Chapter 18

Short Story Series 26456

Matanya terbuka luas. Kesunyian malam yang sekian lama dirindunya. Tak seperti dibandar. Munirah senyum sendiri. Tak sangka dia disini bertemu kembali keluarga tersayang. Sudah lama dia tak merasa begini. Dikelilingi orang-orang yang benar menyayanginya. Mama dan Papa terlalu sibuk bekerja. Cuma pada Uncle Irham dan Auntie Ieya saja tempat dia menumpang kasih.

Bunyi enjin motor dihadapan rumah mematikan niatnya untuk menyambung lena. Telinga tajam mendengar setiap bualan si penunggang. Badan dibangunkan dari pembaringan dan menjenguk ke jendela.

Seorang lelaki sedang memanjat pagar besar rumah. Manakala dua orang lagi penunggang membantu si lelaki.

"Wei. Berat gila kau."

"Alah. Tolak betul-betul. Jangan bising."

Munirah melangkah laju menuruni tangga dan seterusnya ke pintu hadapan. Dia memulas tombol pintu dan.. Ta-daa!

Lelaki yang memanjat pagar sebentar tadi sedang mengorek-ngorek lubang kunci.

"Ghazi?" soal Munirah.

Kepala Ghazi mendongak ke atas. untuk sesaat Ghazi cuba mencerna wajah dihadapan. Dia senyum sinis.

"Oh kau. Bila sampai?" Tenang saja suaranya. Macam dia takde buat salah. Selamba saja dia melangkah masuk kedalam rumah. kakinya dilangkah perlahan-lahan seperti sedang menahan kesakitan.

Ghazi campak segala beg dan telefonnya ke atas sofa.

"Ha. Bibik. Buatkan air." arahnya. Kaki disilangkan macam bos!

Hailah. Tak berubah betul budak sorang ni! Kalau Falah tu setan, dia ni iblis. Huh! Lawa-lawa macam aku ni dia kata bibik!

Munirah mencebik. Menyampah gila.

"Aa..Aaduh. Aaduhh.. sakit ayah..sakit.."

Anak rambut Ghazi ditarik kuat Uncle Irham. Dia bangun dari duduknya mengikut arah tarikan tersebut. Munirah menutup mulut menggunakan tangan.

tah dari mana Uncle Irham datang, tahu-tahu sudah muncul diantara mereka.

"Dari mana ni?" Tegas saja suara lelaki bercermin mata itu. tarikannya dikuatkan. Makin kuat juga Ghazi mengaduh.

Ish.. Ish.. Rasakan! Kau bibikkan aku tadi kan.

Rotan sudah siap ditangan Uncle Irham.

Belum pun otaknya mencerna apa-apa idea, rotan panjang itu sudah melekat dibadan. Dengan kakinya yang masih belum pulih kerana kemalangan tempoh hari, badannya pula kali ini yang harus menderita.

Ghazi hanya diam menerima setiap libasan rotan si ayah. Pasti berbirat belakangnya selepas ini.

"Sakit-sakit pun Ghazi tak serik lagi!" Tangan Uncle Irham masih melibas rotan. Kulit buaya ke apalah anaknya yang seorang ni. Langsung tak tahu serik, tak mahu mendengar kata. Dari tadi matanya tak mahu lena memikirkan keselamatan anak lelakinya ini. Anak itu keluar entah melalui mana,tiba-tiba saja sudah lesap.

Munirah mengunci mulut. Falah yang baru turun dari tingkat atas kembali mendaki anak tangga sebaik sahaja melihat adegan dibawah. Dia naik memanggil mamanya.

Auntie Ieya turun tergesa-gesa ditemani Falah dari belakang. Tangan Auntie merangkul lengan Uncle Irham, menahan lelaki itu dari terus merotan Ghazi.

"Abang.. Sudahlah tu. Aji tengah sakit kan." Auntie Ieya bersuara.

Pujukan si isteri sedikit sebanyak meredakan rasa marahnya. Tangan berhenti melibas rotan panjang tersebut.

"Dengan kaki macam ni, pergi juga keluar. Kalau apa-apa jadi dekat luar sana, macam mana?! Ghazi suka agaknya ayah mati sakit jantung tengok perangai Ghazi ni."

Memang dari tadi dia tidak senang duduk menunggu kepulangan anak bertuah ni. Bulan lepas dah kemalangan. Hampir sebulan juga Ghazi terperap dihospital dengan kaki dan hidung yang patah dan senget. Tak pasal-pasal terpaksa membuat pembedahan plastik pada hidungnya. Maintenance anak yang sorang ni tinggi betul. Lepas satu satu masalah yang datang.

Baru saja discharged, Ghazi dah keluar merayap tah kemana dengan kaki yang baru mahu pulih. Entah sikit hari dia boleh mati kerisauan agaknya.

Ghazi bangun dari menunduk. Badan diletakkan diatas sofa dengan belakangnya diterbalikkan. Agaknya luka belakang badannya kali ini. Pedih semacam.

Dada uncle Irham diusap-usap perlahan oleh Auntie Ieya. Menenangkan hati si suami.

"Aji lepasni masuk bilik sapu ubat. Jangan keluar rumah dah. esok nak check-up dekat hospital." Arah Auntie Ieya. Lengan Uncle Irham ditarik mengikutinya mendaki tangga ke tingkat atas.

Falah duduk disebelah Ghazi.

Papp!

"Aduhhh!!!!! Sakitlah.."

"Eh. Sakit ke.. Alo. Ingat urat dawai tulang besi." Usik Falah. wajah Ghazi bertukar masam. Dengan hidung yang bertampal kain dan plaster, nampak lebih lucu.

Kepala Ghazi ditolak kuat.

"Asal tak kudung je kaki kau ni. Baru tahu duduk rumah." Rambut kusut masai Ghazi diserabaikan lagi. Macam apa je perangai adik dia ni. Tak cukup lagi kot patah riuk tulang dia selama ni, selamat lagi pula tu. Ketulahan apa je lah melekat dekat Ghazi ni.

"ini Ghazi la. Patah berkali-kali pun Amir Ghazi akan terus bangkit!"

Hah! yelahh sangat.. Boleh sakit jantung bapak diorang jaga si Ghazi ni.

Falah menggeleng. Rasa nak sekeh je kepala Ghazi ni sekarang.

"Hm? mana kau jumpa balik minah ni?" Muncung dihalakan kearah Munirah yang dari tadi hanya membatu dibelakang mereka. Falah memalingkan wajahnya. dia juga memandang ke arah munirah.

"Hm.. Tah. Tepi jalan."

Munirah menjeling. Geram je dia dengan Falah ni. Cuba cakap tu elok-elok sikit!

Kepala Falah aku kepit ke ketiak.

"Weh! Adoi! Sakitlah. Kau ni laki ke perempuan."

"Dia ni khunsa kot." Ghazi menyampuk pula.

"Woi! aku perempuan tulen, okay!" Bantah Munirah. Naik merah pipinya.

Ghazi kecilkan mata. Ragu-ragu dengan kenyataan Munirah.

"Yeke? well.. Siapa tahu. kena tunggu kau kahwin dulu lah. Tapi tomboy macam kau ni siapa nak kahwin kau.." Usik Ghazi. Dia memang suka kalau Munirah marah-marah. Masa kecil dulu dia lah pembuli tegar Munirah dan Falah pasti tunjuk hero depan perempuan ni. kesudahannya dia berlawan dengan Falah. Dia penjahat, Falah si hero.

"Sorry sikit. Ramai je nak kahwin dengan aku.."

"Eleh. Siapa? Falah? Kahkah! Ha'ah lah abang! Baik kau je kahwin dia. Kau kan hero malaya dia dari kecik."

Automatik pipi Munirah memerah.

Hero malaya aku?

Mata memandang kepada Falah. Stone je muka mamat tu. Hisy!

"Masalahnya minah ni taste dia bukan hero malaya, tapi matpet malaya.." keningnya diangkat-angkat memerli Munirah.

"Eleh! Matpet lagi orang sanggup lah, dari monster macam korang ni." Dia menjelimh kedua beradik tersebut.

Falah dan Ghazi sama-sama gelak terbahak-bahak.

"Ha.. Yelah. Pergilah dekat matpet kau tu. Jangan datang menyorok belakang aku pulak nanti."

Munirah melangkah naik ke atas. Kaki dihentak-hentak kuat. Bengang dengan Falah dan Ghazi.

--------------------------------------------------------------------
Pagi-pagi lagi mata aku sudah terisi dengan keindahan ciptaan tuhan yang satu ini. Masya-Allah! Lawanya mata.. Lawanya pandangan..

Seorang lelaki duduk membaca di kerusi di laman belakang rumah Falah. Aku yang baru bangun dari tidur sengaja mahu mengambil angin pagi di tingkap bilik, bukan angin pagi je aku dapat hirup, mamat hensem pun aku dapat usya. Rezeki..

"Ehem.." Aku cuba berdehem beberapa kali dengan harapan abang hensem dekat bawah ni perasan kehadiran aku diatas kepalanya ini. Ini sedara Falah belah mana lah ye. Hensem namati...

Lelaki tersebut tetap kaku. Mata tepat memandang bukunya.

"Ee..Hemm !!!" Aku berdehem lebih kuat. Kalini memang nampak sangat aku terdesak nak perhatian si dia dibawah.

Sepi..

Hisy! Kalau aku dapat mamat bawah ni, siap kau!

Aku sarung selipar kartun yang aku bawa dari hostel. Kaki melangkah turun ke bawah. Target aku, Mat buku tadi!

"Awak! Tak dengar ke saya panggil?" aku berdiri betul-betul dihadapannya sambil bercekak pinggang.

Buat penat je aku cuba mengurat dari atas tadi. adoi lah mamat ni. Spoil mood mengurat aku.

Lelaki dengan mata cantik tadi akhirnya mengangkat wajahnya. Masya Allah.. Cantiknya kening.. Merahnya bibir.. Lentiknya bulu mata. Kulit putih bersih. Mak aih, kalah kulit aku.. Aduhai boleh cair hati aku ni.

Tapi.. Dia nampak lebih muda pula dari aku.

"Err.. Awak.." Tetiba rasa segan pulak nak marah-marah.

"Yang kau borak sensorang tu dah kenapa, gila.. Adik aku tu memang tak bercakap lah kalau dengan orang dia tak kenal." Jerit Ghazi dari beranda biliknya.

Gila betul Muya ni. Zaim tu kan autisme. Ada masalah komunikasi. Yang bengap sangat pergi borak sensorang tu dah kenapa!

Kepala aku angkat ke atas memandang kearah Ghazi dan tongkat saktinya.

Adik?

"Im.. Naik tolong abang turun tangga kejap." Sambung Ghazi lagi. Lelaki cantik tadi terus menutup bukunya dan bangun dari kerusi. Diam saja dia berjalan masuk dan mendaki tangga.

"Kau mesti nak mengorat adik aku tadi kan.." Ghazi masih setia di beranda.

"Mana ada!" Munirah membangkang.

Ceh! Macam aku tak nampak.

"Eley. Tipu.. Aku bagitahu abang long kau menggatal dengan jantan lain."

Kasut aku buka dan baling ke atas sekuat mungkin. Ghazi ni memang nak kena lah!

Selipar aku berjaya dielaknya. Ghazi menjelir lidah lalu masuk menutup pintu kaca biliknya. Langsir biru pekat itu juga ditarik.

Munirah menjeling geram.

"Kenapa kau?" Falah keluar dari sebalik langsir. Naik kecut jantung aku melihatkan kehadirannya yang tiba-tiba.

Dia dengar ke? Dia nampak ke?

Air liur ditelan sekali. Risau kalau Falah dengar dan nampak apa yang berlaku tadi. Mana aku nak letak muka ni! Nak pergi mengorat budak bawah umur. Adoi.

"Ghazi bising apa tadi?" Kepala didongakkan ke atas menghadap ke bilik adiknya. Mana tahu Ghazi masih disitu.

Kepala digeleng.

"Yeke..? Kau sorok apa dari aku ni.." Falah sudah mula curiga.

"Mana ada Ghazi. Aku cakap sorang-sorang lah tadi."

"Hm.. Kau ni bukan setakat lembap eh, gila jugak rupanya."

Tch! Dia ni..

Aku rasa sia-sia je selama ni aku dok fluster dan blushing sangat bila dia buat baik dengan aku. Arghh!!

"Jom masuk makan. Mama dah masak." Ajak Falah. Sempat dia senyum sinis pada aku. grr..

"Okay."

--------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience