Chapter 17

Short Story Series 26459

"Macam mana Fal? Kau setuju?" tanya Aden. Setakat ni saja Falah sudah beri banyak maklumat. Tak seperti dia. Payah betul dia mahu meyakinkan suspek.

Falah mengumam perlahan. Masih berfikir-fikir lagi tentang tawaran Aden. Menjadi polis mungkin yang paling akhir dalam senarai hidupnya. Apalagi yang ditawarkan Aden membutuhkan dia untuk menjalani segala macam bentuk latihan selama 5tahun. Dia perlu bincang dulu dengan keluarganya.

Aden memperkenalkan dirinya sebagai Unit Khas yang diletakkan disini untuk mengawasi Syafiq. Sebelum dia, ada beberapa ejen lain juga disini namun gagal. target mereka untuk tiga tahun ini adalah Syafiq. Dia juga hampir gagal. Walaupun dia beroleh kepercayaan Syafiq namun lelaki itu tak pernah memperkenalkan dia dengan pembekalnya. Bukan sekali dia mengekori Syafiq namun berkali. tetapi masih mereka tak dapat menangkap mereka. Nampak seperti pembekal disini lebih berpengalaman dalam menangani polis.

"hm.. So, kau nak aku join Syafiq la? Erm. Tengok macam mana." tidak bersemangat saja suaranya. Dia duduk bersila diatas rumput. Selalunya ejen rahsia kan ajak jumpa tempat rahsia..

"Haha! itu ejen rahsia. Aku ni polis. well, kalau aku ajak kau jumpa tempat rahsia, lagi lah nampak dicurigai. Sekurangnya kalau Syafiq and gang nampak kita,
diorang ingat kita lepak biasa."

"..by the way, Falah. Pertimbangkan tawaran tadi, okay? oh, should I call you Achi? Hehe."

Falah hanya senyum senget. Dia tunjuk buku limanya dihadapan muka Aden.

--------------------------------------------------------------------

Deringan telefon pintar yang dari tadi tak henti berdering menyakitkan telinga. Rosak moodnya yang sedang melipat baju untuk dimasukkan ke dalam bagasi.

"Hello.." Ujarnya malas. Tengok nombor telefon saja dia sudah tahu siapa walaupun dia tak save nombor tu. ergh..

"Kau dekat mana?!" tengking suara dihujung talian.

Ish! Bising je dia ni. Sabar lah! Tak tahu ke orang perempuan memang lah lambat bersiap.

"Ye.. Nak turun lah ni." Zip bagasi ditarik sehingga bagasi itu tertutup rapat. Topi didalam almari dicapai dan disarungkan ke kepala. simple!

Sempat dia menjerit kepada rakan sebiliknya yang lain bahawa dia sudah siap-siap mahu pulang. Pintu bilik itu ditutup. Sebelum bergerak ke bawah,dia memeriksa poket seluar dan beg, memastikan tiada apa lagi yang tertinggal.

Bagasi ditarik menuruni tangga. Berat. Beg yang disandang pun berat ya amat. Apa ajelah aku bawak ni.. Nak balik rumah Auntie je pun.

Dia menyesal sendiri.

Dari jauh dia sudah dapat menangkap susuk tubuh Falah dengan topi putihnya. Grr.. Topi pun nak tiru orang. Sah peniru!

"Kau ni tiru aku ke? Pakai topi putih jugak." Ujar Falah. Tangannya memegang buku nota sambil mengipas-ngipas buku nota tesebut ke muka.

Tunggu Muya bersiap saja dah boleh terbakar aku dekat sini. Dah la panas.

Munirah diam. Malas mahu menjawab. Karang dikata kita melawan dia pulak. Kalau tak sebab fikirkan nak balik rumah Mama dia,ingat aku nak buat baik ke dengan dia ni. Buatnya dia tinggal aku dekat mana-mana nanti. Falah ni bukan boleh percaya.

Dia menarik beg bagasinya perlahan-lahan.

"Heisy.. Ni lah orang perempuan. Kita ni nak balik seminggu je. Bukan nak pindah. Kau bawak almari dengan katil sekali ke apa ni." Bagasi Munirah ditarik. Nasiblah tadi terdetik dalam hati dia nak balik sehelai sepinggang je. Bawa perut dengan beg galas semata.

Munirah hanya membuntuti Falah. Dalam hati tak berhenti mengucapkan syukur kerana Falah tolong tarik beg dia. Yeay!

Aplikasi Grab dibuka. Dia menempah sebuah kereta untuk mereka berdua ke stesen bas terdekat. Ikutkan kalau dia sorang saja yang balik,dia mahu tumpang kawan sehostel yang juga ingin pulang ke Pahang. Tapi Ayah suruh bawa Munirah balik dengan dia juga. Tak pasal-pasal dia kena duduk menunggu dekat stesen bas ni. Hailah..

Wajah Munirah dipandang. Gadis itu asyik dengan telefon. Kejap-kejap diangkat telefonnya tinggi dan buat muka comel.

Ceh. Ingat lawa sangat lah tu bergambar macam tu.

Dia tarik rambut Munirah ketika gadis itu dengan bergambar. Hasilnya,lubang hidung Nuha lebih ketara dari mukanya.

Falah ketawa terbahak-bahak melihat hasil wajah Munirah di-skrin telefon.

"Falah!!!!!!" Bahu lelaki itu menjadi tempat dia melepaskan amarah.

"Aduh! Aduh.. Sakitlah gila."

"Tahu pun sakit! Macam tu lah sakitnya hati aku.."

Bibir dimuncungkan sedikit. Sakit betullah hati dia dengan Falah ni. Dah la sejak beberapa hari ni Falah asyik muncul dalam fikiran dia, lepastu muncul pula depan mata dia. Ish!

Falah yang tiba-tiba saja berdiri membuatkan Munirah tersedar dari lamunannya. Bagasi Munirah ditarik.

"Teksi dah sampai! Jom!"

"Erm. Okay."

--------------------------------------------------------------------

"Ingat apa aku warning tadi."

"Jangan cakap pasal belajar depan Uncle." Munirah buat muka toya. Dah berapa puluh kali agaknya Falah sebut benda yang sama.

"Pandai! Okay jom!"

Pintu pagar besar itu ditolak. Munirah duduk terpacak dibelakang Falah, menanti pintu pagar biru itu terbuka.

"Falah!" panggilan seseorang menghentikan tangannya. Dia memalingkan muka kebelakang,mencari punca suara.

Taufiq memberhentikan motornya betul-betul didepan mereka. Topi keledar dibuka.

"Oh.. Kau Fiq." Jawab Falah acuh tak acuh.

"Aik! Macam tak happy je nampak aku." Taufiq menyengih. Matanya tertumpu pula kepada gadis yang sedang berdiri di sebelah Falah.

"Eh. Kau bukan Muya ke? Muya kan.."

Munirah hanya mengangguk. Dia tersenyum menampakkan kedua belah lesung pipitnya. Malu pula bila ditegur mamat hensem depan ni.

Falah sudah menjeling. Menyampah.

"Ni aku lah! Taufiq!"

"Erm.. Taufiq mana.."

"Alah.. Taufiq yang jadi pasangan kau masa fesyen show sekolah rendah tu. kan kita pakai baju hindustan tu.. " Geli pula hati dia mengingat semula baju hindustan yang dipakai sedondon dengan Munirah dulu.

Automatik ingatannya kembali kepada baju merah dan ungu yang pernah disarung dulu. Dimana mereka berdua berpimpinan tangan berjalan diatas pentas. Diakhir pementasan fesyen tersebut, mereka berdua menari persis dalam cerita hindustan. Jadi geli hati pula mengingat semula detik memalukan itu.

Dia dan Taufiq ketawa. Mereka berdua memikirkan hal yang sama. Falah mencebik sekuat hati.

"Dah! Dah! Muya! Masuk cepat,kalau tak kau tidur luar ni."

cepat-cepat tangannya menolak pintu pagar biru yang ingin ditutup Falah. Dengki betul!

Orang baru nak borak. ish.

"Okaylah Muya. Kita borak lagi nanti."

Gadis itu mengangguk laju. Dia benar tak menyangka dia akan bertemu Taufiq. Wah. Manusia betul berubah dimakan usia. Taufiq yang dulu gempal, tak hensem mana. Sekarang ni dah tahap boleh masuk majalah kot muka dia. Aum.

"Menggatal." Omel Falah perlahan. Jadi panas telinganya mendengar omelan Falah yang jelas-jelas sengaja mahu menyakitkan hatinya.

"Biarlah! Taufiq hensem! Macho! Maskulin! Hot!!" Jerit Munirah dengan penuh perasaan. Nadanya dibuat-buat supaya kedengaran lebih manja.

Rambutnya ditarik kuat oleh Falah.

"Auw!!!!"

"Siapa hensem? Siapa?"

Puan Syahirah yang menjengah keluar pintu berlari mendapatkan mereka berdua. Falah terus-terus menarik rambut Munirah sambil ketawa jahat.

Padan muka! Berani lagi kau puji lelaki lain depan aku.

"Falah! Apa buat macam tu dekat Muya!" Tangan Falah dipukul kuat supaya anak itu melepaskan genggamannya.

Genggaman dilepaskan. Puan Syahirah menggosok-gosok kepala Munirah. Menghilangkan rasa sakit rambutnya ditarik tadi.

"Lainkali jangan cari pasal dengan aku." Beg bagasi Munirah ditarik masuk ke dalam. Dia meletakkan beg tersebut disebelah sofa dan mendaki naik ke biliknya di tingkat 2.

Munirah mencebik. Menyampah! Falah dengan berlagak dia. grr.

Tangan Auntie Ieya disalam dan dicium lembut.

"Auntie rindu Muya." Pelukan dikuatkan.

--------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience