Chapter 4

Romance Series 11478

Buku Astronomi karya Stephen Hawking dibuka. Mata Fatin berjam jam memandang buku itu dengan rasa kosong. Malas. Matanya sekejap terbuka, sekejap tertutup, mengantuk! Dah macam makcik kat masjid pon ade! " Haish , malas lah pulak aku nak study. Asal buka buku mengantuk! Wahai syaitan yang direjam nyah kau dari kelopak mata aku!" Ngomel Fatin sendirian. Jam di dinding dikerlingnya sepintas lalu." Lah dah pukul 3.30 petang rupenya. Bosan! Nak baca buku, sorry takde mood. Nak chat orang? Siapalah nak layan aku, forever alone betul aku ni. Indahnya lah kalau ada yang sudi nak chat aku, nak layan perangai angau aku." Mata dipejam. Bibir mengukir senyuman. Minda berlayar ke seluruh dunia! " Eh, apa aku membongak ni! Ya Allah!" Arghhh bosan!

"Chin chin" Bunyi aplikasi whatsApp . Amboi, aku baru je cakap takde orang chat, terus dapat notification ! Wow, rasa macam tuan puteri!

Dengan laju, Fatin menggapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja. Kata laluan di tulis. Boleh tahan susah jugak, sebab taknak phone dia diceroboh oleh ' perompak ' kalau tak, malu tujuh keturunan la jawabnya!. "Aduhla sapa pulak yang chat aku ni, harap harap bukan mamat poyo tulah! Hidup aku ni dah cukup kacau bilau semenjak kenal ngan mamat tu! "

Mata tidak berkelip memandang skrin. Dirasai macam Allah tidak mendengar Doanya. Satu keluhan dilepaskan."Ish pehal pulak mamat ni chat aku, aku bukan main susah nak paksa otak aku supaya lupakan kau, kau senang senang aje chat aku, dugaan betul la! Haish!"
Satu persatu pesanan dibaca

" Turun bawah, now!" - mamat poyo.

"Pehal?"- Fatin. Suka hati mamat ni je nak arah aku suruh turun bawah. Apa dia ingat asrama aku ade lif banyak? Eh ada satu je lah! Dahlah tingkap 5! Patah jugak kaki aku nanti kalau guna tangga! Bibir dicebikkan.

"Boleh tak jangan banyak tanye..turun jelah".- mamat poyo. Eh banyak tanya pulak minah ni, aku lempang jugak karang!

" Kau ni pehal? Tak habis habis suruh aku turun. Datang ar angkat aku ke, apa ke!"- Fatin

" Seriously, kau nak aku angkat kau?" - mamat poyo.

Fatin mengetap bibir geram. Telefon nya dilempar ke atas katil. Tapak tangan digenggam. Argh, annoying! Fatin turun dari katil. Dia menggapai long cardigan yang tersangkut di almari serta memakai tudung shawl. Taknak bergaya! Setakat turun bawah jumpa mamat tu, pakai jela apa yang ada. Kalau nak jumpa artis, haaa baru boleh pakai cantik cantik!

______________________________________

"Aduh duh, penatnya. Boleh tahan jauh jugak tempat mamat ni nak jumpa aku. Ingat kan dia kata turun bawah tu,betul betul bawah asrama, ni dah 1km jauh ni." Bebel Fatin. Dia membongkok kan badannya. Tangan diletakkan di bahagian lutut. Penat! Macam baru lepas kena kejar ngan anjing liar aderla!

" Hessel! ade ape nak jumpe aku, aik takkan rindu kot". Saja dia melawak. Cuaca dah panas, takkan la dia nak suasana dalam keadaan tegang kan. Mata dikerling ke arah teksi yang sedia menunggu di sebuah perkarangan. Lagaknya seperti menunggu seseorang. Mata dikerling semula ke arah mamat poyo. " Tunggu mamat ni kot. Biarlah, kesah apa aku!"

Hessel memandang Fatin. Dah lupa ke apa minah ni? Aku baru kot cakap kat dia tadi. "Kau ni,dah lupa ke? Otak udang betul!"

Fatin menaikkan mata ke atas. Tangan disilangkan ke dada. " Kau yang panggil aku otak udang , so tak payah la aku nak susah payah ingat semula apa yang kau cakap kan, Encik Hessel Samuel?"

Kelihatan muka putih Hessel berubah merah padam. Nak tahan marak ke cik abang oi?. Akibat tidak dapat menahan rasa geli di hati. Fatin melepaskan satu ledakan ketawa.

Hessel mengerling ke Fatin.Boleh pulak dia ketawa?! " Apa yang lawak sangat? Minah kepoh! " Satu kerlingan maut diberikan kepada Fatin. " Kau ni semakin lama, semakin berani kan nak kenakan aku?!"

Fatin mengecilkan matanya.Dia berhenti ketawa. Dia memandang Hessel dengan penuh rasa tidak puas hati. Minah kepoh dia panggil aku?!! Memang mencabar kesabaran aku ni! " Kau tu mamat poyo! Dan for ur information, aku tak pernah takut kat kau!" Fatin membalas jelingan tadi. Keningnya dijongketkan ke atas. Baru puas hati. 1-1! " Lagipun, apa yang aku lupa dan apa yang kau ingat? " Tangan disilangkan di bahagian dada.

Hessel memejamkan matanya. Memang sah pompuan ni makan kepala udang! Mudah sangat lupa! "Kan aku dah cakap yang aku kene balik France ."

" Dah tu nak balik France, pergila, kesah pulak aku!" Yang peliknya, Hessel ni orang Dutch bukannya France! Buat ape lak dia nak pergi France! Bercuti ke ape? Banyak cantik muka kau!
    
      " Wait, bukan ke kau orang Netherlands er? Pehal nak balik France?"

      Hessel mengetap bibir. Banyak tanya pulak minah ni! " Mak aku asal France, bapak aku orang Netherlands. "
   

Ouh patut hensem! Eh no! Dia takkan hensem selagi perangai membabi buta dia tuh dia tak tolak tepi!  "Dah tu bile naik flight?" Satu senyuman palsu diukir di bibir merah jambu Fatin.

" Naik flight pukul 4." Jawab Hessel bersahaja tetapi air mukanya nampak sangat pelik. Sedih. Telefon bimbit di tangan nya dipusing pusing. Tak takut jatuh ke apa!

"Huh?" . "Macam mana la aku boleh terlupa ni..padahal baru je beberapa jam lepas Hessel bagitau kat aku..memalukan betolla kau ni Fatin." Ish rasa macam nak tikan tikam otak ni! Cepat sangat lupa hal macam ni! Mujur dia ni bukan kekasih kau! Kalau tak dah lama jadi taik!

" Ape huh huh? Ke kau nak aku cium kau sebelum aku bertolak pergi, kalau nak cakap la. Aku dengan rela hati akan bagi kat kau." Dia merapatkan badanya dengan Fatin. Hanya beberapa inchi je jaraknya. Jantung Fatin berdegup dengan kencang. Mana taknya, bertentangan mata kot! Silap hari bulan sah sah boleh pengsan!

" Eh tolong sikit yer, tak hingin aku dengan ciuman busuk kau tu, lain la kalau kau ni artis kegemaran aku!" Satu senyuman terbit di bibirnya apabila teringatkan wajah artis kegemarannya. Memang handsome! Tangan laju menolak badan lelaki yang ada dihadapannya.

Hessel memandang tepat ke mata Fatin. Saja dia buat macam tu. Dia merapatkan bibirnya ke telinga Fatin. " Betul ni taknak? Tak menyesal?" Setiap bait perkataan tersebut keluar dengan penuh kelembutan dari mulut Hessel. Nafasnya yang panas, dapat dirasai oleh Fatin.

"Haa ambik kau, gatal sangat kan!" Satu cubitan hinggap di lengan Hessel. Boleh tahan kuat jugak. Biar ar. Padan muka. Miang sangat. Pehal?!

" Aduh duh, sakit la. Kau ni ade bela ketam ke apa kat rumah? Ke kau berketurunan ketam?"

" Amboi amboi, suka hati mulut kau je cakap aku ni keturunan ketam, pehal?" Kedua dua belah tangan diletakkan di pinggangnya. Kening diangkat kedua dua belah. Baru nampak garang!

" Sebab, cara kau cubit aku tu , macam ketam. Lepasni, kalau nak masak ketam, tak payah dah susah susah nak beli kat market, ambik kau je senang."

Ishhhh mamat ni! Suka sangat cari pasal ngan aku. Takpe takpe. Ni hari kau! Tunggu ar bila hari aku pulak datang! Tau ar nasib kau! Baru tau tinggi ke rendah langit ni! Okeh Fatin, takpe, rilek, rilek je. Satu senyuman diukir di bibir. " Erm dahtu bile nak bertolak pergi airport? Buat semak jugak kau kat sini lama lama"

" Tak sabar nampak nak aku blah dari hidup kau."

Mata dipandang ke arah lain. "Memang ar."

"Aku ni datang jumpa kau, mana la tau kot kot ni ker kali terakhir aku jumpa kau kan."

Huh! Bagus lah. Lepas ni tak payah dah aku nak hadap lelaki macam kau ni. Poyo!

Eh, apa aku membongak ni. Astagfirullahalzim. Fatin beristigfar. Tak baik berfikiran macam tuh!

Tangan yang disilang tadi, dijatuhkan. " Kau tu, mulut jangan celupar. Nanti jadi sungguh baru kau tahu. !" Mata dijelingkan.

" By the way, aku tak kesah semua tu. Yang kau tu, tak rindukan aku ke nanti?" Kening dijongketkan beberapa kali.

Alah sudah, dia start semula dah angau dia nih! Dahlah bukan bukan!" Seriously, aku takkan rindukan kau!. Kecik besar,kecik besar je aku tengok kau ni!"

Satu senyuman jahat muncul di wajah Hessel. " Apa yang kecik? Apa yang besar?" .

Sudah Fatin, nasib kau la kena hadap ngan mamat nih. Tangan memicit kepalanya yang tidak pening. Boleh jadi serabut aku ngan mamat ni. " Eh takde apelah!" Bibir dicebikkan.

" Ololo manjanya shayang abang ni yer." Muka cute ditunjukkan. Jari jemari Hessel laju menyentuh dagu Fatin.

" Sayang? Abang? Hello! Gila ke apa mamat ni? Ambik dadah pon boleh jadi kalau dah khayal sampai macam ni sekali!" Bebel Fatin. Dia menepis jari Hessel. " Sebelum perangai tah pape kau melarat tak tentu pasal, ade apa apa lagi yang cik abang nak cakap?"

Cik abang? Nice! " Kau tu jangan cakap besar sangat. Takut nanti makan diri. Kita tengok je, siapa akan rindukan siapa."

" Ish takde maknenye aku nak rindukan mamat poyo macam kau nih" Balas Fatin.

Jam tangan dikerling. Sudah tiba waktunya untuk Hessel berangkat pergi. Taknak ketinggalan flight. Nanti jadi satu hal pulak nak kene beli tiket baru. Mahal jugak harga! " So babes, aku dah nak pergi. And remember, dont ever try to miss me." Bibir dijongketkan sebelah. Sinis!

"Okey, shuh shuh, pergi cepat. Lagi cepat kau pergi, lagi senang hidup aku. " Bibir diketap! Mamat poyo ni kan, memang hari hari dia nak kacau aku. Bencilah!

Fatin hanya memandang kosong langkah kaki lelaki itu. Entah mengapa, buat kali pertamanya, dia berasa kehilangan.Adakah ini cinta? Eh no no ! Mustahil nak jatuh cinta dengan mamat poyo ni! Perangai pun haram jadah!

_____________________________________

Makanan di atas meja langsung tidak dijamah oleh Fatin. Tiada selera!Dia asyik teringatkan mamat poyo itu. Seminggu sudah pun berlalu. Hari hari Fatin tanpa Hessel membuatkannya jadi sunyi, sedih. Rindu dengan usikan jejaka itu. Mana tidaknya, hari hari kot mamat ni kacau dia..ni bila dah tibe2 je pergi France , taknya mati katak Fatin tu. " Eh, aku rindu mamat tu? Tolonglah! Jangan bergurau!" Senyuman sinis sengaja diukir di bibir merahnya.

Lisa memandang Fatin yang langsung dari tadi tidak makan. " Fatin, jamah la sikit makanantu, kalau ye pon takde selera, kau kene makan, nanti sakit , siapa yang susah? Kawan yang setia ni jugak lah susah nanti "

Fatin memandang lisa dengan pandangan mata yang lemah. " Takpelah Lisa,aku masuk bilik dulu."

Lisa hanya diam. Fatin ni keras kepala, kalau dia kata taknak, memang taknak la. Tak payah nak paksa!

Pintu dihempas kuat. Segera Fatin merebahkan badannya ke atas katil. Otaknya teringatkan Hessel. " Aduhla, apa yang agak agaknya mamat ni calit kat badan aku sebelum di blah haritu! Otak aku ni tak habis habis teringatkan kan kau! " Tangan laju menggaru kepalanya yang tidak gatal.

______________________________________

Pintu bilik dibuka,kelihatan Fatin hanya termenung di hadapan cermin." Fatin, kau termenung ape tuh? Jomla pergi kelas, lewat dah ni! Lagipon kau jugak yang taknak kene ceramah free ngan Prof kan?"

" Huh?,Ape kau cakap tadi?" Aduh, ni mesti aku termenung lagi, Ya Allah, kenapalah dengan aku ni! Termenung mengalahkan orang putus cinta?!

Satu keluhan kecil dilepaskan oleh Lisa.Bibirnya dikemam. " Fatin, kau ni semenjak mamat tu takde,mengelamun ajer keje kau kan..kau ni rindukan dia ke ape?"

" Rindu? Beb, buat semak jelah rindu mamat tu!" Alah, dia dah mula dah dengan soalan maut dia ni! Fatin bangun dan mengambil beg sandangnya. " Dah..jom la pergi...nanti kan tak pasal pasal kene serangan peluru padu dengan Prof Alisya tuh, ey taknak aku" Dia mengatur laju langkah kakinya. Ditolaknya lisa ke tepi.
______________________________________

Selesai aje sesi pembelajaran, cepat cepat Fatin menutup buku. Tak nak fikir lagi, buat semak je! " Ya Allah, leganya aku Lisa, kelas dah habis, penat kemain lagi aku ni" Kata Fatin sambil menguap, mengantuk walhal jam baru menunjukkan pukul 2 petang. Ni semua sebab mamat tu la yang membuatkan dia tak boleh tidur malam sejak akhir akhir ni.

" Eh elok nyer perangai anak dara ni! Menguap tak reti nak tutup mulut ke apa! Ke nak suruh cik abang kau tolong tutup kan?" Jemari lisa sudah mula mencubit manja lengan Fatin.

" Biarlah, cik abang aku tu entah dah lahir ke belum. Entah entah, masih lagi dalam perut ". Ketawa dilepaskan.

" Apa yang kau merepek ni Fatin? Jodoh tu kat tangan tuhan tau. Boleh pulak dia cakap yang jodoh dia tu masih lagi ada dalam perut. Kau ni tengah frust ke apa?!" Tangan masih lagi laju memasukkan barang ke dalam beg sandang. Kata kata lisa tidak dihiraukan oleh Fatin.

"Fatin jom la pegi makan, aku lapar ar" Ajak lisa sambil menunjukkan muka cute seposen dia tu.

"Kau ni makan, makan, makan, makan aje kene kau kan."

" Taknak ikut sudah, aku makan sorang sorang!". Lisa buat buat merajuk sambil memuncungkan bibirnye. Eleh, macamlah dia sorang boleh merajuk!

"Halala, dah jom la..aku gurau ajer..aku pun lapar..kau ingat kau sorang je boleh rasa lapar? Aku pun boleh lah, double lagi..kalah kau" Fatin melawak. Mereka berdua melangkah menuju ke Kafe.

"Jom, makan kat kafe nak" Tanya Lisa.


" Memang kafe aje pon yang ade kat sini. Macam tak biasa." Balas Fatin sambil bermain phone.


Aduh bukan main ramai pulak orang kat kafe ni. Hari hari lapar! Eh memang la hari hari lapar pon! Ape yang aku membongak ni?!"Fatin, aku nak beli makanan jap,kau duduk ar dulu" Pesan Lisa.

" Ha ah..kau tu jangan lama sangat...orang beli makanan,kau tuh buat makanan, " Lisa ni kalau time dia beli makanan, memang tak ingat dunia! Lama kemain!.

"Yela cikpuan intan payung."

Sesekali jam dikerling. Mata dipejam rapat."Haish , bosan la pulak aku ni, nak main phone pun bukan ada game. Orang chat? Memang takderla..hidup aku ni memang dari dulu forever alone ." omel Fatin sambil bermain main dengan kuku jarinya. " Hurm cantik" Pujinya. Almaklumlah, baru lepas bersih katakan!

Jam di tangan dikerling buat kali ke 3. Betul sangkaan aku, lisa memang lambat. Tunggu dia ni pon boleh buat orang jadi penat! " Ish lama pulak minah ni pergi beli makanan, takkan buat makanan sungguh kot" Bebel Fatin.

Fatin mengalihkan pandangannya ke kanan,tiba tiba 'U miss me' kedengaran di sebelah telinga kiri Fatin. Terkejut aku dibuatnya! Mujur takde penyakit jantung!

Serta merta Fatin memandang ke kiri. Mukanya betul betul berada bertentangan dengan muka jejaka itu. Nafas panas yang terkeluar dari hidung dia menyentuh pipi Fatin.
Fatin kaku, diam menyepi.

" Well, im back!"

" Ambik kau, datang lagi mengejut macam tu!" Satu tumbukan tepat mengenai lengan mamat poyo. Padan muka.

" Ho ho, kau kalau tak gurau kasar tak sah kan! Ke kau nak aku hempuk kepala kau?!" Dia menarik kerusi dan duduk.

" Suka hati kau jekan duduk depan aku!" Fatin menggigit bibirnya. Rasa makin parah sakit hatinya ni! " Kau nak hempuk aku? Hempuk ar!" Mata dibulatkan. Tangan menepuk meja.!

" Tak perlu nak buat sekarang, masa kau akan datang! " Kening dijongketkan. Mata dinaikkan ke atas.

Patutlah senyum semacam je muka kawan aku ni, rupanya kumbang dah datang. " La, kau dah ada peneman, kalau macam tu, kau jelah teman kawan aku makan." Kata Lisa sambil mengeyitkan matanya kepada Fatin.

"Weh lisa ape ni, tak yah ar..kau makan jela ngan aku..ish taklama kau ni Lisa ". Kalau kau berani tinggalkan aku berdua ngan mamat ni! Siap kau! Aku kerjakan kau malam ni!

" Thanks Lisa." Hessel tiba tiba menyampuk. Satu senyuman manis diberikan.

Patut pun mudah sangat perempuan jatuh hati ngan mamat ni, memang original hensem!

Fatin memandang Hessel dan Lisa separuh terkejut," Eh kau dua orang ni berpakat nak kenakan aku ke ape ni?"Terbakar jugak hati aku nih!

"Bye Fatin, have fun " Kata lisa lalu berlalu pergi.

" Eh, Li...Lis..lisa..." Panggilan Fatin tidak dihiraukan oleh Lisa. Saja dia buat buat tak dengar. Nak bagi privacy sikit. Tangan ditekup ke mulut. Menahan ketawa.

" So Fatin, dont u miss me?" Hessel mengangkat sebelah keningnya.

Ya Allah, indahnye ciptaan mu, sungguh hensem jejaka ini. Sekali lagi Fatin diam terkaku. Tapi kenapa perangainya tidak seindah rupa?

Perempuan ni kalau dah termenung , memang tak sudah!" Sayang."

"Ha?!" Fatin terkejut dari lamunan. " Kau tanya ape tadi?" Ni bukan buat buat terkejut, memang terkejut sungguh ni!

"Hah sedar pun kau. Aku ingat kau memang dah taknak sedar dah. Ke kau saja mengelamun sebab nak suruh aku panggil kau sayang" Kata Hessel sambil mengeyitkan matanya.

" Eeww takde makne er, sayang kau tu takde maknanya kat aku ni." Fatin menjelingkan matanya. Menyampah. "Kau buat ape kat sana"

" Adela hal aku. Kau tu tak rindukan aku ke?"

Adelah hal aku? Eee sombong nyer jawapan mamat ni! Mata dikecilkan. Kaki dihentak perlahan. Geram! " Tolong sikit ye,takde mase nak rindukan kau . Aku sibuk ngan assignment aku."

"Bagus lah kalau kau tak rindukan aku, sebabnya aku pun tak rindukan kau."

Annoying gila mamat poyo nih! Melampau betul! Mata dijelingkan. Kerusi ditolak keluar. Buku yang ada di atas meja di ambil.

" Kau nak pergi mana pulak ni?"

Fatin menoleh ke belakang. " Aku nak balik asrama aku la. Takkan aku nak balik rumah kau pulak!" Mata dijelingkan. Kaki diatur laju untuk melangkah pergi.

Sesampainya di depan pintu asrama. Telefon bimbitnya berdering. Dicelukkan tangannya kedalam beg. Mata melihat nama yang terpapar di skrin telefon.

Tapak tangan dihempuk ke dahi. Satu keluhan berat dilepaskan. " Mamat poyo lagi! Apa yang dia nak dengan aku nih! Urgh" Bibir dikemam. Butang hijau ditekan. Telefon diletakkan di tepi telinga.

" Jumpa aku malam ni kol 9". Laju kata kata itu menyusur masuk ke gegendang telinga Fatin.

Amboi amboi, suka hati mak nenek kau je cakap nak jumpa aku! Ingat aku takde kerja ke apa?. Nafas ditarik, kemudian dihembus semula.

"Taknak, aku sibuk na...." Belum sempat Fatin menghabiskan ayatnya. Panggilan dimatikan.

Kurang asam punya mamat Dutch! Aku tak habis cakap lagi kau dah matikan talian! Shit!
______________________________________


Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, tak senang duduk! "Mane pulak mamat ni, dia jugak yang gatal nak jumpa aku apa bagai. Macam lah takde hari esok!." Bebel Fatin.


"Sorry lambat. " Kedengaran suara Hessel yang datang secara tiba tiba dari belakang. Nafasnya tercungap cungap.

" Sorry, sorry, eh kau tau tak dah dekat setengah jam aku tunggu kau! Dah nak tercabut kaki aku ni berdiri dari tadi! " Bibir dijuihkan. Amarahnya naik mendadak.

" Oh nak tercabut, meh sini aku ketatkan." Seraya itu laju tangan Hessel memegang kaki Fatin.

Fatin menepis tangan mamat poyo tu. Whoa, apekes kau nih pegang pegang kaki orang!

" Haish, tak nak pulak , tadi dia jugak yang gatal cakap kaki tu nak tercabut! " Senyuman sinis diberikan.

" Kau ni kan, tak habis habis sakitkan hati aku. Aku benci kau! "

" Kau ingat aku suka ar kat kau?"

" Argh, dah lah, apakata duduk. Penat kau tau tak!" Kerusi ditarik keluar. Fatin melabuhkan punggungnya di situ. Ego mamat poyo ni memang tinggi! Sumpah!

Mata dipandang ke arah Hessel. Bibirnya dikemam. "Sebelum malam semakin larut, aku rasa ada baiknya kalau kau just straight to the point. Kenapa kau nak jumpa aku?" Ayat diatur satu persatu. Taknak terlalu gopoh!

" Fatin, mudahnya kau lupa sesuatu perkara kan?" Hessel menjongketkan keningnya.

" Lupa, apa yang aku dah lupa?"

" Kau. Berhutang. Dengan. Aku." Satu persatu ayat itu keluar dari mulut jejaka itu. Satu senyuman jahat terbit di bibir. Tangan ditongkatkan ke dagu. Mata diarahkan ke wajah gadis duduk di depannya.

" Apa kau merepek malam malam buta ni? Hutang? Aku hutang apa ngan kau? " Kalau macam ni la gayanya, hari hari mood aku boleh kelaut!

Sebuah ketawa dilepaskan. Ha ha ha. Fatin merenung wajah mamat poyo. Kelihatan ada riak sombong di wajahnya.

" Ye betul, kau takde hutang kewangan atau hutang nyawa dengan aku tapi..."

" Tapi ape?!"

" Aku nak kau buat sesuatu untuk aku. Sesuatu yang mudah. Simple." Mata dikenyitkan ke arah Fatin.

"Kau ni nak apa sebenarnya!?" Rimaslah main tarik tali macam ni!

" Kau. Aku nak kau." Bibirnya mengukir satu senyuman yang penuh dengan tanda tanya.

Kerusi ditolak keluar. Tangan dihempas ke atas meja. " Kau ni memang sah gila. Psiko! " Kaki diatur laju meninggalkan mamat poyo dibelakang.

" Whoa, tunggu!" Satu ledakan ketawa dilepaskan.

" Apa kau nak!?"

" Fatin, kau tau tak, aku sepatutnya rakam reaksi muka kau tadi. Sumpah kelakar! " Ketawa masih lagi bersisa.

Fatin bercekak pinggang. Kelakar? " Apa yang kelakar sangat pasal hal tadi?!" Matanya dinaikkan ke atas. Entah entah mamat ni ambil dadah! Membongak tak tentu pasal!

" Lain kali, dengar lah dulu orang cakap sampai habis. Lepastu mulalah terkejuk beruk tak tentu pasal. Macam kau ar!"

Fatin mengecilkan matanya. Hatinya dah cukup rentung terbakar dek kerana menahan amarah! " Stop it Hessel. Stop! Aku dah penat layan perangai kau nih. Aku bagi kau satu je chance lagi, kalau tak aku blah!"

" Tak, aku nak cakap kat kau, aku nak kau bagi aku hadiah." Selamba je mamat poyo mintak hadiah. Haish!

" Lepas satu, satu kau nikan! Hadiah apa benda nya dah tua nak mampos ni?!" Kaki dihentak kuat. Benci! Dah berbulan bulan hidup aku dihantui dengan ugutan ' hutang ' mamat ni. Atlast nak hadiah je? Tak logic!

" Anything. As long as benda tu boleh dijadikan sebagai hadiah." Mamat poyo terus mengatur melangkah meninggalkan Fatin. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience