Chapter 14

Short Story Series 26456

"auw.." Suara kecil dan comel itu menagduh kesakitan. Beberapa orang kanak-kanak lelaki mengeruninya. Kayu ditangan mereka memukul-mukul bahu anak kecil itu.

"Budak tembam macam kau pun sakit ke. Kitorang pukul lemak kau je lah." betis Munirah pula menjadi mangsanya kali ini.

Dia suka melihat anak itu menangis dan berlari pulang ke rumah. Lagipun budak ni masih baru di kejiranan ini. Pasti dia tak berani mahu mengadu.

Mereka bertiga menekan-nekan perut dan pipi Muniraj yang tembam itu dengan kayi ditangan mereka.

Bila dia cuba untuk bangun, salah seorang dari mereka bertiga akan menolaknya jatuh semula. Basikalnya juga sudah dirembat budak-budak jahat tersebut. Kalau dia lari pula, mereka akan kejar dan tarik rambutnya sehingga dia jatuh. Dia cuma mampu bertahan dan menangis. Mama dan Papa bukan ada dirumah sekalipun kalau dia berjaya lari balik. Tiada siapa yang boleh membantunya.

"Woi! Korang buat apa tu.."Seorang kanak-kanak lelaki datang dengan mengayuh basikalnya. Dia menongkat basikal disebelah Munirah. Tangan dihulur kepada anak kecil yang sedang duduk diatas jalan raya.

"Falah. Kau ni sibuk lah! Pergilah main dengan adik-adik kau sana! Jangan kacau mainan kitorang."Tangan cuba mencapai Munirah namun dihalang oleh Falah. Kanak-kanak itu berdiri tegak melindungi Munirah dari dibuli mereka.

Mereka berempat berentap. Falah yang ternyata lebih gagah dan kuat dengan mudahnya mengalahkan mereka bertiga.

"Kau ni tak tahu lawan balik ke?" Basikal Munirah yang tersadai ditengah jalan didirikan semula. Dia melihat-lihat kerosakan pada basikal gadis tersebut.

Munirah hanya memandang jarinya yang luka. Tangan halus itu memintal hujung rambut.

"Haih.. Kau main sorang-sorang je ke? Aku selalu nampak kau naik basikal sorang-sorang. Rumah aku kat situ!" Dia menunjukkan rumah besar di hujung jalan. Munirah hanya mengangguk.

Tangan Munirah dicapai.

"Jom lah main dekat rumah aku! Aku ada adik perempuan, nama dia Salina. Ina banyak mainan. Lagi banyak dari mainan aku. Kau kan perempuan. Boleh main mainan Ina.."

Basikal tadi ditongkat di tepi pagar rumah berdekatan. Rosak sudah. Tak boleh buat apa.

"Erm. takpe ke.."

"Takpe. Ina tu selalu main sorang-sorang je. Jom lah! Mama aku baik.. dia tak kisah pun." Tangan kecil itu ditarik mengikutinya. Basikal yang ditunggang tadi hanya ditolak sampai ke rumah.

Falah menolak pagar besar itu dengan kedua belah tangan. Seterusnya dia menguncinya semula sebaik saja mereka berdua sudah masuk ke dalam. Munirah hanya mengekor. Kemana Falah menariknya, kesitulah kakinya melangkah.

Laungan Falah memberi salam memenuhi ruang ramu rumah tersebut. Serta-merta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan datang mendapatkan mereka. lebih tepat lagi mendapatkan Falah.

"Asyi.. Siapa ni?" Mama Falah dengan apron strawberry-nya datang mendekati mereka. Dia mencangkung ke bawah supaya dapat melihat wajah anak kecil itu dengan jelas.

"Erm.. Entah. Aisyi pun tak tahu nama dia,mama."

Lengan anak itu penuh dengan luka ringan. Pipinya yang tembam itu kelihatan begitu comel.

"Lah.. Kenapa Achi tak tanya."

"Manalah Aisyi tahu mama.. Nama kau siapa?" Matanya memandang kewajah Munirah.

Munirah yang dari tadi hanya memandang lantai, mengangkat wajahnya sedikit. .

"Mu..Munirah." Jawabnya perlahan.

" Ha?! Muya?" Jeritnya

"Munirah lah,Abang. Apalah abang ni. Pekak badak." Ujar Ina pula.

"Ei. Tak baik panggil abang badak." Ieya membetulkan. Selambanya anak sorang ni. Mulut sebijik bapak dia. Tajam bukan main!

"Mana Ina tahu badak tu pekak?" Falah pula mempersoalkan.

"Manalah Ina tahu. Ina tengok dekat TV." Wajah Ina sudah risau. Jelas dia sendiri tak faham apa yang dikatanya.

Ieya menggeleng. Layan sangatlah TV tu banyak-banyak. Kuat terpengaruh betul Salina ni.

"Okay dah. Nama Muya pun comel apa. Muya ikut Auntie kita sapu ubat dulu lepastu boleh pergi main,okay? Muya ingat nombor telefon rumah tak?"

Munirah mengangguk. Tangannya dipimpin Mama Falah. Dia jadi tertarik. Mama Falah baik dan penyayang. Cantik lagi.. Dia nak jadi macam Mama Falah!

"Nanti Auntie telefon rumah Muya bagitahu Muya ada main dekat rumah Falah."

Munirah angguk lagi.

--------------------------------------------------------------------

Lepas satu satu mainan dihulur kepada anak kecil itu. Pelik. Tah kenapa adik Falah yang seorang ni langsung tak beri respon. Main sendiri saja. Puas dia mengagah-agah. Masih juga begitu.

"Muya. Kau buat apa?" Falah melempar topi dan beg sekolah. Stokin juga dibuka dan dicampak sesuka hati dia. Tadi dia ada kokurikulum dekat sekolah, kena join. Habis saja sesi kelab, dia berlari pulang. Risau juga Munirah balik sendiri tadi.

"Tak. Main dengan Zaim.." Salina dan Ghazi pergi mengaji. Dia seorang saja dirumah dengan Auntie dan Neksom.

Dia duduk disebelah Munirah. Zaim yang leka dengan permainannya sendiri ditarik masuk kedalam pangkuan.

"Lah.. Kau main dengan Zaim? Dia mana layan orang lah. Mama aku cakap Zaim special." kepala Zaim dicium dari belakang. Tangan mengusap-usap kepala anak kecil itu. Dia sayang betul dengan Zaim. Zaim lagi comel dari Ghazi yang degil tu dan Salina yang busybody tu.

Munirah nampaknya konfius. Zaim special macam mana? Zaim nampaknya memberi respon apabila Falah memanggil namanya. tapi bila Munirah panggil,dia buat bodoh je. Erk.. Zaim ni tak suka aku kot.

Falah tepuk dahi. Adoi! Munirah ni memang lembap lah.

"Special tu maknanya otak dia tak normal sikit lah." Rambut tocang Munirah ditarik. Siapa suruh lembap sangat!

"Ohh.." Dia pura-pura faham walaupun dia tak faham langsung apa maksud Falah. Tapi.. Biar lah. Asalkan dia tahu yang Zaim special.

Falah mendukung Zaim dengan kedua belah tangan dan diletakkan Zaim didalam kereta baby. Biar Zaim belajar jalan sendiri.

"erm.. Falah. macam mana nak jadi cantik macam Mama kau eh?" hujung rambut dipintal. Wajahnya yang tembam itu di tundukkan.

"Ha?! Kenapa? Mama aku tu pakai produk mahal. Kau ada duit ke nak beli?"

Munirah menggeleng.

"Haish. Kau ni. Tak payah lah nak cantik-cantik. Kau memang dah cantik dah." Ujar Falah pula. Dia duduk di sebelah Munirah. alat kawalan permainannya dicapai.

"takde lah. semua orang cakap.."

"Dia jeles tu. Sebab kau lagi comel dari diorang." Mata Falah fokus dengan permainan. Jari pantas menekan-nekas alat kawalan tersebut.

Munirah hanya diam membisu. Falah baik sebab tu Falah selalu cakap macam tu. Tapi memang dia tak lawa pun macam budak lain.

"Nanti bila aku dah besar mesti tak lawa jugak.. Lepastu mesti aku takde pakwe kan?" Omelnya sendiri tapi jelas di pendengaran lelaki itu.

Mata merenung ke wajah Munirah. Pelik betul orang perempuan. Belum besar lagi dah fikir pasal pakwe lah.. Kahwin lah.

"Lah? Itu je ke? Takpe lah. Besar nanti kau kahwin dengan aku je lah. Senang kan.." Falah memberi kata putus. Dia sambung melayani permainan video nya.

Munirah mengangguk suka. Tak payah lah dia risau lagi kalau dia tak lawa besar nanti.

--------------------------------------------------------------------

"Falah!" Panggilannya tidak bersahut. Falah cuma beberapa meter jauh darinya tapi masih lagi lelaki itu tidak berpaling menghadap dia. Yang dia pasti,Falah memang menjauhi dia sekarang.

Kaki berlari mendekati sekumpulan pelajar lelaki tersebut. Tangannya menyentuh bahu Falah. Belum pun mulutnya mengeluarkan sepatah kata, tangannya ditepis kuat.

"Kau nak apa!" tengkingnya.

Hilang semua keberaniannya tadi mendengarkan tengkingan Falah. Terketar-ketar lututnya.

"Erm.. "

"Heish! Menyusahkan betul lah kau ni! Pergi sanalah! Jangan dekat dengan aku, hodoh."

Pelajar lain mentertawakan dia. Tengkingan Falah padanya bagaikan satu lawak jenaka bagi mereka semua. Falah yang satu masa dulu rapat dengan budak gemok, sekarang dah jadi benci juga padanya.

Hatinya sakit. Bukan kerana hilaian tawa orang sekeliling tapi kerana Falah berlalu begitu saja darinya. Falah yang selalu melindungi dia, gembirakan dia, bermain dengan dia seakan hilang tiba-tiba. Dia juga tak tahu puncanya dimana.

Badan dipusingkan ke arah bertentangan. Kaki melangkah laju meninggalkan tempat kejadian.

Falah penipu!

Tak Guna!

konon nak kawan dengan dia sampai bila-bila. Konon Falah ikhlas kawan dengan dia. Ceh! Lelaki tak guna macam Falah memang patut terhapus je! Macam mana bencinya dia pada orang yang memperlekehkan dia,lagi dia bendi pada orang yang menipu dia selama ni!

--------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience