Chapter 2

Romance Series 11478

     Sekejap bangun, sekejap duduk,sekejap membaiki tudungnya yang sedikit terleret. Argh, Fatin tak senang duduk selagi tak pergi ke kelas, bukan apa,sekarang dah lambat. Kalau tunggu geng geng aku ni nampaknya, lusa baru sampai kelas ni. Makeup sedozen! Alah camna ni ar?! Pergi jelah. Tak sanggup kene bebel ngan Prof Alisya. Menanah telinga woi! " Wey korang aku pegi dulu lah..dah lambat ni..nak makan lagi kat kafe ..aku takut tak sempat .kau tau la kan perangai Prof Alisya tu camna. Mengalahkan nenek aku kalau mula membebel...Lisa aku pergi dulu eh? Takpe kan?"

    Ish Fatin ni  aku nak membuang tak senang! Dahlah perut meragam!" Ha ah . Kau pergi dulu...perut aku buat hal pepagi buta ni" Bebel lisa.

    Lain macam je suara nya , sakit sangat ke perut tu?." Okay, bye bye." Cepat cepat Fatin keluar dari rumahnya, takut tak sempat. Taknak melengahkan masa lagi! Dia lebih rela kena marah ngan mak dia daripada diamarahi oleh Prof ni. Memang confirm hilang semua keceriaan!
  
-----------------------------------------------------------
       Sesampainya di kafe, Fatin terus membeli makanan kegemaran iaitu sandwich tuna dan nescafe panas.!.Memang sudah menjadi rutin hariannya memilih makanan begitu di pagi hari..bak kata org putih ' smart diet ' .Bukan senang nak beli makanan ni, dahlah kena beratur panjang, tu dah satu hal. Lagi satu, nak cari meja makan tak senang kak oi!! Orang ramai nak mampus. Nak kata awal, dah lewat! Haa nampak sangat semalam  main mobile legends tak pon PUBG.

       Haih mana ni meja kosong,  jam dikerling sekali lagi, ade lagi 20 minit sebelum kelas bermula, dan aku? Masih lagi kat sini mencari meja kosong! Arg penat. Mata melilau mencari tempat kosong. Haa tu pon. Laju aje kaki Fatin berjalan menuju ke meja yang kosong di bahagian hujung.  Hujung pon hujung la, asalkan perut kesanyangan aku ni diisikan dengan makanan. " Kejap ye perut kesayangan, nanti kau makan la kenyang kenyang!" . Belum sempat sampai ke meja yang berada di bahagian hujung itu, mata menangkap kelibat mamat poyo dengan gengnya sedang bergelak ketawa di suatu sudut. " Alah sudah! Nak blah, tak sempat ni. Redah ajelah." Kaki diatur laju menuju ke meja makan. Dalam hati, tidak habis habis berdoa agar  mamat poyo tu tak nampak aku! Tak sanggup nak hadap!

      Kerusi tiba tiba ditarik keluar oleh seseorang. Diangkatnya muka memandang ke depan. Seorang lelaki yang memang cukup membuatkan Fatin muak denganya melabuhkan punggung di depannya. Makanan yang ingin dimasukkan ke dalam mulut terbantut. Fatin segera bangun dari kerusi. Dek kerana bangun terlalu laju, kerusi itu terjatuh. ' bam ' . Fatin menutup mata. " Alahai, kenapalah malang sungguh nasib aku semenjak terserempak dengan mamat ni!" Bibir diketap.

     " Yang kau ni berdiri kenapa? Kau ingat ni zaman kau budak sekolah dulu? Main duduk duduk? " Mamat poyo memandang sekilas ke arah wanita yang ada di depannya. Tersenyum riak!

   Eeee, bukan aku yang ajak kau pun! Mata dinaikkan ke atas. Fatin mengangkat balik kerusi yang jatuh. Dia duduk kembali. Hilang selera makan! Dipandangnya wajah lelaki itu. Kacak! Eh no no no! Bukan kacak kalau perangai haram macam dia nih!

    " Kau nak apa!" Muka diketatkan.

    " Aku nak.... Aku nak.... Takde apa lah " Tangan ditongkatkan ke dagu.

    Whoa whoa. Pagi pagi buta dah kacau aku. Tak guna! Kalau aku empunya university ni, dah lama aku buang kau jauh jauh! Baru reti senyap! " Kalau takde apa apa, aku rasa kau boleh angkat kaki dan cau." Kening dinaikkan. Senyuman sinis dibalas. Apa dia ingat dia sorang je boleh 'Menyiniskan ' aku? Aku pon boleh okay!

      " Jangan sombong sangat. You owe me"

     Bila masa pulak aku hutang kau mamat poyo?! Aku masih berduit okay! Kalau aku susah pun, aku lebih rela berhutang ngan Ah long! Eh, takdelah sampai Ah long. Sayang nyawa duh! " Sekarang ni, since when aku hutang kau?"

     Ditolak nye kerusi ke belakang. Dia menulis sesuatu di atas kertas. Dihulurnya kertas itu kepada Fatin. Dia melangkah pergi. Fatin membuka kertas itu. Satu persatu perkataan dibaca.

      'Panggil aku Hessel. Bukan ' kau ' .
      I have my own name.
      And don't forget, you owe me!'
 
    Apa benda mamat ni merepek pagi pagi buta nih?! Tak habis habis hutang! Hutang bangang kau! Jam dikerling. Alamak! Dah lewat. Cau dululah. Makanan bersisa ditinggalkan begitu. Terus takda selera nak makan. Semua pasal mamat poyo tuh!

     " Fatin!" Kedengaran suatu suara memanggilnya. Fatin menoleh mencari cari punca suara itu. Dari mana datangnya?.

     " Wey, kat sini! " Segera Fatin menoleh ke kiri kafe. Siapa lagi kalau bukan kawan kawan dia tuh!.   

     " Haa, pehal, tunggu aku situ, aku datang!" Fatin mengaturkan langkahnya, menuju keluar dari kafe. Buku yang ada di atas meja, digapainya.

    " Pehal kau tak ke kelas lagi? Padahal kau la yang turun dulu sebelum kitorang." Langkah mereka semakin laju menuju ke kelas.

     Whoa, tak boleh nak cerita ni. Kalau tak, confirm tak henti henti membawang dorang ni! " Aa..aa.. Aku " Fatin menggaru garu dagunya. Cuba mencari idea yang bernas. " Aku makan la. Orang ramai sangat. Tu yang lambat nih!"
_____________________________________

      Sesampainya di dewan, dijengukkan sedikit kepala ke dalam, cuba mengintai kot kot Prof dah masuk ke kan. Boleh la jugak cari idea nak menipu.

    " Camna? Line clear tak Lisa?"

     Lisa memandang ke belakang. Mata dipejamkan. Nafas ditarik. Kepalanya digeleng.

    " Alah" Sofea mengeluh. Jelas kelihatan debaran di wajahnya. Yelahkan, siapa aja tak kenal dengan Prof Nerson. Bapak segala harimau kat university ni tau!
  
     " Whoa beb, chillex la! Prof tak sampai lagi" Senyuman terukir di wajahnya.

    " Ish kau nih, berdebar aku tahu tak! Dah dah jom masuk. Langkah kaki diatur perlahan.
  
     " Beb, ade orang ambik tempat kita la!" Lisa menjuihkan bibir nya. Tidak puas hati. Dahlah lelaki yang ambik tempat diorang! Hish, tak boleh jadi ni!. 3 pasang mata itu terus memandang tepat ke arah Fatin. Sebabnya, dalam banyak banyak kawan mereka, Fatin lah yang paling berani menghadap lelaki!.

    " Beb, apani pandang pandang aku? "

    " You already know it, Fatin."

    Urgh. Kawan kawan aku ni macam ambil kesempatan la pulak. " Haa, yela, aku try!" Kaki diatur perlahan menuju ke arah lelaki yang merampas tempat mereka. Selama ni kalau mereka lambat, takda la pulak orang nak rampas, eh tetiba pulak hari ni ada! Panas!

    Fatin berjalan dan menuju ke depan lelaki itu. Mulut Fatin tertutup rapat. Terkunci. Tidak mampu berkata apa apa. Salah seorang lelaki yang merampas tempatnya iaitu mamat poyo! Argh, stress! Kenapa la mamat ni ambik tempat aku! Banyak lagi kan tempat lain.

    Mata mamat poyo dialihkan ke arah Fatin. Dilihatnya gadis yang ada di depannya dengan wajah sombong. " Anything, Cik Fatin?" Kening dinaikkan sebelah.

     Fatin tidak berkata apa apa. Dia melangkah pergi. Malas nak layan. Nanti semakin menjadi jadi perangai mamat poyo nih! Muka tu memang kacak! Tapi..!Argh! Stress!

   " Beb, harini kita duk kat lain ye. Kita lambat sangat kot harini. Dah dah jom. " Mata dikerling ke belakang. Kelihatan mamat poyo tersenyum puas. Tak guna!
  
        " Okey, saya nak kamu semua siapkan assignment tu dalam masa 2 minggu" Kata Prof Nerson.

     Kata kata Prof Nerson tidak dihiraukan oleh Fatin. Dia teringatkan mamat poyo tuh. Macam mana dia boleh melekat dalam otak aku pun tak tau.Ish. Serabut!

      " Alah serabutnye aku ngan assignment ni..dah lah susah tahap gaban.." Bebel lisa. Minah ni semua kerja dia cakap susah, atlast dia jugak yang siap paling awal!

     " Ish kau ni Lisa. Aku ingat aku sorang aje yang tengah serabut, kau pun serabut jugak er? Sehati sejiwa sungguh kita ni kan" Ketawa dilepaskan.

     Semacam pulak Fatin ni. " Sehati sejiwa banyak ar kau, kau tu serabut pehal? Ke kau ade boyfriend ni haa? " Tanya Lisa . Dia mencubit cubit lengan Fatin.

      "Eh dia ingat kuku dia tu tumpul ke apa, tajam nak mampus, aku rasa kalau pergi masuk hutan terlupa nak bawak pisau, gunakan jela kuku Lisa ni untuk potong buah ke dahan kayu ke! Sakit la minah!" Mata dijelingkan.
"Erm Lisa,jom keluar jap...aku nak pergi bandar la...nak beli barang...banyak dah yang habis.."

      "Erm Fatin...aku bukan taknak teman kau tapi.... " Lisa bermain dengan jarinya. Rasa bersalah untuk menolak tapi kena tolak jugak!

      Belum sempat lisa menghabiskan ayat nye, lalu Fatin memotong " Hurm takpla ...maklumlah orang tu dah ada pakwe..tak macam aku takde orang nak.! macam nilah orang kalau dah ade pakwe, memang tak layan kawan sendiri!

     " Thanks for understand me beb..luv ya" Melebar senyuman Lisa!

      Fatin menjulingkan matanya." Geli aku...dah la wey..aku pergi dulu...nanti petang pulak...dah lah aku sorang sorang ni..nak ajak geng kita yang lain..diorang sibuk ngan assignment tadi..." Kata Fatin.
   
     Semasa kaki Fatin melangkah laju untuk keluar dari pintu dewan, "dum"  . Habis terjatuh segala mak nenek yang Fatin pegang. Dia memandang ke depan. What! Mamat poyo! Kau ni nak balas dendam ke apa. Tak pa Fatin sabar. Tangan digenggam. Dia menunduk dan mengutip barang barangnya yang jatuh. Yang peliknya kalini, boleh pulak mamat poyo ni tolong dia! Buang tebiat ke apa!

     Mata dipandang ke arah Fatin. Senyuman sinis terbentuk. " Remember, you owe me!" Dia bangun dan blah.

    Owe! Apa yang aku hutang kau! Tak guna punya mamat poyo! Tangan masih lagi laju mengutip barang yang jatuh.

       Fatin berjalan jalan sambil bermain phone..al maklumlah, dia sorang sorang..takkan la dia nak jalan  straight tanpa pandang ape ape..nanti tak pasal pasal kene label minah lurus bendul..ish taknak aku.
     
       Mamat poyo yang entah datang dari mana tetiba berhenti di depan Fatin. Serta merta Fatin berhenti berjalan secara mendadak, takut terkena badan lelaki tu..kan tak pasal pasal kene kecam. Nampaknya, kalau kene kecam, memang sampai 7 keturunan belum tentu habis!.

     " Where u going? Fatin right?" Tangan disilangkan ke dada.
   
      " Kemana pun aku pergi,not your problem. Shuh shuh, tepi...semak je!" Fatin menolak tepi badan mamat poyo tu. Benci. Kalau dah pagi dia ganggu aku, takkan la petang pon nak ganggu gak!

     " Kau ni, aku tanya leklok, jawabla, apa susah? Ke kau tak pandai bercakap? Nak aku ajarkan?"

    Argh. Berasap telinga aku. " Kau ni kan. Tak kacau aku tak boleh en? Aku nak ke bandar! Bandar! Faham. Dah tepi." Sekali lagi Fatin menolak tepi badan mamat poyo tapi langsung dia tak bergerak! Arg, annoying!

       " In that case aku pun nak beli barang. Kita pergi sekali." Seraya itu dia menarik tangan Fatin.

    Whoa whow, suka hati mak bapak kau je nak ikut aku. Dahlah ikut keputusan kepala hotak dia je! Mata dikerling panas ke arah mamat poyo. " Lepaslah tangan aku! Tak helok sangat orang tengok! Nanti apa la pulak orang kata kan. Bertudung tapi bersentuhan dengan bukan muhrim!" Tangan mamat poyo ditepis kuat.

    " Banyak cakap kan kau ni minah kepoh!"

    " Mamat poyo"

    " Aku ada nama, nama aku Hessel. Bukan mamat poyo."

    " Dah tu, sama lah aku, aku pun ada nama, nama aku Fatin. Bukan minah kepoh!" Mata dinaikkan ke atas menyampah!

    " Eee menjawab kau en?" Hessel menoleh ke belakang.

    " Biar ar, aku ada mulut. Lagipun bahasa melayu aku tak pelat macam kau!" Laju Fatin berjalan melangkaui Hessel. Benci!

-----------------------------------------------------------

       Selesai sahaja membeli barangan yang diperlukan, Fatin dan Hessel serta merta pulang ke asrama masing masing.. Langsung takde singgah kat tempat lain. Janggal siot! Dahlah mamat ni tak habis habis dengan muka ketat dia tuh! Mujur hensem. Kalau tak dah lama aku bagi sepakan Manchester City kat kau!

      Wajah Fatin di pandang sekilas," Fatin, kau taknak tanya ke kenapa aku cakap melayu pelik?"

     " Taknak."

     " Kau percaya tak kalau aku cakap yang aku ni bukan orang melayu dan aku langsung takde mix ngan malay. Kau caye tak"

     Fatin berhenti berjalan..mulutnye terlopong.Terkejut.Tekesima.Bukan kerana yang dia tak percaya Hessel bukan orang melayu sebab memang dia dah agak dah pun daripada cara dia cakap macam tepung gomok aje. Memanglah ni Netherlands, tapi mamat ni takdalah serupa sangat dengan orang Dutch. Mungkin ada mix . Tapi seribu kali sayang! Sombong nak mampos! " Well congrats to myself sebab akhirnya ada jugak mat salleh nak kawan ngan aku"  Selamba aja Fatin jawab. Senyuman pahit diberikan.

       " Mat salleh? " Muka Hessel berubah pelik. Dahi dikerutkan.

      " yaa , mat salleh. Mat salleh tu macam kau lah. Orang Malaysia macam aku ni panggil orang barat mat salleh. Macam kau." Kening dinaikkan.

    " Ouh kalau macam tu, kau ingat aku nak sangat kawan ngan kau? Stop dreaming!"

     Mata dipandang marah ke arah Hessel. " Gila!"

    " Aku dengar tu."

     " Uhuk.uhuk." Air yang diminumnya tersedak. Sensitive jugak telinga mamat ni.

     " Dah dapat pun balasan. Padan muka." Langkah semakin laju diatur.

      " Yang kau tu tiba tiba nak ikut aku ke bandar pehal?"

     " Tak cakap pun aku ikut kau, jangan nak perasan sangat!'

     Ergh, baru sehari kenal ngan mamat ni. Dah macam macam jadi! " Dah tu, tadi yang kau ikut aku sampai ke bandar, tu apa namanya!" Mata dinaikkan ke atas, menyampah.

     " Kebetulan."

    What! Kebetulan dia cakap! Memang cari pasal. Bibir merah jambu Fatin diketap menahan geram!

    " So,Fatin. Sampai sini jelah. Takkan aku nak hantar kau sampai asrama! Kan tak pasal pasal kena tangkap basah, then kahwin free ngan pompuan macam kau."

        Selamba katak mamat poyo ni je mengeluarkan ayat pedas tuh! Tak fikir perasaan orang lain langsung!

     " Aku tak hingin pun kau hantar aku jauh jauh! Perasan!" Bibir dijuihkan.
 
     " Fatin"

     " Apadia lagi kau nak hah?!"

     " You owe me. Remeber that! Bye bye! "

  Hutang hutang hutang! Tak habis habis dengan hutang. Gila hutang ke apa mamat ni! Argh. Kaki Fatin dihentak  kuat. Benci!
   

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience