat hijau di skrin telefon.

    " Adam, thank you , thank you, thank you, kau call aku tepat pada waktunya. " Nafas Hessel turun naik. Dah macam orang kena kejar dengan anjing liar pon ada.

    " Kenapa pulak? Kau ada buat sesuatu tak elok er? " Tanya Adam ingin tahu separuh mengayat kawan nya itu.

    " Bukan lah, bodoh. Tadi mak aku masuk dalam bilik kerja aku. Terkejut beruk la aku. Rasa macam semua isi perut terkeluar sebab berdebar punya pasal. "

    " Kau, tak berhenti lagi? " Suara Adam mulai kendur.

    Hessel hanya terdiam. Disandarkan badannya rapat di kerusi kereta. Sebelah tangannya diletakkan ke dahi. Dia menutup mata. Mengeluh.

     " Aku nak ajak kau keluar. Tempat biasa" Adam memecah kesunyian. Dia tahu, soalan tadi tidak digemari oleh Hessel. Kalau tak takdalah pulak Hessel tu diam seribu bahasa.

    " Five minutes. " Dah alang alang dia ada dalam kereta, baik setuju saja. Lagipun, dia dah lama tak bertemu dengan Adam . Last jumpa pun, masa dia keluar dengan Merissa, Adam pulak dengan Fatin.

    " Diorang ni ada apa apa ke? " Hessel menepuk nepuk stereng kereta. Segera dia menggeleng kepalanya. Adam tu kawan kau, so jangan sesekali bersangka buruk. Never! Adam dan Hessel memang dah berkawan lama. Walaupun berbeza kepercayaan, itu tidak menjadi masalah bagi mereka untuk menjadi sahabat rapat.

    Kereta meluncur laju di perkarangan kafe. Orang tak ramai. Hanya dua hingga tiga orang macam tu je. Jam dikerling. Angka menunjukkan pukul 5 petang. Kemana pergi semua orang?

    Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki sedang duduk di suatu sudut. Pandangannya dilemparkan memandang bukit bukau. Cantik!

    " What's up bro?" Sergah Hessel seraya dia menghenyakkan punggung di atas kerusi empuk itu.

   " Eh tanya aku pulak, kau tu yang what's up? Dah lama tak dengar khabar berita. " Sejujurnya memang dia terkejut dengan sergahan tadi tapi cuba disembunyikan. Kata jantan, kena nampak cool.

    " Well, aku masih hidup. " Senyuman nipis terlayar di bibirnya. Tangan diangkatkan ke udara. " 1 hot cappuccino ".

   " Tak sabar nak mati ke? " Adam menjungkitkan sebelah keningnya. Tangannya yang sedikit berurat diletakkan di atas meja.

   Minuman yang dipesan oleh Hessel, dihulur oleh seorang pelayan wanita. Hessel menghadiah satu senyuman kepadanya.

   " Kalau boleh, aku taknak mati awal. " Air diletakkan ke bibir, dihirupnya perlahan lahan. Cuaca sejuk macam ni, memang umph kalau minum hot cappuccino.

    " Kenapa? " Kerusi ditarik rapat ke meja.

  Hessel memandang Adam kosong. " Adelah. "

    " Ada hati nak berahsia dengan aku. Rahsia kau tu ada dalam genggaman tangan aku tau. "  Genggaman tapak tangan dipusingkan perlahan sebanyak 180 darjah di depan muka Hessel. Kedua dua belah kening dijungkitkan. Orang yang lalu lalang memandang pelik. Macam nak bergaduh je.

    Hessel hanya diam. Menghirup kopi dengan nikmat.

    " Bro, kau kaji lagi? "

    Hessel mengangguk lemah.

    " Kenapa? " Cawan yang dipegang, Adam letakkan ke bawah. Dia hanya menumpukan pandangannya 100% di wajah rakan nya itu.

    Hessel mengeluh perlahan. Dia pandang kiri dan kanan. Kemudian, dia membalas pandangan Adam.

    " Aku dalam dilema. Betul, dulu memang aku ingat yang lepas je aku dapat jawapan kenapa kakak aku nak sangat masuk islam, aku dah taknak ambik tahu pasal agama ni. Tapi...." Hessel melepaskan keluhan kali kedua. Kini, keluhannya lebih kasar dan jelas didengari. " Tapi, aku rasa sayang nak berhenti macam tu je. Agama islam, aku rasa agama yang luas dan sempurna. Jadi tak salahkan, kalau aku kaji sekadar pengetahuan? "

    " Sekadar pengetahuan je? " Adam mengecilkan matanya. Dia taknak lah straight to the point, sebabnya agama ni mana boleh bawak main. Bahaya.

    " Yes, sekadar pengetahuan. Not more than that. " Hessel tersenyum kelat.

   Raut wajah Adam kelihatan kecewa. Kecewa dengan jawapan Hessel. Rasa macam dah tak ada peluang. Adam hanya mengangguk dan mendiamkan diri. Masing masing sibuk melayan perasaan sendiri.

    " Fatin March. "

  Adam terbelahak. Ditepuk tepuk dadanya perlahan. Betulke apa yang aku dengar ni? Kenapa tiba tiba je Hessel ni?

   " Kenapa dengan Fatin? " Tanya Adam. Tengkak nya masih lagi terasa perit.

    " Kau dah berapa lama kenal dia? "

   Adam dan Hessel saling berpandangan antara satu sama lain. Dah macam berada dalam perlawanan tinju!

    " 1 year maybe. Why? "

    " Nothing. " Hessel mengangguk perlahan. Dia menyambung menghirup cappuccino yang panas itu. Otaknya memikirkan sesuatu.

______________________________________

     " Fatin, wait!"

     Fatin dan Lisa menoleh ke belakang. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

    " Lisa , kau pergi balik dulu nanti aku ikut kau dari belakang. Lagipun, kita dah tak ada kelas. Kau balik jangan pulak tidur! Kemas barang barang kau. Esok dah nak balik malaysia." Pesan Fatin.

    Lisa hanya mengangkat ibu jarinya sebelum melangkah pergi.

    Fatin memandang jejaka yang menghampirinya. Senyuman melebar di bibir. Eh, takdelah lebar mana pun, cukup cukup makan je.

   "Kenapa?"

  " Assalamualaikum." Ucap Adam sambil tersengih.

    Pertama, aku mimpi ke? Kedua, mamat ni perli aku ke?

    " Waalaikumussalam. Kenapa? " Fatin menjeling halus.

   " Garangnya awak. Betul apa yang Hessel cakap, awak ni garang. "

   What?! Hessel! Apalah agaknya mamat ni burukkan aku! Mendidih api kemarahan gadis itu. Nafas turun naik diatur.

   " Apa yang dia burukkan saya depan awak? " Bibir Fatin sudah mula diketap.

   " Dia kata awak ni masam macam cuka. Garang macam nenek. " Adam menahan ketawa. Sehingga rona merah kelihatan di dahinya.

    Fatin menyilang tangannya. Senyuman paksa dikukir. " Ouh, dia macam tu? "

    " Takdelah. Saya gurau je. Don't take it too seriously tau and jangan ngadu kat dia, kalau tak, habisla saya kena penyepak free. "

    " Cuti semester ni awak balik malaysia tak? " Fatin mula mengubah topic. Taknak berbahas pasal mamat poyo tu. Tak suka!

   Adam menggeleng. " Saya rasa tak."

    Fatin mengerling jam di tangannya. " Adam, saya pergi dululah. Saya nak kemas barang. Banyak lagi tak kemas tu. Esok dah naik flight. " 

    " Awak balik malaysia? " Dipandangnya raut wajah yang suci bersih itu. Walaupun kulitnya sawo matang, tapi kecantikan dia tetap terselah. Betullah, apa orang cakap, kecantikan itu subjektif , bukan hanya di luaran.

    Fatin mengangguk laju lalu kakinya diatur meninggalkan Adam. Bukan taknak berborak lama, tapi masa mencemburui mereka.

     ANGKA menunjukkan pukul 8 malam. Fatin mengeluh. Barang barang masih lagi berteraburan di atas katil dan atas meja. Huh! Banyak gila nak kena kemas. Awalnya, dia tak naklah bawa balik banyak sangat barang, tapi bila difikirkan cuti semester ni sebulan, takkan nak tinggalkan baju baju dia kat sini. Nanti berhabuk! Kalau hantu pinjam pun tak sedar!

    Fatin teringatkan sesuatu. Dia bangun dan membuka laci mejanya. Sebuah kotak bersaiz segi empat dikeluarkan. Diusapnya kotak itu perlahan sebelum penutup dibuka. Gambar gambar yang disnap secara halimunan oleh Hessel dikeluarkan oleh Fatin. Dia membelek satu persatu  gambar itu. Gambar 2 tahun lepas . Dan kotak ini ialah kotak pemberian Hessel sewaktu jejaka itu pergi tanpa khabar berita.

    " Tak sangka dah 3 tahun aku kenal kau. Kalau kau tak terpaksa balik France masa tu, mesti aku dah kenal kau dengan cukup baik sekarang." Desis Fatin perlahan. Gambar diletakkan semula ke dalam kotak. Kotak itu, kemudiannya diletakkan ke dalam luggage turquoise nya. Tak sanggup nak tinggalkan kotak ni. Dahlah banyak kenangan melalui setiap gambar tu.

    " Termenung apa tu cik kak? "

   " Tak payah nak sibuk. Giliran aku pulak tanya kau. Barang semua dah kemas? Bukan apa, nanti mulalah tertinggal itu ini. Ingat sikit, Netherlands jaraknya dengan Malaysia beribu batu, bukannya 2 kilometer. So, pergi cek elok elok. " Tangan Fatin masih lagi sibuk melipat pakaiannya lalu dimasukkan ke dalam luggage.

    " Jangan membebel boleh tak. " Lisa menjeling. Punggungnya dilabuhkan ke atas katil. Teddy bear biru Fatin diletakkan ke atas ribanya.

    " Beb, kau bagitahu Hessel tak? " Perlahan kata kata itu keluar dari mulut Lisa.

   Fatin berhenti melipat pakaiannya. Dirampas teddy bear kesayangannya dari Lisa. Lisa mencebik.

    " Bagitahu apa? Bukan ada yang penting pun. " Mendatar suara Fatin.

    " Pasal kau nak balik Malaysia lah beb. Kau tak kesian ke kat dia? Kalau dia rindukan kau ke? Kau jugak yang cakap Netherlands ni jauh dengan Malaysia. " Teddy bear cuba untuk dirampas semula, tetapi tidak berhasil. Kedekut betul Fatin ni!

    Fatin memandang lisa kosong. Sesekali dia mengeluh. " Biarlah dia. Dia ada Merissa. Apa susahnya, suruh jela minah Dutch tu goda dia. Hilang lah rindu tu nanti. "

     Lisa mencubit peha rakannya itu." Tak ada insurance nye mulut kau. Aku cili baru tahu."

  Bila sebut je nama Merissa, terus hati Fatin panas. Terbakar satu badan.  Fatin bangun dan menarik Lisa dari katilnya. Kemudian ditolaknya lisa keluar bilik.

    " Pergi tidur. Besok kalau kau bangun lewat, aku tinggal kau sorang sorang. " Fatin menutup pintu. Rapat. Dia menghempas badannya ke atas katil. Ditenungnya siling. Lama kelamaan, nafsu mengantuk menjelma. Perlahan lahan, kelopak matanya jatuh dan semuanya gelap.

     KEDENGARAN sayup sayup deringan telefon. Kelopak mata dibuka perlahan lahan. Jam tangan dikerling.  2.10 a.m. Orang gila mana call pagi pagi buta macam ni?! Fatin menggeliat. Dia menguap, segera ditekup dengan tapak tangan. Matanya masih lagi dalam keadaan mamai dan kabur . Tangan mengambil telefon bimbit dan diletakkan di telinga.

    " Hurm." Mata Fatin sekejap tertutup, sekejap terbuka, lagaknya dah macam makcik makcik kat surau pun ada.

    " Assalamualaikum sayang."

   Mata Fatin terbeliak. Dirinya yang tadi mengantuk, sekelip mata hilang. Dicubit pipinya sendiri. Sakit! Bukan mimpi ni.

     " Kenapa diam ? Tak biasa orang panggil sayang er? "

     " Waalaikumussalam. Bukan tak biasa. Awak yang call saya pukul 2 pagi ni kenapa? Awak sedar tak? Atau awak mengigau?" Fatin bangun dari katil. Rambut yang berserabai, disanggul. Dia menuju ke jendela. Dibuka sedikit langsir yang menutupi sliding door sehingga menampakkan bintang bintang yang berteraburan. Memang cantik. Baju sejuk yang dicampaknya ke atas sofa sebelum terlelap tadi atau lebih tepat sebelum diganggu oleh mamat ini, kini dipadankan di badannya. Dia bersandar di dinding.

     " Wow, banyaknye soalan dalam satu masa. Macam mana nak jawab ni er? " Di hujung ayat, Adam ketawa nakal.
   
    Fatin juga turut ketawa. Apa salahnya kalau sekali sekala dia ketawa jugak kan?

   " Amboi, manisnya. Saya rasa ni kali pertama saya dengar suara awak ketawa. Kalau awak ada depan saya ni, memang saya gigit awak. "

   Ketawa Fatin beransur hilang. Dia ni dah lebih. Nak main gigit pulak! Fatin membuat ' clear throat ' .

    "Terasa sakit pulak tengkuk ni. Maklumlah pukul 2 pagi orang call. " Ketawa yang dibuat buat muncul di hujung ayat. Nadanya memerli.

   "Sebenarnya, saya tak dapat tidur. Mata ni susah sangat nak terlelap. " Keluhan dilepaskan. Adam menyandarkan badannya di sisi katil. Bantal empuk yang ada ditepi, dipeluk.

  Fatin menjeling halus. Yang tak dapat tidur tu engkau. Aku bila bila masa je boleh terlelap. Dah lah nak bangun awal nanti. " Banyak sangat minum kopi kot. " Fatin menggaru garu belakang tengkuknya.

    " Awak rasa cinta tu wujud tak? "

   Pelik. Hairan. Aneh. Telefon dialih menghadap wajah. Biar betul mamat ni. Tetiba je tanya pasal ni. Ambik dadah kot dia ni. Eh no no! Dia islam. No drug! Telefon diletakkan semula ke telinga.

   " Percaya. " Suara Fatin mulai mendatar. Terasa bagai peti suara tidak mampu mengeluarkan kata kata.

    " Definisinya? "

   Fatin menarik nafas dalam dalam.  Badan yang tadinya disandar pada dinding, kini melangkah keluar sebaik sahaja sliding door ditolak tepi. Angin yang sejuk menyentuh lembut badannya. Fatin berpeluk tubuh. Dia mendongak ke langit. Bintang bintang berkelipan. Jika tadi dia hanya melihat bintang bintang ini melalui dalam biliknya sudah pun cantik, sekarang lagi menawan apabila dia berada di luar.

    " CINTA , satu perasaan yang semua manusia merasainya. Tak ada siapa pun yang terlepas dari merasai perasaan cinta. Tapi, tak semua cinta itu sama. Bagi orang muslim macam kita, cinta pada Ilahi lah segala galanya. Cinta , bukan hanya wujud untuk manusia saja. Malah banyak lagi. Kalau saya, saya sangat cintakan alam semesta. Dan saya, taknak kehilangannya. " Bibir tersenyum nipis. Dah macam doktor cinta pun ada.

     " Cinta tak wujud dalam hidup saya sebab orang yang saya cinta, tak sukakan saya. " Adam mengeluh di hujung ayat.

    " Siapa?"

    " Takde siapalah. Sorry ganggu . Baik awak sambung tidur. Nantikan terlepas pulak flight." Tanpa menunggu jawapan dari gadis itu, Adam mematikan panggilan. Bantal yang dipeluknya, dicampak kuat ke dinding. Terasa dirinya sungguh merana.

    Dia tutup macam tu je?! Kurang asam betul! Patut pun call aku lewat macam ni, broken rupanya. Pintu sliding door kembali ditutup. Jam dikerling, 2.40 a.m.

    "Sempat lagi kalau nak lelap ni. " Perlahan lahan Fatin menutup kelopak matanya. Hatinya bernyanyi riang. Tak sabar pulang ke kampung halaman.

   

   

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience