Chapter 17

Romance Series 11478

       Keadaan semakin kacau bilau. Hessel masih lagi tidak dapat menerima dan menghadam dengan baik apa yang terjadi terhadap keluarganya. Matanya merah menahan sebak dan marah. Sesiapa saja takkan dapat menerima seandainya salah seorang ahli keluarganya menukar agama secara tiba tiba. Begitu jugalah yang dirasai oleh Hessel dan dia mengerti perasaan ibunya. Tapi mengapa, ayahnya hanya mendiamkan diri? Atau ayahnya juga terlibat? Tak mungkin!

     Riana menggagahkan dirinya memandang wajah ibunya. Ibunya yang dulu menyayanginya kini membencinya.

    "Baiklah, jika itu yang mama inginkan, Riana redha. Bagi Riana, keputusan Riana memilih untuk memeluk Agama Islam tidak salah. Mungkin, waktu yang tidak menentu. "  Dengan tersedu sedan ayat itu melontar keluar. Dipandangnya wajah lelaki yang ada disisi nya.

    " Jom, ibu saya dah tak perlukan saya dan.... Dan dia telahpun membuang saya. " Seraya itu Riana dan lelaki itu melangkah pergi. Sungguhnya, memang berat untuk melangkah pergi meninggalkan keluarga yang kita sayang sejak lahirnya di dunia ini. Tapi, terpaksa juga diharungi. Sedih bukan kepalang. Otak memutar semula kenangan Riana bersama ibunya diwaktu kecil.

    "Ya, Allah, kuatkan hatiku mengharungi dugaan mu. Aku tahu, Engkau telah merancang sesuatu yang baik untuk diriku." Doa Riana. Air matanya dikesat dengan lengan baju.

     Hessel terkaku. Separuh dari hatinya, ingin mengejar kakaknya agar jangan pergi tapi separuh lagi hatinya menyuruhnya agar terus bersama ibunya. Dia dalam dilema. Fikirannya kusut. Dia duduk di atas sofa. Diraup wajahnya yang kusam beberapa kali. Satu keluhan kasar dilepaskan. Ibunya melangkah naik ke tingkap atas. Dentuman pintu kedengaran.

   Terasa bahu ditepuk beberapa kali oleh seseorang. Hessel menoleh ke tepi. " Papa. "

    Bapa Hessel hanya tersenyum. Walaupun tersenyum, disebalik wajahnya itu masih dapat dilihat rasa risau seorang bapa.

     " Mama kamu, biar papa yang pujuk. "

    Hessel hanya mengangguk lemah. Buntu. Tidak tahu apa yang perlu dia buat. Mengapa semua ini terjadi?!

    " Samuel, boleh tolong papa? Hanya Samuel je yang boleh buat. " Keluhan kecil dilepaskan dari bibir bapanya itu.

   Hessel menoleh ke tepi. " Buat apa? "

    " Tanya kakak kamu, kenapa dia buat keputusan macam ni? Macam mana dia boleh menukar agama? Tanya dia elok elok. Rancang baik baik. Jangan marah marah. Papa tahu, hanya Samuel je yang boleh tolong papa, kan? " Wajah anaknya itu, diusap perlahan.

______________________________________

     " Maaf, kakak lambat. "

    Hessel yang tadinya duduk di atas kerusi di sebuah cafe, kini bangun memeluk erat kakaknya. Dia trauma dengan kejadian seminggu yang lalu. Dia tak dapat menerima bahawa Riana akan meninggalkannya. Mata kini berair.

    Pelukan kini dileraikan. Mata memandang pula susuk tubuh lelaki yang sama seperti hari itu berada di sisi Riana.

    " Kak, siapa dia? "

    Riana memandang ke sisi. Senyuman diukir di bibir. " Apa kata, kita duduk dulu. Nanti, kakak cerita. "

    Riana menarik nafas dalam beberapa kali. Cuba untuk mencari masa yang sesuai untuk bercakap. Dipandangnya wajah Hessel dan lelaki di sisinya silih berganti.

     " He's my husband.  Al- Najmi."

     " Suami? Tapi bila kakak kahwin? Kenapa Samuel tak tahu? Macam mana kakak boleh bertemu dengan suami kakak? " Bertubi tubi persoalan itu meluncur keluar dari mulut Hessel. Terkejut bagai nak rak.

   Riana mengeluh perlahan. Senyuman cuba untuk dikekalkan. Taknak kelihatan sedih di hadapan adiknya.

   " 3 tahun lepas, kakak ada buat pertunjukkan di Paris. Semuanya memang seronok dan berjalan dengan lancar. Sampailah satu masa tu...." Air mata tiba tiba jatuh di pipi. Mengingatkan peristiwa lampau memang sedih dan terharu. Riana memegang erat tangan suaminya.

     " Apa yang jadi ? " Tanya Hessel ingin tahu. Dia taknak kakaknya sedih tapi dia perlu tahu!

     " Selepas habis pertunjukan tu, kakak dengan kawan kawan pergi satu kelab. Kelab malam yang besar. Kakak dengan kawan kawan memang mabuk teruk malam tu. Lepastu, ada 2 orang lelaki ni datang dekat kakak. Dia raba kakak situ dan sini. Kakak tak suka so kakak marah. Tapi, diorang memberontak. Diorang tarik kakak keluar dari kelab tu dan heret kakak dekat sebuah kereta. Dia tolak kakak . Orang yang lalu lalang, mereka tak hiraukan sebab bagi mereka, semua ni normal. " Air mata semakin laju membasahi pipi. Matanya merah.

     " Kak, kalau kakak tak sanggup, tak apalah, tak payah cerita lagi. Take your time." Hancur benar hati Hessel melihat kakaknya bermandikan air mata sendiri. Sangat sakit.

    " Tak. Kakak akan cerita segalanya. Sekarang jugak. Kakak ada jerit mintak tolong tapi takda siapa pun yang hiraukan . Sampaikan kakak putus asa. Tapi, kakak tak sangka rupanya ada orang yang dengar jeritan kakak. Dan dia, dia adalah Al - Najmi. Dia tolong kakak malam tu. Dia ubah  hidup kakak. Sejak dari haritu, kakak mula berfikir, dari mana kita semua? Siapa yang cipta dunia ini? Adakah masih ada peluang untuk kakak berubah? . Dan  semuanya ibaratkan ada cahaya baharu dalam hidup kakak apabila suami kakak mengajar kakak erti kehidupan. Dan, dia jugalah yang kenalkan agama islam kepada kakak. " Riana akhiri ceritanya dengan senyuman nipis di bibir. Sungguh walaupun perit dibuang keluarga, di rasa amat bersyukur kerana Allah telah memberi hidayah kepadanya.

    Entah mengapa, Hessel berasa sebak mendengar kisah kakaknya ini. Air mata yang jatuh di pipi, diseka perlahan. Siapa sangka, dari kecil sudah memeluk agama Kristian tapi mendapat hidayah apabila kian membesar.

     " Kakak bahagia dengan hidup kakak sekarang? "

    " Dengan nama Allah, kakak bahagia. Kakak tak pernah menyesal dengan apa yang kakak buat. Kakak bahagia memeluk agama islam dan mengahwini Al- Najmi. " Bibir nya masih tersenyum walau matanya masih bergenang dengan air mata.

     " Bila kakak mula memeluk agama Islam? " 

     " Sejak dari peristiwa itu, kakak mula belajar mengenal Islam. Ia mengambil masa yang lama untuk kakak betul betul yakin dengan keputusan kakak. Akhir tahun lepas, kakak mula memeluk islam. Dan sekarang, nama kakak NurAisyah Herriana." Wajah suaminya dipandang. Sungguh suci.

      Hessel bangun dari kerusi, segera dia memeluk tubuh Al - Najmi. Baginya, dia tidak perlu membenci kakaknya mahupun suami kakak nya itu. Biarlah dengan keputusan masing masing. Kini, dia dapat menerima keputusan kakaknya itu.

     " Abang Najmi, please take care of my sister carefully.  Dont ever try to hurt Riana. If not,....." Seraya itu, genggaman buku lima ditunjukkan di depan muka Najmi.

    " I will. " Tidak lama lepas itu, ketawa dilepaskan.

_____________________________________

     Hati Fatin sebak mendengar kisah kakak Hessel. Kisah yang tragis tapi terharu. Kisah hidayah Allah. Betullah apa yang dikatakan, hidayah itu milik Allah dan Allah akan mengurniakannya kepada sesiapa yang dikehendaki. Sebagai contoh, kakak Hessel. Seorang model yang seksi tapi kini tubuh badannya hanya untuk suaminya. Sungguh mulia perancangan mu Ya Allah.

    " Songkok. " Perkataan itu meluncur keluar dari mulut Fatin.

   " Hah? "

   " Topi yang abang ipar kau pakai tu, namanya songkok. " Fatin menoleh ke arah Hessel.

     " Kau nangis er? " Hessel mula mengubah posisinya duduk betul betul menghadap Fatin.

    Segera Fatin mengelap matanya. Ada ke air mata aku keluar tadi? " Mana ada nangis. "

   " Kau tak payah tipu aku. "

   " Dahtu sekarang ni kau berhubung lagi tak dengan kakak kau? " Fatin mengalihkan matanya memandang ke arah lain. Takkanlah nak tengok muka mamat ni je memanjang! Malu aku!

     " Berhubung. Hubungan kitorang tak pernah renggang walaupun tak tinggal sembumbung lagi. "

    Fatin mula menyedari sesuatu. Sangkaannya terhadap mamat poyo selama ni salah. Dari luaran, memang sombong tapi jauh di sudut hatinya, penuh dengan kasih sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience