Chapter 3

Short Story Series 26456

vibrasi dari telefon bimbitnya menandakan ada mesej masuk.

dia masih dalam kuliah. dari tadi dia tersengguk-sengguk menahan mengantuk.

'bro, kau nak pergi tengok kelab petang ni?'

mesej dari Salam dibaca. kebetulan hari itu jadual dia dan Salam sama-sama habis pukul 4petang. sesuai kalau dia terus pergi melawat kelab-kelab yang aktif petang hari.

'boleh gak. jumpa kat foyer A bro.'

'ok'

dia sudah mula mengemas dan memasukkan apa-apa yang patut kedalam beg sandang.

sebaik sahaja pensyarah memadam slide di depan, dia sudah bangun dari kerusi. topi hitam disarung atas kepala. menutup warna rambutnya. dia menyampah apabila cerita tentangnya tersebar.

'budak freshie red spot rambut blonde'

dia rimas. apalagi Amir ketua hostel tu tak habis-habis mengekor dia. asal dia terserempak atau lalu depan mata Amir, Amir akan datang dan memperkenalkan dia dengan member yang lain. kerana hormat saja dia melayan. kalau tidak sudah dia berambus. itu sebab juga dia menyarung topi. mengelak dari diperasan Amir.

bukan saja Amir membuat dia rimas,malah kawan sekelas dan sekuliah juga. habis whatsappnya penuh dek mesej-mesej acah friendly dari kuliahmate. mulanya dulu dia melayan juga satu dua orang. itupun sebab dia fikir ada hal penting. tapi tidak. hanya ingin berkenalan konon lah. sejak tu, dia berhenti melayan. Gambar whatsapp nya juga turut diubah.

dia bertemu Salam di Foyer A. Salam sibuk diskusi dengan budak kelasnya. selamba saja dia datang menyapa.

"yo. jom gerak bro."

Salam mengangguk tapi masih juga dia teruskan diskusinya.

"asal ni? projek group?" tanya aku lagi. bosan gak ah tunggu dia punya borak.

"haah." jawab salah seorang kawan diskusi Salam. aku tengok perempuan ni tersipu-sipu pulak pandang aku.

aku bagi pandangan toya. tapi makin menjadi-jadi pulak pompuan depan ni.

"erm.. Falah dah habis kelas ke?" dia tanya pulak. dah tak kan aku tengah ada kelas pulak kalau dah aku tercongok kat sini.

"eh tak ah. ni tengah kelas ah ni. yang ni lecturer Salam."

"babi lah, Fal." sambut Salam ketawa. aku pun gelak jugak tapi sikit lah. yelah. dah pompuan ni tanya benda tak relevan. cuba fikir dalam-dalam sebelum tanya.

"dah jom ah gerak.."

mereka berdua mengambil tempat berhampiran pintu keluar bilik. dia datang ke kelab self defense seperti yang diberitahu aden. sengaja dia datang, dia mahu lihat potensi kelab ini. kalau dia berminat, dia akan join. Salam pula anak ketua kampung,ada juga lelaki tu beritahu dia dulunya belajar silat.

"banyak doh cerita pasal kau. dorang panggil kau freshie red spot. budak pompuan kelas aku takyah cakap la. tak habis minta instagram kau." ujar Salam. memang pada dia Falah ni red spot. takyah pandang muka,pandang rambut dah cukup. blonde lagi

"kau takyah bagi ah bro. apebenda je ada dalam instagram aku. banyak gambar adik-adik aku je." sambil aku hirup air kotak yang baru aku beli tadi. lega dia jangan cakap. gila punya panas cuaca.

Salam ketawa kecil.

" kau ni loving brother ah. family guy. story pun gelagat adik. gambar pun banyak gambar dengan adik" selamba je Salam komen instagram dia.

"weh, aku anak first do. masa aku kecik dulu aku selalu jaga adik aku. dah biasa. ni alone gila aku rasa duduk sini. " kening dia berkerut.

beberapa orang senior masuk kedalam bilik lengkap berpakaian tae kwan doe. seorang demi seorang berlawan.

sesekali aku mengangguk kagum dengan pencapaian ahli kelab ini. sehinggalah aku terperasankan seseorang.

seseorang yang aku kenal.

"aku blah dulu weh." sempat aku ingatkan Salam sebelum keluar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience