Chapter 15

Romance Series 11478

       Makanan yang ada di atas meja langsung tidak dijamah oleh Fatin. Makanan itu dibiarkan pegun semenjak tadi. Pandangannya tidak berkelip . Kaku. Termenung. Tangan ditongkatkan ke dagu manakala sebelah lagi tangan ralit memusing musingkan telefon bimbit di atas meja.

      Suapan makanan ke dalam mulut Lisa terbantut apabila melihat gelagat rakannya yang sedari tadi ibarat patung. Ingat ada pertandingan patung sedunia ke? Sudu diletakkan ke bawah.

      " Yang kau ni dah kenapa termenung? Makanan tu takkan datang sendiri kat mulut kau merayu rayu agar kau makan dia. Kau yang kena ambik sendiri. " Bibir dijuihkan. Bukan apa, nanti ada kelas pulak. Jenuh kalau nak tunggu Fatin ni makan sampai habis!

     Fatin tersentak hingga terhinjut bahunya. Pandangan dialihkan ke wajah gadis yang ada di depannya itu.

     " Beb, aku ada something nak story kat kau ni. " Wajah bimbang ditunjukkan. Kerusi ditarik kedepan agar lebih rapat dengan meja.

     Lisa menjongketkan keningnya. Bibir diherot ke tepi. Kalau gosip takpa cakap banyak banyak. Dia suka. " Apa beb? "

      " Kelmarin kan aku keluar dengan Adam, lepastu kan aku nampak mamat poyo aku dengan sorang pompuan ni..."

    Lisa menepuk meja. Kakinya disilangkan. Mata membulat memandang Fatin." Gossip panas ni beb. Boleh terbakar satu Netherlands ni . Huh panas panas. Lepastu apa jadi? " Seraya itu Lisa membuat gaya ala ala mengesat peluh di dahi. Propa sangat minah ni!

      Fatin mengeluh bersama satu jelingan. " Next time, tunggu lah sampai aku habis cerita. "

     " Tak payah nak membebel. Sambung cepat sementara aku ada mood bergosip ni. "

      " Aku tak kisah lah siapa pompuan tu dengan Hessel. Kekasih ke, isteri ke, lantak dialah. Yang nak dijadikan cerita ni, sombong nak mampus minah Dutch tu. Panas hati aku ! Harap muka je lawa, tapi perangai haram! " Garfu yang ada di atas pinggan diambil. Dicucuknya garfu itu mengenai kek. Sampai hancur dibuatnya.

      " Wow beb, memang panas gosip kau ni. Apa yang dia buat kat kau beb? " Makanan disumbat perlahan lahan ke dalam mulut. Nantikan tak pasal pasal tercekik. Innalillah.

       "Pasal ni memang membara. Kan tak pasal pasal kek ni melekat kat muka kau. Ada ke patut beb masa aku nak salam dia tak sambut pun. Tu dah satu hal. Lagitu, boleh pulak dia cakap aku ganggu privacy dia. Eh, otak dia tu letak kat mana agaknya. Geram aku! " Fatin mendecik perlahan. Taknak dipandang pelik oleh pelajar yang lalu lalang di sekeliling.

     Lisa berhenti makan. Sudu diletakkan ke bawah. Dia merapatkan badannya ke meja. " Beb, jom viralkan, nak? "

      Fatin meraup wajahnya. Keluhan dilepaskan. Jelingan mata diberikan kepada rakannya itu. Dia ingat perempuan tu artis nak viral kan pulak?. Aduh, syaitan jugak perangai  kawan aku ni.

     " Kau tak payah nak membongak. Kalau kau viral kan gosip ni kat kawan kawan kau yang lain. Nahas kau aku kerjakan. " Tangan perlahan menghempas meja makan.

     " Rilek ar, gosip tu normal kan. Tapi kau tak payah bimbang la beb, ni Lisa Raihana lah. The best of secret keeper ever. " Genggaman buku lima dilekatkan di dada. Muka sedikit mendongak ke atas.

     Telefon yang dipusing pusing oleh Fatin sedari tadi berdering. Pandangan dikerling ke arah skrin telefon. Nama 'mamat poyo' tertera . Panggilan itu langsung tidak dihiraukan oleh Fatin. Malas nak layan! Semak!

     " Beb, pehal tak angkat? Siapa call? " Tanya lisa yang masih lagi laju mengunyah makanannya. Kunyah laju laju nak pergi mana tah. Macam tak biasa masuk lambat kelas.

    " Entah, orang gila mana tak tahu. " Telefon bimbit ditolak ketepi. Makanan masih lagi tidak dijamah olehnya.

    " Sejak bila kau kawan ngan orang gila?"

    1 kali, 2 kali, 3 kali, 4 kali.

    " Beb. Boleh tak kau angkat je telefon tu. Bingit. Aku nak ' ngap ' makanan aku susah. Kesian perut aku ni. " Kata lisa sambil mengusap lembut perutnya. Minah ni kalau makan, memang tak ingat dunia. Tak pernah kenyang.

    Telefon diambil. Direnungnya skrin telefon yang tidak bernyawa itu. Nak angkat ke tak? Angkat jelah. Punat hijau ditekan. Telefon diletakkan di telinga. Jari telunjuk diajukan ke bibir sebagai tanda menyuruh lisa ' zip ' mulutnya itu. Lisa ni tak boleh, nanti dia main sampuk aje!

    " Hidup lagi kau rupanya. Ingatkan dah tak bernyawa.Bukan main susah nak jawab."  Lancang perkataan itu keluar dari mulut Hessel.

    " By the way Mr Hessel Samuel. Sekurang kurangnya aku angkat. " Hish, berasap telinga aku dengar amarah mamat ni. Menyesal angkat! Bibir diketap.

    " Menjawab kau en."

     " Dah ada mulut, aku jawab lah. Kalau aku diam, nanti kau cakap aku bisu. " Kening dijungkitkan ke atas. Bibir tersenyum puas kerana dapat membalas ' dendam ' kata kata  dengan mamat ni.

      1 saat, 2 saat, 3 saat, 4 saat, 5 saat. Talian masih lagi senyap tidak berbalas jawapan. Telefon dialihkan menghadap wajah. Skrin masih lagi menyala. Tapi kemana perginya mamat poyo ni? Telefon diletak kembali di telinga. Nafas ditarik perlahan sebelum melahirkan kata kata.

    " Excuse me? Kau ni wujud tak lagi? Ke dah kena ' ngap ' dengan earth monster? " Lisa yang ada di depan Fatin hanya menekup mulut menahan ketawa. Macam macam lah perangai diorang ni. Ego meninggi.

    Terdengar satu keluhan kecil di talian. " Kau jangan mudah percaya dengan apa yang kau nampak. "

    Wajah Fatin bertukar pelik. Dah kenapa dengan mamat ni? " Apa yang aku nampak dan apa yang kau tak nampak?"

     " Slow motion kau ni kan. Pandai pandai kau je tambah ayat yang aku tak nampak. Kau ngan aku sama sama nampak. Sama sama ada kat tempat kejadian. " Lengan diletakkan ke atas dahi. Memandang siling rumah yang dihiasi dengan pelbagai corak.

     " Jap. Apa yang kau merepek ni Hessel? Boleh jadi tak waras aku kalau macam ni. " Tangan laju menggaru pergelangan tangan yang tetiba gatal. Nyamuk? Nyamuk celah mananya dekat kawasan sejuk macam ni. 11 darjah celcius! Itu pun suhu normal kat Netherlands ni.

     " Kau memang tak waras pun kan. Sebab tu kau mudah lupa. "

     " Aku letak phone ni kan. Cepatlah bagitau. Hish. " Fatin mendegus kuat. Jam tangan dikerling. Kelas dah nak start ni.

     " Aku dengan Merissa tak ada apa apa. Aku dah kenal  dia dari kecil lagi. "  Hessel mengubah posisinya yang berbaring kepada duduk. Doraemon biru diletakkan ke atas riba . Wait, what? Doraemon? Eh, mamat pink betul dia ni!

     Serta merta ingatan Fatin menerjah peristiwa itu. Memang saja dia nak lupakan peristiwa tu. Bukan penting pun dalam hidup dia. Lagi lagi dia dengan Hessel langsung takde apa apa. Tak lebih dari kawan.

      " Okay. " Sepatah perkataan yang meluncur dari mulut Fatin.

     " Okay je? "

     " Ha ah, okay jela. Kau tak payah nak lebih lebih. " Mata dijelingkan. Pandangan Lisa semakin pelik melihat gelagat rakannya itu. Tiba tiba buat muka menyampah dah kenapa?

     " Habistu kau dengan Adam? " Jantung Hessel berdegup kencang secara tiba tiba. Mukanya berubah pucat seperti kehilangan darah. Terasa seperti sel sel otaknya mati.

     " So far, tak ada apa apa. Tapi maybe, soon. Bye bye dear. " Fatin mematikan panggilan tersebut. Padan muka. Saja dia cakap macam tu. Tetiba rasa sakit hati.

     Air yang diteguk oleh lisa sedikit meleleh dari mulut kerana tidak dapat menahan lagi rasa kelakar. Fatin mendecit.

   " Kau kenapa ketawa sorang sorang?  Apa yang kelakar? " Barang yang ada di atas meja, dimasukkan ke dalam beg. Sudah tiba masanya untuk masuk ke dalam dewan. Sesungguhnya, belajar kat university ni takdelah sama macam masa kat sekolah menengah, kalau masuk lambat kena marah. Dekat university ni, kau tak nak masuk kelas pun lantak kau lah. Tapi, kita yang rugi sebab terlepas kelas. So, ambillah peluang yang ada untuk belajar.

     " Both of you."

     " Both ? Who? " Fatin menayang muka hairan.

    " You and your sweetest ' mamat poyo ' "  Lisa ketawa perlahan. Hatinya berasa geli .

      " Nampaknya, sekali dengan kau tak waras kan. Sama dengan Hessel dan Adam. Sorang lagi, perempuan sombong tu. " Kaki diatur laju meninggalkan Lisa di belakang. Semenjak dua menjak ni, macam macam jadi. Urgh!

______________________________________

    Sambil ditemani dengan lagu The Ghost.

      Sekejap duduk. Sekejap berdiri. Fikirannya menerawang jauh. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Jari diletakkan ke dagu. Sesekali dia memicit micit kepalanya yang pening. Hessel berjalan menuju ke tingkap. Pandangannya dilempar jauh ke luar tingkap memandang orang gajinya membersihkan halaman rumah. Namun begitu, pandangannya tetap kosong.

    ~so far, tak ada apa apa, tapi maybe soon. ~ kata kata Fatin itu terngiang ngian di benakknya.

    "Apa yang dimaksudkan oleh Fatin? " Hessel menekup dahi dengan tapak tangannya. Terasa sangat serabut.

     Fikirannya kini menerawang pula teringatkan Adam, kawan yang dia kenal sejak dahulu lagi. Maklumlah, ibu bapa Adam memang menetap kat Netherlands ni dah berpuluh tahun, Adam pulak memang dari kecil la dia menetap kat negara orang. Boleh dibilang dengan jari jumlah dia pulang ke tanah airnya, Malaysia. Itupun hanya untuk menjenguk nenek dan datuk nya. Boleh dikatakan, Adam ni best friend Hessel lah.

    " Wait, no no. " Hessel menampar halus pipinya . Dia menggeleng geleng kepalanya. Dijatuhkan punggungnya ke atas sofa yang berdekatan.

    " Takkanlah Adam suka kat Fatin? " Hatinya mula dikerumuni rasa cemburu. Dahlah begitu banyak persamaan Adam dan Fatin. Pertama dari segi agama dan kepercayaan. Kedua, dari segi tanah air yang sama. Tangan kiri dan kanan ditekup bersama. Dia menutup mata.

    " Damn Hessel Samuel! Kenapa kau nak fikir pasal semua ni? Not worth it la! " Bantal yang ada di tepi, ditekupnya ke wajah. Dia menjerit perlahan. Cuba untuk melepaskan kegusaran di hati.

   Kedengaran pintu bilik rehatnya, dikuak oleh seseorang. Dialihkan bantal yang menutupi wajahnya tadi. Dipandangnya dari atas sampai bawah. Keluhan berat dilepaskan.

    " Sorry I lambat. " Bibir maroon dek kerana gincu mengukir senyuman. Pakaiannya ketat. Kasutnya bertumit tinggi.

      " Pelik you nak jumpa I, my old Samuel dah kembali. " Seraya itu dia melangkah ke depan dan memeluk Hessel. Dahulu, Hessel memang sangat suka bersuka ria dan berfoya foya. Tapi semenjak kenal dengan Fatin, semua berubah. Terasa ibarat ada suatu daya magnet yang cuba menariknya untuk berubah. Tapi, petanda apakah itu?

    Pelukan dileraikan. Hessel bangun berdiri. Dimasukkan tangannya ke dalam kedua belah poket seluar kiri dan kanan. Muka ketat ditunjukkan.

     " Kenapa kau buat dia macam tu? " Tutur Hessel melalui Bahasa Dutch.

     Merissa masih lagi duduk di sofa itu. Kaki disilangkan. " Siapa maksud you? "

    " Fatin March " Jawab Hessel sepatah. Dia mengerling tajam ke arah Merissa.

     " Ouh, perempuan muslim tu. She deserved that. " Bibir mengukir senyuman sinis.

    " I know but, dia cuma nak berjabat tangan dengan kau. Kenapa kau tak sambut ? " Nafasnya turun naik. Hessel bukanlah seorang yang panas baran tapi kalau dah berhadapan dengan perempuan kurang adab ni, memang boleh hilang kesabaran.

     " Samuel, you ni kenapa nak marah I sebab nak bela perempuan tu. Dia bukan siapa siapa pun. Lagipun, biarlah I tak sambut jabat tangan dengan dia. She's muslim. And you know that. " Merissa bangun dan berjalan merapati Hessel. " Dan i tak suka kalau dia rapat dengan you."

    " Selagi dia hormat agama kita, selagi itulah, kita kena hormat agama dia. Kita tak perlu nak benci dia semata mata dia Muslim. " Hessel berpeluk tubuh. Terasa pelbagai beban sudah mula memenuhi otaknya.

     " I tak cakap yang i benci dia sebab dia muslim. Cuma...." Jari jemari halus Merissa bermain main di bahu jejaka itu membuatkan Hessel tidak senang duduk.

     " Cuma apa? "

    Merissa merapatkan bibirnya ke bibir Hessel. Senyuman diberikan. Gigi putihnya yang menawan memang menggoda sesiapa sahaja.  Nafas panas daripada hidung Merissa dapat dirasai oleh Hessel.

      " Cuma, i tak suka kalau dia dengan you. Walaupun i tak pernah nampak dia dengan you, tapi i tetap tak suka. " Seraya itu, jari Merissa menyentuh lembut bibir kemerahan Hessel.

     Tersedar dari situasi itu, segera Hessel bergerak ke arah lain. Merissa yang melihat gelagat Hessel, hanya ketawa.

    " You ni dah berubah. Tak macam dulu. Kenapa? " Merissa masih lagi cuba untuk menggoda jejaka itu. Baginya, tiada istilah putus asa dalam hidupnya.

     " Aku dengan kau, tak ada apa apa. So, stop it. Merissa. And one more thing, people's change." Hessel mengambil kunci kereta yang diletaknya di atas meja tadi, lalu kaki diatur laju keluar dari bilik rehat.

    " Mama you takkan suka dia! " Jerit Merissa. Hatinya mula panas membara. Kaki dihentak kuat di atas lantai.

   
  

   

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience