Chapter 5

Short Story Series 26455

"Falah Aisyi, umur 19tahun, sedang ambil kos degree in architecture. dulu ambil Asasi dia salah satu institut pengajian tinggi"

"tahap ke-handsome-an 10/10"

"rambut hitam tapi diblonde-kan"

"tinggi 175cm"

"ada skill martial arts macam tae kwan do, judo dan MMA"

bunyi-bunyi ala salakan anjing bergema. wuuuuuuuu.

nak muntah aku dengar puji-pujian terhadap Falah.

"tak ada girlfriend lagi"

"wuuuuuuuuuu!! "

"korang ni puji dia macam kenal sangat je dia tu macam mana." aku menyampuk. muak pulak asyik dengar benda yang sama.

syakilla and the gang sekarang memandang kearah aku meminta penjelasan.

aku ambil batal peluk dan duduk bersila atas katil double decker itu.

"haihh. korang tahu dia tu spesis lelaki yang paling aku nak jauhkan diri. he's a jerk."

"kenapa pulak? aku tengok dia gentleman je " bangkang salah seorang dari gang Syakilla.

gentleman? ptff!! setakat ni takde pulak antara gang syakilla ni yang berjaya cakap dengan monster tu. Apa yang aku nampak,setiap kali ada perempuan tegur, monster tu buat muka annoying dan menyampah je. gentleman ke tu ngok....

Falah ni selalu pandang rendah dekat orang. mentang-mentang dia sempurna segalanya. sombong dan berlagak!

diorang ni semua tak tahu dan bernasib baik tak tahu. Falah tu monster! lebih baiklah tak payah baik sangat dengan dia. dia suka ambil kesempatan atas orang.

contohnya dia sendiri. haritu saja Falah sudah mula membulinya. tak sampai beberapa minit lelaki itu mendapat nombor telefonnya,lelaki itu sudah call berkali-kali. lepastu dia terpaksa pula menemani lelaki itu makan.

"asal kau tak makan?"

aku menggeleng. aku diet laa bodoh.

"kau diet ke?" tanya Falah lagi.

sibuk betullah dia ni. aku pandang tempat lain. nak tido kat bilik. huuu.

"aku nak kau makan." lelaki itu menghulur sudu makannya.

aku besarkan sedikit mata aku tanda protes.

"makan!" tegas Falah.

aku ikutkan juga sebab gerun dengan nada suaranya. aku selalu saja jadi takut bila dia mengeluarkan nada sebegitu. masa kecil juga begitu. bezanya ketika kecil dulu Falah jerit sesuka hati dia dan dimana saja dia berada. dia tak kisah. tapi Falah sekarang, dia ugut dimana saja dia berada. dia tak kisah!

"pakcik, nasi goreng lagi satu."

aku jegilkan mata aku lagi bila mendengar dia mengorder sepinggan lagi nasi.

"kau habiskan. aku dah kenyang "

Ya Tuhan. kalau aku terpukul ke tersepak ke anak bertuah depan ni.. Ampunilah aku.

malam itu saja aku habiskan 2pinggan nasi goreng. 2pinggan okay! semua sebab anak teruna bertuah tu kata dia kenyang.

malam itu pula dia mesej aku, kata aku ni makin tak lawa, dia suruh aku pergi spa la apa la dan dia komen diri aku sesuka hati dia sepanjang malam! dia ingat aku tak ada keje lain nak layan meroyan dia!!?!

bila aku jawab balik, dia kata aku menjawab dan dia tak suka orang menjawab dekat dia. bila dia kata dia tak suka maknanya dia akan tunjuk dia tak suka. ya. esok tu masa aku tengah jalan menuju kearah kedai buku, Falah yang sedang bermain bola sepak di padang membaling bola yang dia sepak keliling padang tu ke kepala aku. dia baling!!!!
korang nampak tak unsur-unsur sengaja tu?!

bila aku pandang,dia buat tak tahu.
sampai sekarang benjol kat kepala aku ni masih tak susut.

"sukati koranglah. jangan cakap aku tak warning " selimut aku tarik menutup kepala.

Syakilla and the Gang masih meneruskan topik tentang kehebatan Falah. ewwww.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience