Chapter 22

Short Story Series 26459

Harini sudah genap satu semester mereka berada disini, melalui hari-hari mereka sebagai pelajar. Dia tekad untuk menggunakan fasa sebagai seorang pelajar sebaik mungkin.

Tali hitam itu diikat disekeliling pinggangnya. Sudah bersedia mahu menjalankan rutin harian, berlatih!

Dia menolak pintu ke gym universiti yang masih kosong. Semua ahli lain masih lagi belum hadir. Hanya dia berseorangan. Latihan dimulakan.

Munirah menendang dan menumbuk menggunakan beberapa gaya. Mengasah skill dan kekuatan tumbukannya. Kalini dia tidak boleh kalah. Pertandingan kalini dia akan pastikan dia kepusingan akhir.

Peluh didahi sudah mula mengalir. Mahu lencun baju alasnya dengan peluh. Wajah pun sudah memerah akibat kepenatan.

Krekkk..
Bunyi pintu besar gym tersebut ditolak.

Mata mereka bertembung.

Mata dingin itu. Mata yang sudah lama tidak dapat ditatapnya.

Sejak mereka tidak lagi bertegur, Falah mengumumkan untuk keluar dari kelab ini. Sekarang lelaki salleh celup ini hanya jadi penganggur kelab. Semua kelab pun dia pergi, dan semua ketua kelab juga mengejarnya demi menempah nama diperingkat kesukanan antara universiti.

Ceh.

Baru sahaja mulut aku mahu dibuka, dia sudah beralih. Mungkin hajat kedatangannya cuma mahu bertemu Syafiq dan Aden. Tak sangka agaknya dapat jumpa aku pula disini.

Dia masih begitu. Tak mahu kawan aku lagi. Huh.

Ego.

Kisah pula aku. Kalau kau tak sudi, aku berkali ganda tak sudi lah. Arghh!!

Falah memang bikin dia konfius. Setiap kali teringat lelaki itu, seakan ada satu lagi dirinya yang membantah setiap keputusannya yang berkait rapat dengan Falah.

Bila dia tak tegur Falah, satu lagi dirinya akan munculkan rasa menyesal kerana tak tegur.

Bila dia buat tak pandang Falah, satu lagi dirinya suruh pandang.

Bila dia maki Falah dalam hati, satu lagi dirinya memuji-muji kebaikan Falah selama ini.

Tak adil betul!

Tah apa yang bagus sangat dekat mamat ni tah.

Falah baiklah.. Hensem.. Selalu concern pasal kita..

Hati, Falah tu dah tak nak kawan kita. Tak payah kisahkan dia boleh tak?!

Aku cuba mencari matanya semula. Mungkin kalini dia pun akan cuba menegur aku juga atau mungkin kalau mata kami bertembung sekali lagi, aku boleh beranikan diri tegur dia.

Mata kami bertembung!

Falah menjeling. Poyo.

Ehhh... Dia ni. Kau ingat aku hingin ke nak tegur kau! Piiraaah.

Pergi makan ego kau tu sampai kenyang.

Aku pun tak nak kawan kau la..!

"Apa kau pandang-pandang? Tak payah nak mengorat aku.. Aku tak sudi." Sindir lelaki dengan rambut blonde hitam tersebut.

Membuntang mata Munirah mendengar ayat perasan habis lelaki ini. Apa masalah mamat ni?!

"Bi..Bila masa aku nak mengorat kau? Piraah.. Sekali aku petik, sejuta datang la. Setakat yang macam kau ni, sorry takhadap punn.."

Munirah mencebik. Tah jin apa masuk dalam badan mamat ni, tiba-tiba perasan aku nak mengorat dia.

"Petik ah cepat, aku nak tengok sejuta yang datang tu. Muka macam nenek aku, ada hati nak petik jari sejuta datang konon."

Falah gelak mengejek.

Hm. Ejek orang pun nampak hensem.

Eh? Apa ni. Bodoh betul pergi puji mamat perasan ni dalam hati. Yek..

"Aku saja taknak petik, nanti kau jeles pulak aku ni idaman malaya." Balasnya semula. Taknak kalah tu..

"Kau berangan lah sampai bulan pun, minachi.. Yang pasti aku tak sudi."

"Kau tak payah sudi pun lah! Aku dah memang tak hingin!" jeritnya.

Kain diatas bangku diambil, dibulat-bulatkan dan dicampak kearah Falah. Tapi tak mengena. Lagi galaklah Falah mengejek dan memperkecilkan dia.

Panas.. Panas..

Senyuman Falah tu jelas memperlekehkan dia. Dia rasa tercabar. Kalau boleh dia penerajang muka si Falah ni, dah lama dia terajang. Kau siap kau, Falah!

Sikit hari, hari aku pula.

Kau tu bukan selamanya diatas. Hah.

Syafiq muncul disebalik pintu dan memanggil Falah mengikutinya. Dibelakang Syafiq terdapat dua lagi gadis.

Salah seorang dari gadis tersebut datang memeluk lengan si Falah. Si Falah tu apa lagi, merelakan lah. Cis.

Perangai jahanam juga dia ni rupanya. Selamba badak bagi orang sentuh-sentuh dia. Ew.

Dia tidak dapat mendengar butir bicara mereka dengan jelas. Yang pasti dia dah mula rasa menyampah dan meluat melihat aksi pasangan neraka depan ni. Memang nak kena sula pakai tiang lampu!

Munirah mengetap bibir.

Falah senyum dekat perempuan tu!

Falah tak pernah senyum macam tu pun sebelum ni. Dasar kaki perempuan!

Depan aku bukan main innocent kau ya, salleh celuppp!

Kalini si gadis tadi mula meliang lentok kan badannya, seakan cuba menggoda si lelaki. Makin bertambah meluat aku tengok!

Bagus sangatlah tu. Sesuai sangat kau dengan si obor-obor tu Falah oi !

Aku kutip semula tuala yang aku baling tadi. Naik miang badan aku tengok dua orang tu. Heish..

Bala betullah diorang ni. Buat hilang mood je.

"Muya!"

Panggilan dari Abang Syafiq membuatkan kaki aku berhenti dari melangkah pergi dari situ. Kalau selama ini aku tertunggu-tunggu akan panggilannya, sekarang aku rasa nak cepuk saja mulut lelaki yang memanggil namaku tadi.

Lambat-lambat aku toleh.
Lambat-lambat juga aku melangkah mendekati mereka berempat.

"Ha, Muya. Muya minat nak jadi Facy tak? Guide budak intake baru ni."

Mata Falah merenung tepat ke wajahku. Aku perasan mata Falah sahaja walaupun sebenarnya ke empat-empat pasang mata ini sedang merenung ke wajahku. Ah, aku ni dah gila agaknya.

Semua pun Falah Falah Falah.

Ei, Gila betul lah!

Air liur ditelan. Sekarang aku nak jawab apa? Boleh ke tak boleh? Tapi kenapa nak kena boleh pula. Bukan aku kisah pun hal facy-facy ni. hish.

"Muya Tak..."

"Aku boleh join tak bro?"

Belum sempat aku habis cakap, si salleh celup ni dah memintas aku. Masa aku tak bercakap, kau tak nak bercakap pula ya labu...

Masa aku nak cakap lah tetiba terubat penyakit bisu tak bertempat kau ya.

"Kau nak join? Biar betul.." Balas Syafiq dengan rasa tidak percaya.

Aku pun tak percaya sebenarnya dengan apa aku dengar. Ni sah ada jin bertandang dalam badan si Falah ni !

Oi Jin! Baik kau keluar sekarang!

Falah senyum kebudakan . Mengiyakan apa yang dikatanya tadi.

Mata aku membulat. Dia senyum gituuu !!

Hah. Aku syak dan yakin seratus peratus ni Jin temberang dalam badan dia ni. Mana pernah dia ni nak join benda takde faedah gitu.

Obor-obor disebelah Falah tu makin menjadi-jadi gediknya apabila Falah senyum begitu.

Kau belum tahu lagi perangai si Falah ni. Masa kenal memang wangi, dah tahu perangai dia nanti baru kau tahu dia punya hantu. Begitulah dia goda aku supaya berkawan dengan di dulu-dulu. Muka innocent tapi perangai najis !

Syafiq setuju saja dengan apa yang dibicarakan Falah. Kalau lelaki ini mahu join, ringanlah bebannya dari terpaksa mencari orang lain.

"Muya pun ikut sama, kay? Abang malas lah nak buat notice letak dekat notice board bagai. Alang-alang korang ada ni, korang volunteer jela." putus Syafiq.

Aku sudah merungut berjela-jela dalam hati. Bukan hal aku kau nak kena cari orang pun! Memang kerja kau kan. Ish!

Dari si Syafiq ni bawa perempuan sana sini, baik dia pergi buat notice tu. Tak pasal-pasal aku sekali kena. Nasib kau senior..

aku renung Falah dengan harapan dia akan tolong aku cakap dekat Syafiq yang aku tak sudi.

Falah buat muka stone.

Ish!

"By the way, kenapa kau datang sini, Fal? Nak jumpa sesiapa ke?" Soal Syafiq. Rokok dinyalakan. Dah ada amaran dilarang merokok dikawasan universiti pun, masih lagi mamat seorang ni tak boleh nak ikut.

Aku tenung muka Falah semula. Menantikan jawapannya. Dia nak jumpa siapa? Aku ingat dia datang sini nak jumpa Syafiq..

"Tak lah. Saja jejalan. K lah. Aku nak Chaw dulu."
Tangan obor-obor yang memaut lengan Falah cuba dia lepaskan.

"I ikut you, boleh?" Rengek Tira.

Aku sudah menyampah tahap level 100. Gedik nak mampus!

"No." Tegas saja nada Falah. Lelaki itu merentap kuat tangan obor-obor dan berjalan keluar dari situ.

Aku simpan senyum. Puas hati aku.

Tapi malang, Tira lebih cepat tangkap senyuman yang cuba disorok.

"You ejek I?" Jeling Tira. Kalini dia mendekati Munirah dan berhenti betul-betul dihadapan.

Tira mencebik setelah aku menggeleng menjawab pertanyaannya sebentar tadi.

"Kau ingat aku tak nampak ke perempuan? Kau ejek aku kan." Rambut ekor kuda aku ditarik kuat. Aku mengaduh perlahan. Memang sakit ditariknya rambut aku ni!

Kepala aku tertunduk ke bawah dek kerana tarikannya.

Dasar tangan jantan! Muka betina, kudrat jantan!

Tira gelak jahat mendengar aku mengaduh.

"Alah Mengadanya kau ni. Tarik sikit dah sakit. Belum aku.... Auch! Auch!"

Genggaman pada rambutku terurai. Hilang segala rasa sakit yang aku hadap tadi. Tapi sekarang si obor-obor ni pula yang mengaduh sakit.

"Auch. Bie.. Sakit." Tira merengek manja sambil tangan memegang rambutnya supaya tidak terus ditarik oleh Falah.

Falah senyum sinis.

"Sakit? Macam ni lah yang budak ni rasa masa kau tarik rambut dia."Falah pula gelak jahat, memimik semula gelak jahat Tira pada aku sebentar tadi. Tapi aku pasti, kesakitan yang Falah beri pada Tira dua kali ganda lebih kuat dari apa yang aku hadap tadi. Lihat pada genggamannya sahaja aku sudah dapat membayangkan kesakitannya pada kepalaku.

Mahu tercabut rambut.

"Don't you ever mess with her." Falah menolah kuat kepala Tira. Dia menepuk-nepuk kedua tapak tangannya.

Aku senyum nipis.

"Penakut." Falah jeling, sombong.

Dan berlalu pergi dari situ.

Hah.. Sombonglah kau banyak-banyak!

Tapi dalam hati aku suka. Puas hati sebab Falah balas dendam untuk aku.
Padan muka kau, obor-obor. Kacau aku lagi! Haha!

***

Baju T-shirt kuning yang baru kau dapat dari Kak Eva aku sarung kebadan. Tshirt kuning untuk Facy, manakala oren pula freshie. Aku mengarahkan pelajar intake baru yang baru turun dari dalam bas beratur menjadi 3barisan. Ini kerana hostel yang disediakan pihak hotel memuatkan 3 orang satu bilik.

Aku menjerit dan berlari kedepan dan kebelakang, memastikan semua pelajar beratur dan mengikut arahan. Sepatutnya aku dan Falah yang bertugas disini, tapi yang sekor lagi tu duduk bersantai dekat bawah kanopi entrance tu. Kerjanya mengopi saja dibawah sana. Aku lah sorang-sorang mengurus semua budak budak ini.

Puas aku menjerit menggunakan pembesar suara namun mereka masih lagi tidak beratur dengan baik, menyukarkan aku untuk mengatur bilik dan menyerahkan kunci bilik masing-masing.

"Bak sini. Kalau dah kau panggil macam nenek aku panggil, mana diorang nak dengar. Lembap!.."

Dahi aku ditolaknya.

".. Guys ! Abang ada kunci hostel. Beratur tiga baris sekarang atau abang pilih roomate korang randomly! Jangan sampai Abang tarik balik keputusan bagi korang decide roomate masing-masing! Abang kira sampai tiga, after three, abang tak nampak barisan, kira decision pilih roomate sendiri dah tak valid. 1..2..3.."

Serta merta dihadapan mereka berdua ada tiga baris pelajar. Alat pembesar suara tadi diserah semula ke tangan aku. Gugusan kunci ditangan kiri aku diambil dan dia kembali duduk bersilang kaki dibawah kanopi.

"Hm. Apalagi.. Datang menghadap la!" Jeritnya dari bawah kanopi.

Dari belah kiri aku dapat mendengar beberapa orang pelajar baru sudah merungut dengan layanan abang Facy sorang ni.

Apa mahu buat. Nasib kau lah budak. Siapa suruh kau tak dengar cakap kakak tadi. Kalau korang dengar, tak ada korang kena nak pergi menyembah duli disana demi seketul kunci bilik.

Tiga orang pelajar perempuan datang menghadap.

Dari jauh Abang Syafiq memanggil aku supaya datang membuat laporan kepadanya. Aku ceritakan saja segala yang berlaku kepada Syafiq termasuklah perangai acah abang-abang senior si Falah ni yang sedang membuli adik junior.

Reaksi Syafiq buat aku terkejut. Dia gelak..

Dia gelak dan tidak pergi menegur perangai najis tuanku itu! ceh.

Malah dia beri pula kami lebih masa untuk membuli budak-budak innocent ni. Grr.

"Okaylah. Biar Falah setel dekat sini. Muya kasi behave sikit diorang ni eh. Takdelah nanti masa program orientasi tergendala dengan perangai tak behave dorang ni." Sempat lagi Syafiq mengingatkan.

Untung budak-budak junior ni. Orientasi dekat hotel tepi pantai. Masa batch aku dulu,dekat dewan tu je. Kenapa masa batch aku dulu universiti takde duit!!!

"Ha. tunduk tu biar ikhlas sikit. Muka lawa, beratur pun nak kena dijerkah-jerkah." Ujarnya sambil makan buah anggur yang disediakan pihak hotel untuk mereka berdua.

Seketul kunci dicampak ke arah budak perempuan dihadapannya. Terkial-kial anak dara depan ni cuba menyambut.

Next!

Tiga orang pelajar lelaki pula datang menghadap.

"Ha, baca al-kahfi. Ayat 1-5. Kau pass, aku bagi ni. Kalau tak pass, cium tangan aku dulu."

Aiseymen.. Perangai kau..

Nescaya memang tak pass lah budak lelaki tiga orang depan ni. Setiap dari mereka mencium belakang tapak tangan Falah dengan penuh hormat.

Tiga orang perempuan pula datang menghadap. Kalini dua orang dari gadis ini kelihatan seperti kawan baik, manakala seorang lagi gadis tembam dan sedikit terpinggir.

"Tell me my name." Satu lagi arahan keluar dari mulut Falah.

Aku sudah tepuk dahi. Geleng kepala saja layan perangai mamat ni.

"Fal..Falah." Jawab si gadis gempal tadi.

Falah angkat sebelah keningnya.

"Anda pasti? Kau salah, kau tolong gosokkan gigi aku tiga hari ni." Sinis saja bunyinya. Sesungguhnya sesiapa saja yang mendengar nada sinis dari Falah, akan terus jadi tak pasti dengan jawapan mereka.

Aku sudah mula kesian dengan gadis dihadapan ini. Lagi dua orang gadis langsung tak membantu!

Dengan penuh yakin, si gadis tembam tadi mengangguk.

"Good. You're right. My name is Falah. Both of you selamat sebab dia." Falah mengingatkan dua orang gadis yang dari tadi meminggirkan gadis ini. Kunci diletakkan elok-elok didalam tangan si gadis sambil menghadiahkan satu senyuman ikhlas.

"Nama siapa?" Dia menarik balik kunci tersebut.

"Humaira.." Jawabnya malu-malu. Segan agaknya mahu memandang senior hensem depan ni.

ceh.

Kunci tadi diletak semula kedalam tangan Humaira dan gadis itu berlalu masuk kedalam hotel.

"Next!" Jerit Falah kuat..


***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience