Chapter 10

Short Story Series 26459

ikan dan sayur-sayuran dibelek. tak berkenan betul dia dengan sayuran di market ini. semuanya kurang segar. daun pun sudah kekuning-kuningan. apalah tempat ni. takkan nak masak sayur layu macam ni. heish.

Irham melayan anak-anak dibahagian rak mainan. sesekali dia memerhati gelagat anak dan suaminya dari jauh.

"Ecah, pegang tangan Is. nanti adik lari-lari." arah Irham. Danial pula diam didalam dukungannya.

Aisya anak dara keduanya itu hanya menurut perintah si ayah. matanya ligat memandang deretan patung diatas rak.

"Ecah haritu dapat nombor berapa dekat sekolah?" tanya Irham menarik perhatian anak gadisnya yang begitu leka melihat permainan. dia jadi tak sampai hati pula.

"sebelas.." sayu saja suaranya. jelas dia kecewa dengan pencapaiannya di sekolah.

kepala Aisya dipegang dan diusap lembut oleh tangan sasa Irham. mahu memulihkan kekecewaan dihatinya dengan meniupkan sedikit rasa penghargaan. menjadi seorang ayah mengajarnya banyak perkara. apalagi anak yang ramai. tak macam dia dulu. anak tunggal. apa saja dia buat, dia tiada saingan di rumah. lain pula hal anaknya. semua bersaing mahu jadi yang terbaik. .

"baguslah tu. Ecah lagi satu je nak masuk Top 10." pujuk Irham.

Aisya masih muncung. sedih kerana tak dapat membanggakan mama dan ayah dengan keputusan peperiksaannya. walaupun baru berumur 8tahun, dia sudah ada keazaman mahu jadi lebih baik dari abang dan kakaknya.

"Takpe. banyak lagi masa untuk Ecah. okay! sebab Ecah dah hampir sampai Top10, Ayah belanja satu hadiah. Ecah nak beli apa? pilih."

terus senyuman memekar dibibirnya. dia melompat-lompat girang. habis ditarik sekali tangan Iskandar melompat dengannya. Iskandar hanya mengikut kelakuan Aisya. orang lompat, dia pun lompat. makin bertambah tinggi lompatannya sebaik saja kasut dikaki mengeluarkan lampu pelbagai warna.

tangan Aisya keatas,mahu mencapai patung beruang putih besar diatas kepalanya. dia memanggil-manggil ayahnya untuk turut sama membantu mengambilkan patung super-sized itu.
dia memeluk erat si patung sebaik saja patung beruanh putih itu sampai ke tangannya.

"mainan lagi?" tegur Ieya dari belakang. beberapa bungkusan sayur-sayuran diletak didalam troli. Iskandar berlari meminta didukung.

Irham tersengih. kejap lagi pasti dia kena bebel. asyik bagi anak beli mainan je.

Aisya menyorokkan patung beruang besar dibelakang. tak mahu mamanya mengambil dan meletakkan patung itu semula. muka seposen ditunjukkan,minta simpati.

"Ayah..." meleret saja bunyinya. geram betul dia dengan Irham ni. cuba lah sekali kata 'tak boleh' dekat anak. grr..

"ala.. sekali sekala apa salahnya." pujuk Irham. kesian pula dekat Aisya yang mengharap sangat dapat beli patung tu.

sekali sekala? ei.. ini bukan sekali sekala. ini berkali kali. dekat rumah tu dah bersepah barang mainan.

Ieya mengeluh.

"okay lah. kalau Aisya nak beli juga patung ni, boleh. tapi! balik nanti mama kemas semua patung-patung yang banyak tu, mama bagi dekat orang. Aisya boleh ada satu patung ni je. okay?" ugut Ieya. dia tak berkenan anak dia simpan patung banyak-banyak dekat rumah. tak elok satu, buat malaikat tak masuk rumah je nanti. alahai..

puas dah dia fikirkan cara nak hilangkan habit simpan patung anak dara seorang ni.

Aisya menggeleng. dilema kerana harus memilih salah satu. Akhirnya patung beruang besar itu diletakkan semula.

"kita cari hadiah lain,okay?" tangan Aisya dipimpin mengikutinya. Irham menolak troli mengekori mereka dari belakang. dalam hati mahu ketawa. Ieya tak mudah dibodek, sebab itu anak-anak semua lebih suka meminta dari dia berbanding isterinya.

Aisya diam saja.

mereka masuk ke bahagian perabot. pelbagai perabot bilik kanak-kanak ada disitu. satu per satu ditunjukkan kepada Aisya. dia mahu anaknya mengubah minat dari asyik menyimpan anak patung,lebih baik Aisya mendekor biliknya dalam pada yang sama meningkatkan kreativiti anaknya.

usahanya berjaya apabila Aisya tertarik dengan lampu-lampu dekorasi bilik. hilang terus rajuknya yang tadi. selesai memilih bentuk lampu yang diingininya, Irham menolak troli ke kaunter pembayaran.

Ieya memimpin tangan Aisya dan Iskandar ke luar dari market dan masuk ke kedai lain. cuma tinggal dia dan Danish di kaunter. macam biasa, I pay.. huuu..

kad bank dari dompet dikeluarkan dan dihulur kepada casher.

"Irham? awak Irham kan? Irham Hadi Ishak."

Irham menoleh ke belakang. wanita berambut blonde mungkin sebaya dia menegur.

siapa pulak ni.. aku kenal ke?

"err.. ya saya. siapa eh?" balasnya. konfius. otak ligat berputar cuba mengingati wajah didepan.

wanita itu hanya ketawa. lucu agaknya pertanyaannya tadi.

"Queraisya. ingat tak? Irham Hadi, Bachelor of Science (Mathematics)." balas Queraisya cuba meyakinkan Irham bahawa mereka memang saling mengenali.

"Oh ya.. sorry tak ingat but its okay. you kenal I kan." kenal je lah lagi sekali. senang cerita.

huluran dari Cashier disambut. dia memasukkan semula kad kedalam dompet. barang yang sudah dipacking diletakkan kedalam troli. giliran Queraisya pula untuk membuat pembayaran.

"okaylah. I pergi dulu." troli penuh dengan barang belian itu ditolak. anaknya Danial berdiri didalam troli yang sedang bergerak. ketawa riang anak itu sebaik saja troli itu bergerak laju.

"Irham! wait.." plastik diambil dari kaunter dan cepat-cepat pergi mendapatkan Irham yang sudah jauh kedepan.

langkahnya berhenti. menoleh semula ke belakang.

"err.. I nak minta nombor you. ingat nak buat reunion batch kita." pintanya. mata terarah ke Danial.

Irham berfikir sejenak. memang dia pun agak rindu dengan kawan sama-sama belajar dulu. kalau ajak Razif sekali pun okay. Razif satu batch juga dengan dia cuma lain kos saja.

"ini anak you ke? comel.." puji Queraisya.

Irham ketawa kecil. bangga kejap orang cakap anak dia comel. tengok siapa bapak dia lah.. nampak je tua bapak dia ni tapi masa kecik dulu cam Danial ni lah bapak dia punya comel.

aish. kau Am. buat bini kau dengar, tak pasal-pasal kena jelingan maut.

"yup. ini Danial. Dan, say Hi auntie." ujar Irham menyuruh anaknya menegur Queraisya.

"hi ati.." Danial yang dari tadi membuka dan mengeluarkan barang-barang dari beg plastik menegur Queraisya.

"anak ke berapa ni?" pipi Danial dicubit-cubit. geram. macam muka Irham juga. rasa tak percaya didepannya ini anak Irham, lelaki idaman kampus mereka dulu. Irham masih tetap macam dulu, tampan walaupun umur sudah meningkat. wajah maskulinnya menambahkan lagi ketampanan Irham. uban-uban putih dirambut juga sudah kelihatan banyak diatas kepala.

"ha'ah. this my 7th child. last lah ni.. My first child dah masuk universiti dah."

membuntang mata Queraisya mendengar jawapan balas Irham.

anak ketujuh?! seriously?

"so, how bout you? anak you mana? ke you tak kahwin lagi.." macam mustahil pula Queraisya ni tak kahwin. lawa macam ni tak kan lah tak kahwin gi. impossible!

"eh. tak lah. I kahwin dah. ada 3 anak but semua my ex-husband jaga. I single mother je sekarang." rambut yang terurai menutupi mata disikat ke belakang dengan jari.

Irham mengangguk faham. segan pula dia mahu tanya lebih-lebih. takut terguris pula hati wanita didepannya ini. dia akui Queraisya seorang wanita yang cantik. umur sudah seperti dia tapi penampilan Queraisya macam usia bini dia je. fuh. tapi memang selalunya janda-janda pandai merapi diri. bini dia pun maintenance makin tua makin tinggi. kalau tak beribu duit dia keluar setiap bulan buat Ieya pergi Spa lah apa lah, mana nak dapat bini awet muda oi. tah berapalah maintenance si Queraisya ni. lagi teruk ni. memang tak berkedut langsung. kalau ikut umur diorang, dah sepatutnya macam dia je Queraisya ni. berkedut.

"well, can I have your number? nanti I buat reunion I call you." Queraisya menghulur telefon pintar kepada Irham.

"Sure. why not." telefon Queraisya disambut dan menekan-nekan beberapa digit nombor. telefon pintar itu dihulur semula kepada Queraisya.

"thanks. nanti I call you." tangan membuat isyarat menelefon ketelinga sebelum meminta diri untuk berlalu pergi.

Irham dan Danial melambai-lambai kearah Queraisya.

"okay, Dan tunjuk mama dengan kakak Ecah dekat mana. ayah tolak laju laju."

"okaykay!" jerit Danial kuat dengan pelatnya.

--------------------------------------------------------------------

Pisang diatas dulang makanan itu dikupas. dah 2 hari hidupnya tenang dengan ketiadaan Falah. makan pun berselera saja. mungkin selepas ini dia dah boleh keluar dari hospital. haritu dia dipindahkan ke hospital setelah kecederaannya memerlukan rawatan hospital memandangkan klinik universiti mempunyai kelengkapan perubatan yang terhad.

"Assalamualaikum.." pintu wad terbuka. untung dia ada medical card yang dibekalkan oleh papa masa dia mula masuk ke sini. dapat bilik wad yang selesa.

dia berhenti menyuap sebaik sahaja melihat gerangan yang datang melawatnya.

"Abang Syafiq! eh.. buat susah je abang datang lawat muya dekat sini." kerusi pelawat ditarik mendekati katilnya dan mempersilakan Syafiq duduk.

"Sorry. Abang tak datang lawat Muya. sibuk. ni baru dapat datang." itupun Aden bising suruh pergi tengok Munirah di hospital.

Muya faham. dihulur secawan air kepada Syafiq. lagipun esok dia dah boleh keluar. kawan yang lain pun tak ada datang melawat juga jadi dia tak kisah sangat pun.

"well, Muya. Abang datang ni ada bawak berita sedih dan gembira."

"yang sedihnya,you have to do better for next year. this year, just take a rest okay? .."

wajah Munirah sayu.

"and... berita gembiranya adalah, thanks to you. Falah nak join club kita. thank you soooo much,Muya! Aden pun say thankyou to you."

wajah yang tadi sayu jadi lebih sayu.

boleh tak aku nak sakit je terus dekat hospital ni!!!

dia cuba mengukir senyum.

Abang Syafiq ni kenapa baik sangat. jadi tak sampai hati nak bangkang. erm.

"oh! by the way abang. thanks sebab selalu hantar bunga dengan buah ni. Abang tak datang pun tapi sempat pula eh hantar semua ni. terima kasih.." katanya lembut. dia tak kisah orang tak datang melawat sepanjang dia disini sebab tiap hari pasti ada jambangan bunga dan makanan yang sampao ke biliknya dari Syafiq. terasa ditinya dihargai.

Syafiq terkejut. matanya terbuka sedikit luas dari tadi.

"ha? erm.. bukan abang hantar ni. Syafiq lain kot. your secret admirer." usiknya.

memang bukan dia lah nak hantar semua ni. coklat dan bunga bagai. geli...

"eh. bukan abang ke?" Munirah meminta kepastian. anggukan Syafiq mematahkan hatinya. rasa malu.

"untunglah ada secret admirer.."

Munirah ketawa kecil mendengar usikan Syafiq. ditutup rasa malu sebab tersalah tadi dengan senyum lebar.

--------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience