Chapter 13

Short Story Series 26456

"Arghhhhh!!!!!"

Munirah menjerit sekuat hati. Penat dan bosan! Mengingatkan apa yancg dikatakan kawan sekelasnya tadi, hatinya jadi membara semula.

Tah apa-apa. Dia tak boleh nak hadam kata-kata Adilla tadi. Habis geli-geleman satu badan aku. Ewww!

Aku dengan Falah?

Please lah. Aku mati hidup balik pun benda tu tak akan berlaku. No!

Air soya kotak ditangan dihirup namun terasa kelat sebaik sahaja wajah poyo dan berlagak Falah muncul didalam mindanya.

Gila! Gila.. Ini semua gila. Aku ni dah gila!!!

--------------------------------------------------------------------

"Sungguh Dahsyatnyaaaaaa... Cintaku Kepada Kamu.. Aku Moh."

Kepala diketuk kuat. Habis terhenti feeling dia menyanyi tadi. Falah ni..

"Kau ni jangan buat malu. Habis semua orang tengok arah kita ni." Kertas Burger DoubleCheese itu dibuka. Air Coke cawan besar dihirup sepuasnya. Ahh.. lega.

Salam sengih saja. Baru terasa malu bila semua orang pandang ke dia. Muka dihalakan kebawah. Fokus dekat burgernya.

"Eh, Salam?" Sapa seseorang dari sebelah kanannya. Wajah diangkat.

Adilla. Gadis satu kelab dengannya sedang berdiri betul-betul dihadapan mereka sambil memegang dulang yang dipenuhi makanan. Dan dibelakang Adilla pula..

"Ha,Kau lagi!" Ujar Falah tidak puas hati. Mana dia pergi mesti nampak muka cekeding ni.

Munirah senyap saja. Buat-buat tak kenal Falah Aisyi. Kalau tak kenal terus lagi bagus kot. Dia tarik tangan Adilla untuk duduk di seat lain namun punggung Adilla ternyata lebih laju dari tangan dia. Adilla dah duduk kemas atas kerusi berdepan Salam.

Dia mendengus. Malas betullah nak tengok muka mamat ni.

Dia jatuhkan punggungnya dengan kasar. Bengang punya pasal. Akibatnya punggung dia sendiri sakit. Ish! Punggung aku jadi sakit sekarang pun salah Falah juga. Semua yang malang jadi dalam hidup aku ni semua salah Falah!

Falah ketawa mengejek.

"Sakit kak?" Sinis saja nadanya. huh!

"Tak pun!" Munirah menjeling. Memang tak la aku nak main tenung-tenung dengan kau ni kan. huh!

Kentang disumbat kedalam mulut. Adilla dengan Salam rancak berbual berdua. Adilla kalau dah jumpa member kelate dia,lupa terus aku ni. Adoi..

Dia masih tak mahu pandang ke wajah Falah. Dari ekor mata dia perasan Falah merenung wajahnya dari tadi.

Harap aku tegur kau ke, labu? Jangan harap!

Uhuk! Uhuk!

Dada ditepuk-tepuk. Tersalah telan pulak. Ni semua salah Falah lagi! Kalau dia tak tenung aku, takde lah aku tersedak ni.

"Uish. Kau ni kenapa. Makan kentang pun tercekik ke." Adilla mencapai air cawan yang dihulur oleh Falah dan menyuakannya kepada Munirah. Dia menepuk-nepuk belakang gadis bertopi itu.

Tak mampu mahu menahan rasa geli hati, akhirnya pecah ketawa kecil yang dari tadi ditahan-tahan. Salam sudah menjegilkan mata. Selamba je Falah ni gelak. Awek tengah dalam kesusahan ni.

Mendengar ketawa Falah, Adilla juga terikut sama. Munirah sudah mengetap bibir dan penumbuk. Falah memang nak kena!

"Kau gelakkan aku kan?!" Suara sudah mula mahu meninggi.

"Mana ada. Takde kerja aku nak gelakkan kau." Ketawa masih bersisa.

Geram!Geram! Ah! Pandangan Falah saja sudah jelas mengejek-ejek dia. Tak payah tunggu dia ketawa, semua yang melekat dekat diri Falah tu sendiri memang suka mengejek dia. Mata dia, muka dia,mulut dia. erghhhh!!

"Tipu! Kau tu memang sukakan bila tengok aku menderita.." Balas Munirah semula.

Falah hirup airnya. Buat tak tahu.

Ei.. Dia boleh buat tak tahu bila aku bercakap, macam aku ni orang gila yang tiba-tiba mengamuk.

"takde lah. Perasaan kau je tu.." Pujuk Adilla. Risau juga dia bila tiba-tiba Munirah ni mencari pasal.

"Memang dia gelakkan aku pun. Kalau kau nak tahu, dia ni lah mamat yang aku cerita dekat kau yang jahat gila tu!"

Adilla terkejut. Salam juga ikut terkejut.

Kau kenal awek lawa ni dari dulu ke,Fal.. Sampai hati tak kenalkan kat aku.. huuk..

"Mamat ni ke?" ragu-ragu juga dengan statement Munirah ni. Mana mungkin mamat sehensem dan sebaik Falah ni jahat macam tu. Eish.. Impossible..

Munirah mencebik. Hari ni aku menang,Falah Aisyi! Macam tak percaya ini hari pertama aku berjaya mahu memburuk-burukkan engkau depan peminat utama kau!

"Ha'ah.. Kau tahu tak yang.." Belum habis dia bercakap, Falah mengangkat tangannya dari meja.

Erk!

"Baby.." Tangan Munirah digenggam lembut. Mata memandang gadis itu romantik.

Tersembur air dalam mulut Salam. Adilla lagi lah. Mahu nak terkeluar anak tekak dia dengar panggilan Falah pada Munirah. Munirah? Jantungnya sudah Dup Dap Dup Dap..

"Have a seat." Arah Falah lembut.

Munirah konfius. Apa jadi ni? Eh.......

Dia pandang ke Adilla. Meminta penjelasan namum dia tak rasa jawapan ada pada Adilla. Malah Adilla pula yang sengih-sengih pandang dia. ha?!

"Kau nak apa sebenarnya?" Curious juga aku dengan perangai dia yang tiba-tiba berubah ni. Falah ni dah gila ke..

"Aku nak suruh kau diam."

Erk?

Amik tu kena sebijik. Dari tadi mengamuk macam orang tak betul je depan orang ramai ni. Munirah ni menggelabah betul. Cuba tengok sekeliling dulu kalau nak attack pun. Ngok!

Bibir automatik terkunci. Baru dia sedar betapa tak manisnya perangai dia ni. Depan Salam ni pulak. Tah apa lah pandangan Salam dekat dia yang tak betul tadi.

"Err.. Sorry." sambung kunyah nugget ayamnya pula. Mata memandang kearah lain. Jadi malu pula nak bertentang mata dengan Falah lepas tunjuk perangai tak senonoh tadi. Arghh!!

Dia mengunyah dengan penuh sopan dan santun. Macam gadis melayu terakhir. Habis rosak imej gara-gara gila dia tadi.

"Pftt! Tak payahlah nak acah sopan santun pulak. Kunyah je macam biasa."

"Kau ni memang suka sakitkan hati aku kan.."

"Haah." Dia menghirup airnya.

"Apasal?! aku tak kacau kau pun kan." gigi diketap. Rasa nak gigit je si Falah ni sampai putus dua.

Dia gigit nugget macam dia tengah gigit Falah. Muka selamba dia tu selalu buat hati aku membara.

"Sebab kau comel bila marah."

Kunyahan Munirah terhenti,begitu juga jantungnya. Untuk sesaat dua,tiada hembusan nafas yang keluar dari mulutnya.

"ha..ha?" buntu. Betul ke apa yang aku dengar ni?

"At last! Kau diam jugak." Falah ketawa kecil. Senyumannya saja sudah buat Adilla disebelah memukul-mukul bahu Munirah.

Waduh.. Gedik pula minah sebelah ni. Mata dijegilkan pada Adilla. Baru gadis itu berhenti memukulnya.

Munirah sambung kunyahannya. Dah malas dah nak bercakap dengan Falah.

Tah kenapa tadi dia rasa sedikit gembira. Ah, mainan perasaan je semua tu. Semua ni salah Falah!

"Erm.. By the way, Falah dengan Munirah betul ke dah lama kenal?" Adilla teruja ingin tahu. Minah kepochi ni. Nanti habis satu bilik satu asrama satu universiti ni tahu pulak nanti.

Lelaki dengan Tshirt hitam itu mengangguk. Senyum saja memandang Adilla. Dia bagi senyuman tahap sepuluh dia tu. ceh! Dengan aku takdenya nak senyum macam tu. Asyik selamba je muka dia. Tak pun dia bagi aku senyuman tahap setan dia. Huh!

Dengan awek lain,punya manis senyuman kau ye!

"Kenapa selalu gaduh dengan dia? Korang kan kawan lama.." Adilla cuba memberi nasihat.

hmp! Tak payahlah susah-susah meneutralkan hubungan kami, Dilla. Dia ni mana dengar nasihat..

Munirah membuang pandang kearah orang ramai di luar tingkap restoran.

"She deserved it. She betrayed me first."

Membulat mata aku mendengar jawapan Falah. Sejak bila aku khianati dia?! Dia yang khianati aku! Penipu!

"I didn't. You did!" Tangan menghentak kuat meja. Sudah! Aku dah menyampah dengan Falah!

Semua salah dia,dia tak mengaku! Dan sekarang dia cuba tuduh aku pula khianati dia. Bila masa aku buat semua tu! Yang aku ingat adalah aku seorang kawan yang selalu ikut telunjuk dia sampailah satu hari dia panggil aku gemok! Dia orang yang paling aku suka dan percaya dalam hidup aku tapi dia sebenarnya sama macam orang lain!

Senyum sinis Falah buat aku kecewa. Falah tetap Falah. He never admit his own mistakes!

Beg aku tarik kasar dari kerusi. Aku angkat kaki dari sini lagi bagus dari aku pandang muka jijik dia!

jeritan Adilla dari belakang aku abaikan. Aku tahu Adilla mengikuti aku dari belakang. Tak mungkin dia mahu lepak dengan dua orang lelaki itu kalau tiada teman. Hati aku masih membara. Dalam sakitnya hati, terselit juga rasa kecewa dan sedih. Sedih kerana sekali lagi aku rasa dikhianati.

Sungguhnya dikhianati orang yang paling kita sayang dan percaya lebih menyakitkan. Aku faham kalau orang lain hina aku, kata aku hodoh gemuk dan lain-lain. Aku takkan marah sebab aku selalu ada Falah. Cuma dia saja yang selalu baik dengan aku. Tapi tak sangka disebalik senyuman dia dulu, sebenarnya dia pun memang pandang aku jijik macam orang lain!

Aku benci diri aku. Aku nak lupakan semuanya. Aku mahu lupakan Falah! Dia tak pernah bertempat dalam hati aku walau sikitpun!

"Kau okay ke?" Belakang Munirah diusap. Marah betul Munirah dengan Falah. Agaknya teruk sangatkah penangan kata-kata Falah padanya.

Hanya anggukan saja yang diterima gadis itu. Keluhan dilepaskan seperti dia sedang melepaskan bebanan yang berat dari hatinya.

"Kau tahu Dilla, Dikhianati orang yang kita sayang adalah yang paling menyakitkan berbanding dipinggirkan orang ramai." Sayu saja suaranya.

"Macam yang kau cerita tu ke? Falah.."

Munirah mengangguk. Memang itu yang jadi. Satu hari, tiba-tiba segalanya berubah. Falah tak pandang dia, Falah benci dia, Falah malah halau dia jauh. Dia sendiri tak tahu kenapa. Hatinya sedih tapi dia tak putus asa. Dia mahu Falah kawan dia semula. Dia mahu Falah senyum lagi bila nampak dia. Namun semuanya musnah bila akhirnya dia nampak warna sebenar lelaki itu. Dia serik! Sakit! Tak pernah ada luka luaran yang sesakit luka dalamannya. Hatinya berkecai.

"Kau suka dia lagi lah kan?" Adilla senyum simpul.

Mahu terloncat hatinya untuk seketika. Suka Falah? No Way!

Munirah geleng kepala. Tak! Tak! Dia tak suka Falah dah!

"Kalau kau tak suka dia, Takkan lah kau marah sampai sekarang. Patutnya dah boleh move on dah.." Komen Adilla pula.

Munirah terdiam. Kalini dia betul tak tahu mahu balas apa. Suka Falah? Suka? Suka macam.. macam.. Falah tu seorang lelaki? erk!

--------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience