Chapter 8

Short Story Series 26459

dia menyorok dibalik dinding yang memisahkan dia dengan Munirah. gadis itu gigih berlatih. Falah senyum sendiri. tadi dia datang saja mahu mengusik, melihatkan kesungguhan Munirah, dia batalkan niatnya malah dia pula menjadi penonton setia.

bunyi derapan kaki dari arah luar pintu besar mengejutkan Falah. lantas tangannya berpaut pada besi biru diatas kepala. kaki dihayun keatas dan berpijak diatas almari pakaian. kalini dia menolak badannya keatas almari dan berbaring diatasnya. cukup untuk menyembunyikan dirinya dari dilihat oleh sesiapa.

ahli kelab yang lain masuk beramai-ramai. bersiap sedia untuk bertarung sesama sendiri sebentar lagi.

"kalini kau kena masuk final. Tahun lepas budak munirah tu dapat.. tapi tak menang. sia-sia je.. kalini kau keluarkan dia terus."

"relaks. serah je dekat aku. small problem."

dua orang lelaki dengan badan sedikit sasa merancang.

tch! berani kau sentuh Muya walau satu jari.

setelah memastikan semua ahli telah pun keluar, dia turun perlahan-lahan dari atas almari. pintu almari lelaki yang tadinya berbual dibuka. dia membelek-belek dompet dua orang lelaki tersebut.

"Fal.." tangannya terhenti.

'aish.. kantoi.'

mata menjeling ke arah suara tadi. muka steady.

"kau buat apa?" Aden yang menyapa. aih.. buat suspen je. dia benci Aden dalam banyak-banyak senior. bagi dia Aden punya aura lain macam. Aura macam dia dan dia tak suka. riak wajah Aden menyembunyikan seribu satu kemungkinan. Aden lah yang paling sukar untuk dibaca disini.

pintu almari ditutup perlahan.

"nothing. aku datang nak tengok korang." jawab nya berbasi basa. dia malas mahu bercakap begitu banyak dengan Aden. firasatnya mengatakan lelaki ini bahaya. tidak sewajarnya dia berkongsi apa-apa dengan Aden.

lelaki itu senyum sinis.

"oh yeke. jom lah sekali. aku pun nak tengok budak budak compete ni." kaki mengekori langkah Aden. tangan diletak diatas bahu Falah, menarik lelaki itu mengikutinya.

--------------------------------------------------------------------

"Guys..today kita ada bakal ahli baru. show him our best side! okay?" jerit Aden dari tepi. junior-junior mula bersorak semangat. dah macam hakka.

Aden duduk bersila di atas kerusi. coki-coki dikeluarkan dari poket dan digigit.

Falah bersandar ke kerusi. mencari posisi yang dia kira selesa. mata menonton perlawanan antara ahli itu tanpa perasaan teruja. semuanya lemah belaka. sekali dia tiaw diorang ni, konfem wad.

mata terpaku kepada Munirah. masih lagi berlatih di ruang belakang.

senyuman nipis terukir tanpa sedar.

Munirah yang dulu tak pernah berubah. gadis comot dan gemuk.

dia akui, Muya tak ada bakat. apalagi badannya yang kurus macam kerengga tu. sekali lambung boleh patah riuk. tah apa gilanya Muya ni sertai kelab begini.

dia terus menonton gelagat Muya yang padanya nampak comel tu. setiap tumbukannya menarik perhatian Falah. penuh semangat dan kegigihan.

hanya apabila nama Munirah dipanggil oleh Syafiq baru dia mengalih pandangan kearah lain.

kini giliran Muya dan seorang lelaki berbadan dua kali ganda dari gadis itu. lelaki yang dia lihat didalam loker tadi.

Munirah mula membuka kuda-kuda, menyeimbangkan badannya supaya dia mampu bergerak dengan selesa.

sebaik sahaja Syafiq memberikan kebenaran bertanding, dia bergerak kehadapan. mata fokus melihat gerak geri lelaki dihadapannya. dia harus berhati-hati. melihatkan saiz pihak lawan saja dia sudah tahu kesan setiap tendengannya. dia harus mencari masa dan titik yang sesuai untuk menjatuhkan pihak lawan.

dia diserang bertalu-talu. setiap tendangan si lelaki di tahan dengan lengan. mata menangkap peluang untuk dia menyerang.

laju tangannya membuat pukulan menuju ke perut si lelaki namun tak berhasil. pihak lawan lebih cepat. tangannya ditahan seterusnya si lawan membuat pukulan uppercut ke dagunya.

Munirah berundur sedikit kebelakang. kepalanya pening dengan pukulan tadi.

belum sempat dia bersedia, tusukan menggunakan lutut diberi kearah perutnya.

arahan dari Syafiq menghentikan serangan pihak lawan. memberi masa untuk Munirah bangun.

"awak okay, Munirah?" tanya Syafiq prihatin.

lelaki berbadan sasa didepannya sudah senyum, puas hati.

Munirah beri isyarat tangan menandakan dia okay dan masih mampu meneruskan perlawanan. nafas ditarik dalam-dalam. mengumpul semua kekuatannya untuk bangun dan beraksi.

kuda-kuda kembali dibuka. dia mula melangkah kehadapan setelah mendapat isyarat dari Syafiq. pihak lawannya juga begitu. datang dengan laju kehadapannya.

Munirah terhenti. perutnya senak.

lelaki dihadapan sudah mengangkat kakinya separa pinggang. mahu membuat tendangan ke bahagian perut Munirah. titik paling lemahnya sekarang.

jeritan Syafiq tidak dipedulikan. dia cuma perlu buat-buat tertendang saja.

kaki diluruskan sekuat mungkin. senyuman kemenangan diberi namun cuma sesaat. mata memandang kearah lelaki yang sedang mencengkam kuat kakinya.

dia terjelupuk jatuh apabila Falah menolak kakinya jauh dari perut Munirah. mata lelaki itu memandangnya tajam. hampir saja mahu kena.

Munirah sudah terduduk. perutnya pedih. dia rasa nak muntah.

"kau okay ke?" tanya Falah. baju uniform tae kwan do itu cuba dibuka. mahu melihat kecederaan Munirah. semua ahli hanya menonton dari jauh. tak berani mendekat.

"kau buat apa. jangan lah!" gila ke nak buka baju aku. dia tu lelaki, aku ni perempuan. ke Falah ni tak tahu beza laki dengan perempuan.

"bising lah kau ni. mana Aid box ni?!" tengking Falah kepada ahli kelab yang lain.

tergopoh-gopoh semua mencari kotak perubatan kecemasan.

"cepatlah! dia tengah sakit ni. heish! semua tak guna."

tangan mencempung badan Munirah. gadis itu cuma menurut. memang perut dia perit gila sekarang ni.

"Fal.. kau tolong bawak munirah pergi bilik kesihatan. Munirah, kejap lagi abang datang jenguk."

Munirah senyum saja. dia tak mampu mahu berkata apa apa. malu kerana dia lemah. muka disorokkan ke leher Falah. pasti selepas ini dia tak akan berpeluang lagi ke final. air mata jatuh dan mengalir ke leher putih Falah.

"janganlah nangis! kejap lagi kita sampai dekat doktor." pujuk lelaki itu.

--------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience