Chapter 16

Short Story Series 26455

"Irham, Kenapa lama tak call?"

"Eh,Kenapa? You rindu I ke?" Gurau Irham. Sengaja saja dia mahu mengacau bilaukan fikiran orang disana.

Sebenarnya sudah lama juga dia tidak berbual dengan wanita itu. Sudah beberapa minggu. Mahu saja dia meluah rindu sekarang ini namun ditahan. Isterinya ada di depan mata.

Irham menjauh sedikit daripada Isteri dan anak-anak. Telefon masih melekap ditelinga. Sesekali dia bergurau manja dengan si pemanggil.

"Nantilah.. Sekarang ni I tengah sibuk."bisik Irham ke corong telefonnya.

"Okay. Nanti I datang." Panggilan segera dimatikan. Dia kembali ke meja makan.

"Abang telefon siapa?" Ieya sudah menanti di sebalik dinding tempat dia bercekerama sendiri tadi. Senduk kayu ditangan ditepuk-tepuk. Muka dah menyinga.

Irham telan air liur. Cepat-cepat dia menyorokkan telefon ke belakang tubuh.

Anak-anak semua berkumpul di meja makan. Hanya mereka berdua di dapur.

"Ha? Telefon siapa?" buat buat tak faham apa yang diperkatakan oleh Ieya.

"Abang jangan nak berpura-pura ya. Kejap lagi orang makan nasi, Abang makan senduk ni." wajah sudah mendingin. Geram betul dengan suami dia sejak dua menjak ni. Ada masanya berbual di telefon pun jauhnya sebatu. Kejap lagi ada yang makan batu ni.

Irham masih berlagak selamba. Memang dia tak salah pun. Takkan lah semua benda nak kena bagitahu isteri. Dia pun ada privasi sendiri.

Ieya menadah tangannya. Tanpa perlu disebut pun Irham sudah tahu apa yang diinginkan oleh isterinya itu. Telefon pintarnya. Dalam hati dia sudah ketawa terbahak-bahak. Tu lah.. Semalam jual mahal. Tengok! Tak baik jual mahal dengan suami. Suami ada 3kuota lagi ni.

Tangannya menarik tangan Ieya dan masuk kedalam pelukannya. Dahi isterinya dicium. Dia suka bauan yang ada pada ubun-ubun Ieya. Bauan yang menyenangkan. Kerna itu dia jadi ketagih. Apa pun dia buat, mesti kena cium dulu dahi Ieya.

Wajah isteri itu masam mencuka. Geram dan curiganya masih tak habis.

"Takde siapa lah,Sayang. Mak je. Tak percaya,tengok sendiri." Telefon pintar ditangan dihulur. Laju saja tangan Ieya menyambut. Jari menekan dan melihat senarai panggilan sebentar tadi.

Betullah, Mak!

"Puas hati dah?"

Ieya mengangguk. Dia membalas pelukan Irham.

"Tu lah. Merajuk lama-lama lagi. Abang saja pancing Ieya supaya Ieya bercakap dengan Abang.."

Kes Queraisya mesej dia haritu lah Ieya sampai mogok tak mahu bercakap dengan dia. Padahal dia tak beri kata putus pun lagi samada mahu terus balas atau tidak. Lagipun dia cuma janji untuk reunion, bukan bersembang santai dengan Queraisya. Tiada sebab dia mahu balas teguran wanita itu di whatsapp. Tengok anaknya yang seramai tujuh orang itu sahaja dia boleh fikir rasional. Dia punya keluarga.. Dan dia tak akan korbankan masa depan anaknya hanya untuk keseronokan. Hidup ini bukan lagi tentang dia. Zamannya sudah berlalu. Selepas dia mengangkat akad, seluruh hidupnya telah menjadi kepunyaan Ieya dan anak-anak semata.

"Ala.. Perempuan mana tak risau kalau ada orang ketiga cuba nak mengorat suami dia."

"Ish. Abang dah tua macam ni pun ada orang nak ke.. Dia tegur gitu-gitu je." Gurau Irham. Memang dia pun tak menyangka Queraisya akan menegurnya. Lagipun.. Queraisya tu sebaya dengan dia. Wajah operate buat apa. Lebih baik lagi bini dia yang tentunya original. Woahh.. Muda lagi.

"Orang sekarang mana kisah tua ke muda. Asalkan poket tebal. Abang tu jangan nak cuba-cuba ye." Ieya memberi amaran. Yang penting suaminya jangan pandai nak cuba. Sekali cuba nanti jadi berkali-kali.. Ingat sikit diri tu dah tua. Dulu orang suruh cari yang lagi lawa,lagi gedik.. Dia nak juga dekat aku ni. Sekarang jangan nak menggatal. Nak menggatal sangat, tunggu anak yang paling last kahwin. Masa tu tengok sikit diri tu, mampu lagi ke nak menggatal.

"Bangun jaga anak malam-malam pun dah tumpas. Ada hati nak cakap suami boleh kahwin 4 pulak." Perli Ieya. Geram betul dia bila suami dia buat gurau pula bab kuota-kuota ni.

Irham sudah ketawa mengekek. Pipi Ieya dicium dan digomol sebagaimana dia gomol pipi Danial dan Iskandar. Naik rimas isteri tercinta ini dibuatnya.

"Ayah nak cium gak." Iskandar berlari terkedek-kedek mendapatkan mereka berdua. Pantanglah yang seorang ni kalau bab cium-cium. Suka betul orang cium dia.

Iskandar didukungnya. Kalini pipi Iskandar pula jadi mangsa.

"Ghazi.. Apa makan mencangkung atas kerusi? Duduk elok-elok." Tegur Ieya lembut. Ghazi ni selalu saja buat perangai macam-macam. Irham kata Ghazi anak yang rebel. tapi bagi dia,mungkin Ghazi cuma suka lakukan sesuatu yang berbeza. Dia tak mahu menganggap anak itu protes. Itukan proses dalam membesar. Dia yakin Ghazi akan jadi anak yang baik nanti. Ghazi cuma menjadi dirinya sendiri.

Kaki diturunkan kebawah. Duduk sesopan mungkin. Tapi kunyah tu masih lahap. Macam tak makan seminggu. Alahai...

"Aji.. Gelilah. Makan macam orang utan je." Salina membuat reaksi geli geleman.

Tangan Ghazi terus melekap ke mukanya. Habis penuh sisa nasi di tangan Ghazi kini melekat di muka. Automatik nada suaranya jadi tinggi dan manja.

"Ayah..... Tengok Ghazi ni!"

"Okay. Dah.. Dah. Makan cepat. Siapa lambat, pergi lah sekolah naik bas sendiri Ayah dah lambat ni."

Semua laju menyudu makanan. Gila ke nak naik bas. Tah bila sampai tah. Lepastu bas dah lah penuh pagi-pagi ni. Itu lagi gila. Uish. Baik naik kereta Ayah.

-------------------------------------------------------------------

"Munirah! Kaki angkat tinggi lagi. Kuat lagi!"

Kaki disepak tinggi dan sekuat mungkin ke Punching bag yang tergantung. Dia memgulanginya beberapa puluh kali sebelum beralih ke pergerakan yang lain.

Bunyi riuh dari hujung dewan tempat mereka berlatih itu menangkap perhatiannya. Mata terus menangkap susuk tubuh seseoranh yang dirindu. Terasa lama sungguh dia tak melihat wajah dingin itu padahal baru semalam mereka bergurau berdua.

"Kau. Kau ni apasal suka sangat dekat si Syafiq tu.. Fanatic gila sampai simpan gambar dia dalam dompet."

Kepala automatik berpusing 180 darjah. Falah buka dompet aku!!!

terlompat-lompat aku cuba mendapatkan kembali apa yang milik aku ditangan Falah. Badannya yang tinggi lampai itu ditambah pula dengan tangan diangkat tinggi ke atas menyukarkan aku mencapai semula gambar Abang Syafiq. Kaki Falah kadang-kadang bergerak ke belakang dan ketepi. Sengaja buat aku terkejarkan tangannya.

Falah gelak terbahak-bahak melihat reaksi aku yang dah macam budak-budak. Seronok agaknya hati dia bila dapat buat aku macam ni. terhegeh-hegeh dekat dia. huh!

"You're funny!"

Komen sependek itu dengan suara kenakannya sahaja dah boleh buat hati aku menggelegak dan jantung aku berdebar hebat. Berdebar hebat? Eh..

"Bagilah balik!" pinta aku dengan harapan semoga Falah tak terfikirkan idea-idea lain dengan gambar tersebut. Ini Falah Aisyi. Macam-macam dia boleh buat.

Janganlah dia terfikir untuk beri pada Syafiq atau menjerit kuat-kuat dekat sini yang aku sukakan abang Syafiq. oh tidak.. No... Lagi teruk, jangan sampai terkoyak gambar Abang Syafiq aku.. huu.

"Tak Nak." Gambar itu dikipas-kipas ke udara dan Falah menikmati setiap hembusan angin yang terkumpul hasil dari kipasannya.

"hm.. Berguna juga Syafiq kau. Sejuk je angin yang dihasilkan oleh gambar Syafiq kau yang tak berapa nak hensem ni."

Munirah ketap gigi. Berani kau mempergunakan gambar Syafiq aku untuk kepentingan diri kau?!

Kaki kembali melompat sekuat hati dan mendapatkan kembali gambar Syafiq ditangan Falah. namun hasilnya masih sama. Gagal!

Dah la selamba badak ambil dompet aku, buka pula dompet aku, curi pula buah hati aku! erghh...

"Aku rasa kau rabun lah, Muya."

Muka toya aku bagi pada Falah. Tak mahu termakan dengan umpannya nak membodohkan aku atau lebih tepat lagi dia nak aku menggembirakan harinya dengan dia membahan dan memperolokkan aku. Tetapi sedikit sebanyak tertanya juga didalam hati, apa yang dimaksudkan oleh Falah tentang aku rabun?

"Kau tengok muka dia ni betul-betul. Dekat mana yang hensemnya? hidung kembang dia? mata sepet dia? badan kurus kering dia? Hensem aku lagi."

"Ha.. Ini kau nak aku puji kau lah ni.. Kenapa? Kau jeles ke yang abang Syafiq tu lagi hensem dari kau di mata aku?"

Falah mencebik.

"Pasal hensem tu, Of course aku hensem lagi. Kau tak payah puji pun,satu universiti ni boleh cakap yang aku hensem lagi dari mat pet kau ni."

".. lagi, aku jeles? Jeles lubang hidung kau."

Munirah ketawa sinis.

"Habistu tak payah nak sibuk la Syafiq tu hensem ke tak..Kau sibuk kenapa."

"Aku saja je nak sibuk. Annoying.. bila dengar kau puji dia melambung-lambung macam tak ada dah lelaki lain dalam dunia ni. Lagipun, I suits you better than Syafiq.."

terdiam aku mendengar bicaranya.

Apa ni? Ha? Otak aku blur kejap.

Mata aku pandang tepat ke mata Falah. Wajahnya yang selalu beku itu.. Pandangan setajam helang itu tiba-tiba saja nampak begitu mempesonakan dimata aku. Rambut blonde tu? yek.. Tak berkenan. Aku rasa cantik lagi Falah dengan rambut hitamnya macam dulu-dulu.

Eh. Kenapa aku pergi analisa mamat depan aku pulak ni. adoi. Kau dah kenapa Munirah.. Ingat! Dia ni pelakon terbaik..

"Huh! Sorry.. Aku suka abang Syafiq lagi dari kau."

Muka Falah berubah.

Erk.. Minah ni tak faham ke apa aku cakap.

"erm.. Aku tak suka jawapan kau. Jadi! Say goodbye to this piece of shit."

Tangan Falah mengoyak gambar Syafiq didepan mata aku tanpa belas kasihan. Falah memang selalu tanpa belas kasihan!

Terkedu dengan perbuatannya sampaikan aku tak boleh menggerakkan kaki aku. Falah sampai hati koyak barang yang aku sayang.

Kepingan-kepingan kertas itu jatuh ke atas jalan. kecil dan mustahil untuk dicantum semula.

Aku pandang Falah setajam mungkin. Mahu saja aku jerit dan pukul dia sekuat hati, tapi entah kenapa tangan aku dan kaki aku malah badan aku semuanya seperti memaafkan dia. Hanya hati aku yang sakit sendiri.

"Lupakan dia."

Aku diam. Kepingan tadi aku kutip semula.

"Kau dengar tak aku cakap. Lupakan matpet tu."

"..He's not worth any cent. Apalagi untuk kau."

Melihat Munirah masih lagi terus mengutip kepingan kecil yang dibuang tadi,hatinya jadi sakit.

Tak boleh ke untuk sekali ni Munirah dengar sikit cakap dia. Dia cuma cakap yang betul. Perempuan ni pelik lah. Dah jelas lelaki tu tak baik,masih juga dikejar.

Munirah masih begitu. Mengabaikan semua kata-katanya.

Keluhan perlahan dilepaskan. Matanya terpandang kelibat dua orang manusia dibelakang Munirah. Kelibat tersebut senakin mendekati mereka berdua. Dengan mata helangnya dia sudah dapat melihat wajah dua orang manusia tersebut walaupun dalam gelap. Daya penglihatannya cukup baik dan jelas. Tak rabun seperti ayah. Dia bersyukur dia dapat mata yang sihat seperti mama dan sangat sukar untuk menjadi rabun. Kalau ikutkan gaya hidupnya, pasti dia sudah digelar bermata empat.

"Muya. Bangun." Arahnya.

"Muya!"

Munirah masih begitu. Falah sudah naik angin. Kakinya menyepak dan menendang kertas-kertas tadi sehingga berterbangan dan terserak ke serata tempat. Tangan Munirah ditarik supaya bangun dari mencangkung.

"Kau ni jan.."

"Yo! Kenapa ni? Ada affair eh.." Sapa Syafiq bersama seorang gadis.

Falah cuba menghadam wajah si gadis.

Sah! Gadis yang lain pula kalini.

Munirah menunduk. Matanya dapat menangkap tangan Syafiq yang melingkar di pinggang si gadis yang berpakaian menjolok mata tersebut. Hatinya jadi sakit pula.

Kalau ikutkan hati, dia juga mahu diterima Syafiq. Kalau Syafiq mahu dia berubah begitu juga dia sanggup. Tetapi, ikutkan akal yang rasional, apalah maknanya kalau dicintai bukan kerana ikhlas menerima.

Senyuman manis dan menggoda dari teman wanita Syafiq membuatkan gatal satu badan Falah.

"By the way, you both dari mana ni?" tenang saja soalan dari Falah. Macam kawan rapat pula dia bertanya.

Munirah jeling Falah dari ekor mata saja.

Tah kena rasuk hantu apa tiba-tiba dia caring sangat pula nak tahu Syafiq ke mana. ceh! Drama.. ke sebab ada awek seksi depan ni. lelaki!

"We both keluar outing tadi. You berdua buat apa dating malam-malam ni?" Teman wanita Syafiq membalas. Matanya jelas berminat terhadap Falah. Syafiq saja yang tak perasan dengan gelagat gedik nak mampus makwenya. Mungkin Syafiq diluar kawalan diri sendiri. Syafiq nampak sedang khayal.

Melalui ekor mata dia dapat lihat dengan jelas keadaan Syafiq. Lelaki itu nampak normal tapi sebenarnya tidak. Syafiq sedang high atau mungkin baru lepas high. Dia tak tahu.

Dia sebenarnya tidak mahu Munirah melihat keadaan Syafiq begini. Kalau tak kerana kedegilan Munirah tadi, pasti mereka tak perlu bertegur sapa dengan Syafiq.

"Takde lah. Kitorang terserempak je. Korang nak kemana?"

mereka berbual kosong untuk seketika. Keadaan Syafiq yang sedang khayal menimbulkan sedikit rasa takut didalam hati Munirah. Risau kalau tiba-tiba Syafiq menerkamnya atau mengapa-apakan dia. Syafiq yang didepannya sekarang bukan Syafiq dia! Kalau tadi dia sedikit berjarak dari Falah, kakinya perlahan-lahan mengurangkan jarak antara mereka.

Falah sibuk berbual dan bertukar-tukar soalan dengan gadis bernama bella tersebut. Naik menyampah pula dia mendengar nada si Bella setiap kali Bella menggunakan kata ganti nama I dan You. Lagi menyakitkan hati bila dia beryou-you dengan Falah. grr..

Syafiq pula hanya duduk di atas kerusi sambil melayan khayalnya. Sempat lagi dia menghembus sebatang dua rokok. Pandangan tajam Syafiq kepada Munirah lebih membuatkan gadis itu jadi takut.

Untuk pertama kali dia merasakan dia lebih selamat berada dekat dengan Falah. Kalau boleh dia mahu ajak Falah pergi dari situ. Dia takut dengan pandangan Syafiq yang seakan-akan sedang mengangankan sesuatu apabila memandang dirinya sehinggakan dia tak berani mahu bertentang mata dengan lelaki itu. Mata yang selalu dia puja kini jadi mata yang paling dia takut.

"Fal.." Lengan baju Falah ditarik perlahan. Perbualan rancak tadi terhenti.

"Apa?"

"Erm.. Aku nak balik. Jomlah teman." Bibir diketap. Matanya bertemu mata Syafiq untuk sesaat. Senyuman penuh makna lelaki itu menambahkan rasa takut. Dia menunduk memandang jalan.

Falah mengekek dalam hati.

Hatinya mahu menolak permintaan Munirah tetapi batal setelah dia melihat keadaan gadis itu yang jelas tidak selesa.

"Erm. Okaylah. I must send her home. So, see you next time." Senyuman diberikan. Bella hanya mengangguk faham. Dia kembali mendapatkan Syafiq yang sedang menghisap rokok dibangku bersebelahan mereka.

"What?" Tanya Falah. Munirah hanya mengekorinya rapat-rapat.

"Apa?"

"Aku tanya kau dulu kan."

"Aku pun tanya lah balik."

Falah mencebik.

Cakap belit betul perempuan ni.

"Kau ni kaki belit lah."

"Kau lagi lah. Boleh jadi Menteri. Kaki putar.. Putar..Putar.." Jari dipusing-pusingkan menunjukkan betapa Falah lebih belit dari dia.

Rambut ekor kuda itu terus ditarik sekuat mungkin.

"Adoi!" Macam nak tercabut rambut aku ni.

"Aduh.. Seronoknya hati aku dengar kau dalam kesakitan." Luahnya sambil menutup mata seakan-akan dia betul-betul sedang menikmati setiap bunyi yang menggambarkan rasa sakit dari bibir Munirah.

Dalam hati Tuhan saja tahu bagaimana geramnya dia apabila selalu dipermainkan oleh Falah sebegini. Suka buat sukahati dia je dekat orang lain!

"Anyway.. Thanks."

"For what? For showing you the real Syafiq?"

Ei! geramnya! Cuba serius. Aku ni dah la tengah.. Erm.. Sedih.

"No. For walk with me." Huh!

kaki aku hentak-hentak sambil melangkah menuju ke arah tangga blok.

Dari belakang aku dapat dengar suara Falah ketawa terbahak-bahak. Makin kuat aku hentak kaki. Aku bayangkan lantai yang aku pijak ni muka Falah Aisyi!

"Muya!"

Langkahku terhenti dan menoleh ke belakang.

"Thanks too. For being a student here and let me see your face again." Senyuman ikhlas diberikan. Cuma sesaat namun jelas keikhlasannya. Lelaki itu seterusnya berpatah semula ke belakang untuk ke bangunan hostel lelaki yang terletak bersebelahan bangunan hostel perempuan.

Hatinya berdegup kencang. Tanpa sedar, bibirnya menyebut nama Falah.

--------------------------------------------------------------------

"Apa?"

Oomak kau!

Kus semangat. Gila ke apa sapa orang tiba-tiba.

Wajah Falah rapat ke mukanya. Dia jadi lebih terkejut ditambah pula jantungnya yang dari semalam tidak berhenti berdebar setiap kali teringatkan Falah. Badan dijauhkan dia Falah.

"Apasal? Kau panggil aku ke tadi?"

Arghh!! Baju uniform Tae Kwan Do yang tersarung ditubuh lelaki itu lebih memancarkan kelelakiannya. Dia merasakan semua feromone Falah kini tersebar sehingga terkena pada dia. Dia jadi tertarik, terkesima, terobses pula nak lihat wajah lelaki ini.

Sebelah keningnya terangkat. Pelik betullah dia dengan Munirah ni sekarang. Dah kenapa tiba-tiba gagap. Sejak bila minah ni gagap! ke aku yang tak tahu dia memang gagap?

"Ma..mana ada aku panggil. Syuh! Syuh!"

"Ha?! Sukahati kau lah. Lembap."

Falah kembali ke gelanggang. Sudah giliran dia untuk memberi sedikit ilmu yang dia tahu mengenai seni pertahanan ini. Walaupun dia cuma belajar separuh jalan saja ketika di sekolah dulu, selepas menggabungkan kesemua seni mempertahankan diri yang pernah dia belajar, dia merasa segalanya cukup untuk dia berkongsi sedikit ilmu yang dia ada.

Pasangan dualnya kalini adalah Aden. Bagaikan mimpi saja. Memang sudah lama dia mahu cuba menilai kehebatan lelaki itu. Kalau nanti Aden mampu mencapai ekspektasinya, baru dia akan percaya segala apa yang diceritakan Aden tempoh hari.

Bunyi jeritan dari Syafiq menandakan perlawanan bermula. Semua ahli kelab duduk mengelilingi tilam gelanggang.

satu demi satu tendangan diberikan namun dapat dielak oleh Aden dengan begitu bersahaja. Tumbukan juga dihadalang dengan baik oleh Aden. Namun itu belum lagi dapat mencapai apa yang diharapkan oleh Falah. Aden lebih kepada tidak mahu mencederakannya.

Jarak antara dia dan Aden semakin mendekat. Kalau tadi mereka mempunyai ruang yang agak luas, namun nampaknya Aden sudah sedikit kurang berhati-hati atau mungkin terlalu fokus akan tendangan dan tumbukannya. Mata lelaki itu begitu fokus pada kakinya memandangkan dia mampu bergerak laju.

Dia menendangkan ke bahagian betis Aden. Seperti biasa, Aden dapat mengelak walaupun disaat akhir.

Peluh didahi menitik. Tiada satu pun langkah dari Aden yang mensasar padanya. yang dilakukan lelaki itu cuma mengelak dan mengelak.

Kaki meneruskan aktivitinya. Betis. Bahu. Perut. Betis. Bahu. Perut.

Dia melakukannya beberapa kali sehingga dia dapat merasakan yang Aden sudah sedikit selesa meneruskan hadangan yang sama dan..
Uppercut!

"Aish!"

Hampir saja mahu mengenai dagu lelaki itu. Dia hampir saja mahu membuat Aden jatuh macam nangka busuk. Erghh... Namun tak berjaya lagi. Aden lebih bijak mengelak.

Jeritan dari Syafiq menandakan giliran mereka sudah tamat. Aden dan Falah mendekat sesama sendiri dan memberikan tanda hormat dan terima kasih.

"Kalau aku kena tu tadi.. Boleh bergegar otak aku." Komen Aden diikuti ketawa kecil. Menghadang setiap tendangan dan pukulan Falah tadi saja dia sudah dapat merasa bagaimana sakitnya kalau dia terkena walau satu tumbukan saja tadi. Falah punya darah gempur. Risau juga dia kalau sikit hari dia betul-betul kena dengan Falah.

"Thanks. You did great too. Kalaulah aku boleh calarkan walau sikit senyuman kau tu.. Aku buat." Bengkek juga hati dia kerana tak dapat menyentuh lelaki ini. Tapi dia akui. Aden bukan sebarangan.

Matanya mencari susuk tubuh Munirah. Gadis itu memandang tepat kearahnya.

"How is it? I'm pretty good in this, right?" Senyuman kebanggaan tak lekang dari bibir. Saja dia mahu mengusik Munirah. Dia tahu Munirah memang tak suka dia membangga diri.

Wahahahaha!

"Hebatnya.. Falah Hebat!" Tepukam diberikan. Dia agak terkesima dengan kelajuan dan setiap serangan Falah. Kelajuan sebegitu mestinya mustahil bagi dia.

Falah telan air liur. Rasa tak percaya dengan apa yang dia dengar. Munirah ke ni?

Mu..Munirah puji aku. Erk..

Wajahnya memerah. Pertama kali dia rasa tidak mahu membalas semula kata-kata Munirah atau menyakitkan hatinya dengan ayat perasan lebih dia.

"Takdelah. Biasa je." barisan giginya ditayang.

--------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience