Chapter 11

Short Story Series 26459

Ringtone Alarm menyakitkan telinga. Dia baling telefon Salam jauh dari katil. Nasib kau lah Salam sebab letak alarm ni dekat aku. Puas dah aku menahan rasa mendengar ringtone telefon kau ni.

Pintu bilik terbuka luas. Salam masuk dan menuju ke almarinya. Dia hanya mengenakan tuala yang dililit dibahagian pinggang. Mulutnya dari tadi memanggil-manggil Falah supaya bangun dari tidur. Pagi sabtu ini katanya ada seminar ke apa tah anjuran kolej. Kesemua mereka diminta berkumpul di dalam dewan utama.

Lepas ringtonenya, orangnya pula jadi alarm tak bergaji dia. aduhh.. nak tidur pun susah.

Badan dibangunkan. Belakang kepala diusap-usap. Menghilangkan rasa mengantuk lalu bangun mendapatkan tuala yang tersidai di pintu.

"Ada seminar apa benda harini?" tanya Falah. Mamai. Tergoyang-goyang dia membuka seluar dan bajunya. Kawan bilik lain juga begitu. Baru bangun tidur seperti dia.

Salam angkat bahu. dia pun tak tahu lah.

"Haih.. macam-macam lah. Sabtu ahad nak tidur pun tak boleh."

Dia ke bilik air untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Badan dijirus cuma beberapa kali. Mandi kerbau je sudah. Lambat dah ni.

Baju kemeja disarung. Acara formal perlulah berpakaian formal. Itupun tak formal mana dia pakai. Baju pun tak tuck in. pedulilah!

Mereka sebilik gerak ke dewan bersama-sama. Ada yang hanya memakai tshirt, ada yang cuma formal diatas tapi dibawah, K.O. berselipar jepun semata.

"aduh!" seseorang mengaduh sakit disebelahnya. Mata dipaling ketepi sambil mulutnya mahu meminta maaf.

"Sorr.." Muya? huh.

"Kau?Huh." Munirah menonong ke depan mengabaikan Falah dibelakang. Malas nak layan!

"Ceh.. Perasan lawa betul.." Omel Falah. Dia dan Salam terus mengambil mana-mana tempat kosong. Beberapa orang kawan lelaki sekelas dengannya juga datang melabuhkan punggung disebelah mereka.

Falah memperkenalkan mereka dengan Salam. Rancak pula mereka berbual selepas itu. Riuh sebentar dewan itu dengan gurau senda pelajar-pelajar.

Baru dia perasan. Kuota pelajar perempuan lebih ramai dari lelaki. Boleh kata hanya 40peratus dari jumlah pelajar adalah pelajar lelaki. Wahh.. Lelaki betul-betul pupus nampaknya ni.

Suara yang bergema dari hadapan membuatkan dewan jadi senyap.

"Assalamualaikum w.b.t. Saya selaku host harini.. Alhamdulillah. kita dapat berkumpul bersama pada pagi ini. Seperti yang anda semua sedia maklum, Seminar pada pagi ini dianjurkan oleh pihak Kolej sendiri bagi membantu pelajar-pelajar dalam bidang akademik masing-masing."

Mata Falah fokus dihadapan. Dia langsung tak kisah akan apa yang disampaikan si pengacara. Bla..Blaa.. Blaa. itu saja yang telinga dia tangkap. Namun, matanya membulat sebaik sahaja ternampak kelibat seakan-akan ayahnya dihadapan.

"Ah, Sudah.." Omel Falah sendiri. Salam disebelah dapat menangkap omelannya.

"Sudah apa weh?"

"Ha? tak.. Takde apa." Gambar ayahnya terpapar di skrin besar dewan.

Prof. Dato' Dr. Irham Hadi bin Ishak.

Falah telan air liur. Ayah best student dekat sini? Ayahnya lah pelajar yang selalu disebut-sebut dan dipuji-puji masa orientasi?! Ayah dia?!

Kenapa dia tak pernah perasan yang itu wajah ayah dia? ehhhh???????

Dr.Irham naik ke pentas sebaik sahaja dijemput oleh pengacara. Mikrofon yang tadi ditangan host bertukar ke tangan ayahnya.

"Assalamualaikum semua." Bergema ucapan salam didalam dewan.

Suara tegas itu begitu familiar di pendengarannya. Sah itu Ayah dia! Jangan ayah nampak dia sudah lah.

"Alhamdulillah dan terima kasih pada pihak universiti sebab sudi jemput saya kesini. Rindu rasanya bila tengok tempat dimana saya menuntut ilmu.. Rindu juga dengan zaman muda saya. Kalau awak tengok saya ni, haih.. Tua dah."

gelak tawa kedengaran dari barisan pensyarah. Benar. Memang rindu apabila kembali menjejakkan kaki ke tempat dimana kita habiskan zaman muda kita.

"Firstly, I would like to introduce myself. Nama Saya Dr.Irham Hadi. Boleh panggil saya Sir je. Saya tak mahu susahkan pelajar untuk ingat nama saya. Macam awak semua tahu, kehadiran saya disini untuk beri awak semua sedikit perkongsian mengenai cara belajar. I know a lots of you might face some trouble in studying. I applied the same things to my kids. So, Don't worry. My methods is approved." Ayah ketawa kecil di akhir ayatnya.

Dengar saja dia sudah tahu apa isi perkongsian Ayah harini. Macam yang ayah sebut, metode itu digunakan juga pada mereka. Cara-cara bagaimana untuk fokus dalam belajar.

Telefon pintar dikeluarkan. Baik main game. Dia master cara-cara belajar tu. fuh.. Cara-cara berlagak pun dia dah master. apalagi belajar. kacang je!

Munirah mencatat setiap isi perkongsian Dr.Irham Hadi. Dia jadi teruja untuk mendengar sebaik sahaja dia melihat lelaki yang sedang berucap didepan. Ayah angkatnya masa kecil. Rindu sungguh mahu melihat wajah itu. Begitu juga dengan wajah mama Falah, wanita berjiwa seni itu. Setiap kali ke rumah mereka, Mama Falah selalu mengajarnya melukis dan bermain cat warna. Seronok. Lukisan yang dihasilkan bersama Mama Falah masih tergantung dibiliknya. itu lah benda pertama yang dilihat setiap pagi, walaupun kecantikan lukisan itu tidak seberapa tapi nostalgik. Pengubat rindu.

Falah yang duduk sebaris dengannya dipandang.

Ceh! Selamba je main fon. Bapak sendiri tengah berucap kat depan dia buat tak tahu. hmp!

Falah pandang ke arahnya. Mata mereka bertentangan.

Wajah Falah tak puas hati pandang dia. Seakan dapat membaca fikiran lelaki itu.

'Apa pandang-pandang?'

cehhhhhh! Ingat aku nak pandang dia ke. Tak hingin!

Munirah menjeling. Dia fokus ke hadapan semula.

Panjang lebar ayah berucap dihadapan. Terkadang ada pelajar lain yang mengangkat tangan bertanya soalan. Mungkin rasa ingin tahu kerana perkongsian ayah pada hari ini lebih kepada psikologi, minda bawah sedar. Cara bagaimana mahu menggunakan minda bawah sedar untuk belajar.

"Walaupun awak baca buku but most of the time awak tak ingat apa awak baca. Am I right? Anyone yang bila dia baca dia boleh hafal sebijik-bijik, transfer dalam paper exam and ingat sampai bila-bila? Anyone here?" Tiada yang mengangkat tangan.

"Pernah awak terfikir, bila je aku faham belajar ni? dalam kelas? I bet no.."

"Its actually your minda bawah sedar. Unconcious mind. Male and Female has different focus and your job is to know what is your focus. Bukan pandang buku and you can stay reading for 1-2 hour is mean you're focusing. While you understand nothing from it."

"Saya selalu observe my kids. I realize this when I get married and I start to observe. Start from my wife. My style of focusing is Analytic and Visual, something like that. But my wife is different. Secara umum, saya tahu perempuan dan lelaki ada cara fokus yang berbeza. tapi macam mana awak nak fokus dalam satu kelas dimana ada perempuan dan juga lelaki? Yang pasti lecturer awak tak akan dapat nak fokus pada lelaki atau perempuan je. Bermula dengan awak semua untuk tahu cara fokus awak sendiri."

"Try to apply it in your daily routine. Nurture that talent to focus of yours. Its just a basic but I will prove to you how true is my observation. Saya nak awak semua nampak your real ability."

"It doesn't mean you're women that you lack in focus. No. it just you are not able to identify your own ability. Last minutes is not working if you don't know how to work it out. same goes to men."

Semua pelajar sudah tidak sabar mahu tahu lebih lanjut. rata-rata mata mereka fokus kepada stage. Dia senyum senang. seronok melihat anak-anak muda dengan rasa ingin tahu mereka. Kecuali anak dia.. hm.. Anak dia saja yang menunduk bermain telefon. haih..

"Saya akan tunjuk pada awak tapi saya perlu volunteer. But, its okay. Saya tak nak sesiapa volunteer kan diri mereka. Saya akan pilih NOT RANDOMLY."

Semua pelajar pelik. Melihat sesama sendiri.

"Macam saya cakap, I applied this to my kids. Saya nak awak semua tengok macam mana walaupun saya dah apply benda yang sama kepada anak saya but semuanya tak berubah. minda bawah sedarnya. itu beza semulajadi lelaki dan perempuan. Saya nak anak lelaki saya datang ke depan untuk jadi volunteer."

Semua mata mencari-cari kelibat manusia yang mungkin akan bangun.

Falah masih setia dengan permainan onlinenya.

"Siapa weh anak dia.." Salam bertanya. Matanya juga melihat sekeliling. Dia menggerak-gerakkan bahu Falah yang terlalu asyik dengan permainan telefon pintar.

"Ha? Apa? Apa?" terkejut. automatik dia pun melihat sekeliling. mencari-cari apa yang dicari orang lain juga.

"Korang cari apa?" tanyanya setelah apa yang dicari tak dijumpai.

"Tak. Penceramah ni panggil anak lelaki dia pi depan. Anak dia ada lah diantara kita ni maknanya." Balas Salam. dia pun naik fed up juga cari anak orang tu.

"Ohh.. ingat apa tadi." Matanya mahu fokus kembali kepada permainan.

Eh?

Dia pandang ke arah ayahnya diatas pentas.

"Don't let me call your name." Suara authority ayah saja dah buat meremang bulu romanya.

Automatik punggungnya terangkat.

"Ya ayah." katanya sedikit kuat. memang selalu kalau ayah dah buat suara begitu, semua kecut perut kecuali mama. mama je yang tak takut. lagipula ayah nak panggil nama dia. ah! tidak. nanti mesti ayah panggil nama manja. Tak!Tak! Tak boleh.. malu...

Semua mata memandang kearah Falah. Salam pun terkejut.

Mamat ni anak best student ke.. pergh..

"Come forward.." arah Irham.

Macam robot Falah berjalan kedepan. Awkward. semua orang pandang dia. Dah macam redcarpet dia rasa.

terdetik didalam hatinya mahu menoleh kearah Munirah.

Gadis itu mengejek-ejek Falah sebaik sahaja mata Falah dan dia bertemu.

Padan muka! HAHAHA!

Kecik besar kecik besar je aku pandang kau ni,Muya. Siap kau!

Lemah kakinya mahu naik ke pentas. lagi-lagi Munirah yang sedang mengejek-ejek dari bawah. grr..

"This is my son. My 1st child. kan Asyi.. Say, hello guys.. I call him Asyi. His mom call him Achi.." Usik Irham. tahu benar ego macho anak dia tu. konon dah dewasa, tak main dah nickname manja-manja ni.

Alahhhh Ayahhhhhhhh!!!!

"Hello guys." tak bersemangat langsung. Malu lagi adalah. aduhh.. lepasni mesti kena bahan habis ni.

Mata Irham terpandang pula kepada Munirah. Rasa tak percaya Munirah juga belajar disini.

"Another volunteer is also my child. but a daughter. Muya, come forward."

tindakan Munirah yang dari tadi tak berhenti menjelir lidah terus terhenti sebaik saja namanya dipanggil.

Huh?

Dia bangun dari kerusi. Menyesal pula dia berkelakuan begitu didepan Uncle Irham. waduh.

Falah senyum sinis dari atas pentas seakan mengejeknya pula.

"And this one is my daughter. We call her, Muya. Muya, Say Hyeeee.." kata Irham sambil menyuruh Munirah mengikutnya melambaikan tangan.

Munirah hanya menurut. Matanya bertentang dengan Falah.

Huh!Menyampah!

Dua-dua menjeling tak puas hati.

-------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience