Chapter 9

Short Story Series 26455

Munirah menatap wajahnya didalam pantulan air cawannya. pipinya sedikit lebam akibat tendangan senior tadi. dia hanya mampu duduk saja memandangkan kecederaan yang tadi masih belum pulih.

kenapa lah aku selalu gagal dalam setiap benda yang aku buat.. kenapa aku tak macam Falah. Dia sentiasa yang terbaik.

hidup tak adil! aku berusaha lagi kuat. lagi dan lagi. tetap juga aku kalah dengan dia. diselamatkan oleh dia pulak. tak guna.

cawan digenggam kuat. melepaskan amarahnya melalui genggaman tersebut.

kalau Falah tak datang, tak wujud dalam hidup aku,pasti hidup aku lebih tenang dan gembira. tanpa sedar,aku sedaya upaya cuba kejar bayang dia, berdiri sama tinggi dengannya.

dia geram dengan diri sendiri sebab kalah depan mata Falah.

"woi." suara sumbang Falah kedengaran. Munirah menoleh ke kiri dan ke kanan mencari kelibat lelaki itu.

tiada sesiapa.

apa pula yang tegur aku tadi. ish.

"sini lah ngok. sini.." suara tadi masih kedengaran. Munirah sudah mula mahu menarik selimutnya.

teringat pula pada cerita hantu kira yang suka mengira pelajar yang sedang tidur. seramnya.

Falah tepuk dahi. ada yang nak kena tempeleng dengan aku ni.

"woi, minachi. bawah ni lah." dia bangun dari bawah katil. mulanya dia nak tidur diatas kerusi tapi tak selesa. sofa pun tak ada. dia baring terus bawah katil pesakit. sejuk dan selesa lagi.

Munirah menoleh ke bawah. Falah menggosok-gosok kepalanya yang terhantuk ketika bangun.

"kau kenapa tidur kat sini?" Wajah ditegangkan.

masa tak nak tengok Falah ni lah Falah ni nak ada depan mata. dah lah tengah sedih ni.

Falah mencebik. tanya soalan bodoh betullah dia ni.

kepala Munirah ditolak.

"aku teman kau lah. kau kan penakut. heeee hee heeee.." ejeknya.

"tch. takde siapa suruh pun." omel Munirah. muka menyampah tahap nak bagi kaki je kat Falah ni.

"apa kau cakap?" tangan menonjol-nonjol kepala Munirah lagi. tak puas hati betul dia dengan jawapan Munirah tadi. perempuan ni memang makin berani dengan dia sekarang. cis.

"tak. aku cakap terima kasih,tuanku." sinis. malas nak bergaduh.

bergaduh pun Falah juga menang. semua dia je yang menang.

"sama-sama, hamba. dah! aku nak balik hostel. kau jangan pergi memana. tido je dekat sini." beg dan telefon pintar dicapai. dia sudah bergerak ke pintu bilik kesihatan tersebut.

langit sudah bertukar gelap. tak manis sekiranya dia disini berdua dengan Munirah.

"aku pun nak balik hostel lah. taknak duduk sini sensorang." kaki diturunkan ke bawah. Falah cepat-cepat menghalang supaya Munirah tidak turun dari katil. kecederaannya bukan sedikit. sekurangnya munirah tidak boleh terlalu banyak bergerak. bahagian perutnya akan membengkak nanti.

"kau ni tak dengar aku cakap ke?! pergi tido!" tengkingnya.

pantang betul aku orang degil ni.

"biar lah. aku nak balik hostel aku!" balas Munirah pula. ton suaranya juga sama tinggi dengan Falah.

dia tak takut lah. Falah ni bukan sesiapa yang dia harus takut. kalau Falah pukul dia pun, dia akan balas.

Pap!

seketul kain disumbat ke dalam mulut.

"melawan.. ni baru kain. kejap lagi aku sumbat batu dalam mulut kau. aku suruh tido je kan.. bukan suruh kau melawan."

kain tadi dikeluarkan dari mulut dan dicampak tah kemana.

selamba badak Falah buat begitu pada dia. dia ingat dia siapa!

aku bukan adik yang dia nak arah-arahkan.

"TAK NAK!!!!!!!" Munirah jerit sekuat hati.

dalam banyak-banyak perkara,satu je dia power lagi dari Falah. iaitu memberontak, protes.

"WOI. DIAMLAH. nanti orang fikir apa pulak." Falah sudah resah.

buat perangai pulak dia ni. ingat dia budak-budak ke apa.

"Huh! tahu takut tu blah lah! Jangan muncul depan aku lagi!" dia masih dengan ton menjeritnya.

Falah bengang. giginya diketap kuat. mahu saja dia ketuk kepala si Muya ni.

"kau dah lama nak mati kan.. baik kau diam!" ugutnya. adik sendiri pun tak serabut macam minah ni.

"hmp! aku tak suka kau! Falah Aisyi,berlagak! Poyo! semua orang ni buta sebab tak nampak hati kau yang hitam tu!"

"huh? kau ni dah lama hidup aku rasa. gemuk! hodoh!"

"hantu!"

"badak!"

"monyet!"

"beruk! hu ha! hu ha!"

tangan digenggam. nak penumbuk je muka lelaki ni.

"perasan hensem! kau tu muka macam tikus je!

"kau pula bajet macam lawa je. sedar lah diri kau tu sikit, dah la badak!" ejek Falah. dia mengembungkan pipinya. sengaja mahu menyakitkan hati Munirah.

"hmp!" mereka menjeling serentak.

jururawat bertugas pada shift malam itu datang terkocoh-kocoh sebaik saja mendengar kekecohan dibilik mereka.

"kenapa ni?"

"takde apa. tolong suruh dia ni keluar. terus rasa sakit balik lepas pandang muka dia." sombong saja lagak Munirah.

Falah mencebik. sakit betul hati dia sekarang ni. rasa nak sembam saja kepala Munirah dalam kolam macam masa kecil dulu. waktu tu baru dia tahu langit tinggi rendah. ini Falah Aisyi.

"awak. tolong balik hostel awak ye." pinta jururawat tersebut.

kedua bahunya diangkat. tak heran. mata memandang tepat kearah Munirah,menghantar amaran kepada gadis itu.

lain hari aku balas!

--------------------------------------------------------------------

"Muya! ohhhh Muya! Jom lah main. Ayah aku pasang kolam dekat rumah.." laung Falah dari luar pagar rumah Munirah.

dari sebalik pagar putih itu dia dapat menangkap kelibat Munirah yang terkocoh-kocoh turun dari tangga menuju ke arahnya.

"yeke? kejap tau. Muya nak pergi tanya mama dulu." dia kembali berlari masuk kedalam.

Falah mengutip dan membaling batu ketengah jalan raya sambil menunggu kepulangan Muya dari meminta izin ibunya. rumah mereka tak berapa jauh. hanya selang beberapa buah rumah saja. Rumah Muya ditengah manakala rumahnya di lot paling tepi.

"okay jom. mama muya bagi." dia mengunci pintu pagar semula sebaik sahaja keluar dari rumah.

Falah memimpin tangan Munirah sepanjang perjalanan. sudah menjadi rutin hariannya menjemput Muya dari rumah jika ingin mengajak gadis itu bermain sekali dengan mereka semua. bukan kerana Munirah tak boleh ke rumahnya sendiri,tetapi sering saja gadis itu diganggu budak-budak jahat dikawasan perumahan itu. Muya pengecut ni hanga tahu menangis je!

dari luar pagar rumah dia sudah menjerit memanggil ayahnya. tak sabar mahu mandi kolam. dia nak kuak lentang dalam tu kejap lagi.

kolam plastik besar itu boleh memuatkan 10orang. Ayah sudah siap memenuhkan air sehingga paras lututnya. walaupun tak dalam mana, cukuplah sekadar mahu menikmati.

Ghazi dan Salina sudah berlari-lari masuk kedalam kolam tersebut.

"Aisyi tengok adik, okay? jangan ganas-ganas. Muya pun tengokkan adik-adik okay?" Irham mengingatkan anak sulungnya dan juga munirah,anak jiran. terlebih faham dengan perangai mereka yang pantang lepa sekejap tu. ada sahaja yang dibuatnya. terutama Ghazi dan Ina. bergaduh tak habis.

dia duduk bersantai di bawah kanopi kecil yang tersedia ditengah laman sambil membaca surat khabar. Zaim diletakkan dipangkuannya, membiarkan anak itu bermain sendiri. cermin mata disarung semula dan fokus kepada pembacaan.

"Muya! Muya pandai berenang tak?" tanya Salina. bermacam-macam jenis bola dan mainan pantai dibawa masuk kedalam kolam. bola itu dibaling ke arah Munirah.

Munirah menangkap balingan Salina. menggeleng. dia tak tahu berenang. mereka berdua hanya bersila dan bermain permainan didalam kolam. Ghazi dan Falah berlumba-lumba menunjukkan kehebatan masing masing.

"Ina pun tak pandai jugak. tapi nanti Ina nak belajar." bebel Salina sendirian. adik kedua Falah ini memang kuat membebel. macam-macam diceritanya. sampai Falah pun malas mahu layan.

dia rasa seronok bila bermain dengan keluarga Falah. dia anak tunggal. sunyi sahaja hidupnya. mak dan ayah pula sibuk dengan kerja. selalunya dia akan kerumah Falah untuk bermain. Ayah Falah selalu bawa mereka berjalan-jalan di taman setiap petang. Mama Falah pula selalu suap dia makan tengahari. dia rasa seronok.

"Muya pun ada?" tegur Ieya dari belakang. keropok lekor yang baru digoreng tadi mahu dibawa ke Irham.

Munirah mengangguk.

sekeping keropok lekor dihulur kepada Munirah yang berada didalam kolam. melihatkan munirah dapat keropok lekor,semua pun mahu sama-sama makan didalam kolam.

"nah! jangan bersepah-sepah keropok dalam air kolam tau." Ieya mengingatkan. semua mengangguk faham.

selesai makan, mereka kembali membuat terjunan kedalam kolam. Munirah saja yang masuk perlahan-lahan. dia tak tahu berenang. dia juga takut kalau Falah ter-terjun atas kepalanya atau dia terluka dek kerana renangan Ghazi yang maha dahsyat tu. habis semua orang ditendangnya. bukan dia tendang air.

"oi Muya. jom aku ajar kau berenang." ujar Falah. dia membetulkan seluar pendek yang hampir terlondeh.

Munirah menggeleng. bukan dia tak mahu tapi dia tak percaya Falah.

tangan Muya ditarik supaya ke tengah.

"jom lah! mulamula kena belajar tahan nafas dalam air dulu. kena tahan nafas tau." dia bersila didalam kolam. membuat demonstrasi kepada Muya.

"kau kenalah belajar berenang. nanti kalau ada orang kacau kau, kau lari terjun dalam sungai lepastu berenang lah jauh dari diorang." bebel Falah lagi.

bab ajaran sesat,serah pada dia.

Muya mengangguk lemah. dia tak yakin. tapi tak berani pula mahu membantah.

"okay. aku kira satu dua tiga, kau tarik nafas lepastu masuk kepala dalam air dan tahan nafas lama-lama. satu.. dua.. tiga!"

kepala dimasukkan kedalam air. begitu jua Munirah. tangan Falah menekan kuat kepalanya.

tak sampai seminit dia sudah mahu bangun. namun tangan Falah menekan kuat menghalang gadis itu dari mengeluarkan kepalanya dari air. menggelupur Munirah mahu bernafas.

"Falah Aisyi!" suara authority ayahnya kedengaran. automatik dia menarik tangannya dari Munirah.

Munirah cepat-cepat mengangkat kepalanya dan bernafas. Mama Falah sudah berada dibelakangnya. mengangkat dia keluar dari kolam. dia takut. dia rasa seperti hampir mati.

"Muya,auntie kat sini. meh." Ieya membawa Munirah ke pelukannya. tuala yang tersangkut dikerusi diambil bagi menyelimuti tubuh kecil itu. menenangkan Munirah yang jelas terkejut dengan apa yang jadi.

Irham memandang Falah tajam. meminta penjelasan anak itu.

"Falah ajar Muya berenang je." dia membela dirinya. renungan ayah saja sudah buat dia kecut perut. pasti malam nanti dia akan dihukum. ayah memang tegas dalam mendisiplinkan mereka.

"berenang? you don't even know how to swim properly. lepastu nak ajar orang lain pulak." marah Irham. cermin mata dibuka.

risau betul dia dengan perangai anak sulung ini. membuli Munirah saja kerjanya. tah apa yang dia tak suka sangat tah lah.

ini anak orang,bukan anak patung yang boleh dibuat main sukahati. macam mana lagi agaknya dia perlu jelaskan kepada Falah. anak ini sepertinya tak kisah.

"Fal.. kalau apa-apa jadi dekat Muya, Falah nak jawab apa dekat mama dia?" tanya Irham. anak itu terdiam seketika. mungkin tak faham atau sedang memikirkan kebarangkalian perkara sebegitu boleh berlaku.

"I am sorry."

itu sajalah modalnya bila buat salah. bukan insaf. haihlah anak..

"sekali lagi Falah buat macam ni, Ayah ikat Falah dekat pokok besar tu. Falah tidur lah dekat luar sorang-sorang dengan hantu." ugutnya.

anak kecil itu mengangguk laju. termakan dengan ugutan si ayah. dia kembali masuk kedalam kolam dan berenang mendekati mamanya yang duduk ditepi kolam bersama Muya.

Irham kembali mendapatkan Zaim yang ditinggalkan diatas kerusi tadi.

"Muya.. aku minta maaf,okay?" pintanya.

hati anak kecil.. mudah saja terubat dengan kata maaf. sebentar saja segalanya sudah kembali pulih seperti tadi.
Muya kembali duduk didalam kolam. bermain dengan permainan Salina. Salina sudah mula aktif membuat terjunan. hanya Falah saja yang menemani Munirah bermain di bahagian tepi kolam. tidak lagi menyertai Ghazi dan Salina melompat girang bermain air seperti tadi.

--------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience