Chapter 25

Romance Series 11478

      Di dalam bilik yang gelap, hanya diterangi dengan cahaya kalimatan samar samar, dia menyembamkan kepalanya di lutut. Badan disandarkan ke dinding. Mindanya berserabut. Hatinya memberontak. Hujung kepala dipukul kuat beberapa kali dengan tapak tangan. Dia menderita sejak 20 tahun lalu. Kalau hidupnya diri dia hanya untuk keperitan, mengapa tidak saja Maha Pencipta menarik nyawanya? Atau harus dia mencari ajalnya sendiri? Pergelangan tangan yang terluka akibat torehan pisau, tidak diendahkan. Darah minitis perlahan lahan memenuhi karpet berbulu itu.

    Di atas meja, terdapat puluhan malahan ratusan gambar orang yang dibencinya. Satu persatu gambar itu dicerlungnya. Dadanya turun naik menahan amarah yang kian terbakar. Dia menumbuk meja kuat hingga bergegar segala barang yang ada di atas meja itu.

    " Apa salah keluarga aku dekat kau?! Kenapa sanggup kau khianati keluarga aku?! " Suara kuat bergema di seluruh bilik. Bahagian atas meja semakin kuat dipukul. Darah dari kesan torehan tadi, kian banyak tumpah dari luka itu. Air mata menjalar perlahan lahan dari kantung mata. Berpuluh tahun air mata ini turun setiap hari, setiap malam, setiap jam, setiap minit, setiap saat! Selagi dendam tidak terbalas, bagaimanakah air mata sakit ini akan berhenti?! Hati aku sakit! Aku boleh jadi gila!

    " Apa salah aku dekat kau sedangkan saat itu aku hanyalah seorang budak yang tidak tahu apa apa tentang kekejaman dunia! Dan, dan apa pula salah abang aku yang diberikan sedikit kekurangan itu? ! " Segala barang yang ada di depannya, ditolak kasar sehingga jatuh berteraburan di lantai. Dia menjerit sekuat hati. Urat urat amarah kini muncul di bahagian tengkuk dan dahinya. Mukanya merah bak darah yang panas. Ya, darah yang belum terbalas! Tak mudah untuk aku lupakan mereka setiap kali aku terbangun dari tidurku. Rindu ini, memang membunuh!
______________________________________

    Fatin menuruni anak tangga dengan perlahan. Tudungnya yang sedikit senget, dibaiki. Dikerlingnya ke bawah, kelihatan susuk tubuh perempuan yang sudah cukup dia kenali, sedang duduk bersahaja di atas sofa.

    Badan perempuan itu di peluk dari belakang. Dicium pipi perempuan tua itu.

    " Nak pergi mana cantik cantik ni? "

    " Cantik er? Nak keluar dengan Lisa.  Nak round KL puas puas. Nantikan dah nak balik Netherlands. " Pelukan ibunya dilepaskan. Fatin duduk di sebelah ibunya. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan. Persoalan ini sudah cukup menghantui dirinya. Mengapa berasa pelik sekali kehadiran dirinya kali ini. Batang hidung abangnya langsung tidak kelihatan. Kalau ditanya, sampai lusa pun tak di jawab. Kemunculan Daniel Ridza yang tak pernah aku temui, juga mendebarkan diri ini.

    Wajah tua ibunya dipandang sejenak. Fikirannya mengira sama ada mahu bertanya atau tidak. Bebola mata dialihkan pula memandang ke luar rumah. Tumbuhan hijau memang menyegarkan mata ini tapi tidak otaknya. Selagi mana soalan itu tidak ditanya, pasti hatinya meronta ronta inginkan kepastian.

    Lengan terasa dicuit. Kepala segera menoleh tepi. Lengan tadi digosok perlahan. Kening Fatin bertaut.

    " Yang tercongok lagi kat sini kenapa? Tadi cakap nak keluar kan. Pergilah cepat. Tak baik buat orang tunggu lama lama. " Ibunya menggeleng perlahan. Anak dia sorang ni, dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah. Sentiasa melengah lengahkan masa.

    " Ma "

    "Huh?"

    "Siapa family Daniel Ridza? "

    Puan Fazliana melemparkan pandangannya jauh ke luar. Nafas cuba diatur perlahan. Setelah tenang sedikit, dia kembali memandang wajah sawo matang anaknya itu. Jelas , anaknya mahukan jawapan.

   " Mama memang tak kenal family dia. "

    Fatin duduk mengiring. Sebelah kakinya dinaikkan ke atas sofa. Dia memegang pergelangan ibunya.

   " Ma mana boleh jawab macam tu!" Bibir dimuncungkan. Muka mengajuk terzahir di wajahnya. Tak puas hati! Kata dah kenal lama dengan Ridz, tak logik lah kalau family dia pun mama tak kenal!

    Puan Fazliana mengeluh. Keras betul kepala anak dia ni. Tak ubah macam papanya! " Tak boleh kenapa? Memang mama tak kenal. Mama kenal Ridz pun sebab dia sama sama dermakan bantuan dekat rumah anak anak yatim 3 tahun lepas. "

   Fatin menggigit bibir bawah. Dia mengangguk perlahan. 3 tahun lepas? Maknanya, masa tu, aku di Netherlands. Jam tangan dikerling, Fatin tersentak. Alamak! Dah lambat. Comfirm kena bebel dengan minah sendu tuh! Tas tangan, segera di ambil. Wajah ibunya dikucup.
 
     FATIN dan lisa melangkah ke dalam mall itu. Seharian berjalan di bumi Malaysia yang panas ini memang memenatkan. Elok juga boleh masuk dalam mall, sejuk lah jugak badan ni.

   " Beb"

   Lisa menoleh tepi. Kening dijungkitkan.

   " Family Ridz dah tak ada. " Nada suara diperlahankan. Hatinya layu setiap kali teringatkan hal ini. Dia mungkin tidak dapat merasai kesakitan kehilangan keluarga tapi dia tahu bagaimana kesakitan itu hadir.

    " Seriously beb? " Mata lisa membulat. Terdetik rasa kasihan terhadap Ridz. Tak sangka dalam bahagianya jejaka itu menyimpan sejuta kesedihan dalam hati. Wajahnya kacak,sentiasa tersenyum, dia baik, memang sukar nak cari kesedihan dalam hidupnya dari pandangan mata orang lain. Tapi hakikatnya, kesedihan ini memang sudah setia bertapa di hati jejaka itu.

   Fatin buat muka bosan. Bebola dinaikkan ke atas. " Kau ingat aku nak bergurau ke pasal ni? "

   Lisa hanya tersenyum sumbing. Betul lah jugak, takkan lah nak bergurau pasal hal ni. Waffle panas kembali di masukkan ke dalam mulut. Umph! Lazatnya!

    Telefon diambil dari dalam beg. Fatin menaip sesuatu di laman Instagram miliknya. Dah lama gila tak update! Sekali sekala why not en?

   Bahu terasa dilanggar dari arah depan. Mujur telefon dipegang erat, kalau tak memang retak seribu lah jawabnya! Satu lagi, mujur aku tak jatuh, kalau tak, confirm malu! Dahlah jadi tatapan orang ramai! Silap hari bulan boleh viral!

   Fatin memandang wajah manusia yang melanggarnya. Bercermin mata hitam. Berkemaja lengan pendek. Memakai topi. 2 orang? Pelancong ke apa? Mungkin jugak, sebab sorang kulit putih , sorang lagi sawo matang. Mungkin juga pemandu pelancong? Tapi takkan ar kot. Pakaian tak mencerminkan kerjaya macam tu pun. Fatin membuat analisis peribadi di otaknya.

    " First time jumpa, dah terlanggar macam ni. Sekarang pun, kau masih nak langgar aku? " Bibir jejaka itu diherotkan ke tepi. Kawan lelaki itu hanya menjadi pemerhati.

    Fatin hanya diam. Matanya tidak berkelip. Otaknya sedang memproses sesuatu. Wajah dan suara lelaki ini, macam familiar sangat. Macam pernah jumpa. Mata kini dialihkan pula ke arah kawan lelaki itu, juga familiar. Siapa diorang ni?

   Jejaka yang berkulit putih melepak itu melorohkan cermin matanya ke hidung. Jelas kelihatan irisnya yang berwarna grey! Bibirnya kemerahan kini menjadi tatapan mata Fatin. Mata grey, bibir merah. Huh! Hessel Samuel!

    Hati Fatin berdegup kencang. Macam mana dia boleh sampai sini? Dia ada kerja ke kat sini? Kalau dia Hessel, maknanya sebelah dia ni, Adam Yusuf!

    " Hye." Adam Yusuf melorohkan cermin matanya. Dipandangnya wajah 2 orang gadis di depannya.

   " Tak payah nak terkejut macam nampak hantu boleh? Im a human, anyway. " Sambung Hessel. Dia tersenyum nipis. Dah lama dia rindukan wajah gadis ini. Kini, dendam rindunya terbalas.

    Fatin menjeling. Bibir dilebarkan. Menyampah lah pulak. Macam mana boleh sesat kat sini pun tak tahu. Entah entah pendatang asing tanpa passport!

  Wajah Hessel dan Adam dipandang silih berganti. Lama. Mata dikecilkan. Fatin masih lagi tidak percaya dengan kehadiran 2 orang mamat ni. Mana lah tau kot kot mimpi ke.

    " Macam mana kau 2 orang boleh sampai sini? " Fatin menyilangkan tangannya. Muka menghadiahkan pandangan sinis.

   "March?" Datang suatu suara menyapanya dari tepi. Berpakaian serba kemas.

   Ridz? Fatin menepuk dahinya. Dia mendegus. Elok sangatlah, 3 orang datang sekali pada satu masa! Hessel, Adam dan Daniel! Ape semua ni? Kebetulan atau dirancang?  Mata Fatin menangkap kesan jahitan di pergelangan tangan jejaka itu. Kenapa? Nak tanya sekarang, keadaan tak sesuai.

    Rids berdiri di sebelah Fatin. Badannya sedikit dirapatkan menyentuh bahu gadis itu.

    " So, dia tunang kau? " Hessel memandang Fatin dan Daniel dengan pandangan sinis. Bibirnya tersenyum nipis.

    What? Tak lapuk lagi ke pemikiran mamat sekor ni! Tunang? Ya Allah! Kenapa dengan dia ni!

    Keadaan sepi seketika. Jeda.

    " Introduce me, Daniel Ridza. " Ridz menghulurkan tangannya ke depan Hessel tanda bersalaman.

1 minit, 2 minit, salaman itu tidak disambut oleh Hessel malah disambut oleh Adam. Taknak mengheningkan suasana yang kian kelam.

    " Adam Yusuf" Senyuman terukir di bibirnya.

    Senyuman misteri dibalas oleh Ridz. Dia mengangguk perlahan. Dikerlingnya wajah Fatin yang kian menunduk.

    Dalam hati, Fatin berdoa sedari tadi. Semoga tidak berlaku sebarang tragedi hitam di sini. Meskipun, dia masih pelik bagaimana 3 ekor ni boleh muncul dalam satu masa, dia terpaksa diamkan diri terlebih dahulu.

    Hessel mendegus kuat. Seraya itu, dia mengatur laju meninggalkan tempat itu. Ada baiknya pergi dari situ. Kalau tak, buat sakit hati je!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience