" Dia membiarkan dua lautan mengalir yang kemudiannya bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing2."( Al-Quran surah ar rahmaan ayat 19- 20)
Kereta yang dipandu laju oleh Hessel menuju ke Cadzand Beach iaitu salah satu pantai yang terkenal di Netherlands. Hati tengah panas dek kerana Merissa, ada baiknya ambil angin sikit kat pantai ni. Kalau tak, meletup satu badan.
Dia berjalan di persisiran pantai. Lengan baju sedikit dilipat. Cuaca memang sejuk tapi memang dah kalis dengan cuaca ini, jadi tidak ada masalah. Deruan angin sedikit menggerak gerak kan rambutnya. Angin sepoi sepoi bahasa ini menampar lembut raut wajah Hessel yang putih bagai putih telur itu. Hessel meraup wajahnya buat sekalian kali. Entah mengapa, akhir akhir ini, fikirannya sangat serabut. Seolah olah, segala masalah sengaja cuba memasuki lorong otaknya.
Dia melemparkan jauh pandangannya ke tengah laut. Beberapa buah kapal memenuhi laut yang membiru itu. Dipandangnya ke kiri dan kanan, pantai ini memang dipenuhi dengan wanita yang berbikini. Sesekali dia mengeluh. Dia tetap lelaki, walau sekuat mana pun dia cuba mengelak dari bertemu dengan perempuan seksi, pasti akan datang yang lain, nafsu membuak buak. Kakinya diatur laju berjalan ke arah lain sehinggalah matanya menangkap susuk tubuh seseroang yang dia kenali.
Dilihatnya gadis itu sedang bergelak ketawa. Sesekali tudung yang dipakainya terbuai dek angin. Kasut yang dipakai oleh perempuan itu, dipegang. Berjalan di pantai, tak sah kalau tak cabut kasut atau selipar. Tak syok! Bibir Hessel menguntum senyuman.
Hessel berjalan laju menuju ke arah gadis itu. Dipakainya kaca mata hitam yang sentiasa ada di dalam poket bajunya. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia berjalan melanggar bahu gadis itu. Sengaja!
Aiskrim yang dipegang oleh gadis itu, terjatuh mencium tanah.
" Excuse me? " Gadis itu menoleh ke belakang. Memandang jejaka Dutch yang melanggarnya tadi. Sengaja atau tak? Takkanlah tak nampak?!
Hessel melorohkan cermin mata hitamnya. Dia tersenyum sumbing. Mata greynya bersinar dek pancaran cahaya matahari. Rahangnya kelihatan bersilau. Hidungnya yang mancung ibarat gunung semestinya menawan. Apatah lagi bibirnya yang kemerahan bak ceri itu memang menggoda semua gadis!
" Yes, Fatin March ? " Tanya Hessel polos.
Muka Fatin merona merah. Dia? Macam mana dia boleh ada kat sini? Bibirnya diketap menahan amarah yang kian mendidih. Dia saja langgar aku ke? Kasut yang dipegang, dijatuhkan ke pasir. Tangan disilangkan ke dada.
" Kau mengintip aku er? " Fatin menjungkitkan keningnya.
" Aku mengintip kau? "
Fatin hanya sekadar mengangguk sinis. Tubuh Hessel dipandang atas bawah. Memang kacak! Memang bergaya!
Hessel memetik ibu jarinya. Dia membuat muka toya. " Hello, aku masih lagi banyak nak buat kerja lain. Apekes nak intip kau. Bukan penting pon. "
Fatin hanya menggerak gerakkan bibirnya sambil buat muka hodoh. Tanda mengejek. " Pok pek pok pek ". Mata dijelingkan.
Hessel memandang wajah gadis itu. Matanya dikecilkan. " Ke kau yang intip aku? "
" What? Aku intip kau? Jangan mimpi lah. Even dalam mimpi pun, aku taknak intip kau. " Fatin mengherotkan bibirnya ketepi.
Lisa yang berdiri di sebelah Fatin, mulai rasa tidak selesa. Makin menjadi jadi perang diorang ni. Lisa mengangkat tanganya ke udara.
" Whoa, sebelum meletusnya perang dunia ke-3, aku nak cau dulu. Fatin, aku tunggu kau kat sana " Kata Lisa sambil menunjukkan tempat yang dikatakan. " And, Hessel, make sure kau punya peluru cukup. Sebab aku tak rasa kau akan menang kalau lawan mulut dengan Fatin. Dia ni kuat membebel. " Seraya itu langkah Lisa diatur laju.
Hessel dan Fatin memandang satu sama lain. Suasana menjadi sepi seketika. Hanya kedengaran suara kanak kanak berlari riang.
" So, shall we? " Kata Hessel sambil mendepakan kedua dua belah lengannya.
" What? " Dia ni dah kenapa buka kedua dua belah lengan dia tu? Ingat aku tergoda? Ada lah sikit, tapi be cool alright!
" Kawan kau dah tak ada, so.... " Hessel sedikit membongkokkan badannya. " Kau dah boleh nak peluk aku. Aku tahu, kau kempunan kan? "
" Kau ingat, kau makanan sampai aku nak kempunan? Merepek. Dah pergi main jauh jauh. " Lalu kasut yang ada di bawah, diambilya semula. Tangan menolak lengan jejaka itu. Fatin mengatur langkahnya ke depan. Entah datang dari mana senyuman, tiba tiba terukir di bibir merah Fatin.
Disebabkan angin pantai yang mendayu dayu, tudung yang dipakai oleh Fatin sekejap terbuai ke kiri, sekejap ke kanan. Macam buat senamrobik pun ada tudung ni!
" Lain kali, pakai tudung tu biar kemas. Baru tak serabut. " Lengan Hessel hinggap di bahu gadis itu. Serta merta, langkah berhenti.
" Kenapa kau kejar aku? Tepi lah lengan kau tu. Busuk! " Seraya itu Fatin menepis lengan jejaka itu tapi malangnya, semakin kuat pulak genggaman lengan jejaka itu mengenai tepi tengkuk. Nak aku mati ke?
" Kejar er? Tak kot. Aku jalan je, bukannya berlari. " Hessel memandang sinis wajah gadis yang ' diikatnya' dengan lengan itu.
" Hessel Samuel. Aku bagi kau warning. Alihkan lengan kau dari bahu aku. Kalau tak.. " Fatin mencerlung ke arah Hessel. Pandangannya tajam tak ubah bagai harimau memandang mangsanya.
" Tak takut. And never. " Mendatar suara itu keluar dari mulutnya.
Fatin tersenyum nipis. Dipandangnya wajah Hessel dan lengan jejaka itu yang melekat di bahunya silih berganti. In three, two, one..
" Aduh." Bagaikan terkena renjatan electric berkuasa tinggi, serta merta Hessel menjatuhkan lengannya dari bahu gadis itu. Digosok gosok lengannya perlahan. " Kau kenapa gigit aku? Dahlah gigi tu tajam. Dasar buaya sungai! "
Fatin menepuk tapak tangannya sekali. Wajah sinis dizahirkan diwajah sawo matangnya.
" Aku dah bagi kau warning , tapi kau tak dengar. Maaf sayang. " Fatin melangkah kedepan meninggalkan jejaka itu keseorang di belakang.
Wajah Hessel bertukar masam. Tapi dalam masamnya terselit rasa gembira. Dengan tenaga yang ada, dia berlari laju mengejar Fatin. Apabila jarakknya hampir, Hessel menarik lengan gadis itu sehingga jatuh terjelepok ke tanah 2 insan itu. Macam nangka busuk!
" Aduh. Apa kau buat ni mamat poyo! " Muka Fatin berkerut menahan sakit. Boleh retak tulang pinggul aku ni. Mujur jatuh atas pasir pantai, buatnya jatuh atas batu? Niaya tak sudah! Boleh tahan kasar jugak mamat ni bergurau!
Hessel hanya ketawa sakan melihat gelagat Fatin sehingga tekeluar air mata di hujung matanya dek ketawa terbahak bahak. Dia memegang perutnya. Terasa perit bila dah ketawa sampai macam ni.
Darah menyerbu wajah Fatin. Mukanya yang sawo matang berubah menjadi kemerahan. " Apa yang lawak sangat? " Dia membetulkan kedudukannya.
" Kau." Ketawa masih lagi bersisa. Dah lama dia tak ketawa macam ni. Rasa bahagia pula!
Fatin hanya menjeling. Dia ingat aku badut ke apa! Gila!
Melihat reaksi Fatin yang muram, Hessel berhenti ketawa. " Kau marah kan aku? "
" Takdelah. Suka. Suka sangat. " Nada sinis ditunjukkan. Dia ingat tak sakit ke? Fatin mendecit kasar.
" Glad you like it. Lain kali, kita buat lagi. " Seraya itu, Hessel menjatuhkan kepalanya di bahu gadis itu.
Fatin kaku dengan tindakan mamat poyo. Dia tidak memandang ke tepi malah hanya pandang ke depan memandang lautan yang membiru. Takut kalau menoleh ketepi, hidung ni terkena kepala dia, kan nanti dia merepek yang aku nak sangat bau dia punya kepala. Siot!
"Nasiblah kau ni tak sentuh aku bukan bukan. Kalau tak , siap kau aku report kat bapak aku." Fatin mengomel perlahan.
" I heard you. "
Bahu Fatin terhinjut. Dia menekup mulutnya. Sensitive habis telinga mamat ni.
" Aku ada seorang kakak. " Suara Hessel perlahan. Mendatar.
" Really? Mesti dia cantik macam aku kan. " Selamba Fatin memuji diri sendiri. Bukan selalu!
Kepala masih lagi di atas bahu Fatin. " Nama dia, NurAisyah Herriana. " Sama seperti tadi, suaranya masih lagi mendatar.
" Ouh, cantik nama ka.." Fatin memandang ke tepi. Matanya membulat. " Jap, NurAisyah? "
" Ha ah. Kenapa? Kau pelik? "
Fatin menggaru kepalanya. Pelik tu memang la pelik. Dia ni kan orang Netherlands kacukan France. Apekes nama anak NurAisyah. Memang tak salah tapi itu kan nama orang islam. Sedangkan dia ni?
" Aku tahu kau pelik. " Hessel menarik nafas dalam. Kemudian dihembusnya keluar. Dia mengangkat kepalanya dari bahu Fatin.
" Dulu, kakak aku model. Model yang terkena. Dia merantau jauh ke negara orang untuk pertunjukkan fesyennya. " Hessel mengeluh kasar.
" Wow, im impressed. Tapi, kenapa kau cakap dulu? Sekarang dah bukan er? "
" Kau ingat tak 2 tahun lepas masa aku cakap aku kena balik France sebab family perlukan aku? " Hessel memandang wajah Fatin sayu.
Peristiwa itu kembali menerjah dalam ingatan Fatin. Sampai bilapun, dia takkan lupakan. Fatin mengangguk perlahan mengiyakan kata kata jejaka itu.
" Sebab kakak aku. " Pandangan dialihkan pula memandang ke langit. Kelihatan burung burung terbang keriangan.
" Because of your sister ? I don't get it. "
Hessel meraup wajahnya sekali. Rambutnya yang sedikit berserabai di bahagian depan, tidak dihiraukan. Satu persatu peristiwa lampau menceroboh mindanya.
August 2015 , Samuel's Estate, Netherlands
Kereta dipandu laju oleh driver Hessel memasuki perkarangan rumah agam keluarganya. Hatinya tidak tenang. Dia ditemani kegelisahan. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu perkara buruk yang telah berlaku pada keluarganya. Tapi apa? Sesampainya di airport tadi, terus dia menyuruh driver menghantar nya pulang. Rasa lenguh badan seharian didalam kapal terbang, tidak dihiraukan. Apa yang dia tahu sekarang, dia perlu bertemu keluarganya.
Dia membuka pintu kereta, dengan langkah laju, dia memasuki rumah agam keluarganya itu. Bagasi hanya ditinggalkan di dalam kereta. Dia melihat seorang wanita yang berpakain tertutup dari atas sampai bawah dan seorang lelaki yang berpakaian sama seperti lelaki lain tetapi memakai sesuatu seperti topi tapi Hessel tahu itu bukan topi. Berbentuk bujur dan bewarna hitam. Siapa mereka? Hessel tidak dapat meneka siapa gerangan itu kerana pandangan yang bertentangan.
Hessel memandang pula wajah ibu bapanya. Bapanya kelihatan biasa tetapi wajah ibunya, memang menakutkan seperti menahan amarah. Hessel menggagahkan diri untuk mara kehadapan. Semakin dia kedepan, raut wajah wanita dan lelaki itu semakin jelas.
" Kakak." Spontan kata kata itu meluncur keluar dari mulut Hessel. Tapi mengapa kakaknya berpakaian sebegitu ? Dan siapakah lelaki yang berada di sisinya. Wajah 2 insan ini nampak tenang.
Herriana bangun dan memeluk adiknya itu. Terasa rindu sekali. Hessel kaku tapi dia cuba untuk membalas pelukan itu. Dia memang rindukan kakaknya tetapi keadaan kakaknya datang bersama seorang lelaki ini menyebabkan dia kaku. Hairan.
Pelukan dileraikan. Hessel ternampak sebentuk cincin di jari manis kakanya itu. Begitu juga dengan lelaki yang setia duduk sedari tadi. Mereka ada hubungan apa apa ke?
Pelukan yang tadinya erat, kini dileraikan. Herriana mengukir senyuman. Hessel memandang ibunya. Mata ibunya mencerlung tajam memandang kakaknya dan lelaki itu silih berganti. Dia dapat rasakan, bakal ada perang yang akan terjadi. Siapa saja yang tak terkejut dengan perubahan kakaknya itu. Yang dahulunya sangat seksi, mendedahkan tubuh badan sana sini, tapi sekarang? Setiap anggota badan yang dahulunya menjadi tatapan orang, kini semua diselindung di balik pakaiannya yang labuh.
Ibunya bangun dari sofa. Bapanya masih lagi diam menyepi. Dilangkahnya kaki menuju ke arah 2 beradik itu.
" Samuel, jangan dekat dengan dia lagi! Dia bukan kakak kau! "Marah ibu Hessel melalui bahasa Dutch. Seraya itu ibunya menarik lengan Hessel menjauhi Herriana. Hessel bertambah bingung. Belum lagi hilang kebingungannya terhadap perubahan personaliti kakaknya, kini ibunya pula yang berkata begitu. Apa maksudnya?
" Mama, tolong jangan buat macam ni. Riana tahu, Riana tak sepatutnya buat macam ni . Tapi, Riana rasa ini lah cahaya yang telah lama Riana cari. " Rayu Riana. Air mukanya mula berubah. Tapi, masih lagi tidak menangis.
" Kenapa kau tak tanya aku dulu sebelum melakukan sesuatu perkara? " Lantang ibunya bersuara. Bergema satu rumah agam.
Air mata yang dari tadinya ditahan, kini mulai tumpah membasahi pipi. Tidak dapat lagi Riana tahan kesakitan ini. Lelaki yang dari tadi duduk, bangun dan menghampiri Riana.
" Mama, Riana tahu mama marah sebab Riana tukar agama. Tapi ma, inilah agama yang betul untuk semua orang dalam dunia ni ma. Agama yang tidak menyesatkan kita, agama Islam. Riana tak mintak mama tukar agama sekali dengan Riana tapi, Riana nak mama tolong terima dan hormat agama Riana. " Air matanya tidak berhenti luruh bak air hujan yang tak tahu kesudahannya.
Bagai mahu pitam apabila mendengar pengakuan dari kakaknya itu. Mulutnya melopong. Seribu kali terkejut. Kakaknya tukar agama? Kenapa sampai boleh jadi macam ni? Memang tidak boleh diterima akal.
" Kau nak aku hormat agama kau? Okey, mulai dari hari ini, kau, Herriana Michaela, bukan lagi anak aku! Dan berambus dari rumah ni! " Tanpa sebarang rasa kasihan, kata kata kesat itu meluncur laju dari mulut ibunya. Bagai meteoroid yang jatuh menghentam bumi sehingga menghancurkan segala benda di dunia. Seperti itulah, yang dirasai oleh Riana. Siapa tak sedih bila ibu sendiri yang buang kita dari keluarga?
Share this novel