Chapter 22

Romance Series 11478

     Pintu bilik diketuk beberapa kali. Fatin membuka matanya. Ni mesti nak suruh aku tolong masak! Aku tak kisah lah pasal memasak tu, tapi Ridz tu, tak reti nak balik ke apa! Dengan langkah lemah longlai, dia melangkah dan memulas perlahan tombol pintu.

     " Mama " Suara Fatin mendatar.

     " Tolong mama masak . Jom. " Ajak Puan Fazliana. Matanya mengintai sekeliling bilik.

    Fatin mengeluh. Dia buat buat menguap. Tangannya ditekup ke mulut." Ngantuk la ma. "

     " Pakai tudung sekarang. Turun bawah. Tolong mama masak. " Puan Fazliana menyandarkan dirinya di penghadang pintu. Susah betul nak suruh anak dia ni turun bawah!

    Fatin menjeling.  Sengaja dia melangkah kuat. Tanda memberontak. Tudung shawl, diambil. Lalu, disarungkan di kepalanya. Semasa dia menuruni tangga, dia menjeling kasar ke arah Ridz manakala lelaki itu hanya membalas ' peace ' dengan mengangkat 2 jarinya.

      MAKANAN yang siap dimasak, dihidang di atas meja. Aromanya sungguh menyelerakan. Sebenarnya, Fatin takda lah masak mana pun. Semua mama dia yang buat. Dia cuma potong bawang je. Kat Netherlands tu mana ada masakan macam ni. Western food ada lah.

      " Yang lain biar mama yang hidang, kamu pergi panggil papa dengan Ridz. Kita makan sama sama. " Arah Puan Fazliana lalu kakinya diatur menuju ke dapur.

   What? Fatin menggaru kepala, sehingga bergerak geri tudung shawlnya. Takkan lah aku yang kena panggil Ridz?! Huh! Tapak tangannya digenggam. Dia menarik nafas dalam dan menghembus keluar. Rilek!

    Kaki diatur perlahan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Encik Irwan begitu ramah berbual dengan mamat itu. Apa yang dibualkan pun tak tahu! Mulut tu tak penat ke apa dari tadi bercakap!

     " Papa, makanan dah siap, jom makan. " Fatin menghadiahkan senyuman manis kepada papanya. Encik Irwan hanya mengangguk.

    " Papa you je ke? I tak nak ajak? " Ridz membuka mulut. Dia menongkat dagu. Bibirnya menguntum senyuman. Ingat kacak ke?

    Fatin menoleh ke kiri. Bibirnya diherot ke tepi. Ketawa sengaja di buat buat . Tapak tangan ditepuk sekali.

    " Aik, ada lagi you. I tak perasan. I ingat dah balik. Kalau macam tu, jom lah makan sekali. " Seraya itu, Fatin menjeling. Mengada!

    Ridz bangun dari kedudukannya. Dia berjalan menghampiri gadis itu. Kemudian, bahu sengaja dilanggar.

    Badan Fatin mengundur ke belakang. Bahu digosok. Tak guna punya Ridz! Dia langgar bahu aku lepastu pergi macam tu je?! Fatin mencerlung tajam. Dia mendegus kasar!

     FATIN melabuhkan punggungnya di hadapan Ridz. Kini, mereka duduk bertentangan. Kalau dikutkan si Fatin tu, memang tak lah dia nak duduk depan mamat ni, tapi apakan daya, ni semua pasal nak jaga hati mama dengan papa lah!

    Senyuman palsu diukir di bibir merah jambu. Pandangan sengaja dialihkan ke wajah Ridz. Perasaan tidak puas hati semakin membuak buak. Memang lah, dahlah sengaja langgar bahu orang, lepastu tak reti nak mintak maaf. Eh, dah nama pun ' sengaja '. Memang tak lah nak minta maaf!

   Ridz yang mula menyedari pandangan tidak puas hati yang dilemparkan oleh gadis itu, juga membalas dengan renungan yang sama. Yang bezanya, Fatin masam mencuka, Ridz pula senyuman sinis terukir di bibirnya.  Dia memegang garfu dan sudu lalu ditegakkan ke atas. Kening nya dijungkitkan beberapa kali. Lagaknya dah macam nak bunuh orang!

      Puan Fazliana dan Encik Irwan berpandangan sesama sendiri. Dah kenapa dengan diorang ni? Muka tak puas hati semacam je. Puan Fazliana mengangguk ke arah suaminya.

   " Kamu berdua pandang sesama sendiri, ada apa apa ke? Tak lapar ? "

    Serentak, Fatin menoleh memandang wajah ibunya. Senyuman  palsu masih lagi melekat di bibirnya.

   " Lapar. Sampaikan Fatin keliru mana satu makanan, mana satu Ridz. " . Fatin mengerling wajah Ridz. Dia menaikkan bola mata ke atas. Annoying!

  Puan Fazliana hanya menggeleng lemah. Macam macam lah gelagat anak dara dia sorang ni.

   Ridz ' clear throat '. Semua mata memandangnya. " Kesian March, aunty. Belajar dah tinggi tapi makanan dengan muka kacak pun tak dapat beza. " Dia sengaja menggeleng kepala. Keluhan kecil sengaja dihembus kuat.

   Fatin menghentak kaki. Mujur tak kena bawah meja, kalau tak, berbalut lah kaki tu!  Terasa bagai api kemarahan menyerbu naik ke otaknya. Dia ni memang nak cari pasal! Padahal kenal tak sampai sehari! Dipandangnya wajah Ridz yang semakin sinis.

    Fatin duduk tegak. Kepala tepat memandang ke depan. Bagai ada satu tarikan yang membawa anak matanya menikam tajam anak mata lelaki didepannya itu. Bibir diherot ke tepi. Tahulah nasib kau! Fatin menyepak kasar kaki Ridz. Perbuatan ' menyepak ' kaki Ridz tidak lah sukar disebabkan kaki mereka sama sama berada di bawah meja makan.

     " Awwh " Serta merta tangan Ridz jatuh ke bawah dan mengosok kepala lututnya. Nak bergurau nampak minah ni! Tapi takpe, tengok siapa menang!

    Encik Irwan tersentak dengan dengusan Ridz.  Makanan yang ingin dingap terbantut. Dia memandang anak muda itu. " Ridz okay tak? "

    Ridz senyum segaris. " Ridz okay je tapi itulah, rasa macam ada biawak betina 'gigit' kepala lutut Ridz ni . " Kemudian, dia mencerlung wajah Fatin.

     Ini dah melampau! Biawak ?! No no no. Memang tak boleh jadi ! Muka cantik macam ni dia label aku biawak? Huh! Telinga Fatin semakin berasap menahan marah.

     Encik Irwan hanya ketawa perlahan. Seronok dapat tengok perangai budak budak ni. Romantik sungguh. Makanan kembali disuap. Enaknya!

   Suapan makanan juga diikuti oleh Fatin dan Ridz. Dah penat penat masak, baik ngap je! Lagi satu, tak guna jugak bergaduh dengan Ridz ni! Tak ada faedah!
 
   Puan Fazliana memandang ke depan. Senyap je dua orang ni. Semua macam tumpu dekat nasi tu je. Tak boleh jadi ni. Akal fikiran Puan Fazliana ligat memikirkan sesuatu. Kemudian, bibirnya diherot ke tepi.  " Fatin tolong tambahkan sayur goreng  kat Ridz. Sedap tu. "

   Fatin sedikit tersedak. Apesal aku pulak yang kena buat?! Dia nak, dia tambahlah sendiri! Dia ada tangan. Dah besar dah pun!

    Satu idea nakal muncul di benaknya. Tadi dia panggil aku biawak kan? Biar aku tunjukkan kuasa biawak yang sebenar! Fatin tersenyum sinis.

    " You nak sayur goreng ni? Kejap ye, i letakkan. " Seraya itu pinggan yang berisi sayur diambil. Sedikit sedikit sayur itu diceduk dan diletakkan ke dalam pinggan Ridz. Kemudian, Fatin menolak semua sayur goreng itu, masuk ke dalam pinggan lelaki itu.

   " You makan lah semua. I dah taknak. Lagipun kalau you makan sayur banyak banyak, nanti kalau you ada buat salah, baru pandai nak mintak maaf. " Sengaja Fatin tekankan perkataan ' buat salah '. Baru faham bahasa mamat ni! Puas hati aku. Pinggan yang telah kosong, diletakkan di tepi.

    Mata Ridz membulat. Dia ingat aku kuda ke nak makan sayur banyak macam ni. Dia menelan liur. Garfu di tangan, di gerak gerakkan. Cari nahas betul la March ni!

   " Eh kenapa tak makan lagi? Sian mama i tau. Penat dia masak. " Sambung Fatin. Sinis.

    Sekali lagi Ridz menelan liur. Sungguh terasa pahit. Dah rasa macam tertelan ubat tanpa sebarang cecair! Tapi tak apa, kau takkan menang!

    Ridz mengalihkan matanya memandang Puan Fazliana. Dia juga ada niat jahat! So, March, just wait! " Aunty, kalau ada air coffee petang macam ni, sedap jugak kan?."

     "Kalau macam tu, biar aunty buat. Lagipun, aunty dah habis makan. " Seraya itu, kerusi ditolak kebelakang.

    " Eh, aunty. Kalau March yang buat lagi sedap. Ridz teringin jugak nak rasa air coffee hasil tangan dari pelajar Netherlands kan. " Tangan ditongkat kedagu. Dia tersenyum sumbing. Baru seronok dapat balas balik!

    Fatin mendegus kasar. Ya Allah! Mengada nya mamat ni! Mengalahkan budak budak ! Fatin menolak kuat kerusi ke belakang. Dia melangkah laju. Huh! Benci!

     Fatin membancuh air kopi di dalam teko. Satu lagi, dia bancuhkan di dalam cawan yang lain. Dia masukkan, sesudu garam, gula dan MSG ke dalam cawan yang berisi air kopi. Fatin tersenyum jahat.

    Air kopi di dalam teko, dia tuangkan untuk ibu bapanya. Air kopi yang sengaja dia asingkan tadi, dihulurkan kepada Ridz. Dia mengukir senyuman yang sukar difahami. Padan muka kau Ridz!

   " Kenapa yang i dah ada dalam cawan? Special nya i. " Ridz mula bersuara. Terasa pelik. Ini mesti ada sesuatu yang tak kena!

    "Sumpah special. Maklumlah, air kopi bancuhan Netherlands untuk you. " Fatin mengangkat kening nya berkali kali. Dia kembali duduk.

   Cawan didekatkan ke bibir. Ditiupnya terlebih dahulu. Panas. Kemudian, dia menghirup perlahan air itu. Dahi Ridz berkerut. Dia terbatuk. Digosok batang tengkuknya. Air apa yang minah ni buat? Pelik sangat rasa ni!

    Fatin buat buat terperanjat. Tikus dah masuk dalam perangkap! " Sedap sangat ke kopi Netherlands i tu sampai you terbelahak? " Kemudian, Fatin sambung menghirup air kopinya. Memang kaw!

     " Sedap sangat sampai i tak terdaya nak habiskan." Seraya itu, Ridz menggampai cawan yang lain. Dituangnya air kopi ' special ' ke dalam cawan yang baru. Lalu, dihulurkan kepada Fatin.

    Fatin mengetap bibir. Alamak! " Apa? "

    " Minum. Kita minum sama sama. Baru syok. " Senyuman melebar di bibir Ridz. Alang alang dia nak kenakan aku, apa salahnya kalau sama sama terkena kan?

   Fatin menggeleng laju. Taknak aku minum air kopi yang tah pape tuh!  Menyesal lah pulak buat macam ni!

    " Kalau you tak minum, i tolong masukkan dalam mulut you nanti. You nak ke? " Ucap Ridz berbaur ugutan.

    Kau nak masukkan air tu dalam mulut aku? Eh tolonglah! Tak hingin!. Cawan dirampas kasar. Perlahan lahan bibir cawan dirapatkan di mulutnya. Pergh, busuk gila aroma kopi hantu ni! Nak termuntah!

   Ridz tersenyum puas. Dia mengangguk tanda supaya minum air kopi sama sama.

    Ya Allah, kalau aku mati malam ni, ampunkan dosa aku! Eh apa aku merepek ni? Minum air kopi hantu je pon! Kenapa hantu? Sebab macam macam ramuan aku campak dalam air kopi tu tadi.

    Fatin terbelahak. Sumpah tak sedap. Rasa tu dah macam kopi susu basi! Kini, giliran Ridz pula menghaburkan tawa. Padan muka kau March! Masuk lah kau dalam perangkap sendiri!

    " Romantiknya dua orang ni kan, bang? Dah macam pasangan kekasih. " Puan Fazliana mencubit halus lengan suaminya. Sengaja nak mengayat anak dara dia.
______________________________________

     "Aunty, Uncle, Ridz balik dulu. And thank you sebab ajak makan sesama tadi. Sedap sangat. " Ridz mengukir senyuman.Jam tangan dikerling. Angka menunjukkan pukul 6.30 petang.

   Fatin hanya berdiri diam di sebelah ibunya. Dia bermain dengan kuku jarinya. Banyak cakap pulak mamat ni. Nak balik tu, balik je lah!

   Ridz mengerling ke arah Fatin. Gadis itu hanya menunduk. " March. "

   Fatin mengangkat kepalanya. Tangan disilangkan ke dada. Tetiba panggil aku dah kenapa? Suasana terasa sepi seketika. Terasa bagai, waktu berhenti.

    " I balik dulu. By the way, kopi you buat tadi sedap sangat. " Seraya itu, Ridz mengeyitkan sebelah matanya. Kemudian dia mengatur langkah dan masuk ke dalam keretanya. Kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Fatin.

    " Nak perli aku lah tu. " Serentak, Fatin melangkah laju masuk ke dalam biliknya. Kakinya dihentak kuat. Rasa geram la pulak! Fatin menghempas dirinya ke atas katil. Rasa mengantuk tiba tiba menjelma. Penghawa dingin ditenung lama. Lama kelamaan, kelopak matanya terasa berat bagaikan ada batu yang menindas kelopaknya. Argh, tak mampu tahan lagi. Fatin menutup matanya. Gelap.

     SAYUP sayup kedengan deringan telefon. Mata yang masih mengantuk, dibuka. Jam di tepi, dikerling. 11.05 malam! Fatin terkejut. Serta merta dia mengubah posisinya dari berbaring ke duduk. Bantal segi empat di ambil dan diletakkan ke ribanya. Biar betul, tak silap aku, aku tidur dalam pukul 7 macam tu lah. Tup tup, dah pukul 11 malam! Nasib aku cuti harini, kalau tak kena qadar solat lah jawabnya.

    Telefon yang sedari tadi berdering, diambil. Nama Lisa terpapar di skrin.Ditekannya punat hijau lalu diletakkan di tepi telinga.

   " Beb, apa yang susah sangat kau nak angkat call aku ni? Jenuh tau tak tunggu lama lama. " Bebel lisa. Air ditolak tepi. Dia melangkah masuk kebiliknya.

    Membebel la pulak minah ni. Malam buta pulak tu. " Aku tidur tadi beb. "

   Lisa tersentak. Tidur? Awal gila minah ni tido. Biasanya, pukul 11 malam orang baru nak tidur, dia ni baru bangun tidur! " Kau macam mana, okay tak? "

    Fatin mendegus kasar. Mata dijelingkan. Hari ini sangat teruk! Bermula dari airport sampailah kat rumah! Ni semua pasal 'driver ' tu! " Seriously no beb! Very bad! "

    " Apa yang jadi"

   Fatin membuka mulut. Diceritakan kisah malangnya dari A hingga Z.

    Lisa menghaburkan tawa. Bantal busuk yang ada di tepi, dipeluk kuat . Kelakar sungguh nasib rakannya itu. " So, Ridz tu bukan driver kau dan dia anak dato? Seriously beb. Dahlah kau layan dia macam hamba. " Sisa tawa masih lagi kedengaran di hujung ayat.

    Fatin mencebik. Bibir dimuncungkan sedepa. " Kau tak payah lah gelakkan aku.! "

    "Okay, okay, stop. " Lisa memegang perutnya. Aduh, tegang urat perut aku nih! " Kau tak rasa bersalah ke? "

    " Whoa, apekes aku nak rasa bersalah kat Ridz tu. Act normal jelah. " Memang lah pada awalnya, Fatin rasa bersalah sebab mengaggap Ridz tu sebagai drivernya. Tapi bila dah perangai mamat tu annoying, rasa benci ada lah!

  " No, i mean, Hessel. Yelah kan, kau tak bagitau dia pun yang kau nak balik Malaysia. Kalau dia cari kau macam mana? Ridz tu kau campak tepi dulu. "

    Dia ingat Ridz tu sampah ke apa? Nak main campak tepi! Lisa ni tak kenal lagi Ridz tu macam mana, dasar mulut manis! Fatin menggaru dagunya yang tetiba gatal. " Alah, beb. Biarkan jelah Hessel tu. Dia ada Merissa. "

   " Kau cemburu kan? "

   Fatin ketawa sinis." Aku nak cemburu kenapa beb? Aku bukan sukakan dia pun. "

   " Dulu kau pernah jatuh hati kat dia. Jangan nak tipu aku. "

    Fatin terdiam. Ya, dulu memang pernah dia jatuh hati dekat Hessel, tapi dia tak yakin dengan perasaan nya. Manalah tau kot kot tu cuma perasaan suka berkawan kan. Fatin bangun dan membuka jendela. Dia mendongakkan kepala ke atas. Bintang bintang tidak begitu kelihatan. Mungkin disebabkan light pollution.

    " Kau diam maknanya betul lah kan apa yang aku cakap? " Lisa bersuara lagi. Dia akan korek sampai ke lubang cacing rahsia rakannya itu!

    Fatin mengeluh perlahan. Dia bersandar pada penghadang dinding. " Beb, esok jumpa nak? Aku rindu kau. " Topik sengaja diubah. Dah! Dia taknak fikir pun pasal Hessel sekarang!

     " Amboi, tak sampai sehari berpisah dengan aku, dah rindu? " Liss membuat suara nakal.

   Seraya itu, Fatin menekan punat merah di telefonnya. Persoalan lisa tidak dihiraukan. Fatin memandang kiri dan kanan. Memang dipenuhi dengan cahaya lah Kuala Lumpur ni! Fatin mengetap bibir. Terasa geram pula bila melihatkan cahaya yang terlalu banyak! Kalau dia ada kuasa, dah lama dia bakar semua lampu kat KL ni, baru padan muka.

    Otak tiba tiba teringatkan wajah Hessel Samuel. Seorang jejaka yang cukup sempurna baginya. Walaupun annoying tapi jauh di lubuk hati, Hessel seorang yang baik. Tapi, entah mengapa, setiap kali dia memandang Hessel, akan ada satu rasa yang tidak elok muncul. Dalam erti kata lain, macam ada sesuatu yang mencemburui mereka.

    Fatin duduk di atas sofa. Kaki dinaikkan ke atas. Dia menyembangkan wajahnya di antara kepala lutut. Dadanya kembang kempis menarik dan menghembus nafas. Dia cuba untuk memadam wajah Hessel yang terbayang di mindanya, tetapi tidak boleh. Atau, aku rasa bersalah sebab sepatah pun aku tak cakap kat dia yang aku nak balik Malaysia? Argh! Serabut.

    Bayangan Merissa tiba tiba menjelma. Setiap bait kata kata wanita itu mula kedengaran sayup sayup. Fatin menekup kedua belah telinganya. Ya Allah, kenapa dengan aku ? Kenapa aku teringat tentang semua ini?

   " Argh! Hessel and Merissa, please get out of my mind! I hate both of you! " Fatin menjerit kuat. Mujur tidak didengari oleh ibubapanya dan jiran tetangga. Dia berjalan ke katil dan menjatuhkan badannya di tilam yang empuk itu. Kemudian, bantal kecil diambil dan dilekatkan ke mukanya. Dia menekan permukaan bantal itu dan  menjerit sekuat hati!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience