Chapter 7

Short Story Series 26459

"hello tuanku.." sapa Munirah dari hujung corong telefon. dia mendengar Falah ketawa bongkak dari hujung talian.

"ya.. ada apa call beta? rindu ke?" jawab makhluk hujung sana.

puih ! ya rindu. rindu saat-saat dia tak wujud lagi dalam hidup aku. huh.

"tuanku.. kau tak teringin nak join kelab ke?" selamba aku tanya. aku tak ajak, aku tanya je dengan harapan dia pun malas nak jawab.

jari bermain main dengan papan kekunci laptop sambil bercakap dengan Falah di telefon.

"kau nak aku join kelab tae kwan do ke?" tanya Falah. nadanya lebih perlahan dan beradab. selama ni dia mana pernah cakap dengan aku disertai adab. inilah pertama kali dia beradab sikit nadanya.

"tak lah. aku tanya je. tak ajak kau pun.."lagipun kau ingat aku nak kau ganggu ketenteraman hidup aku ke. sorry sikit. minta simpang!

Falah mencebik. jelas tak puas hati.

"jadi kau tak payah sibuk nak tahu. pi jaga Syafiq kau tu.." sekali aku karate matpet kau tu baru kau tahu.

Mata Munirah membuntang.

dia tahu? mana dia tahu?

"kehadapan Abang Syafiq.. sudilah kiranya Abang menerima hadiah daripada Munirah ini. seperti yang Abang rasa, Munirah lama sukakan Abang Syafiq... boo! skema gila ayat! noob gila babi..." surat cintanya kepada Syafiq dibaca kuat-kuat oleh Falah. dari corong telefon itu dia dapat menangkap gelak tawa sekumpulan lelaki.

muka Munirah merah. malu dan marah.

"seriyeslah Syafiq tu.. matpet." jerit salah seorang dari kumpulan lelaki tersebut.

ya. Munirah saja tak tahu. Syafiq tu matpet. kaki hisap gam. semua orang tahu. muka dia yang skema tu menutup aktiviti kotor dia. agaknya kalau tak sebab didalam universiti, entah benda lain pun dia ambil.

"Falah! kau ni tak guna!"

panggilan dimatikan. dia rasa nak campak je telefon. kalau dia ada kudrat yang lebih kuat dari Falah, mahu dia tempeleng mamat tu sampai gila.

air mata berlinangan. sampai hati Falah memalukannya begitu. pasti lepas ni dia akan ditertawakan.

Falah memang hantu! perangai macam setan! tak ada hati perut!

kesian Abang Syafiq..

-------------------------------------------------------------------

kaki menuju kearah semak dibelakang asrama. hajatnya dia mahu merokok. port baik seperti tandas tidak strategik. bau taik.

Salam tak mahu join dia. penakut hantu konon lah. member lain pula lagi selesa di tandas saja. akhirnya hanya dia seorang. dia tak kisah. asalkan dapat melepaskan rasa kempunannya mahu melepaskan asap.

dia duduk dibawah sebatang pokok. rokok dinyalakan. asap berkepul-kepul dilepaskan keudara.

telinga menangkap bunyi bising dari kawasan semak. bunyi-bunyi tak menyenangkan. dia bangun dan bergerak ke arah bunyi tersebut. riuh nampaknya.

"woi bro.. kau datang. jom lah join." sapa syafiq dari belakang. mengesat-ngesat hidungnya. baru habis seplastik agaknya.

dah macam orang tak sihat je aku tengok muka si syafiq ni.

Falah hanya mengekor. niatnya cuma mahu punya teman merokok saja pada masa yang sama saja mahu melihat port lepak budak redspot ni.

disebalik semak yang tebal, terdapat sekumpulan senior mereka yang juga turut menghabiskan masa disana. ada yang merokok, bermain gitar, menyanyi.. tak lupa jugak yang tengah bercinta disebalik semak belukar.

"pergh.. junior redspot tiba.. jom lepak sekali.." lelaki dengan rambut spiky itu menghentikan petikan gitarnya dan menyambut kedatangan Falah.

dia melabuhkan punggung disebelah pemain gitar tadi yang dikenali sebagai Johan.

Aden keluar dari semak sambil meng-zip seluar jeans nya. seorang gadis yang dia kira satu batch dengannya mengekori Aden dari belakang semak.

'huh.. liar juga senior redspot ni.'

"Fal.. enjoy. kau nak air?" sapa Aden. sebotol air coke dihulur kepada Falah. Falah menyambutnya.

malam minggu memang malam mereka semua bersuka ria. malam beginilah mereka boleh enjoy dengan awek masing-masing.

Syafiq mahu berkata sesuatu tapi dia seakan tidak seimbang. matanya merah, hidung pula berair. tak seperti Syafiq yang selalunya. seorang gadis disebelah Syafiq memeluk lelaki itu erat.

"Fal.. jomlah join kelab tae kwan do. kau berbakat.." Aden menyuakan hasrat. mengharapkan Syafiq bertanya dan mengajak, memang sampai tahun depan pun tak ada jawapannya. Syafiq ni nampak saja baik, tapi ambil barang juga. dia pun tak seteruk itu.

Syafiq dan teman wanitanya meminta diri untuk keluar dari situ. Falah hanya memandang mereka berdua kosong.

agaknya mahu berseronok lah tu.

"hmm.. tengok lah. aku malas nak join kalau kelab korang tak ada cabaran. dare to show me something amazing?" dia mencabar Aden.

Aden senyum sinis. dia suka personaliti Falah. bongkak dan berani.

"why not.. maybe esok atau lusa kitorang buat competition between members. kau datang lah tengok. mana tahu kau minat."

Falah angguk setuju. nice. dia pun tak berjanji apa. datang tengok je.

--------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience