prologue

Short Story Series 26456

masa aku kecik, aku ada sorang kawan. nama dia Falah. ye. nama dia diseru 5kali sehari. walaupun nama dia menyeru kita umat Islam menuju kejayaan, bagi aku lelaki bernama Falah itu langsung tak menunjukkan ciri-ciri seorang yang berjaya.

bagi aku dia kaki buli paling teruk aku pernah jumpa.

masa aku sekolah rendah dulu, aku selalu jadi mangsa buli. ada saja abang-abang senior yang menganggu dan mengejek-ejek aku.

aku tahulah masa tu aku gemok, tak cantik. kerja aku makan je.

tapi, setiap kali dibuli. Falah akan datang backup aku. sebab itu juga aku tak pernah berani lawan cakap dia. sejak dia menjadi hero in shining armor aku, sejak itu juga dia secara rasminya menjadi pembuli khas aku. ya, hanya dia boleh buli aku. itu prinsip yang buat dia terus berkuasa.

"Assalamualaikum. Muya ohh Muya. Jom lah keluar main!" jerit Falah dari luar.

aku yang dari tadi leka menonton televisyen terus bangun dah menjenguk keluar tingkap. cepat-cepat aku keluar menyarung selipar. dikawasan perumahan ini Falah satu-satunya kawan aku. hanya dia yang ajak aku bermain setiap hari. walaupun setiap hari juga aku dibuli tapi tetap saja aku mengekori dia. betapa lurusnya aku tika itu.

bagi aku, Falah merupakan idola. dia kuat dan berani dan gagah dan hensem dan putih dan baik. aku mahu jadi macam dia. sebab itu juga aku selalu sanggup dibuli dia.

sampailah ketika dalam darjah 5..

"woi,Muya. lari lah cepat! kau nak aku kalah ke!!! aku nak kau lari sekuat boleh ! sekalipun kau mampus kat padang tu,aku nak kau lari sampai garisan penamat! jangan kau berani nak berhenti! jangan kau nak menangis dekat tengah padang tu! lari aku cakap! lari! kalau kau taknak aku datang sana, seret kaki kau baik kau lari laju lagi! " jerit Falah macam nak terkeluar anak tekak.

aku sudah menangis teresak-esak. kaki aku yang tadinya terseliuh terasa kebas. kerana takutkan dia,aku kerahkan juga kaki aku.

"woi! lembap! cepatlah! kalahlah kita nanti! gemok! laju lah lagi! " jeritan demi jeritan. makian demi makian keluar dari mulutnya.

sebaik saja aku menghulur baton ketangannya, kepala aku diketuk kuat.

"lembap! aku kalah, siap kau!"

sekejap sahaja lelaki itu sudah berlari jauh paling hadapan.

aku pula menangis menahan sakit. terasa bagai nak patah kaki ini. waktu itu aku sedar, aku tak lagi idolakan dia. aku benci dia! dia panggil aku gemok! selama ni aku ingat dia sorang je yang nampak aku istimewa tapi ternyata tidak. dia sama macam orang lain.

setahun selepas itu, ayah diarahkan berpindah cawangan. kami sekeluarga pindah ke Johor baru. bermulalah hidup aku tanpa ditunggangi Falah lagi. aku rasa bebas. aku diet banyak-banyak! aku belajar pandai-pandai.

kalau dulu, selalu sahaja aku dibezakan dengan pencapaian Falah. aku nak berubah! aku nak jadi macam Falah! malah lebih baik dari dia!

--------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience