Chapter 21

Short Story Series 26455

"Falah!" Laungnya dari kejauhan.

Sejak kes haritu, Falah sudah tidak lagi bercakap dengannya. Nak pandang pun lelaki itu sudah tidak sudi. Kalau sebelum ni, asal jumpa saja mereka pasti bertekak.

Sekarang, dia macam halimunan. Naik bas pun dia dah tak duduk bersebelah. Selalunya Falah ni seorang yang mudah kesiankan dia. Tapi tak lagi. Dia dibiarkan menjinjing beg berat macam batu ini sendiri. Falah menonong saja kedepan terus masuk ke hostelnya.

Laungannya dibiarkan sepi. Falah terus berbual dengan beberapa rakan sekelasnya. Dia dibelakang dianggap seperti tidak wujud pula.

"Okay lah bro. Aku ada kelas lain." Ujar lelaki itu lalu pergi meninggalkan kumpulannya.

Munirah senyum lebar. Peluang dia mahu menegur Falah. Dia berlari mendapatkan lelaki itu.

"Weh. Kau boleh tolong aku kan?" rayu teman bilik sebelah. Dia lemah betul orang macam ni. Kotak hadiah yang disua si gadis disambut.

"Kalau dia ambil, okay? Kalau dia tak sudi, aku pulang balik." jawabnya malas. Dalam hati, dia saja yang tahu. Sudah beberapa hari dia memikirkan cara untuk dia menegur Falah diluar. Akhirnya ada juga alasan untuk dia bertegur sapa dengan lelaki itu.

Kotak hadiah dimasukkan kedalam beg. Senyumannya terukir.

Dalam kepala dia penuh dengan Falah. Falah masa kecil adalah yang paaalingg hensem.Tah kenapa lah bila dah besar ni, muka lelaki itu berubah jadi agak garang. Dia lagi suka Falah yang dulu, yang wajahnya sentiasa ceria walaupun kebanyakan masa jahat nak mampus.

"Falah!" sapanya. Dia melompat dihadapan si lelaki dengan rambut blonde dan hitam itu.

Falah diam.

Bisu dah ke mamat ni?

"Nah! Hadiah. Ada orang bagi." Kotak hadiah yang malam tadi diberi oleh jiran biliknya diserahkan kepada Falah.

Munirah senyum simpul apabila hadiah ditangannya disambut oleh Falah. Dengan harapan selepas ini hubungan mereka akan kembali pulih. Dia sanggup kalau Falah nak buli dia sampai ke liang lahad sekali pun.

Dibuli Falah lebih baik rasanya dari dibuang jauh. Dia rasa seperti dia hilang seseorang yang paling penting dalam hidup.

Kertas yang membungkus hadiah dikoyak dengan kasar. dan Tadaa !!

Sebuah jam tangan dengan design yang unik. Cumanya murah.

Lelaki itu mencebik. Dia tutup semula kotak tersebut dan melepaskan kotak jam tadi hingga jatuh kelantai .

"Kau panggil aku, sebab ni je? Kau siapa?" katanya tidak berperasaan. Memang hilang sudah semuanya.

Dia sudah tidak berminat. Munirah yang didepan matanya kini cuma Munirah. Bukan Munirah dia.

Munirah menjatuhkan lutut. Dia mengutip kembali apa yang dibuang Falah tadi. Geram.

"Kau tak tahu menghargai ke? Kalau tak suka, bagilah balik. Tak payah buang!" Hati dia mula panas. Kesian hadiah jiran aku.

"Huh. Kau datang tah dari mana, aku kenal kau pun tak.. nak suruh aku buat baik. Kau siapa? Kau ingat kau siapa? Aku menyampah betul tengok muka kau.."

Matanya merenung mata Munirah.

"Mata tu mata Munirah aku. Kalau kau ingat kau ada semua yang Munirah aku ada, aku kena layan kau macam aku layan dia. Munirah aku bukan perempuan macam kau. Palsu. Semua pasal kau ni, semuanya palsu. Munirah aku tak pernah persoalkan keikhlasan. Kau ada Muya, tapi kau bukan dia. Muya aku dah tak ada. Kau boleh pergi mampus cepat-cepat. Aku menyampah tengok muka kau. Muka kau ni hak Munirah aku, kau pakai muka dia, mata dia untuk realisasikan diri kau yang penuh kepalsuan ni. Hati dia pun kau ubah. Jijik. Aku benci orang macam kau. Yang bila dah dapat apa kau impikan, kau hilang diri sendiri. Mulai harini, aku anggap Munirah aku dah mati. Kau boleh blah dari hidup aku.."

Dia sudah tidak nampak lagi Munirah yang sebenar dalam diri gadis ini. Kalau dulu dia seperti tidak boleh terima kenyataan, dia masih mahu lihat Munirah yang dulu dalam diri Munirah yang sekarang.

sekarang tidak lagi. Dia sudah terima kenyataan dengan hati terbuka. Tak perlu lagi dia susah payah cuba menerima gadis ini. Munirah dia cuma tinggal kenangan.

Air mata Munirah mula mahu bertakung.

Seburuk itukah aku dimata dia?

"Jangan muncul depan mata aku lagi kalau kau sayang muka kau yang plastik tu." dihabiskan kata-katanya penuh ugutan.

Geram. Marah.

Kau guna suara Munirah aku, lebih membuatkan aku sakit hati dengan kau. Kalau boleh kau jangan bersuara sikit pun depan aku.

"Yang aku suka, Muya. Bukan kau, plastik."

Falah menyambung langkahnya meninggalkan gadis itu sendiri. Hatinya sudah tertutup seperti mana hilangnya Munirah si gemuk dahulu.

Ah.. Pertama kali dia merasa sesakit ini. Setiap langkah Falah seperti meninggalkan belahan pisau dihatinya. Dia mahu menangis tapi dia menahan sedaya upaya.

Sampai hati Falah.

Buruk sangatkah dia?

Dia ingat kalau dia jadi cantik, menarik.. Sekurangnya dia tak akan lagi rasa rendah diri. Falah pun tak lagi rasa malu dengannya. Tapi, sebaliknya. Falah jijik dengan dia?

Kotak hadiah tadi dimasukkan kedalam beg. Dia mahu pulang kebilik. Dia mahu merembaskan airmata sepuas yang boleh.


***

Rokok didalam poket seluar dikeluarkan. Dihulur sebatang kepada Syafiq.

"Thanks bro."

"Don't mention. Tak luak pun."

Berkepul-kepul asap memenuhi ruang udara. Mana tah Aden ni. Kata sekejap, ini mahu sejam menunggu.

"Bro, kau tak ada awek ke?"Soal Syafiq. Memang dia agak pelik juga dengan Falah. Muka cantik menarik kau memang de'bom gini tak kan lah tak ada awek. Rugi..

Ada banyak lagi awek sanggup menyerah diri. Menyembah Duli yang Maha Mulia Falah Aisyi pun mereka sanggup. Kalau dia, sudah lama dia terkam saja semuanya.

Gelengan dari Falah menjawab pertanyaannya.

Falah lebih tertarik dengan kepulan asal dari berborak pasal perempuan dengan dia.

Tapi Syafiq masih tidka berputus asa. Lelaki seperti mereka ini sepatutnya enjoy zaman muda. Masa beginilah kalau mereka nak merasa bermacam jenis perempuan. Tak payah cakap pasal suci lah. Mana nak jumpa perempuan suci, semua lebih kurang mereka juga. Main sini sana.

"Ransangan seksual perlukan dua orang yang saling mencintai." Jawab Falah selamba.

Dia memang malas mahu menjawab dan melayan ajakan Syafiq ini. Ini pun entah dari mana Syafiq bawa dua orang gadis seksa depan mata dia ni. Dalam semak begini. Memang tak ada kerja.

"Apa susah bro. Harini kau cinta lah. Esok tak payahlah cinta dah." Balas Syafiq sambil memeluk erat gadis disebelahnya. Gadis itu pula nampaknya seakan merelakan saja perbuatan si Syafiq.

Seorang lagi gadis pula hanya menatap wajah Falah dengan penuh minat.

Falah diam. Dia fokus menghabiskan batang rokoknya. Lagi bagus dari dia layan si Syafiq ni punya cakap. Jam ditangan dibelek.

Nampaknya Aden tak akan datang ni. Ceh..

Buang masa aku saja disini. Baik aku balik tidur kalau macam ni.

Putung rokok dipijak. Dia memukul perlahan punggungnya, menghilangkan semua pasir dan tanah yang terlekat diseluar.

"Bro, aku balik dulu lah. Esok aku kuliah pagi." Dia meminta diri untuk pulang. Syafiq mengabaikan kata-katanya.

Syok sangat dilayan dan melayan. Aish.

Gadis bernama Tira itu mengikutinya dari belakang.

"Kenapa ikut aku?"

Aku nak baliklah, perempuan.

"Saja. You ni memang keras hati kan?" Jawab si seksi.

Baju dengan belahan yang luas dibahagian dada dengan skirt yang terlalu pendek.

Kalau adik aku ni, aku sebat pakai buluh. Biar gatal satu badan.

"So?"

Kalini lengannya pula dipaut. Senyuman manja diukir untuk lelaki bernama Falah. Dia mahu lelaki itu. Sudah lama dia memerhati.

Falah memang lelaki idamannya.

Wajah yang tampan dan garang, bentuk tubuhnya yang tegap, riak kerasnya. Oh Tuhan. Lelaki ini benar bikin dia cair.

Dia mahu sentuhan lelaki itu. Dia mahu belaiannya. Dia mahu sentiasa dengan Falah.

"I suka You. Dari mula I jumpa You, I dah jatuh hati pada You." penuh romantis dan manja.

Tapi masih tidak mampu meruntuhkan kerasnya hati seorang Falah.

"Tapi malang.. I tak suka You." Pautan Tira dilepaskan . Serabut.

Dia rimas apabila Tira tidak habis-habis cuba memaut lengannya. Sudahlah setiap kali gadis itu merapat, dia dapat melihat aurat paling bahaya si Tira. Sikit hari, ada yang kena penampar maut aku ni. Berpusing juga kepala minah ni nanti.

Gadis itu menghentikan langkahnya sebaik saja Falah sudah masuk melepasi pagar antara hostel dan juga semak dibelakang bangunan.

'tahu takut nak masuk. Kah!'

"Bie.. I will wait for you." Flying kiss diberikan.

Falah buat wajah selamba.

I taknak jumpa you pun, baby..

huh.

Esok, mahu dia sekeh kepala si Aden.


***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience