Chapter 12

Short Story Series 26456

"Uncle tak sangka Muya belajar tempat sama dengan Asyi." Ujar Irham teruja. Air minuman yang diminta tadi sampai ke atas meja.

Munirah menghirup sedikit airnya. Segan. Dia jadi malu pula dapat berdepan lagi dengan Uncle Irham. Padahal masa kecik dulu, kemana-mana semua Uncle yang teman dan bawa. Dia juga yang hari-hari menapak ke rumah Falah untuk bermain. Kalau Uncle tak kerja, Uncle Irham selalu bawa mereka semua keluar berjalan. Ish. Sekarang dia nak malu-malu pula.

Munirah senyum simpul. Masih segan.

"Muya belajar kos apa?" Tanya Irham. Bila jumpa Muya, dia rasa rindu dengan waktu dulu. Zaman dimana anak-anaknya masih kecil, comel dan mendengar kata. Sekarang? Hmm.. Anak dah besar. Dah tak mahu bermanja lagi dah. Ieya jela ada nak bermanja dengan dia. huu..

"Kos perasan lawa.." Perli Falah. matanya masih fokus dengan permainan online.

Munirah bengang. Falah ni boleh diam tak?! Setiap perkataan yang keluar dari mulut dia semua menyakitkan hati.

Uncle Irham dilihat ketawa senang dengan gurauan bodoh Falah. hmp!

Tangan Munirah memukul kuat bahu Falah yang asyik dengan telefon. Hampir terlepas telefon pintar dari genggamannya.

Padan muka.

Mata Falah mencerlung memandang gadis di sebelahnha. Tangan mahu diangkat, balas balik apa Muya buat dekat dia.

"Falah.." dingin saja suara ayah. Dengan perempuan pun nak berkasar ke.

"Dia ni yang pukul dulu ayah.."

"Mulut Falah yang mula dulu. titik." Irham membetulkan penyataan anaknya. Falah ni cakap memang suka hati dia je.

Falah merajuk. Malas dah dia mahu bercakap. Dari dulu lagi memang asyik Muya je yang tak salah. huh! Siap kau! Ayah aku pun kau nak bodek. grr..

"Muya belajar pendidikan awal kanak-kanak, Uncle.." Dia membalas pertanyaan lelaki itu.

"Wow! Nice choice. Nanti boleh jadi family consultant Uncle eh.."

Munirah senyum simpul. Malu pula bila dipuji sebegitu. Mama dan Papa pun kata kos yang dia ambil ni lekeh. Falah beruntung punya ayah yang sentiasa menyokong.

Falah mencebik. Menyampah.

"And Fal. how is your study? Do you like it?" Tanya Irham. Sepanjang anaknya disini dia jadi risau. Falah tak menunjukkan minat dalam apa-apa bidang. Rasanya satu benda sahaja anak dia suka buat, martial arts. Kalau boleh dia mahu anak dia jadi lebih spesifik akan masa depannya. Martial art itu bukanlah dia tak mahu menyokong. Cuma.. Ayah mana yang sedap hati melihat anaknya ditendang dan ditumbuk walaupun didalam pertandingan. Boleh gugur agaknya jantung dia setiap kali pihak lawan berjaya menyentuh Falah. Tak perlu cakap pertandingan, latihan saja dia sudah tak berapa berkenan melihatnya.

Lebih lagi adik-adik seakan mengikut jejak si Abang. Lagilah dia risau. Macam mana kalau semua anak-anak dia suka bertumbuk? Macam mana kalau anak dia salahguna bakat? Arghh!! Mati sakit jantung dia nanti..

Falah angkat bahu. Dia pun tak tahu. Dia boleh belajar dengan baik cuma dia tak rasa syok pun subjek yang dia ambil.

"Try a lil bit harder.. Find your passion." Nasihat Irham. Anak sulungnya itu hanya mengangguk. Rambut kuningnya. Saja mahu buat mamanya membebel. Sudah banyak kali disuruh menghitamkannya semula. Mahu sikit hari dia botak juga kepala anak yang sorang ni.

"Oh wait. Jom Facetime dengan Auntie dulu. Uncle nak tunjuk dekat Auntie siapa Uncle jumpa harini." Jari menekan-nekan skrin telefon pintar, menghubungi isteri tercinta.
Serta merta wajah Danial muncul di skrin. Isterinya pula dibelakang.

"Dany.. Siapa tu?" Ujar Ieya dari seberang sana. Telefon dihadapkan dihadapan wajah anak kecilnya. Danial yang dari tadi leka bermain dengan permainan fokus kepada skrin. Tidak memerlukan masa yang lama untuk dia mengenalpasti wajah didalam skrin. Laju pula tangannya memegang dan mendekatkan telefon pintar ke mukanya.

"Ayah.. Ayah!" Jerit Danial keriangan.

"Dann.. Buat apa tu.." Tanya Irham. Nadanya bertukar jadi lebih manja.

Dari skrin, Danial menunjukkan permainan ditangan. Menjawab pertanyaan Irham dengan pelatnya. Serta merta Iskandar, si abang kembar juga muncul dari belakang.
Mulutnya dimuncungkan menyentuh skrin.

"Muah!"
Irham mengekek ketawa. Anak yang sorang ni memang kaki cium. Semua orang dia nak cium.

Irham cium juga skrin telefonnya, membalas ciuman Iskandar. Tak kisah apa dah. Dulu masa muda mungkin dia akan pandang pelik kalau tengok orang laki dok cium skrin telefon. Bila dah ada anak, baru dia tahu macam mana seronok dapat cium skrin telefon. Nampak macam orang gila kan? Ha'ah. Dia gila sayang dekat anak-anak dia. Terkekek-kekek anak seorang itu ketawa.

"Abang Asyi pulak nak cium." Falah menyampuk. Dia pun cium skrin telefon ayahnya.

Munirah pula mengekek dalam hati. Bila Uncle buat nampak penyayang. Bila Falah buat nampak penampar. Bhahahaha!

Senyumnya mati sebaik sahaja mata Falah memandangnya tajam.

Suara Auntie Ieya buat dia jadi kembali fokus kepada telefon. Wajah Auntie yang dirindunya terpapar di skrin.

Rindu dekat Mama Falah. Auntie still cantik macam dulu juga. Wajah wanita 40an itu ditatap. Wanita inilah yang selalu memujuknya setiap kali dia dibuli Falah atau dimarahi mamanya. Falah beruntung! Sekali lagi dia cemburu akan kehidupan lelaki bernama Falah Aisyi.

"Itu.. Muya ke?!" Wajahnya makin mendekat ke arah skrin.

Anggukan si suami mengiyakan telahannya.

"Muya dah besar macam Achi! Cantik dah sekarang.." teruja saja suara Ieya. Macam tak percaya dia dapat bertemu lagi dengan anak angkat seorang ni. Masa kecil dulu kalau keluar bersama, dia akan mengaku Munirah anaknya, kembar kepada Falah. Kembar tak seiras. Rindu betul dia dengan anak ini.

"Ye, Auntie. Muya ni.."Senyumnya lebar. Tak sangka Auntie ingat dia lagi. Mahu saja dia peluk Auntie bagi melepaskan rindu. Dia rindu Auntie Ieya. Dia rindu melihat wanita itu melukis, mewarna, memasak, melayan mereka bermain, marah.. Dia rindu.

"Nanti Muya datanglah rumah Auntie,okay? Cuti semester nanti datang cuti rumah auntie tau!" ajak Ieya. Sebelah tangan memegang telefon. Sebelah lagi memeluk Danial yang melompat-lompat di ribanya. Manakala Iskandar pula sibuk mahu pegang telefon, nak cium lagi.

Menyedari kelam kabutnya keadaan pihak sana, Munirah hanya mengangguk. Auntie pasti tidak menang tangan sekarang. Dia tak mahu borak berlama-lama.

"Dann.. Is.. Duduk elok-elok. Kesian mama." Irham memberikan arahan. Walaupun dia kerap memanjakan anak, tapi tidak bermaksud dia tak mendisiplinkan anak-anaknya. Kalau dia melepaskan tanggungjawab mendisiplinkan anak ke tangan Ieya, maknanya makin tak terkawal lah anak mereka. Ieya walaupun garang namun lembut hati. Mudah memaafkan dam melupakan salah anak. anak-anak pun jadi lupa tak nak buat lagi.

Automatik Danial dan Iskandar duduk diam. Dua-dua berlari ke arah longgokan mainan di ruang tamu.

Susah ada anak kembar. Apalagi Danial dan Iskandar. Mula-mula teruja sebab dapat dua anak sekaligus,tapi macam sehati sejiwa pula Danial dan Iskandar. Tiap malam menangis. Kalau sorang je menangis,tak apa lah. Boleh gilir-gilir. Tapi lain pula anak mereka. Kalau seorang menangis, Seorang lagi tukang sambung. Sorang berhenti, sorang sambung. Kalau nak tidur tu lagi payah. Anak yang lain kalau masa bayi,mereka berdua buat-buat tidur je. Nanti anak tertidur sendiri. Danial dengan Iskandar? Jangan harap...

Bila Danial tertidur, Iskandar tolong kejut. Malam-malam mereka main berdua. Last-last kena tidur berasing. Ieya tidur dengan Danial dalam master bedroom, Irham tidur dengan Iskandar dalam bilik kerja. Paling pun kalau tak larat, dia minta Ghazi dan Salina menidurkan adik-adik. Haiya.. Cukuplah sepasang je anak kembar mereka. Tak sanggup!

Jarum jam menunjukkan pukul 2:30 tengahari. Sudah tiba masanya dia bergerak pulang ke Pahang. Perjalanan pulang saja sudah mengambil masa beberapa jam. Lagi lambat dia bergerak pulang, entah pukul berapa lah dia sampai nanti.

Dompet dikeluarkan dari dalam poket dan menghulur beberapa keping not RM100 kepada Falah.

"Yeay! Duit! Yes!" Mata sudah bersinar-sinar melihat not-not seratus dihulur oleh Ayah. Laju tangannya mencapai.

"Ingat! Balik ni, I don't want to see this." Rambut blonde anaknya ditarik-tarik. Sumpah dia kunci pintu kalau Falah balik cuti dengan rambut tah apa-apa ni. Sakit mata je.

Falah hanya menyengih.

Okay Boss!

Dia mencium tangan Ayah sebelum lelaki itu berlalu ke keretanya.

"Apa kau pandang-pandang? nak gaduh?"

Asal perempuan ni. Pandang-pandang pulak. Nak kena penyepak aku ke?

Munirah mencebik.

"Sorry.. Aku tak pukul anak bapak.." Sindirnya.

Falah anak bapak.. Falah anak bapak..

Arghh! nak aje aku ejek dia sekarang. Tapi mampu ejek dalam hati je. huk.

"Apa kau cakap? Kau memang dah lama tak rasa kaki aku kan."

Badannya dipusingkan menghadap Munirah. Wajah didekatkan.

"Kau ni dari dulu penakut. Muka kau penuh ketakutan. Ketakutan dekat aku." Dia gelak macam hantu. Ah, Munirah ni kacang je. Sekali dia tiup dah melayang. heh. Ada hati nak sindir aku pulak.

Munirah menghalakan pandangannya ke arah lain. Bukan dia takut Falah, cuma dia tak mampu untuk memandang wajah lelaki itu. Dari dulu lagi. Setiap kali wajah dan mata itu mendekat dengannya, dia jadi gemuruh. Hilang segala kekuatannya. Nak cakap dia takutkan Falah, Ya dia mengaku dia memang selalu kena buli.. Selalu kalah dengan Falah. Tapi tu bukan bermakna dia takut. Dia tak takut walaupun dia selalu kalah. Dia cuma gemuruh setiap kali Falah pandangnya begini.

Bahu Munirah ditolak kuat. Bibirnya senyum sinis.

"Dah lah. Aku malas nak bergaduh dengan budak lemah macam kau. buang masa. Tepi! Aku nak lalu."

Tolakannya yang kuat membuatkan gadis itu kebelakang dan terjatuh. Munirah tak sempat mahu menahan kakinya dan menyebabkan dia hilang keseimbangan.

"Aduh!!"

Mak aih. Kurang ajar nya dia ni! Nasib lah punggung mampat. Kalau tak,boleh retak tulang punggung aku jatuh atas batu bata ni. hish!

Laju Falah berpaling ke belakang sebaik saja mendengar jeritan kecil Munirah. Nak gugur jantungnya melihat gadis itu terduduk di atas jalan raya.

"Kau ni! Kena tolak sikit pun tumbang! Lemah! Bangunlah!" jerkahnya. Tangan dihulur. Ingin menarik gadis itu bangun.

Mata menjeling Falah. Tak mahu hulur tangan! Tak sudi nak pegang tangan si kurang ajar ni. huh! Tak ada adab betul tolak-tolak perempuan lemah dan baik macam dia ni.

"Jangan nak jeling-jeling pulak. Kejap lagi aku tanam kau dalam tanah pulak kang." Tangan mencapai tangan Munirah. Dengan kasar. dia menarik gadis itu bangun dari duduk.

"Kejam.. Dah buat salah, bukan nak minta maaf." ditepuk-tepuk sedikit punggungnya pagi menghilangkan segala batu batu kecil yang melekat di seluar dan tapak tangan.

"Siapa kau suruh minta maaf? Siapa?"digenggam lengan Munirah sekuat mungkin. Selamba je kau nak suruh aku minta maaf. Siap cakap aku buat salah lagi.Aku tampar muka keding kau tu sampai senget sebelah kang baru tahu!

Munirah muncung. Tangan memukul kuat tangan Falah yang menggenggam lengannya. Sakit!

"Kau lah! Berlagak." Jeritnya. Lengan aku sakit lah gila!

lelaki berambut blonde itu senyum sinis.

"Kau tu perasan lawa." genggaman dilepaskan.

"Padahal dulu kau tu gemuk, comot, hitam, hodoh!" disindirnya Munirah sepuas hati dia.

Hmp. Munirah lembap ni..

Bibir diketap. Sakit hati mendengar cemuhan Falah padanya. Falah tak pernah nak cakap benda baik pasal dia! Asyik dia aje yang memandang tinggi lelaki itu. Lebih menyakitkan bila semua yang diperkatakan oleh Falah betul segalanya.

"Falah bodoh! Tak guna!" Buku nota setebal sebuah novel itu dibaling. Dia mengangkat kaki,lari dari situ. Hatinya sebak.

Sekali lagi Falah sakitkan hati dia. Entah dah berapa juta kali dia terluka dengan kata-kata lelaki itu.

Falah memang tak guna! Mulut dia tu macam longkang. Busuk! Hati dia pun busuk! Segala macam dekat diri dia tu semuanya busuk! Tak boleh pakai!

--------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience