Chapter 3

Romance Series 11478

    ' Bip.bip '. Telefon bimbit dikerling. Malam malam buta  hantu mi suah mana yang mesej? Jam dinding dikerling sepintas lalu. Angka menunjukkan pukul 10 malam." Haih, tak reti nak study ke apa!" Bibir dijuihkan. Tangan menggapai telefon bimbit yang ada di atas meja segi empat. Dengan mata yang layu, terpamparnya unknown number. " Aduhlah, unknown number sesat celah mana pulak ni mesej aku!"
 
     " Turun bawah. Kau pergi sebelah kiri tangga. Tengok ada apa kat bawah pasu bunga. " - unknown number.

    Mata Fatin membulat. Dirinya yang tadi berbaring, terus menukar posisi ke bahagian duduk bersila. Debaran terasa di jantung. Dahlah, tak kenal siapa si penghantar mesej ni, tup tup suruh aku turun bawah. Apekes!
 
     Tangan laju menekan punat di skrin. Ditulisnya sesuatu.

    " Siapa ni? Saya rasa, mungkin awak tersalah nombor." - Fatin

    " Saya ? Awak? Termuntah aku. Cepat la turun bawah. Apesal lembab sangat kau ni?" - unknown number

     Lembab dia panggil aku? Tak boleh jadi! Ni dah macam kes nak cari gaduh! Lagipun siapa dia ni. Misteri betul la! Pesanan tadi tidak dibalas oleh Fatin. Otaknya cuba mencari tahu siapa si unknown number ni. Mata dipejamkan.

    " Wait, wait. Kalau yang jenis kurang ajar macam dia ni, confirm mamat poyo tuh! Argh stress!" Mata segera dibuka. Tangan kembali laju menaip sesuatu.

    " Mana kau ambil nombor aku ?!" -Fatin.

    " Ape kau ingat, kau tu artis ke ? Kau tu bukan pakai private number. Lagi pun setakat nombor murah macam kau ni, senang aje nak dapat. Piece of cake jelah!"- unknown number. Bibirnya diherot ke tepi.

     Eeeee! Tangan laju memukul teddy bear miliknya. Geram. Nombor murah dia cakap! Murah pun, aku beli guna duit okay! Bukan pakai daun! Dasar mamat poyo tak guna. Tak boleh ke kalau sesaat  tak kacau aku! Malangnya nasib! Baru kenal sehari. Belum sebulan lagi! Arghh tak sanggup nak hadap!

      " Aku taknak turun!"- Fatin.

     " Degilkan kau ni pompuan. Turun! Kalau tak....."- unknown number. Meseh dibiarkan tanpa penghujung.

    " Kalau tak apa!" - Fatin.

Pesanan itu tidak dibalas oleh Hessel. Hanya diam menyepi. Fatin bangun melangkah menuju ke tingkap. Dilihatnya kebawah. Takda orang pulak. Nak turun ke tak ni! Argh. Tapi aku nak tahu apa yang mamat poyo tak guna tu letak kat bawah pasu. " Pergi jelah, nak jugak aku tengok apa mamat poyo tu buat!". Kaki diatur perlahan menuju ke pintu asrama. Bimbang seandainya kawan sebilik terdengar! Kalau tak, mampos. Confirm memang akan ada pelbagai soalan maut!

     Kaki diatur laju menuruni tangga. Sesampainya, di tangga yang paling bawah, Fatin menuju ke pasu yang ada di sebelah kiri sebagaimana mamat poyo tu cakap! Dicari carinya sesuatu di bawah pasu itu. " Aduh, mamat poyo tu cakap dia ada letak sesuatu, tapi mananya! Takda kerja betul la dia nih". Fatin menghentakkan kaki nya. Bibir dicebikkan.

   Mata Fatin menangkap sehelai kertas berwarna kuning yang terselit dicelahan dahan pokok. Diambil nya kertas itu. " Tadi cakap kat bawah pasu. Ni kat atas la bangang!" Benci!

    Kertas itu dibuka perlahan. Perasaan ingin tahu semakin membuak buak. Satu persatu ayat di baca.

     " You owe me babe. Don't forget." - your nightmare. Di bahagian tepi terlukisnya satu emoji senyum hambar.
 
     Argh! Tak guna betul la kau ni Hessel! Aku penat penat turun dari tingkap 5 tu semata mata nak tengok apa yang kau letak. Atlast, nak bagitau ni je! Apa salah nya kalau cakap je dalam mesej tadi! Benci! Nafas ditarik dan dihembus. Cuba mengawal perasaan marah. " Lagi satu, apa yang aku hutang mamat ni! Tak guna! Siap kau pagi esok! Kalau aku jumpa kau! Aku robek robek kulit muka kau! Biar hilang segala rupa paras tu!"

    Sedang di suatu sudut, tersenyumnya sekumpulan lelaki. Kegembiraan dapat mengenakan perempuan yang ada tidak jauh darinya. Kelihatan mulut perempuan itu terkumat kamit memarahi.
______________________________________
    Malam pada keesokan harinya.

     " Beb malam ni kan yang dijangka boleh tengok fenomena supermoon?" Tanya lisa.

     Fatin mendengus perlahan. Dia ni kalau dah tahu tanya jugak! " Haah beb..nanti dalam pukul 10 okeylah nak pergi tengah padang tu sebab masa tu  malamnya dah semakin gelap...cahaya bulan dan bintang akan nampak degan jelas..ish tak sabar aku beb " . Panjang lebar Fatin menerangkan. Sedang tangganya masih lagi ralit mengemas barang barang keperluan Astronominya.

    Lisa berhenti mengemas barangnya. Dipandangnya ke arah rakannya itu. "Fatin"

    "Hah, kenapa lisa?" Ish pehal pulak ngan kawan aku ni, semacam aje tengok aku." Ade hutang ke tengok tengok?!" Ish, sebut je pasal hutang, terus jadi trauma! Semua pasal mamat poyo tu lah!

    "Mane mamat yang ada dengan kau pagi tadi? Kau kenal dia ek?"

          Fatin mengangkat kepalanya. Terkejut! Macam mana pulak minah ni boleh kenal mamat poyo tuh! Sudah! "Lah kau ni tanya aku pulak...manela aku tau..aku ni bukan mak dia..kat asrama dia la kut" Jawab Fatin bersahaja. Alah tak payah la tanya macam macam pasal mamat tu. Rimas. Ya Allah lindungilah aku daripada terkena panahan soalan maut Lisa ni!

     " Dia takde chat kau ke?" Lisa ni kalau dah sampai time dia banyak tanya, ha! Mak cik bawang kat kampung pun boleh kalah!

      Ala sudah, soalan ni jugak dia tanya aku. Fatin memicit micit kepalanya yang tidak pening. "Entah..takde kot..alah biarlah dia tu..hairan ape aku..dah dah..baik kau pergi siapkan barang2 yang kau nak bawak mase tengok supermoon nanti..kan nanti mula lah ada tertinggal tu tertinggal ni" Bebel Fatin . Saja dia cakap macam tu. Kalau tak, memang masaklah dia nanti dengan soalan Lisa yang tah pape!

       " Ish kau ni, nak tanya sikit pon tak boleh. Dasar nenek!" Ucap lisa sambil ketawa.

      Fatin termenung. Lawak lisa tidak dihiraukan olehnya. Sebenarnya dia mula teringatkan Hessel. Jejaka yang sentiasa membuat hati dia berdebar. Muak pun ada. Pelik sungguh dengan perasaannya.

     "Hish, malas lah aku nak teringatkan dia. Dah la poyo. Tak guna. Suka sangat sakitkan hati ku!." Bebel Fatin perlahan. Bibirnya diketap. Kalau sekali lagi teringatkan dia, sah sah lah aku kena jumpa doktor ni, biar rawat sikit hati aku yang bodoh ni!

______________________________________

         Padang sudah dipenuhi oleh penuntut universiti..kebanyakkan darinya ialah pelajar yang mengambil course astronomi dan adalah sebilangan kecil course yang lain. Pelajar yang mengambil course astronomi memang wajib tengok fenomena ni sebab kena buat analisis kalau tak aku rasa takde lah ramai camni. Ha satu lagi, kalau Prof.Alisya tau yang budak budak ni tak tengok fenomena ni, nazak la esok!

      " Beb, aku nk pergi sana jap, nak ikut?" Tanya lisa sambil memandang ke arah Fatin.

       Fatin memandang ke tepi. Ish aku baru nak berangan! Dah kena kacau! Takde privacy langsung!" Taknak aku..kau pergila" Jawab Fatin acuh tak acuh. Satu senyuman terbit di wajahnya.

    " Ish, kau ni betul ke tak ni Fatin, pelik je aku tengok kau, ke kau khayal?" Tanya Lisa sambil mulutnya terbuka luas. Ish minah ni kalau time dia nak tanya bukan bukan memang tak fikir langsung perasaan orang lain! Tapi takpe, aku tetap sayang!

    " Woo woo, aku masih lagi mengenal erti halal haram tau, sorry sikit." Mujur kau ni kawan aku, kalau tak dah lama aku korek korek biji mata kau tu! " Dah pergila kat tempat yang kau nak pergi tu"

    " Halau nampak?"

    Fatin mendegus. Sabar sabar. Biasalah kalau dah kawan dengan kanak kanak riang memang macam ni. Kesabaran kene tinggi menggunung!

     " Alah, gurau je, aku pergi dulu tau, nanti jumpa."

       Fatin hanya memandang layu langkah kaki Lisa yang semakin laju meninggalkannya. Dia mula teringatkan sesuatu. Dia perlu merekod semua aktivi malam ni ke dalam buku notanya, kalau tak mampus dia esok kene kecam dengan Prof Alisya! Fatin memasukkan tangannya ke dalam beg sandang, mencari cari sesuatu,  " Ish mane pulak pen aku ni. Dahlah pen mahal tu..takde la mahal mane...guna duit kot beli" Bebel Fatin.

       " Nah". Sebatang pen muncul di depannya, dan itu adalah pen dia! Macam mana pulak boleh ade ngan orang lain nih!.

         Seraya itu dia  memandang ke depan. Dilihatnya seorang lelaki berbaju T-shirt berwarna hitam, berseluar jeans hazelnut. Sungguh kacak. Tapi malangnya, perkataan kacak itu hanya untuk lelaki yang perangainya baik. Tak macam mamat poyo yang ada di depannya nih! Perangai macam hantu! Sebuah senyuman yang paling hensem di abad ini muncul di bibir Hessel.

      Mata dipandang ke arah Hessel. Muka dimasamkan" Terima kasih!" Tangan cuba untuk merampas pen yang ada di tangan Hessel, namun tidak berjaya. Mamat poyo tu segera menaikkan pen itu ke atas. Mak oi! Tinggi melangit! Memang la tak sampai aku nak ambik!  Dah lah mamat poyo ni dah tinggi! Aku ni pulak bukannya tinggi tiang api!

     " Whoa, bagila cepat. Aku nak buat kerja ni. " Tangan dijatuhkan ke bawah. Baginya kalau mencuba nak rampas pon, jangan mimpilah. Takkan sampai punya.

    " Nah!" Mamat poyo menghulurkan pen tu kepada Fatin. Baik la pulak mamat ni . Biasanya menyakitkan hati aku je kerjanya!

    " Mana jumpa?" Bibir sudah mula mengukir senyuman. Taknak dianggap sombong sis!

      Hessel memandang gadis yang ada didepannya. Dia melepaskan satu keluhan kecil." Kau tu cuai sangat, tadi jatuh mase kau ambik phone. Mujur aku ada kat belakang"

     Cuai?! Dia mengeluh?! Er mamat ni!!! Memang nak kena ni! Takpe Fatin, sabar sabar. Dia menarik nafas. Turun naik turun naik nafasnya. Takut jugak kalau kalau meletusnya gunung berapi kemarahan aku nih! Sebelum menjawab, Fatin mengukirkan satu senyuman hambar kepadanya." Mana ada cuai, memang perkara tu nak jadi, nak buat macam mana kan?! " Fatin menyilangkan kedua belah tangan didadanya, menandakan puas hati dapat membalas perlian tadi. Padan muka!

     Hessel merapatkan tubuh dengan Fatin, satu senyuman sinis terbit di bibirnya " Kau tak cuai, tapi angau lebih." Mata dikelipkan.

     " Hensem" Tanpa disedari, itulah perkataan yang terkeluar dari mulut Fatin. Alah bodoh! Tak pasal pasal lagi terok kau kena usik di mamat ni nanti.

     " Ape , tak dengar?" Hessel merapatkan bibirnya ke telinga Fatin. Nafas panas dari mulut Hessel dapat aku rasakan.

      "Nampak?! Betul tak apa aku kata, memang teruk betul nasib aku malam ni, kene usik dengan mamat poyo ni!
Ha dah dah, tak payah kau nak membebel macam kak Timah ataupon nak buat buat tak dengar kat sini. Kau tu pehal tiba tiba ada kat sini? Minat astronomi jugak?"

    " Eh eh kau ni, takde adab betulkan! Sekurang kurangnya, ucap la thank you! Tu pun nak kena ajar!"

    " Whoa, aku awal awal lagi dah ucap. Kau tu pekak badak!" Bibir dijuihkan. Kaki diatur untuk melangkah pergi. Serabut berdiri kat sini lama lama. Boleh bawak jadi gila!

      " Fatin, wait!"

      " Kau nak apa! " Ya Allah, satu satu masalah muncul!

     " Kau tu nak pergi mana? Kau lupa ke yang kau memang kena duduk kat sini sampai aktiviti habis? " Mamat poyo menjongketkan keningnya. Mata Grey nya jelas kelihatan di mata Fatin. Bersinar duh! Hessel melabuhkan punggungnya ke atas rumput.

      Eh mamat ni, main hentam kromo dia aje duduk atas rumput, dah lah basah, kalis air betul punggung dia ni!

    "Kau tu tak nak duduk ke ? Ke kau nak aku cium kau?"

    Whoa, whoa, apekes nak cium cium? Dia ingat aku mak dia? " Cium ar, kau ingat aku takut?"  satu jelingan maut diberikan.

      "Okay ". Hessel bangun dan menarik Fatin rapat ke badannya, suasana dirasakan sepi sekali. " Pehal pulak tiba tiba sepi je ni" Fatin menolak Hessel ke belakang.

     " Haa tau takut" Kata Hessel sambil memberikan senyuman sinis dan kembali duduk di atas rumput. Basah!

    " Hello! Excuse me! Aku ni bukan takut, tapi tak nak kena tuduh buat maksiat pulak dengan kau! Kan tak pasal pasal kena kahwin free ngan kau! Tak hingin aku!" Fatin memandang ke bawah. Tepat ke arah Hessel. Ya Allah, boleh pulak mamat ni tenang duduk di atas rumput basah camni! Panas pulak hati aku malam malam buta ni!

     " Best apa kahwin free." Satu haburan ketawa dilepaskan. Kau ni pehal dari tadi berdiri, tak penat?  Meh duduk sini! Sakit pulak mata aku tengok kau berdiri je dari tadi. Semak tau tak?!"

    " Duduk? Atas rumput?" Bukan dia taknak duduk tapi agak agak la, basah kot. Muka jijik ditunjukkan.

     " Eh taklah, duduk atas riba aku pon boleh kalau kau nak. Lagi seronok" Jawab Hessel selamba.

    Ish, mamat ni, gurau kasar nampak.  Kan dah ade kerusi tuh, jomlah duduk kat sana. Ape yang best sangat duduk atas rumput aku pun tak tau. Rumput kering boleh bawak bincang lagi. Ni basah kot?!
  
     Sedari Fatin hanya senyap, satu niat buruk untuk kenakan Fatin muncul di hati Hessel. Ooo kau taknak duduk er, takpa takpa tunggu kau. Hessel menarik tangan Fatin, sehingga terjatuh di atas badannya. Mata bertentang mata. Suasana kembali sepi. Berasa seolah olah hanya mereka berdua berada di situ.

    " Eh sorry, sorry" Ucap Fatin lalu bangun dan duduk di tepi Hessel.
"Ish kau ni pehal, main kasar nampak,berani kau en?! Mujur takde orang nampak kalau tak, confirm menjadi topik terhangat perbualan budak budak bawang kat university ni!" Arhh marah. Aku memang marah. Ada ke patut dia buat macam tu kat aku. Eh sabar, hati jangan terbakar lagi. Nafas sekali lagi ditarik dan dihembus keluar.

    " My fault. Tapi best apa, femes la aku ngan kau nanti" Gatal betul cara mamat ni jawab. Fatin memandang ke arah Hessel sambil mengecilkan matanya. Geram!

      Mahu tak mau, terpaksa la Fatin meredhakan punggungnya untuk duduk di atas rumput basah! Mata dikerling ke arah Hessel. Dilihatnnya lelaki itu sedang bermain main dengan rumput di jarinya. Pelik betul mamat ni. Apesal yang dia nak sangat duduk ngan aku malam ni?

    " Mamat poy..." Segera Fatin menekup mulutnya. Kalau terlepas tadi. Confirm bergaduh!. " Tak, maksud aku, Hessel, kau orang mana?"
   
     Hessel mengalihkan pandangannya ke arah Fatin. Memerhati tepat ke arah wajah gadis itu.

     "Tak payah la tengok aku macam tu, aku tau aku lawa. Dont deny it okay!" Ucap Fatin sambil tersenyum.

      Hessel melepaskan satu keluham kecil. Tidak tahu sama ada mahu menceritakan atau tidak. Setelah 5 minit berfikir, dia bersedia untuk menceritakan kepada Fatin. Lagipon apa salahnya kan? "Im from Netherlands "

    Eh buat lawak pulak. Jauh tu!Tapi, boleh jadi jugak kan!" Haaaa? Seriously?" Terkejut beruk Fatin dibuatnye..mana tidaknyer..Fatin tidak pernah menyangka yang Hessel datang sejauh itu.

       Perempuan ni suka sangat terkejut." Dah dah la tuh terkejut " Mata dikerling ke arah Fatin. Jap,jap, ape aku nak buat ni  , haa! Good, idea ni selalu datang disaat aku nak kenakan orang. Lagi lagi perempuan ni. In three,two,one, Hessel menampar halus pipi Fatin.

     "Eh " Fatin menjauhkan sedikit dirinya daripada hessel.

     Hessel berasa pelik, kenapa ni?" Kenapa pulak kau ni? Aku ad buat salah ke?" Memang tu soalan bodoh, tapi biarlah, aku nak tanya jugak!

        "Erm takde..cumanya...u know.. im muslim..and u cannot touch me sesuka hati." Lembut suara Fatin menerangkan. Bukan apa, salah tu memang salah, tapi tak boleh nak marah sesuka hati, kena lah tegur dengan baik. Lagi lagi ngan mamat ni, tak pernah mengaku salah!. Poyo je meninggi!

     " Opss sorry, i dont know" Beria ria muka Hessel meminta maaf ..rasa bersalah . Kau ni pon bodoh Hessel, kau tau kan dia Muslim, yang kau suka suka pegang dia pehal! Bengap!

     "Takde hal. Aku ni bagi tau aje kat kau."

         Fatin begitu tekun memandang ke langit.Dari kecil lagi, langit,bintang dan bulanlah yang menjadi teman sejati Fatin disaat suka atau duka. Manusia? Argh manusia hanya datang ketika senang sahaja, pergi dikala susah.

     " Bosan ar duk ngan kau! Aku blah dulula " Hessel bangun dari posisi duduk. Dia berjalan meninggalkan Fatin.

    Fatin hanya memandang kosong pemergian mamat poyo itu. Hatinya panas. Bukan aku ajak dia pun nak duduk ngan aku! Dia yang gatal!

______________________________________

     Sepanjang 5 bulan perkenalan antara 2 sejoli itu, tidak pernah walau sehari pun, mamat poyo tidak menganggu Fatin. Ada saja caranya, untuk menaikkan darah Fatin. Hubungan mereka tidak pernah baik. Ada saja perkara yang tidak kena. Sekejap mood okey, sekejap mood kelaut pulak! Haish, tak paham!

       " Hessel, Hessel,Hessel! Tunggulah kejap wey...pehal laju sangat jalan ni!" Jerit Fatin sambil berlari lari anak. Pelik lah jugak tiba tiba aje mamat ni jalan laju. Macam lah aku nak sangat kejar dia. Dahlah berjalan tu mengalahkan halaju cahaya! Eh tak berhenti pulak dia nih!!!

     "Huh penatlah kejar kau ni...kenapa laju sangt jalan?" Cakap Fatin sambil mengesat peluh. Nafasnya tercungap cungap. Penat. Of course lah!

        " Lah ikut suka hati aku la...kau nak apa? Yang kau tercungap cungap ni pehal?"

    Fatin berhenti mengesat peluh. Lalu dipandangnya wajah putih Hessel." Hessel, soalan tu biar cerdik banyak banyak, jangan cerdik sikit. Kau nampak kan aku kejar kau! Boleh pulak dia tanya soalan yang tak ada insurans tu?!"

     Hessel menjeling Fatin. " Pergi ar kau!"

    Wo wo aku dah penat penat kejar kau, suka hati je nak halau kau. No way! " Kau jangan perasan aku nak sangat jumpa kau ek! Aku nak bagi kau kertas ni! Prof suruh bagi kat kau!" Sehelai kertas dihulurkan ke arah Hessel. Mata dijelingkan. Serabut! Dahlah penat nak kena kejar mamat ni!.
 
      Kertas diambil oleh mamat poyo. Fatin segera menoleh ke belakang. Taknak berhadapan dengan mamat poyo ni. Tak pernah aku suka kalau terserempak ngan mamat ni. Memang sakit hati!

      " Fatin" Panggil Hessel.

Fatin menoleh ke belakang." Nak apa lagi kau ni?"

    "Nanti pukul 4 aku naik flight..aku kene balik France. Ada hal ngan family aku "

" So? Bagitahu aku kenapa? Aku tak tanya pun." Keningnya dijongketkan ke atas. Bibir mengukir senyuman palsu.

     " Sebab kau tak tanyalah aku bagitau. Lembab betul!Kau tu jangan rindukan aku pulak" Cabar Hessel .

     " Tolonglah! Nak rindukan kau? Whoa, kau takde kat sini aku lagi senang lah! " Kaki diatur laju meninggalkan mamat poyo dibelakang. Separuh hati rasa gembira sebab lepasni dah tak payah nak hadap mamat poyo ni. Separuh lagi hati rasa macam hiba. Sedih? Eh no way!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience