Chapter 4

Short Story Series 26456

"Muya, kau balik bilik terus ke?"

rambut kusut masai dan basah itu dikeringkan dengan tuala. tuala kecil bergambar arnab itu dicium. wangi!

dia suka benda wangi. beg pun setiap minggu dibasuh biar wangi. nampak dia keras tapi dia anak manja sebenarnya.

"haah. penatlah. nak balik." loker ditutup.

"ala,baru nak ajak makan.." omel Nur.

aku sengih je. memang tak laa aku nak makan. aku ni kena diet. kejap je berat aku dah naik. no......

"takpelah kau gi lah. aku kenyang." walaupun sebenarnya aku lapar........ huuu..

Nur meminta diri untuk pulang dahulu. yang lain juga begitu. selesai mengeringkan rambut dan menyimpan baju uniform kelab dalam plastik dia meninggalkan bilik persalinan.

pintu bilik kelab dikunci.

tiba-tiba dia terasa seram sejuk. bulu romanya tegak.

dahlah malam. gelap pula. seram semacam. tak de orang ke yang lalu lalang? macam mana ni kalau ada orang jahat.

bunyi tapak kasut perlahan datang menghampiri. dia berjalan laju meninggalkan bilik kelab. namun derapan tapak kaki itu seakan mengejar dia. dia jadi takut lalu berhenti bersembunyi dibalik dinding.

"mama..." hampir mengalir airmata. takut ya amat. rasa macam bila-bila masa benda tu boleh terpacak depan mata dia.

pap!

terus terbuka matanya apabila ada tangan yang berehat dibahu kiri.

"munirahhh...."

"hhuaaaa !!!!!" air mata laju mengalir sebaik sahaja dia melihatkan kelibat kain putih menjenguk kearahnya.

hilaian tawa pecah. kain putih yang tadi seakan terapung dalam gelap selamat terbaring diatas lantai.

airmata yang tadi mengalir laju terus berhenti. sebal! bengang!

cahaya dari skrin telefon bimbit menyedarkan dia bahawa dia telah dipermainkan.

"kau kena tengok muka kau tadi. kahkahkah! lawak gila!kau terkejut camni.." sambil memimik semula muka terkejut Munirah sebentar tadi. lepastu dia sambung balik gelak pecah perutnya.

munirah bengang. ya. dia bengang dengan lelaki itu. .

"apa kau nak?!" tanya Muya. mukanya jelas tak suka. memang sengaja dia tunjuk dia tak suka. kalau boleh biar lelaki depan ni sedar dikit yang memang dia tak suka langsung jumpa Falah.

Falah cuba menghentikan tawanya.

"saja kacau kau. aku nampak kau dekat kelab tadi." sengihnya. rasanya ini kali pertama dia rasa senang hati sepanjang berada di universiti ini.

"kau ni takde keje lain eh"

Falah menggeleng. penat dia tunggu peluang untuk menakutkan Munirah a.k.a Muya. nama Muya melekat dengan gadis itu sebab dahulu dia sangat susah menyebut R. akhirnya dia memanggil gadis ini Muya. ketika masuk sekolah rendah,mereka satu kelas. Munirah pemalu. jadi dia selalu menjerit nama Muya membuatkan semua orang termasuk cikgu juga memanggil panggilan yang sama.

"kau ni tak berubah. penakut macam dulu jugak. kenapa kau pendekkan rambut?" rambut gadis itu ditarik-tarik.

Muya mengaduh sakit. dia cuba melepaskan genggaman Falah dari rambutnya.

"kau potong rambut pendek pun nampak kelakar. masa kecik dulu rambut kau panjang pun kelakar. kenapa kau tak gemok lagi?" tanya Falah lagi. kalini dia menarik pula leher baju Muya, menengok saiz baju gadis itu.

Muya cuba melepaskan genggaman Falah dari leher bajunya pula.

"hmm. S. dah macam kerengga aku tengok kau ni. macam mana kau boleh masuk self defense ni? kau ingat kau boleh kalahkan aku?"

belum sempat Muya menjawab, Falah sudah menyambung.

"apa-apa jelah. asalkan kau ada kat sini takdelah aku bosan."

Muya? kecewa setelah mendengar kata-kata lelaki itu.

maknanya lepasni hidup dia tak akan aman lagi. hmm.

"kau tau,aku bosan gila dekat sini. diorang semua ni cheap! menyibuk hal aku, kejar status.. bosannn... semua tak seronok untuk dikerjakan. buang masa. tapi..."

tapi apa?

"sekarang ada kau. haha! meh nombor telefon kau?" tangan dia dah menadah meminta telefon Muya.

Muya menggeleng.

belum sempat dia jawab lagi,Falah sudah menyeluk tangan kedalam beg sandangnya.

"lembap. kau ni aku minta telefon pun lembap. aku bukan nak ngorat kau pun. cuba jangan lembap sangat."

dia miskol nombornya dari telefon Muya.

"nah! password pun kau tak tukar. aku tahulah password kau. kau suka aku kan dulu.. password kau nama aku..tch. predictable."

ya Allah, gila punya malu!!! mana dia tahu!! oh no no.. aku tak suka dia dah ye. aku idolakan dia je. lagipun sebab nama dia unik tu aku letak dekat password.

"ma..mana.."

"kau jangan suka aku pulak sekarang. annoying. okay lah. nanti aku kol kau. babai. "

sempat dia bagi flying kiss.

aku rasa nak bagi flying kick je dekat muka dia tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience