Chapter 2

Short Story Series 26455

"Aisyi nanti dekat sini jangan buat perangai okay?"

"okay mama." jawab Falah malas.

"mama taknak dengar merokok, keluar malam, performance jatuh dan lain lain."

"okay mama."

"Jangan lupa makan selalu. no junk foods."

"okay mama."

"do not play too much. focus on your study or I will get rid of your laptop and handphone."

"okay ayah." sambil menekan-nekan skrin telefon.

adik beradiknya yang lain semua sudah berlari kesana sini. Salina anak kedua selepas dia sibuk berkejar-kejar mendapatkan adik kembarnya Daniel dan Iskandar. manakala Ghazi anak ketiga daripada 7beradik itu pula merayau entah kemana bersama 2 adiknya lagi, Zaim dan Aisyah.

sesekali matanya melilau memerhati adik-adiknya terutama sekali ghazi. adik ketiga itu memang pantang lepa. cepat saja menghilang. apalagi zaim selalu mengekor Ghazi. Zaim adik lelaki yang keempat tapi Zaim mengalami masalah Autisme yang menghadkan komunikasinya. Zaim tidak tahu berbual. dia risau jika Ghazi terleka dan menyebabkan Zaim hilang.

"Ghaz! tengok adik." jeritnya sedikit kuat. Ghazi hanya mengangguk faham.

baju dan beg semua sudah dibawa masuk kedalam bilik. mama pula sibuk mahu memasangkan cadar dan lain-lain. ayah mendukung Danial yang sudah penat bermain.

bila tiba masanya untuk mama dan ayah pulang, adiknya Iskandar pula menangis mahu tinggal dengannya. hampir setengah jam juga dia memujuk sampai Iskandar tertidur. selesai menyalam tangan mama dan ayah beserta menadah telinga mendengar bebelan dan nasihat mama, akhirnya kereta Alphard putih itu berlalu keluar dari perkarangan universiti.

terasa sunyi hidup dia untuk seketika.

kalau selama ni aku hanya berkepit dengan adik-adik aku. sekarang sunyi pula bila diorang takde mampu ke Salina jaga semua adik ni. atau Ghazi mengawasi adik-adiknya yang lasak. dia risau. mungkin lepasni kerja mama bertambah banyak. ayah pula bukan sihat seperti ketika dia kecil. baginya ayah idolanya sepanjang hidup. lelaki tua itu sangat penyayang. malah ayah lebih memanjakan mama daripada mereka adik beradik. dia mahu jadi pencinta seperti ayah.

"oi. hai. aku Salam."

dia berpaling kebelakang bila ada suara menyapa.

"oh. hai. Falah. kau kos apa?" tangan Salam disambut.

"akaun. kau?" Salam menghenyakkan tubuhnya keatas katil. lega bila semua sudah dikemas.

"aku ambil seni bina."

"nice ah. mesti cool gila kerja projek korang. buat bangunan."

Falah cuma gelak kecil. jujurnya dia pun tak tahu. dia ambil kerana dia tiada arah tuju. masa mendaftar dulu pun sebab mama kata kalau dia jadi arkitek mesti bergaya habis. jadi dia ambil kos seni bina sebagai pilihan. Ayah pensyarah matematik,tapi dia tak begitu berminat dengan matematik. mama pula aktivis, usahawan sosial. mama suka kerja-kerja sosial, punya bisnes sendiri. tapi dia tak rasa suka dengan bisnes. mungkin kerana dia merasakan menjadi usahawan akan ssntiasa sibuk. lihat saja ayah, pensyarah pada masa yang sama buka perniagaan. kalau tak kerana kesihatan ayah yang kian merosot kerana umur, amat sukarlah bagi dia untuk meluangkan masa bersama keluarga. selalunya kalau pulang dari kerja,ayah hanya sempat melayan adik-adik kecil berbanding anak yang sudah besar seperti dia. dia pun kalau boleh tak mahu menganggu masa rehat ayah.

jeritan warden hostel membuatkan dia tersedar dari leka. pelajar baharu diarahkan untuk berkumpul dibawah untuk mendengar taklimat dan sesi berkenalan dengan senior dan lain-lain.

mereka duduk rapat dah macam ikan sardin dalam bilik TV hostel itu. ada 5orang senior yang merupakan ketua dan ahli bertanggungjawab hostel.

"Assalamualaikum. firstly, nama aku shafiq. yang ni Amir. dia ketua hostel. kalau ada apa-apa boleh update dengan kitorang. malam ni kita sempoi-sempoi je" kata lelaki berkaca mata dengan rambut belah tengah itu.

mereka diarah memperkenalkan diri masing-masing. lemah betul kalau nak kena berdiri perkenalkan diri bagai. tak boleh ke duduk je jerit nama.

dia bangun bila sampai giliran dia.

"hai. nama aku Falah. Architecture." padat dan ringkas pengenalan dirinya.

"perghh. rambut blonde der." datang seorang senior dari belakang. rambutnya dipegang-pegang senior berbaju tidur biru itu. dia yang terkejut terus memegang kuat lengan lelaki yang menyentuh rambutnya.

"nice grip. kau budak self defense ke?" tanya senior baju tidur tadi.

dia mengangguk. matanya tajam menikam lelaki dihadapan nya itu.

selamba badak pegang rambut aku. dia ingat dia siapa.

" nice lah. kau main sport apa bro?" tanya Zamir pulak dari depan.

"tak rajin sangat main sport."

"pulak. try ah. esok kau free datang tengok kelab soccer. " ajak Zamir.

"ehh takyah. kau datang kelab self-defense tengok. mana tahu kau nak join. cantik grip kau." ajak senior baju tidur a.k.a Aden.

budak lain pun diinvite datang menyertai kelab-kelab didalam universiti.

selesai sesi berkenalan, mereka diarah pula membuat 10 kumpulan kecil. 10orang satu kumpulan.

"weh blonde. kau lepak dengan kitorang. sini ah." ajak Amir. memang dia dari tadi memerhati Falah. lelaki itu ada aura yang hebat.

Falah datang mendekati mereka. niatnya dia mahu menolak ajakan tersebut. dia sudah sekumpulan dengan beberapa rakan lain termasuk Salam.

"apa barang lepak budak freshie,Fal. jom lepak sini. sikit hari kau jadi red spot kat sini der." Ujar Irfan,salah seorang ahli bertanggungjawab kononnya itu.

"red spot?" apa benda pulak red spot ni.

"red spot tu kira hottie la. mat-mat hensem. dikelilingi awek yang memuja-muja." terang Irfan. Irfan pun memang kategori itu. tak. lebih tepat lagi, Irfan didepan dia ni memang dah red spot dan memang dah player.

"ohh.."

"kau ada awek, Fal?"

Aku geleng sekali. tak terdetik nak berawek. kalau mama tahu, tak pasal-pasal aku kena bebel atau lagi teruk kalau mama aku panggil aku miang. muda-muda dah gatal nak berbini. duit sesen pun takde. hm.

"time ni lah nak fun,bro." sokong ahli bertanggungjawab yang lain pulak. dia perasan,semua ketua-ketua hostel ni red spot. acah-acah red spot gitu.

"takpe ah, bro. aku ada group dah. " jari telunjuknya diarah kepada Salam dan gengnya yang lain. .

belum sempat dia melangkah pergi, Amir memegang bahunya.

"serieslah. kitorang boleh buat kau jadi influencer dalam tempat ni. takkan tak nak.."

kalau tadi matanya memandang tangan dibahu, sekarang beralih kewajah empunya suara. tangan Amir dipegang dan diangkat dari bahunya. dia melepaskan tangan lelaki itu perlahan. tak mahu menimbulkan sebarang masalah pada hari pertama dia disini.

"no need, bro. I don't need you in order to become someone. I can be someone if I want to. I don't need your concern. do not try to control how i should live my life here and mind your own business."

dia melangkah kearah Salam dengan bengang. bengang sebab hari pertama saja dia dah terjumpa spesis manusia yang paling dia benci.

influencer? puih! kalau aku nak, aku boleh jadi lagi hebat dari engkorang. influencer konon. bhahahak! cheap!

"asal bro?" tanya Salam. pelik gak dia. lama gila berbual dengan ketua tu.

"takde apa bro. diorang tu kumpulan cheap je." rambut depan yang jatuh kemata ditarik kebelakang.

--------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience